SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: June 2009

Tuesday, June 2, 2009

AYAH KU MINANG, IBU KU BUGIS

DEMI BANGSA DAN TANAH AIRKU TERCINTA....

rasanya ada yang telah menonton video bagaimana budak berusia 11-14 thn ini dengan berani menentang Israel laknatullah, walau hanya dengan ketulan batu, yang mana akhirnya beliau (saya lupa namanya) terkorban kerana menentang kezaliman, walau tahu diri tidak mampu, tapi usahanya tidak hanya berhenti disitu sambil menanti sebarang bantuan yang tentu saja tidak pasti, bagaimana, dimana, buat apa, anak-anak kita sebaya mereka ini??


Apa nak jadilah, tak sudah-sudah, lepas satu, satu lagi, semua cerita masalah je yang timbul, nak cari cerita sukses anak bangsa kita payah betul, bukan tak ada, tapi macam cari uban dalam tepung, sama putih, naik payah nak nenguknya.

Kalau dulu-dulu, dalam cerita P.Ramlee, kita ni layak digelar samseng kampung pisang, lah ni status kita dah sama taraf, malah melebihi carta ketegori unggul dalam bab masalah sosial kat Tanah Melayu ini.

Dulu-dulu atuk nenek kita, ayah kita bermati-matian berjuang, tinggal anak isteri, tinggal saudara, dengan serba kekurangan, mereka angkat senjata, berjuang samade menentang penjajah, atau komunis, tak ada istilah mati sia-sia dalam hidup mereka. Malah mati pun mereka sanggup demi masa depan anak cucu mereka iaitu KITA.

Tapi hari ini, kita pun hampir sama jelah dengan atuk ayah kita dulu, sanggup mati, sanggup tinggal mak ayah, tinggal saudara, malah belum masa tinggalkan sekolah pun kita sanggup tinggalkan, demi satu juga perjuangan, tapi bukan menentang penjajah atau musuh Negara, bukan juga mengangkat senjata menghala kemuka sipenderhaka, tapi demi tuhan yang lagi satu.. tuhan nafsu nafsi.

Hari ini ramai anak melayu kita sanggup mati seumpama katak kembong, dibawah lori atau tepi longkang, atau macam pisang masak terhempas kebatu, penyek, lembek, menggelitik, semata-mata merebut gelaran ‘Raja Rempit’. Sanggup mati tertonggeng kala lari dari sekatan polis, bukan menonggeng kerana sujud pada Ilahi. Membunuh pun hebat juga, tapi bukan bunuh musuh, tapi bunuh seorang yang hampir sama baya emak sendiri. Biar kena belasah dijalanan kalau tertangkap hanya kerana meragut RM3, yang mana nak dapatkan RM300 kena meragut lebih 100 kali, yang jumlah ini boleh dihasilkan lebih 10 kali ganda kalau dia mau jual burger dikaki lima.

Baru mukadimah, belum nak hurai sehelai-sehelai kekusutan yang bersarang dalam dada, yang paling ramai dapat title DR pun anak melayu juga, tapi DR ni tak yah buat pratikal, tak yah sesusah belajar medic, tak perlu makan masa sampai 5-7 thn, 5-7 hari kenal jenis-jenis dadah moden ni pun dah cukup dulu untuk melayakkan anak melayu sebagai ‘pegawai makmal’. Dah kira pandai nak ketegorikan jenis ‘barang’ ikut ‘power’.

Dah leh dah jadi ‘perniaga’ tahap IK (industi kecil), belajar jadi pegedar dulu, sebelum jadi ‘stokis’ pula. Dah banyak sikit lagi bekalan, tak yah lamalah dalam 4-5 bulan kot, dah oklah, atau lebih awal, sendiri boleh test diri sendiri, tak yah nak gi makmal, nak tau bagus ke dak, leh cucuk kat lengan sendiri, tapi lah ni banyak cara sempoi dah, tak cucuk pun boleh, leleh sampai 2-3 hari sengeh memanjang, terhangguk-hanguk pekena pil tin-tong. kebanyakkan mereka suka jadi Dr. biologi gamaknya. Kalau orang lain ambil 6-7 thn nak dapat DR, meke 6-7 bulan dah master, kira pakarlah.

Jadi sebab tulah kat pusat-pusat ‘peranginan sehenti’ ramai Dr-Dr muda, tua yang berehat disana, samada baru masuk atau yang suka berulang masuk sebab nak ‘take a break’ kerana letih sangat menjadikan diri bahan ujikaji sendiri.

Yang perempuan pun sama-sama hebat, malas nak buat senarai panjang-panjang, kuatir nanti kalau dah terlalu banyak sangat huraian tersilap pula kita, sampai kang tak kenal pula samade tu anak bangsa melayu atau bukan.

Ada tidak, sikit bolehlah, yang sanggup dijadikan ‘hadiah’ bertukar tangan lagi, yang sanggup kena ratah, macam kopok lekor cicah cili, yang sanggup jadi model video lucah, malangnya dik non oii., yang jantan keparat tu tak nampak muka hidung, tapi yang pempuannya, tak satu bahagian pun terlindung. Yang ditipu oleh kang mas ‘PATI’ pun anak melayu, yang terpesona nak tolong jadi ‘pengedar’ VVIP pun anak melayu, baru tawarkan naik kapal terbang kelas 3, dengan sikit wang saku, dek 'Pak Tam', rasa dah macam model antarabangsa. Walhal sampai kat sana, kena tahan sendiri padan muka. Banyak benar kalau nak cerita, tapi malas buat sakit hati pecah kepala..tu yang muda-muda.
Sekarang lagi best, kecil-kecik kita dah galakkan anak-anak ni cintai dunia glamour, banyak betul rancangan khas mencongkil bakat, tak nak nampak sangat buang masa dan melalaikan kita beri gelaran sedap-sedap sebagai halwa terlinga, MENCARI BINTANG, BINTANG KECIL, segala jenislah, tu bagi kanak-kanak.. bila mereka remaja, bertambahlah mudah, sebab dari kecil sudah didedahkan, tak adalah lagi halangan, maka kita boleh teruskan pula dengan berangan-angan.

Paling banyak ber‘FANTASI’ pun tak lain dari anak bangsa aku juga, puak tu sendiakan pentas glamour sikit, ada penonton sorak-sorak, dah rasa macam bintang, FANTASI katakan, maka terkinja-kinjalah anak bangsa ku, terloncat-loncatlah mereka dengan penuh azam dan semangat membara, membaiki mutu suara, mengatur langkah tari biar sekata, tak kisah kena cemuh atau kena hina, kena kutuk atau kena peleceh, hebat anak bangsa aku, boleh kebal bertahan tercatuk, teranguk-angguk, menghormati kata sipengkritik, minggu depan boleh tunjuk lagi persembahan ‘mantop’. Tu pun kalau tak kena ‘terajang keluar’ oleh undi ciput. Hebat tak hebat bangsa aku, dalam bising-bising atuk nenek mak pak tenguk siri pertama sekolah FANTASI ni, dah 7 tahun bertahan. Dari memula nyampah aki dan opah kat kampung, lah ni, penyokong setia setiap hari, mula dari diary sekolah Fantasi ni sampailah persembahan mingguan. Follow rapat tu. Teruslah berjuang bangsa ku….

Yang tua pun sama naik juga, sumbang mahram, kena tangkap khawat, guru agama mencabul, bapa makan anak /anak-anak. hubungan dengan isteri /suami orang, semua dah tonggeng terbalik, yang jantan minat jantan, yang pompuan minat pompuan. Lah ni simdrom ramai jejantan dalam industri seni yang kini ‘jadi-jadian’… semalam bukan main ‘ustaz’ tetiba hari ni dia ‘nyah staz’. Semalam bukan main ‘korporat’ hari ni dia ‘nyah keparat’, semalam dia jejaka romantik yang setia pada cinta, hari ni dia jadi ‘nyah mencari cinta’. Kalau kelmarin dia bapak polisi, hari ni dia ‘nyah sensasi’ apalah. Dah tak cukup akal. Matlamat menghalalkan apa je cara.

Yang dah sontot akal pun ramai gak, tak kena je. Bunuh anak sendiri, bunuh isteri /suami sendiri, bunuh awek sendiri, bunuh diri.. ler.. teruk sungguhlah ORANG MELAYU DITANAH MELAYU INI…

Marah?

Marah ke?

Marahlah… nak marah.. marah, nak benci, suka hati!!

sape pun berhak kalau nak marah, kalau ada yang kata – NI LAGI SEKOR MELAYU, DASAR!!! TAU NAK KUTUK MELAYU!! KO PUN MELAYU JUGA!! Jadi???

Kalau aku melayu aku tak boleh cakap pasal bangsa aku? Aku tak boleh komplen atau komen pasal bangsa aku? Aku tak boleh nak buka mulut pasal bangsa aku??? Habis sape yang boleh ‘sentuh’ bangsa yang satu ni? Kalau orang lain, puak lain, bangsa lain sentuh kita kata perkauman, kalau bangsa sendiri sentuh kata jatuhkan, komen, kondem, kutuk bangsa.. dah tu yang boleh dan sebenarnya cara mana yang betul?

Tak payah komen, tak boleh gak, kalau biar kan je. ‘nala’ je.. naya juga. Mana bleh gitu dik non, silap pendapat kita kalau gitu. Mak pak kita ajar, 'kalau sayang tangan-tangan kan, kalau kasih tegur-tegurkan'.

dan tu ALLAH juga dah pesan dalam firman dalam Quran :

1. demi masa, 2. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, 3. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran. ~ Surah Al-Ashr (masa)

Tenguk, Allah dah ingatkan kita semua, mesti tegur, mesti nasihat. Kalau lansung tak boleh sentuh, tunggulah hari kehancuran umat melayu. Kita akan hilang dalam peta warisan ‘Tanah Melayu’.

Gerenti!!! Kalau kita segan-segan nak tegur kesilapan bangsa kita hari ini, yang akan tinggal hanyalah ‘tugu’ peringatan: ‘ BAHAWA DISINI PADA SATU KETIKA DULU ADA SATU BANGSA YANG DIKENALI MELAYU YANG PADA ASAL SEJARAH, KETUANANNYA BERMULA DARI MELAKA DAH AKHIRNYA MENAKLUK SELURUH TANAH YANG DI PANGGIL TANAH MELAYU, TAPI PADA HARI INI, KITA SEBAGAI BANGSA BARU, MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA KENANGAN SILAM, MELAYU TELAH HILANG KERANA SEGALA KEKUATAN MEREKA TELAH MUSNAH, JIWA MEREKA PUNAH, BANGSA MEREKA RANAH, BUKAN KERANA PENYEMBELIHAN ATNIK TAPI KERANA BANGSA MELAYU ITU TELAH TERMAKAN RACUN NAFSU YANG MANA TIDAK SIAPA PUN DAPAT MENYELAMATKAN MEREKA KERANA KEDEGILAN BANGSA MEREKA UNTUK MERUBAH DAN MENGGUNAKAN AKAL DAN AGAMA ISLAM MEREKA SEBAGAI PANDUAN UNTUK HIDUP, MAKA MARI KITA BACAKAN AL-FATIHAH UNTUK SATU BANGSA YANG DULUNYA DI HORMATI KERANA KEBERANIAN DAN KEGAGAHAN MEREKA, KITA MEREKA SEMUA TELAH BERSEMADI DENGAN SEGALA KEKESALAN DIHATI’

Nak ke satu hari yang tenang, serombongan ‘tourist’ datang 10 buah bas pergi tenguk ‘tugu/ batu bersurat’ yang kita orang melayu tinggalkan, semata –mata kerana kita tau kita bangsa yang hebat, tapi tu dulu, yang kininya semakin tenat dan melarat. Yang semakin nazak dengan segala macam ‘dianogsis’ penyakit so-sial??

Saya tak pernah malu mengaku saya melayu, malah saya sangat bangga dengan susur keturunan saya, cumanya saya sedar, kehebatan onyang atuk nenek saya dulu, kini tidak lagi mengalir dalam darah saya. Powernya semakin hari serasa-rasa semakin malap.
Tak ada lagi kekuatan orang bugis yang terkenal handal dan garang bila berjuang, Daing Celak keturunan belah ibu, tapi kini yang ada, aku pakai celak je.. tu pun kengkadang, selalu tidak. Apa senjata yang boleh aku angkat? Keris dan seludang kini dah tak laku, baru aku angkat nak bertempek, kiok aku mati kena bidik, pistol sekarang dah makin canggih. Teknik tempur tanpa senjata pun dah macam-macam cara. Mentelah pulak puak melayu kita rasanya tinggal seketul dua je yang pandai keris. Tak seorang melayu pun yang pandai pistol, pandai AK47, pandai bom, pandai kereta kebal dan pandai jet pejuang pun tarak. Dah camne?

Gitu gak darah Minang belah ayah, orang minang pandai berdagang, handal orangnya tawar menawar, pandai berbahasa lunak berbicara, urusan berdagang *lacak akhirnya ( *melimpah ruah). Tapi kini, aku berniaga pun asyik kena main, kena buli sebelum orang beli, banyak rugi dari untung berguni. Sekarang dagang bangsa kita jadi ‘dagang hamba mengkuang layu’ yang dagang pak malau dagang bertempat semua dah bangsa lain yang rembat. Tak percaya apa lagi. Semua.. semua kerusi perdagangan habis dilopori puak-puak satu lagi. Nak marah mereka tak boleh, sebab peluang sentiasa ada, tapi bangsa ku lebih ramai yang ‘buzy’ hal remeh. Jagi ‘permintaan yang tidak dipenuhi oleh bangsa ku, akan dibekalkan oleh puak tu.

sampai saya pernah berkata kepada rakan waktu kami berbual, sekarang, segala keperluan kita orang melayu telah dipenuhi oleh puak asing, hatta, kain kafan dan batu nesan, cuma tanah kubur saja yang masih belum mereka pelopori, gamaknya kalaulah tak kerana kerajaan dan Tabung Haji yang pegang dan uruskan pakej pergi Haji pun boleh disediakan oleh puak tu juga.. kita jadi apa?

Kalau ada yang kata ini paling menghina..salah!!! AKU TIDAK MENGHINA TAPI SEKADAR MENYATAKAN ITULAH KEBENARAN TENTANG BIBIT-BIBIT KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN BANGSA AKU YANG BERNAMA MELAYU JIKA TIDAK SEGERA DISELAMATKAN.. TAPI BAGAIMANA??

Monday, June 1, 2009

PAPA, BOY PREN KITA AJAK KAWEN


Emm, kalu kelmarin kakak kata ada pak we, adik pula lagi hebat ( sepupu anak aku). Hari-hari pulang dari persekolahan di tadika agama, sofiah akan diambil suami saya (papa)… satu hari waktu papa menjemput sofiah balik, masa nak naik motor, ada seorang budak lelaki sebaya dia (6thn) melambai-lambai sofiah…

“bye Ainin, bye Ainin”

sofiah pun melambai-lambai sambil tersenyum simpul, tak nampak gigi lansung, bergulung kat atas moto. Suami aku Tanya…

“sape tu piah, kawan kelas ke”

“ha ah”

“ha sape tu”

“boy pren kita papa”

“ ha.. oh, boy pren piah, sape nama dia?”

“amir”

“oh, piah sayang dia ke?”

“sayanglah”

“sayang tu macamana? Piah pernah cakap ke atau dia pernah cakap kat piah ke?

“tak ada, tak cakap pun, tah tak taulah, papa tak tau ke?”

“lah, pasal papa pula? Piah yang kata sayang diakan”

“papa yang tanya”

Anak bertuah, dia pulang kat aku balik…

“ok, balik nanti piah kenalah bagi tau ibu ayah tau, piah dah ada boy pren, tak boleh tak bagi tau, kena cakap tau”

“ok”…

sejak itu setiap hari dia lapur papa dia tentang Amir, Amir dah 2 hari tak datang sekolah, dia demam, hari ni Amir sekolah. Emmm…anak-anak.

Rabu yang indah, suami aku terlewat sikit ambil dia, maklumlah banyak hal nak diurus. Sampai je

“papa.. papa ni apasal lambat sangat, boy pren kita dah balik tau”

“lah, iya ke, dia tak tunggu ke?”

“tak, papa lain kali janganlah lambat sangat”

“papa ada kerja nak buat, tapi papa mesti datang ambil, piah tunggu jelah ya”

Khamis yang tenang, macam biasa suami aku sampai dia pun naik moto duduk depan, sambil mengulum senyum dari dalam sekolah, naik je moto, letak beg dalam bakul, letak tangan atas riba papa, sandar kat dada papa dia buka mulut…

“pa, pa tau tak, hari ni kita gembira sangat pa, boy pren kita ajak kita kawin”

“ha! Betul ke, dia ajak piah kawin, bila nak kawin tu?”

“esoklah, nanti papa tolong cakap kat Ummi, kat kak shikin, kat ibu ayah kat makwan atuk, semua-semualah”

suami aku macam kena geletek dalam hati dia ketawa berdekah-dekah.tapi layah jelah. Sampai rumah makwan, baru masuk pagar, belum sempat buka kasut…

“mak wan kita gembira sangat hari ni tau, boy pren kita ajak kawin”

“ha!, kawin, lah, tak minang tak pernah makwan jumpa tau-tau nak kawin je ke. Mana boleh gitu, ibu ayah tak tau lagi, kena lah bagi tau”

“mak wan tolonglah cakap”

“apa pula makwan nak cakap. Piah nak kawin kena lah bagitau sendiri”

“alah makwan ni”

tapi yg ni paling buat semua kami tergelak.

“oklah taka pa, makwan tolong kita masak ya, makwan masak sedap-sedap tau”

Aku tak ada masa semua ni, aku tau semua ibu dan suami aku bercerita. Lalu aku Tanya dia

“hehehe hahaha.. kenapa makwan kena masak, ibu, ummi kan ada, minta ibu dengan ummilah masak”

“tak boleh, ummi buat lain”

“habis ummi nak kena buat apa pulak, makwan dah masak, buat bunga telur ke”

“ha ah, ummi, ummi papa, ibu ayah, semua-semua bagi tau oranglah” (menjemputlah tu)

“oh, kami bagitau orang, ni beriya-iya
ni,
tak pernah datang, tak kenal tak pernah pinang anak ummi seorang ni, mana boleh nak kawin je”

“alah papa kenal”.

“bila nak buat ni?”

“esok juga”…

kha..kha..kha.. kami ketawa berderai..

alahai anak-anak sekarang. Itu menunjukkan mereka melihat dan mengutip serta menyimpan data dalam kepala mereka. Bila mereka rasa nak cakap/ ‘buat’. Mereka cakap/ buat saja. Salah atau tidak mereka lansung tak tahu, tak faham. tapi menunjukkan mereka tidak pernah berhenti dari mengutip maklumat. Sebab itulah, jangan risau anak-anak kecil ini kurang mendengar kata, tapi risau bila mereka melihat apa tindak tanduk kita, perbuatan, percakapan, tingkah laku, tindak balas kita. Kerana bagi mereka itulah yang betul. Sebab kita yang buat, sebagai ibu ayah, betulah tu. lambat atau cepat mereka akan ikut apa yang mereka lihat. kalau sikap dan perilaku kita banyak kearah negetif, maka kesannya juga akan negetif, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, maka kita lah yakni kita IBU BAPA lah yang mencorak anak mengikut kemahuan kita, asbab itu peribadi dan jatidiri kita haruslah 'mantop' kearah fitrah muslim soleh/solehan. Kita tidak seharusnya lupa bahawa perkara yang terlalu awal didedahkan kepada anak-anak akan menjadi masalah jika tidak dibantu dengan penjelasan yang mudah tetapi jelas.

Macam kes anak-anak ini, dia lihat, bila orang kenal, berjalan berdua bercinta , nak kawin, buat kenduri hantar kad, menjemput, bla..bla.. bagi mereka, oh itu je proses dia, oklah. Dia tak tau dibalik tabir sebelum nak bercinta (boy pren/ girl pren), halangan dia apa, penentangan nya bagaimana, cabaran jenis apa, harus dan tidaknya bagaimana, semua tu mereka tak pernah tahu. Yang dia tau. ‘cakap’ je. Tapi kurang-kurang bagusnya, kita tahu dia boleh juga berfikir macam orang dewasa, tapi anak-anak jenis inilah kita kena tumpu perhatian sebab mereka ini ‘berani dan kuat naluri’ ingin mencuba dan ambil tahu.

Ini sebenarnya perkara biasa, naluri tertarik atau menarik (kuasa tarikan) adalah sunnatullah, itu normal dah sihat, kerana betullah, sempurnalah nafsu manusia itu tertarik kepada lawan jenisnya. Cuma yang paling perlu diambil kira ialah, mengembang dan mengimbagi perasaan dan kuasa tarikan itu dengan cara yang bermoral, saluran yang betul dan waktu yang sesuai.

Kalau zaman kita dulu kata ada pak we, dah tentu pengsan ibu ayah, kena kat nenek (belah ibu garang) aku mesti kena hamput.. dah gatal ke nak kawin, ia satu taboo yang kononnya SATU PERKARA TAK SENONOH, MEMALUKAN, UMUR KECIL TAPI GATAL..itulah persepsi orang tua dolu-dolu. Tapi tak salahkan mereka pun, sebab itulah cara orang tua dulu mentarbiah anak, perbincangan tentang lelaki dan wanita hampir tiada, atau sesetangah orang tua, samasekali tak boleh, tak manis, jauh sekali nak bercerita atau berbual secara terbuka.

Hari ini, dengan seluruh sumber maklumat dihujung jari, perbincangan tentang pak we dari anak berusia 6 tahun keatas hendaklah didengar dan dilayan untuk mengetahui tahu apa sebenarnya fahaman mereka ‘pak we’ tersebut. Dengarlah ‘luahan perasaan’ anak-anak kita, mereka sebenarnya tidak faham lansung tentang pak we mak we ni, sebab pada masa ini yang terlibat bukanlah nafsu berahi, yang terlahir adalah tarikan yang normal melibatkan apa yang mereka lihat. Lalu yang dilihat (macam lihat imej dicermin) imej itu menimbulkan kesukaan di hati mereka. Jagi bila suka kita rasa selesa, mungkin seronok atau gembira.

(macam kes anak aku) papa dia pun dah tau, dia sendiri yang bagitahu, alah papa dia dah tenguk pun si Adam. mungkin kerana ‘mamat’ tu ketua kelas bahasa Arab dia, ada tokoh pemimpin, sebab anak aku memang suka jadi ketua, atau mengetuai (satu ciri persamaan yang menjadi sebab untuk anak ini rasa gembira). kretiria itu telah ada, kemudian putih melepak, tinggi, sebab anak saya tinggi. ciri-ciri keselesaan untuk dia rasa suka, ( erkk…dia macam aku kot, papa dia pun rupa macam cina, sebab aku suka mamat putih, sepet, tinggi emm..emm). ok dah-dah cukup meraban.

Jadi pada ketika ini, perasaan naïf seperti ini, pada zaman ini, tahun 2009! tidak lagi boleh ditegur dengan cara ‘abad ke 14’ (lama sangatlah tu, bahasa tuk aku ni) thn 1960an.. asbab (pinjam kata-kata iklan), ‘ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA DAH MAKIN MAJU’. Kalu masa tu (60an) anak-anak memang sungguh hormat dan takut, kalau hitam kata pak, hitam lah, putih kata pak putihlah. No soal-soal no jawab-jawab . sebab tu je dua kaler yang ada, mana ada kaler lain…hehehe.. saje melawak sikit. Serius sangat pun boring, bukan dalam dewan kuliah ni.

Ok, sebab masa tu ibuayah tak ada banyak halangan dan sumber maklumat macam sekarang. Dalam kampung pula, seluruh kerabat dan kaum keluarga berlonggok, pak uda pak usu, mak andak, mak teh, mak cu, segala jenis mak pak penakan dalam satu kampung, pak mak kita tak nampak apa kita buat pun, pak mak sedara ada menegur dan menjadi mata telinga, salah silap kita mudah diketahui. Nahaslah kalau buat hal, lebam birat warna kesukaan ku.. heheh..tapi sumpah saya tak adalah kena pial, kena rotan ada…

Nak dapatkan surat khabar pun payah yang amat. Kalau tak ke ‘pekan’ tak taulah sangat dunia luar apa jadi, radio sikit-sikit benar yang ada, TV tak usah cakaplah. Jadi memang ‘terkurung’ sungguh anak-anak, lingkungan mereka pergi balik kat situ lah.

Jangan anak-anak sekarang, kalau kita tak bagi maklumat, meke boleh dapat bila-bila, ketik je dah keluar, kalau betul maklumat, Alhamdulillah, kalau salah!!! Nau’zubillah. Begitulah cabaran sekarang, harga yang harus kita bayar untuk kemajuan ialah tergadainya maruah atau terkorbannya akidah, jika kita tidak mampu mengikut dan mengimbangi kemajuan emosi perasaan dan kemahuan.

Anak-anak sekarang berani bercakap apa saje, pada ketika usia sebaya anak saya, mereka bermain computer, walhal pada usia sama saya bermain ‘konda kondi’. Permainan yang memerlukan fizikal dan tenaga, letih balik makan tidor. Anak sekarang, fizikal selalunya tak letih mana sangat, tapi akal mereka berputar, untuk dapatkan lebih banyak ‘info’ tentang sesuatu yang mereka baru tahu. Malah soalan-soalan yang mereka kemukakan seperti seorang yg telah dewasa. Lalu apa persedian kita sebagai ibubapa untuk menangai masalah mendatang? Bersikap lepas, tak taulah, entahlah, nantilah, kemudian kita bincang, jangan banyak soal boleh?... semua itu bukan jawapan penutup pada anak –anak sekarang, kalau kita dulu bila mak pak kata lagu tu, tulah lagu yang kita nyanyikan sampai kita dah besar (dah patut tahu).

Anak sekarang, tak bagi jawapan, ok tak pe, kita buka internet ya!! Protes kini juga jauh beza, kalau dulu kita merajuk, pergi balik pintu dah ok. Anak sekarang kalau merajuk terus keluar pintu. Jadi apa jalan nak menyelesaikan? Banyak cara, sebaiknya kita sentiasa rujuk kepada ibubapa yang dah berjaya didik anak mereka jadi ‘insan’ bukan jadi orang. Sebab sebelum ni dari dalam ‘perut’ ibu ALLAH dah sah-sah cipta kita jadi orang, bukan kera atau beruang.

Sekarang ni ramai ibu / bapa dinobatkan jadi ibubapa mitsali, kita bacalah, tanyalah mereka apa tips atau cara mereka. Insya’Allah, bukan semua kita boleh pakai pada masa kini sebab meke pun dulu sama gak, 30-40 thn sebelum nya, tapi tanyakan ‘doa dan amalan’ mereka. kerana doa dan amalan adalah jalan yang ALLAH telah sediakan, walau bagaimanapun zaman medahului masa, doa dan amalan tidak pernah silap atau 'lapuk'.Disiplin apa yang diamalkan mereka dalam mendidik anak.

Saya banyak bertanya, merujuk sebab saya sendiri masih kurang pengalaman. Samada terus bertanya kepada orang tua, selain ibubapa sendiri, orang lain juga harus kita rujuk, ikut kursus, beli buku. Tapi kalau berpikul2 pun.. tak diamalkan. Tak praktik dalam umahtangga kita.. TAK JADI APA GAK.

Orang tua dulu kata, dengan anak jangan kita bagi muka, nanti mengada, jangan manja nanti mua, usah disanjung nanti naik junjung. Tapi ahli psikologi kini kata, anak sekarang harus diberi peluang, tak delah dia menyempang, bukan manja tapi nyatakan kasih sayang, bukan nak sanjung tapi menghargai. Lalu macamana?

Bila timbang tara semua pun masih lagi berguna, tapi bukan semua pada satu masa, kita dah cukup bijak sebenarnya untuk berfikir, jangan cepat je kata, manalah aku tau, kalau kena bahasa kasar orang tua dulu-dulu, ‘tau buat anak, taulah ko ajar anak, jangan sampai kepala kau dipijak henyak’.

Kesimpulan yang bersimpul-simpul.. paksa diri kita untuk sentiasa belajar, belajar, belajar, sebelum kita nak mendidik anak, sebab kalau kita kurang ilmu, anak kita terlebih info, masalah akan timbul. Tapi bila kita berilmu, anak-anak akan hormat dan kagum serta bangga kerana ibuayah mereka hebat.


Bukan semestinya kita jadi macam kamus Oxford, semua lengkap, tapi kurang-kurang jadilah macam surat khabar. Ada maklumat, ada cerita, ada isi ada kisah. Nipis pun hari-hari ada ‘khabar’ baru yang dibawa, bukan jadi artikaf sejarah, apa yang tercatat itulah tersurat…