Minggu lepas kerumah ibu, anak & anak-anak saudara, sedang menontot TV, masing-masing sibuk mengadap.
APALAH!!! TAK ADA AKAL KE TAK PAKAI OTAK KE?
itu reaksi pertama kami, kepada satu sitkom di TV9 yang di hoskan oleh pelawak generasi baru Nabil. - PONDOK-PONDOK.
sketsa kali ini pasal isu mat rempit.. yang menonton mungkin tau, yang tidak saya cerita kan sikit.
diatas pentas, 3 kanak-kanak, 2 lelaki 1 perempuan, rasanya mereka tidak lebih dari 11 tahun. mereka bergerak bersama, kononnya membuat aksi atas moto, dengan bunyi brum..brumm, brummmm..
sampai satu tempat (kononnya) mereka berhenti, 3 kanak-kanak ini memulakan perbualan. yang tak mampu untuk saya ingati kerana begitu terkilan dan terkejut yang amat, tapi lebih kurang ayat-ayat 'pembunuhnya' seperti ini :
"ha amacam, ko dah sedia nak berlumba dengan aku?"
"aku pantang dicabar, ko tak kan tak kenal aku siapa"
"jadi, kita jadi lah berlumba malam ni"
"mesti jadi punya"
"eh, amacam dengan petaruhan kemenangan kita nanti, budak perempuan tu tau ke dia bakal dijadikan hadiah kepada siapa yang menang"...
ha!!!!
lepas pada tu saya dah tak mau dengar, tak kuasa, walau kononnya pada akhir sketsa, ada ditujukkan 3 orang 'kaki rempit' ni ditahan polis, tapi bagi saya pengajarannya TIADA!!! TAK BERFAEDAH, TAK BERMANFAAT!!
Tolonglah, siapalah agaknya yang jadi penulis skrip dan penerbit? ada tak fikir kesan jangka panjang kepada kanak-kanak yang menonton?
sampai anak dara saya (8thn) tanya "ummi kenapa pulak budak pompuan tu kena jadi hadiah kat orang yang menang? apasal tak bagi barang ke jadi hadiah?"
apa saya nak jawab? "saya kata, inilah akibat kalau kita melanggar perintah ALLAH, supaya jangan melakukan perbuatan yang boleh mendatang kemudaratan, bila dia tak dengar perintah ALLAH, yang sepatutnya tidak boleh dibuat, mereka buatlah"
Dah lepas tu panjang soal jawab saya dengan Nur Jannah.
bagi saya kalau nak buat sketsa pasal mat rempit sekalipun, buatlah yang betul, yang nampak oleh mata zahir kanan-kanak yang naif ni je, yang lebih advance dari itu tak perlulah nak diceritakan, boleh buat apa, sketsa mat rempit ni berlumba, kemudian jatuh motor, cedera teruk, patah kaki, lumpuh atau buta ke, mati ke.. masa ni selitkan kekesalan atau keinsafan tapi dah terlambat, kalau dari awal tak melibatkan diri dalam kerjaya merempat tak lah hidup tu susah dan menyusah kan orang lain.
bagi saya itu mungkin ada pengajaran sebab mata anak-anak kecil melihat dengan jelas, mat -mat rempit yang berlumba dijalanan bagaimana, tapi jarang mereka dapat melihat kesudahan tragis mat rempit yang mati katak terperesuk bawah lori atau, hilang biji mata, tersangkut pada pembahagi jalan atau putus kaki atau kepala, atau otak bersepai...
kisah PEREMPUAN SEBAGAI HABUAN TIDAK DIKETAHUI LANSUNG OLEH KANAK-KANAK BAWAH UMUR!!! jadi apa keperluan ia dedahkan sedemikian,dijadikan halwa telinga dan akhirnya menjad persoalan yang ingin diketahui oleh kanak-kanak sebelum waktunya.
ha? apa ? ada yang kata saya kolot? sekarang semua terbuka? hey tolonglah memang sekarang zaman terbuka, tapi bukan sebarang buka, boleh dibuka tapi biarlah kena pada waktunya. Rasulullah Saw pun dah mengingatkan kita, didik anak ikut zaman mereka, bukan zaman kita.
betul dan benar, maknanya dalam zaman serba canggih dan serba 'terbuka' langit terbuka, kain terbuka, dada terbuka, maka nak menerangkan yang terbuka ni bukan semberono, kena ada cara yang betul dan tepat.
terlalu terbuka sangat merbahaya, terlalu tertutup juga sebenarnya mengundang bencana. otak kanak-kanak sekecil itu mengumpul maklumat dan menyerap apa saja yang terhidang didepan mata, sebagaimana span kering, tanpa ada filter untuk menapis buruk dan baiknya. Jika ada bimbingan dan pantauan yang betul, maka bolehlah kita suruh mereka menggunakan 'folder' fikiran untuk mengasingkan tiap maklumat, dah tu boleh yang hampeh didelete atau yang baik di simpan.
masalah sekarang kebanyakan kita TIADA sewaktu maklumat ini diupload kedalam 1 trillion nueron otak anak-anak, mereka disekolah, pusat tution, rumah kawan, kita mencari rezeki, atau atas urusan lain. maka diantara waktu ketiadaan kita apa yang sebenarnya baik dan buruk anak diserap terus oleh anak-anak kita.
saya tahu, mesti ada yang kata, alah apalah sangat sekali tonton pondok-pondok tu, tapi kita terlupa, maklumat ini boleh tersimpan dalam fikiran, lalu pabila sampai waktu yang sesuai, perasaan ingin tahu, ingin cuba akan membuka semula folder dan file ini akan disuai padankan mengikut kehendak.
malaslah saya nak membebel panjang, saya tahu ada pro dan kontra, tapi bagi saya, siapa pun dibelakang tabir rancangan ini, TOLONG!!! tolonglah ambil berat bukan sikit tapi BANYAK, kesan keruntuhan akhlak anak-anak melayu sudah ditahap nazak, jika kita yang bertanggunjawab dan boleh menjadi medium untuk membantu membawa perubahan positif, jadikan rancangan kita sebagai satu medium yang baik. kita tahu naluri anak-anak suka berseronok, anda semua orang yang hebat, cari jalan bagaimana KESERONOKAN MEMBAWA KEBAIKAN DAN PENGAJARAN.. bukan seronok buta tuli, dah tak nampak apa yang boleh dan tidak , dah tak dengar apa yang betul dan salah.
Tiap kita akan dipertanggunjawabkan nanti, jadi biarlah tanggunjawab kita bawa itu adalah yang mendatangkan hasil disini untuk 'disana'. boleh tolong fikirkan tak benda ni? jangan tau nak untung je, untung tapi rugi sebenarnya kita ni..
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment