Wednesday, June 6, 2012

DOA SIAPAKAH LEBIH BERKAT

Kisah ini adalah tamsilan kepada kehidupan kita.. mari kita renungkan bersama… Sebuah kapal karam ditengah laut setelah dihempas badai dan ombak yang bergelora. Hanya dua orang lelaki yang selamat dalam bencana dan mampu berenang hingga kesebuah pulau yang kosong tanpa penghuni dan gersang.

Kedua mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan, namun mereka yakin bahawa tiada apa yang boleh membantu dan diharapkan selain berdoa kepada Tuhan..untuk mengetahui doa siapakah yang akan dimakbulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau tersebut menjadi dua wilayah dan mereka tinggal sendiri-sendiri disisi pulau tersebut..

Doa pertama yang mereka panjatkan agar esok diturunkan makanan. Esoknya lelaki pertama melihat sebatang pohon yang penuh dengan buah2an tumbuh disisi tempat tinggalnya, sedangkan dikawasan lelaki kedua tetap tiada perubahan..

Seminggu kemudian, lelaki pertama merasa kesepian dan dia memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokkan harinya ada kapal yang karam dan satu2nya penumpang yang selamat ialah seorang wanita yang berenang dan terdampar disisi pulau tempat lelaki pertama tinggal, sedangkan disisi tempat lelaki kedua, tetap saja tiada perubahan.

Melihat akan itu segera lelaki pertama berdoa memohon rumah, pakaian, makanan dan seperti satu keajaiban esoknya kesemua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki kedua tetap tiada mendapat apa2 perubahan..

Akhinya lelaki pertama ini berdoa memohon agar ada kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Keesokan paginya mereka melihat sebuah kapal telah tersedia disisi pantai tempat lelaki pertama.

Segera lelaki pertama dan isterinya berkemas2 dan naik keatas kapal untuk segera berlayar meninggalkan pulau itu dan memutuskan untuk meninggalkan sahaja lelaki kedua itu disisi bahagian pulau tempat tinggalnya.

Pada pendapat lelaki pertama, sememangnya patut untuk lelaki kedua itu tinggal kerana dia tidak layak menerima ‘pemberian Tuhan’ kerana doa2nya tidak pernah terkabul. Begitu dia mengangkat sauh untuk berlayar maka dia mendengar satu suara dari langit bergema...

“ mengapakah engkau meninggalkan teman mu disini sendirian? Tidakkah engkau mempunyai belas dan rasa tanggunjawab untuk membantunya”?

berkah ku hanya milikku sendiri. Kerana hanya doaku lah yang dikabulkan Tuhan” jawab lelaki pertama penuh yakin.







“katakan pada ku, doa apa yang dipanjatkannya sehingga aku terpaksa merasa berhutang atas semua ini padanya? Sedangkan hanya aku yang berdoa dan mendapat apa yang aku hajatkan, nyatakan?” kata lelaki pertama dengan angkuhnya

ya kau tidak tahu, tapi dia telah berdoa agar semua doamu dikabulkan!”


moral...betapa sombongnya kita, sering tanpa kita sedar, kita menggangap hanya atas usaha dan doa kita, maka hajat kita dikabulkan, hakikatnya dalam setiap usaha kita juga, terlingkung usaha saudara kita yang membantu kita sehingga kita mampu mendapatkan apa yang kita hajati.. lalu jangan sesekali kita mengabaikan atau menidakkan peranan insan lain dalam kejayaan kita hari ini..

sahabat...terima kasih atas segala ilmu dari kalian walau pun sebesar lubang jarum.. setiap usaha mu pasti di balas Allah swt. dengan ganjaran setimpal.. pun semoga kita sentiasa merendah diri dan beringat bahawa kemampuan kita menimba ilmu dan memberi ilmu atas usaha kita tapi dengan IZIN Allah yang Esa.. kerana segalanya adalah milik Dia.. kita sekadar diberikan kelebihan untuk meminjam dan mengunakan sebelum diambil NYA kembali...

~UNJ~

Monday, April 9, 2012

Hotel Mewah di Dubai....

Pembukaan Atlantis Hotel,Dubai.. 
Antara 'syurga-syurga' dunia yang indah, satu sisi, hanya untuk menjadi pengukur kemampuan manusia mengecapnya.. dlm erti kata lain.. kalau kaya raya, makan tak habis, tidur atas duit, masuk tandas membuang pun keluar duit (ahaksss) maka bolehlah gi sana lepaking..

Akan tetapi, satu sisi lain, ia adalah satu indikator agar kita sebagai umat islam berusaha bersungguh-sungguh menaik taraf iman, takwa dan amalan kita, agar kita memperolehi SYURGA yang kekal di akhirat kelak..

Justeru, kalau kita mahu, kedua-dua situasi ini mampu kita raih, kita berusaha keras, bekerja bagai kita akan hidup 1000 thn lagi, ada lebihan rezeki selepas selesai semua yang menjadi tuntutan agama (zakat, sedekah, derma, dll) maka bolehlah kita menikmati rasa seumpama raja didunia daaaaannnn dalam masa yang sama kita beramal dan menjadi hambaNYA yg paling beriman.. jadi boleh per.. Jutawan Beriman..


nota kaki : Acara bunga api yang terbesar direkodkan dalam Guiness Record.
Hotel paling murah $35,000.00 untuk satu malam.

AMACAM????































Thursday, April 5, 2012

~~** NAK KUMPUL HARTA atau KUMPUL ILMU**~~


~**BERAPA KALI UNTUK SESAAT?**~

Lama tak menulis, malas, itulah jawapan jujur ku.. bila dah sibuk, waktu ada, tapi tak mampu nak duduk dan menari-narikan jemari nak menulis panjang-panjang. 

MALAS..

hehehe.. pantas sangat masa, pejam celik, keluar jumpa client, meeting dengan lawyer, explain dengan owner, bantu pula buyer, bila balik je dah malas, layan Mr.Darling dan anak bertuah, dah sampai waktu patut2 tidooo..
sok pagi bangun.. Alhamdulillah, masih lagi hidup..!

Hidup, 
kenapa dihidupkan? 
ada sebab.. 
ye sudah tentu bersebab,..
Allah itu Maha Mengetahui..
kenapa dari berjuta-juta sperma yang berenang-renang dan telur yang berjuta-juta didalam rahim.. 'kita' yang dijadikan.. ?

ya,, tidak lain semata-mata kerana Allah Maha Menjadikan dan Maha Mengetahui untuk apa hadirnya kita disini..

tapi itulah, kita selalu merendahkan potensi diri, kita kurang berkeyakinan bahawa kita punya begitu besar kemampuan dan keajaiban yang di'isi'padat oleh Allah dalam diri kita sebagai pelengkap kelahiran kita, agar kita dapat menjadi hambaNya yang tulin.

mensia-siakan peluang yang ada, bersunggut dan memberi alasan atas ketidak upayaan kita melakukan sesuatu adalah lumrah. hinggalah rupanya kita telah membazirkan hampir seluruh kekuatan mental dan fizikal pada sesuatu yang sia-sia..

begitulah kita, patutnya kita berani mengambil resiko, tapi yelah, bukan mudah, hatta.. yang tengah menulis ni pun sama juga. Dia sendiri pun ada waktu dan ketikanya. mengalah dalam beberapa perkara, yang kononnya dalam jangkaannya dia tidak boleh melakukan. Namun, bila saja, waktu berlalu, dia semakin sedar bahawa dia seorang yang hebat sebenarnya dalam beberapa hal, tapi lemahnya 'jiwa pejuangan' kala itu, telah menyebabkan peluang pergi begitu saja,.

kini...dia tidak lagi mahu menoleh kembali kebelakang, dia ingin meneruskan perjalanan dan mengutip kembali peluang yang tersisa agar dapat menjadi hambaNya yang tahu bersyukur iaitu dengan menggunakan kekuatan dan kebolehan yang Allah kurniakan semaksimum mungkin.. 



alah.. macam alkisah ni....

 Kisah seorang pembuat jam tangan, satu hari dia  berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang kecil panjang seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada jam.

“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap saat?”

“Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh keyakinan.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap saat. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Pengajaran :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas atau pekerjaan yang kita rasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil  untuk dilakukan sekalipun.

Jangan berkata “tidak” sebelum Anda mencubanya.


Thursday, February 9, 2012

NUR AMALINA CHE BAKRI Sedang diUji

Assalamu'alaikum.. 

Astagfirullah, ish.. bersawang, berabuk, berdebu blog aku tak ni tak up date ..aduhai, tu lah pasal, orang buat blog, awak pun sibuk nak buat, sudahnya tinggal macam tak bertuan. Banyak hal/masalah/problem/isu/kes/ berbangkit, tau jelah dah bekeluarga ni kan, ada waktu, bukan masalah sendiri pun kena bersibuk-sibuk, apa lagi kalau masalah sendiri, lagilah mabuk.

Sampailah ni, banyak benda nak kena urus, selagi hidup..normallah ye tak. lain dah mati. 

NUR AMALINA CHE BAKRI.. tak payah lah nak diceritakan siapa dia, rasanya semua rakyat Malaysia tahu dia ni siapa dan kenapa tetiba je  dia disebut-sebut kembali. Cumanya pada kali ini, dia disebut kerana kisah 'hot' yang terjadi. Oh.. gambar dia,

Tapi minta maaf, gambar-gambar dia yang dikatakan 'HOT' tu, tidak akan anda perolehi disini, sowwi ha! Sy buat blog bukan untuk SEBARKAN BURUK ORG, bukan utk BUKA PEKONG DAN AIB ORG, TAK MINAT lansung.

Ye ke.. dah tu pasal pula duk sibuk citer lagi hal dia?

Tidak, saya tidak ingin bercerita hal orang tanpa sebab. Apa yang saya buat sekarang ialah untuk kita AMBIL IKTIBAR atas kejadian ini.

Ada 4 golongan bila satu2 perkara terjadi

1. Yang tidak kisah, menyokong,  malah tidak mengatakan ia salah

2. yang membenci mengutuk menyumpah seranah (macamlah dia malaikat, lansung tak tercatit dosa2 dia ye.. )

3. Marah, kesal, sedih, tapi tetap mendoakan agar satu hari sinar hidayah menerangi hati insan-insan yang buat silap dan kembali kepangkal jalan

4. Yg marah, bukan setakat pada siempunya diri, tapi juga kepada golongan ketiga yg mendoakan, atas alasan, sepatutnya janganlah marah sikit, dah buat salah, marah betul-betul, ni tidak, macam menyokong pula apa yg dibuat.

Dimana pun kategori anda, itu bukan urusan saya dan saya tak perlu nak perbetulkan apa yang anda rasa betul, kalau anda kata itu betul, betullah tu! 

Saya cuma ingin berkongsi pendapat, pandangan dan perasaan saya,harapan dan impian saya, itu saja.

Memang sewaktu mula-mula melihat gambar -gambar Amalina, saya dijerut kesal, sedih, sayu, sebab dia anak MELAYU, bangsa saya dan agamanya ..ISLAM!!, kalau nama dia LIM TAT, MAGISWARI, saya tidak akan ambil peduli, mentelah pula dia pada awal kemunculan, malah dlm videonya juga, dia BERTUDUNG, ertinya telah memenuhi piawaian perintah agama sebagai muslimat. 

Namun, apabila dia tidak lagi bertudung, kemudian mewarnakan rambut, kemudian bersosial dengan keadaan begitu terbuka dan begitu enjoy dengan pasangan / rakan sambil bergambar 'gitu2', termasuklah sekali bonda tercinta merestui, bertambah kecewa aku, bertambah sedih dan sebak, sempit dan terjerut hati dan perasaan ku.. aduhai ibu.

Kalau dengan pencapaian Amalina yang bagus dan hebat, itu sekadar pencapaian Ilmu duniawi, hakikatnya Amalina berundur beribu batu kebelakang, dari bertudung, buang tudung.. dan seterusnya, tak perlulah saya nak membebel disini

Begitulah cabaran hidup ini, ada waktu kita khilaf dlm mentafsir ujian Allah atau bala Allah. ia datang dlm susah dan dlm senang, ujian utk org lain, pengajaran dan peringatan juga buat yg lain. semoga Allah swt pelihara kita agar terus sedar iman dan malu itu jalannya beriringan, jika ditinggalkan salah satu, maka pincanglah hidup.

Kasihnya ibu.. tak tahu nak kata, samada dia terpaksa buat statement begitu kerana sayang dan tidak mahu anak nya di hina, atau memang dia terbuka.. benarlah, biar busuk kata org, tetap wangi kata hati.. tapi bila terang2an ia bertentangan dgn sunnatullah, ia menjadi sudah menjadi 2 kesalahan.

Amalina mungkin bijak dan baik.. tapi org baik belum tentu beriman, orang beriman gerenti baik..semoga Allah swt titipkan hidayah buatnya dan bondanya tersayang dan kita mengambil ia sebagai satu sempadan dan ingatan! 

Pun gitu, sebagai seorang ibu, rasanya tindakkan anda kurang wajar, sayang tetap sayang, salah pun kita sayang, jadi tegur lah yg mana kita ketahui salah, dari segi dedah aurat dah salah.. ok tak apa, mungkin kita kata anak tu masih muda (SY TEGASKAN SY TAK SETUJU TENTANG AURAT, SY SEKADAR MENYELAMI CARA IBUNYA BERFIKIR). Justeru, kalau dia masih nak free hair.. ye ibu setuju, tapi kalau sampai berpeluk sakan.. pun kata ok.. something wrong tu Ibu.. fikir2lah balik ye..

Dia mencipta nama, kajian diterbitkan sebagai jurnal atau apa sekalipun.. tu sekadar ciput je ibu.. Saidatina Siti Fatimah a.s, satu dunia kenal, saidatina Aisyah as, Siti Asiah, isteri Firaun, Masyitah dan kelurga...lagi dasyat ibu, dah lebih 1000thn kisah mereka, sampai hari ini org ulang siar, orang ulang cerita dan orang ulangkaji..

Kita sekarang, setakat jurnal, sebelah dunia pun belum tentu kita gah. kalau ada pun takat setahun dua. maksimum 10 thn, lepas tu orang lupa siapa kita. puas orang nak ingatkan kita..

Ibu.. anak kita, bawa ke syurga selagi boleh bu.. bukan campak keneraka... tu je..


Ingatan utk saya, saya.. aku.. yg mudah lupa!!!




Wednesday, October 12, 2011

~* Malaysia Mempunyai EMAS TERBESAR Di Dunia*~

Fakta Menarik untuk direnungkan ..tahukah anda?

Dimanakan terletaknya Emas terbesar didunia? Jawabnya di Malaysia.! ye betul, Malaysia mempunyai emas 'paling besar' didunia, tak percaya? nah ini dia.. Patung Dewa Murugan yang berada di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand. Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu. Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya mencapai 42.7 atau 140 kaki.
Tetapi bagaimanapun ia hanya menggunakan cat emas sahaja



Namun sesuatu yang paling patut anda ketahui ialah ketulan emas termahal didunia sebenarnya berada di Taiwan.
Jongkong emas yang diberi nama “Taiwangoldbrick” ini adalah seberat 220kg dimiliki oleh Kementerian Kewangan Republik of China dan dipinjamkan kepada muzium emas di Taiwan untuk sementara. Harga semasa jongkong emas ini adalah RM29.3 juta.


sumber : hargaemas.com.my

Pendapat sy apa kata..mari kita fikirkan..tahukah anda

Bila pemerintah Amerika bercakap tentang defisit USD 1.7 trilion,   inilah jumlah tunai yang dipinjam oleh pemerintah Amerika untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010. ( pergghh banyak sungguh hutang ye)


Perhatikan, pelet di susun 2 tingkat, setiap palet menampung $100 juta, penuh dengan not $100. Anda perlukan baaaaaaaaanyak lori untuk mengangkut semua duit ini.

eemm.. bayangkan kalau USD tidak lagi bernilai.. macam duit pokok pisang Jepun dulu2.. apa akan jadi kpd 'nilai simpanan wang kertas kita? - Apa jadi pada Bank? Saving, bond, EPF, ASB.. (Fuh..lap peluh kejap). mungkin sama nilai dgn segantang beras, seguni gandum? atau lebih teruk dari itu sebagai kertas pembungkus barang basah sahaja.

Maka itu, dari sekarang, tukar semua nilai kertas RM,  USD,  EURO, yang anda ada kepada bentuk logam EMAS/ PERAK/. Rhodium/ platinum ( ada ke yg beli? kalau mampu lagi bagus) ... beli eset kekal spt RUMAH/ TANAH dll, supaya nanti, bila ada kuasa dunia baru, yg membawa nilai mata wang baru, kita dapat semula 'nilai' kepada seluruh kerja keras kita selama ini berusaha mengumpul harta..


Maka itu, waktu emas tengah turun harga ni.. agak2, kalau ada rasa nak tukar kereta baru, beli pakaian berjenama sampai 10,000 satu sut, beli kasut sampai RM3000 sepasang.. cecuba bertahan kejap. Fikirkan jenis pelaburan yg lebih menguntungkan dari kepuasan diri kepada kekuatan ekonomi..


amacam.. ada berannnn :-D

Thursday, October 6, 2011

~*BIla sikecil tidak akan tertawa lagi...*~

Sayangi anak mu..HENTIKAN PENDERAAN!
Ini kisah sedih, kisah seorang anak kecil yg comel, secara jujur dan bangganya memberitahu ibu tercinta "mama, saya menggunakan lisptik mama untuk tulis sesuatu atas lembaran" 
Namun, kerana amarah melanda hati, si ibu tanpa sedar telah memukul sianak yang dikandungnya tanpa batas. Akhirnya sicomel terkulai tanpa dapat mempertahankan diri. Tubuh kecil itu tidak lagi dapat menampung pukulan dan henyakkan menggila si ibu..
kesal dengan perbuatannya, siibu minta maaf, namun segalanya telah terlambat... jantung kecil itu telah berhenti berdenyut!!!
Tambah kesal pabila dia melihat apa yg tertulis ialah "mama AKU CINTAKAN MU!" ~ 
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa syarat. ( Hamka ).