Fakta Menarik untuk direnungkan ..tahukah anda?
Dimanakan terletaknya Emas terbesar didunia? Jawabnya di Malaysia.! ye betul, Malaysia mempunyai emas 'paling besar' didunia, tak percaya? nah ini dia.. Patung Dewa Murugan yang berada di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand. Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu. Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya mencapai 42.7 atau 140 kaki.
Tetapi bagaimanapun ia hanya menggunakan cat emas sahaja
Namun sesuatu yang paling patut anda ketahui ialah ketulan emas termahal didunia sebenarnya berada di Taiwan.
Jongkong emas yang diberi nama “Taiwangoldbrick” ini adalah seberat 220kg dimiliki oleh Kementerian Kewangan Republik of China dan dipinjamkan kepada muzium emas di Taiwan untuk sementara. Harga semasa jongkong emas ini adalah RM29.3 juta.
sumber : hargaemas.com.my
Pendapat sy apa kata..mari kita fikirkan..tahukah anda
Bila pemerintah Amerika bercakap tentang defisit USD 1.7 trilion, inilah jumlah tunai yang dipinjam oleh pemerintah Amerika untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010. ( pergghh banyak sungguh hutang ye)
Perhatikan, pelet di susun 2 tingkat, setiap palet menampung $100 juta, penuh dengan not $100. Anda perlukan baaaaaaaaanyak lori untuk mengangkut semua duit ini.
eemm.. bayangkan kalau USD tidak lagi bernilai.. macam duit pokok pisang Jepun dulu2.. apa akan jadi kpd 'nilai simpanan wang kertas kita? - Apa jadi pada Bank? Saving, bond, EPF, ASB.. (Fuh..lap peluh kejap). mungkin sama nilai dgn segantang beras, seguni gandum? atau lebih teruk dari itu sebagai kertas pembungkus barang basah sahaja.
Maka itu, dari sekarang, tukar semua nilai kertas RM, USD, EURO, yang anda ada kepada bentuk logam EMAS/ PERAK/. Rhodium/ platinum ( ada ke yg beli? kalau mampu lagi bagus) ... beli eset kekal spt RUMAH/ TANAH dll, supaya nanti, bila ada kuasa dunia baru, yg membawa nilai mata wang baru, kita dapat semula 'nilai' kepada seluruh kerja keras kita selama ini berusaha mengumpul harta..
Maka itu, waktu emas tengah turun harga ni.. agak2, kalau ada rasa nak tukar kereta baru, beli pakaian berjenama sampai 10,000 satu sut, beli kasut sampai RM3000 sepasang.. cecuba bertahan kejap. Fikirkan jenis pelaburan yg lebih menguntungkan dari kepuasan diri kepada kekuatan ekonomi..
amacam.. ada berannnn :-D