Kalau dulu-dulu, dalam cerita P.Ramlee, kita ni layak digelar samseng kampung pisang, lah ni status kita dah sama taraf, malah melebihi carta ketegori unggul dalam bab masalah sosial kat Tanah Melayu ini.
Dulu-dulu atuk nenek kita, ayah kita bermati-matian berjuang, tinggal anak isteri, tinggal saudara, dengan serba kekurangan, mereka angkat senjata, berjuang samade menentang penjajah, atau komunis, tak ada istilah mati sia-sia dalam hidup mereka. Malah mati pun mereka sanggup demi masa depan anak cucu mereka iaitu KITA.
Tapi hari ini, kita pun hampir sama jelah dengan atuk ayah kita dulu, sanggup mati, sanggup tinggal mak ayah, tinggal saudara, malah belum masa tinggalkan sekolah pun kita sanggup tinggalkan, demi satu juga perjuangan, tapi bukan menentang penjajah atau musuh Negara, bukan juga mengangkat senjata menghala kemuka sipenderhaka, tapi demi tuhan yang lagi satu.. tuhan nafsu nafsi.
Hari ini ramai anak melayu kita sanggup mati seumpama katak kembong, dibawah lori atau tepi longkang, atau macam pisang masak terhempas kebatu, penyek, lembek, menggelitik, semata-mata merebut gelaran ‘Raja Rempit’. Sanggup mati tertonggeng kala lari dari sekatan polis, bukan menonggeng kerana sujud pada Ilahi. Membunuh pun hebat juga, tapi bukan bunuh musuh, tapi bunuh seorang yang hampir sama baya emak sendiri. Biar kena belasah dijalanan kalau tertangkap hanya kerana meragut RM3, yang mana nak dapatkan RM300 kena meragut lebih 100 kali, yang jumlah ini boleh dihasilkan lebih 10 kali ganda kalau dia mau jual burger dikaki lima.
Baru mukadimah, belum nak hurai sehelai-sehelai kekusutan yang bersarang dalam dada, yang paling ramai dapat title DR pun anak melayu juga, tapi DR ni tak yah buat pratikal, tak yah sesusah belajar medic, tak perlu makan masa sampai 5-7 thn, 5-7 hari kenal jenis-jenis dadah moden ni pun dah cukup dulu untuk melayakkan anak melayu sebagai ‘pegawai makmal’. Dah kira pandai nak ketegorikan jenis ‘barang’ ikut ‘power’.
Dah leh dah jadi ‘perniaga’ tahap IK (industi kecil), belajar jadi pegedar dulu, sebelum jadi ‘stokis’ pula. Dah banyak sikit lagi bekalan, tak yah lamalah dalam 4-5 bulan kot, dah oklah, atau lebih awal, sendiri boleh test diri sendiri, tak yah nak gi makmal, nak tau bagus ke dak, leh cucuk kat lengan sendiri, tapi lah ni banyak cara sempoi dah, tak cucuk pun boleh, leleh sampai 2-3 hari sengeh memanjang, terhangguk-hanguk pekena pil tin-tong. kebanyakkan mereka suka jadi Dr. biologi gamaknya. Kalau orang lain ambil 6-7 thn nak dapat DR, meke 6-7 bulan dah master, kira pakarlah.
Jadi sebab tulah kat pusat-pusat ‘peranginan sehenti’ ramai Dr-Dr muda, tua yang berehat disana, samada baru masuk atau yang suka berulang masuk sebab nak ‘take a break’ kerana letih sangat menjadikan diri bahan ujikaji sendiri.
Yang perempuan pun sama-sama hebat, malas nak buat senarai panjang-panjang, kuatir nanti kalau dah terlalu banyak sangat huraian tersilap pula kita, sampai kang tak kenal pula samade tu anak bangsa melayu atau bukan.
Ada tidak, sikit bolehlah, yang sanggup dijadikan ‘hadiah’ bertukar tangan lagi, yang sanggup kena ratah, macam kopok lekor cicah cili, yang sanggup jadi model video lucah, malangnya dik non oii., yang jantan keparat tu tak nampak muka hidung, tapi yang pempuannya, tak satu bahagian pun terlindung. Yang ditipu oleh kang mas ‘PATI’ pun anak melayu, yang terpesona nak tolong jadi ‘pengedar’ VVIP pun anak melayu, baru tawarkan naik kapal terbang kelas 3, dengan sikit wang saku, dek 'Pak Tam', rasa dah macam model antarabangsa. Walhal sampai kat sana, kena tahan sendiri padan muka. Banyak benar kalau nak cerita, tapi malas buat sakit hati pecah kepala..tu yang muda-muda.
Paling banyak ber‘FANTASI’ pun tak lain dari anak bangsa aku juga, puak tu sendiakan pentas glamour sikit, ada penonton sorak-sorak, dah rasa macam bintang, FANTASI katakan, maka terkinja-kinjalah anak bangsa ku, terloncat-loncatlah mereka dengan penuh azam dan semangat membara, membaiki mutu suara, mengatur langkah tari biar sekata, tak kisah kena cemuh atau kena hina, kena kutuk atau kena peleceh, hebat anak bangsa aku, boleh kebal bertahan tercatuk, teranguk-angguk, menghormati kata sipengkritik, minggu depan boleh tunjuk lagi persembahan ‘mantop’. Tu pun kalau tak kena ‘terajang keluar’ oleh undi ciput. Hebat tak hebat bangsa aku, dalam bising-bising atuk nenek mak pak tenguk siri pertama sekolah FANTASI ni, dah 7 tahun bertahan. Dari memula nyampah aki dan opah kat kampung, lah ni, penyokong setia setiap hari, mula dari diary sekolah Fantasi ni sampailah persembahan mingguan. Follow rapat tu. Teruslah berjuang bangsa ku….
Yang tua pun sama naik juga, sumbang mahram, kena tangkap khawat, guru agama mencabul, bapa makan anak /anak-anak. hubungan dengan isteri /suami orang, semua dah tonggeng terbalik, yang jantan minat jantan, yang pompuan minat pompuan. Lah ni simdrom ramai jejantan dalam industri seni yang kini ‘jadi-jadian’… semalam bukan main ‘ustaz’ tetiba hari ni dia ‘nyah staz’. Semalam bukan main ‘korporat’ hari ni dia ‘nyah keparat’, semalam dia jejaka romantik yang setia pada cinta, hari ni dia jadi ‘nyah mencari cinta’. Kalau kelmarin dia bapak polisi, hari ni dia ‘nyah sensasi’ apalah. Dah tak cukup akal. Matlamat menghalalkan apa je cara.
Marah?
Tak payah komen, tak boleh gak, kalau biar kan je. ‘nala’ je.. naya juga. Mana bleh gitu dik non, silap pendapat kita kalau gitu. Mak pak kita ajar, 'kalau sayang tangan-tangan kan, kalau kasih tegur-tegurkan'.
Gerenti!!! Kalau kita segan-segan nak tegur kesilapan bangsa kita hari ini, yang akan tinggal hanyalah ‘tugu’ peringatan: ‘ BAHAWA DISINI PADA SATU KETIKA DULU ADA SATU BANGSA YANG DIKENALI MELAYU YANG PADA ASAL SEJARAH, KETUANANNYA BERMULA DARI MELAKA DAH AKHIRNYA MENAKLUK SELURUH TANAH YANG DI PANGGIL TANAH MELAYU, TAPI PADA HARI INI, KITA SEBAGAI BANGSA BARU, MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA KENANGAN SILAM, MELAYU TELAH HILANG KERANA SEGALA KEKUATAN MEREKA TELAH MUSNAH, JIWA MEREKA PUNAH, BANGSA MEREKA RANAH, BUKAN KERANA PENYEMBELIHAN ATNIK TAPI KERANA BANGSA MELAYU ITU TELAH TERMAKAN RACUN NAFSU YANG MANA TIDAK SIAPA PUN DAPAT MENYELAMATKAN MEREKA KERANA KEDEGILAN BANGSA MEREKA UNTUK MERUBAH DAN MENGGUNAKAN AKAL DAN AGAMA ISLAM MEREKA SEBAGAI PANDUAN UNTUK HIDUP, MAKA MARI KITA BACAKAN AL-FATIHAH UNTUK SATU BANGSA YANG DULUNYA DI HORMATI KERANA KEBERANIAN DAN KEGAGAHAN MEREKA, KITA MEREKA SEMUA TELAH BERSEMADI DENGAN SEGALA KEKESALAN DIHATI’
Nak ke satu hari yang tenang, serombongan ‘tourist’ datang 10 buah bas pergi tenguk ‘tugu/ batu bersurat’ yang kita orang melayu tinggalkan, semata –mata kerana kita tau kita bangsa yang hebat, tapi tu dulu, yang kininya semakin tenat dan melarat. Yang semakin nazak dengan segala macam ‘dianogsis’ penyakit so-sial??
Saya tak pernah malu mengaku saya melayu, malah saya sangat bangga dengan susur keturunan saya, cumanya saya sedar, kehebatan onyang atuk nenek saya dulu, kini tidak lagi mengalir dalam darah saya. Powernya semakin hari serasa-rasa semakin malap.
Gitu gak darah Minang belah ayah, orang minang pandai berdagang, handal orangnya tawar menawar, pandai berbahasa lunak berbicara, urusan berdagang *lacak akhirnya ( *melimpah ruah). Tapi kini, aku berniaga pun asyik kena main, kena buli sebelum orang beli, banyak rugi dari untung berguni. Sekarang dagang bangsa kita jadi ‘dagang hamba mengkuang layu’ yang dagang pak malau dagang bertempat semua dah bangsa lain yang rembat. Tak percaya apa lagi. Semua.. semua kerusi perdagangan habis dilopori puak-puak satu lagi. Nak marah mereka tak boleh, sebab peluang sentiasa ada, tapi bangsa ku lebih ramai yang ‘buzy’ hal remeh. Jagi ‘permintaan yang tidak dipenuhi oleh bangsa ku, akan dibekalkan oleh puak tu.
sampai saya pernah berkata kepada rakan waktu kami berbual, sekarang, segala keperluan kita orang melayu telah dipenuhi oleh puak asing, hatta, kain kafan dan batu nesan, cuma tanah kubur saja yang masih belum mereka pelopori, gamaknya kalaulah tak kerana kerajaan dan Tabung Haji yang pegang dan uruskan pakej pergi Haji pun boleh disediakan oleh puak tu juga.. kita jadi apa?
Kalau ada yang kata ini paling menghina..salah!!! AKU TIDAK MENGHINA TAPI SEKADAR MENYATAKAN ITULAH KEBENARAN TENTANG BIBIT-BIBIT KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN BANGSA AKU YANG BERNAMA MELAYU JIKA TIDAK SEGERA DISELAMATKAN.. TAPI BAGAIMANA??