SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: akhlak
Showing posts with label akhlak. Show all posts
Showing posts with label akhlak. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

NUR AMALINA CHE BAKRI Sedang diUji

Assalamu'alaikum.. 

Astagfirullah, ish.. bersawang, berabuk, berdebu blog aku tak ni tak up date ..aduhai, tu lah pasal, orang buat blog, awak pun sibuk nak buat, sudahnya tinggal macam tak bertuan. Banyak hal/masalah/problem/isu/kes/ berbangkit, tau jelah dah bekeluarga ni kan, ada waktu, bukan masalah sendiri pun kena bersibuk-sibuk, apa lagi kalau masalah sendiri, lagilah mabuk.

Sampailah ni, banyak benda nak kena urus, selagi hidup..normallah ye tak. lain dah mati. 

NUR AMALINA CHE BAKRI.. tak payah lah nak diceritakan siapa dia, rasanya semua rakyat Malaysia tahu dia ni siapa dan kenapa tetiba je  dia disebut-sebut kembali. Cumanya pada kali ini, dia disebut kerana kisah 'hot' yang terjadi. Oh.. gambar dia,

Tapi minta maaf, gambar-gambar dia yang dikatakan 'HOT' tu, tidak akan anda perolehi disini, sowwi ha! Sy buat blog bukan untuk SEBARKAN BURUK ORG, bukan utk BUKA PEKONG DAN AIB ORG, TAK MINAT lansung.

Ye ke.. dah tu pasal pula duk sibuk citer lagi hal dia?

Tidak, saya tidak ingin bercerita hal orang tanpa sebab. Apa yang saya buat sekarang ialah untuk kita AMBIL IKTIBAR atas kejadian ini.

Ada 4 golongan bila satu2 perkara terjadi

1. Yang tidak kisah, menyokong,  malah tidak mengatakan ia salah

2. yang membenci mengutuk menyumpah seranah (macamlah dia malaikat, lansung tak tercatit dosa2 dia ye.. )

3. Marah, kesal, sedih, tapi tetap mendoakan agar satu hari sinar hidayah menerangi hati insan-insan yang buat silap dan kembali kepangkal jalan

4. Yg marah, bukan setakat pada siempunya diri, tapi juga kepada golongan ketiga yg mendoakan, atas alasan, sepatutnya janganlah marah sikit, dah buat salah, marah betul-betul, ni tidak, macam menyokong pula apa yg dibuat.

Dimana pun kategori anda, itu bukan urusan saya dan saya tak perlu nak perbetulkan apa yang anda rasa betul, kalau anda kata itu betul, betullah tu! 

Saya cuma ingin berkongsi pendapat, pandangan dan perasaan saya,harapan dan impian saya, itu saja.

Memang sewaktu mula-mula melihat gambar -gambar Amalina, saya dijerut kesal, sedih, sayu, sebab dia anak MELAYU, bangsa saya dan agamanya ..ISLAM!!, kalau nama dia LIM TAT, MAGISWARI, saya tidak akan ambil peduli, mentelah pula dia pada awal kemunculan, malah dlm videonya juga, dia BERTUDUNG, ertinya telah memenuhi piawaian perintah agama sebagai muslimat. 

Namun, apabila dia tidak lagi bertudung, kemudian mewarnakan rambut, kemudian bersosial dengan keadaan begitu terbuka dan begitu enjoy dengan pasangan / rakan sambil bergambar 'gitu2', termasuklah sekali bonda tercinta merestui, bertambah kecewa aku, bertambah sedih dan sebak, sempit dan terjerut hati dan perasaan ku.. aduhai ibu.

Kalau dengan pencapaian Amalina yang bagus dan hebat, itu sekadar pencapaian Ilmu duniawi, hakikatnya Amalina berundur beribu batu kebelakang, dari bertudung, buang tudung.. dan seterusnya, tak perlulah saya nak membebel disini

Begitulah cabaran hidup ini, ada waktu kita khilaf dlm mentafsir ujian Allah atau bala Allah. ia datang dlm susah dan dlm senang, ujian utk org lain, pengajaran dan peringatan juga buat yg lain. semoga Allah swt pelihara kita agar terus sedar iman dan malu itu jalannya beriringan, jika ditinggalkan salah satu, maka pincanglah hidup.

Kasihnya ibu.. tak tahu nak kata, samada dia terpaksa buat statement begitu kerana sayang dan tidak mahu anak nya di hina, atau memang dia terbuka.. benarlah, biar busuk kata org, tetap wangi kata hati.. tapi bila terang2an ia bertentangan dgn sunnatullah, ia menjadi sudah menjadi 2 kesalahan.

Amalina mungkin bijak dan baik.. tapi org baik belum tentu beriman, orang beriman gerenti baik..semoga Allah swt titipkan hidayah buatnya dan bondanya tersayang dan kita mengambil ia sebagai satu sempadan dan ingatan! 

Pun gitu, sebagai seorang ibu, rasanya tindakkan anda kurang wajar, sayang tetap sayang, salah pun kita sayang, jadi tegur lah yg mana kita ketahui salah, dari segi dedah aurat dah salah.. ok tak apa, mungkin kita kata anak tu masih muda (SY TEGASKAN SY TAK SETUJU TENTANG AURAT, SY SEKADAR MENYELAMI CARA IBUNYA BERFIKIR). Justeru, kalau dia masih nak free hair.. ye ibu setuju, tapi kalau sampai berpeluk sakan.. pun kata ok.. something wrong tu Ibu.. fikir2lah balik ye..

Dia mencipta nama, kajian diterbitkan sebagai jurnal atau apa sekalipun.. tu sekadar ciput je ibu.. Saidatina Siti Fatimah a.s, satu dunia kenal, saidatina Aisyah as, Siti Asiah, isteri Firaun, Masyitah dan kelurga...lagi dasyat ibu, dah lebih 1000thn kisah mereka, sampai hari ini org ulang siar, orang ulang cerita dan orang ulangkaji..

Kita sekarang, setakat jurnal, sebelah dunia pun belum tentu kita gah. kalau ada pun takat setahun dua. maksimum 10 thn, lepas tu orang lupa siapa kita. puas orang nak ingatkan kita..

Ibu.. anak kita, bawa ke syurga selagi boleh bu.. bukan campak keneraka... tu je..


Ingatan utk saya, saya.. aku.. yg mudah lupa!!!




Saturday, July 23, 2011

Mengapa Harus Menjerit?

Mengapa harus menjerit ?


"Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar." [Luqman:19]

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"


Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, "Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak".


"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"


Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.


Guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.


Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."


Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?"


Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya. Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satu pun berani memberikan jawapan.


Lalu guru menghuraikan "Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."


Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TIDAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana 'waktu' akan membantu anda."


Sahabatku, Buya Hamka pernah berkata , bahawa kata-kata yang lembut dan baik akan melunakkan hati, manakala kata-kata yang kasar dan kesat, akan mengeraskan hati.


Malah bagi pandangan ku, kata-kata adalah gambaran hati, jika hatimu lembut dan penuh kasih sayang, lidah mu pastinya menzahirkan bait kata-kata yang manis dan pesona, Insya'Allah. Begitu juga bila hatimu keras dan kasar, bahasa yang kamu zahirkan pasti saja mengundang luka dan derita.


Sabda Nabi s.a.w : “Apabila kamu mendengar bunyi ayam jantan berkokok maka mintalah kepada Allah akan kurniaanNya, ini kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi suara himar[keldai], hendaklah kamu meminta berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana ia melihat syaitan”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim].



Apakah begitu sukar untuk kita melahirkan kata-kata yang baik, apakah begitu berat untuk kita melafazkan pujian dan dorongan kepada insan lain? Bagaimana perasaan mu, kesatnya kata-kata yang engkau lemparkan, kemudiannya dibaling semula kepada mu? sakit hati, marah, benci, berdendam barangkali?

manusia itu fitrahnya perlukan sokongan, perhatian, diendahkan.. jika kamu sendiri tidak mahu disakiti, begitu juga orang lain tidak layak kamu sakiti....


SIAPA KAMU?

Wednesday, July 20, 2011

Tahu Nak BERSUNGGUT je.. !! wajib tonton

TAHUKAH KITA BAHAWA yang sebenarnya KITA SEMUA TERSILAP TENTANG SENGSARANYA HIDUP INI..tak percaya,... KITA SENTIASA BERSUNGGUT TENTANG NIKMAT YANG SEDIKIT.. kalau bukan kita, tapi kita tetap dengar ia disana sini,..sedangkan, BETAPA KITA TERLUPA BAHAWA DISEBELAH SANA, MASIH RAMAI YANG HIDUPNYA TIDAK SANGGUP KITA TEMPUHI, selalunya kita kata, kita je yang punya masalah yg berat...

tapi sesekali cubalah..kita fikir bahawa, seberat maslah kita, kita masih lagi tidur atas tilam sendiri, pandu kereta sendiri, makan hasi usaha sendiri...


sedangkan ada org yg masih mampu tersenyum, masih lagi MENYATAKAN SYUKUR, walaupun apa yg mereka dapati itu tidak sempurna sebagaimana kita..


PERNAHKAH KITA DITEMPAT MEREKA?...


SAKSIKANLAH...


ANTARA KEMEWAHAN DAN KESENGSARAAN!



Wednesday, July 6, 2011

Menda Yang BERSIH bersih ni Broo?

Emmm... aku perhati dari jauh, aku dah lama tak menulis disini, 'rumah 'aku ini  pun dah naik bersawang tak masuk dan dibersihkan..

ha.. apa? bersih..

eh kenapa tak boleh sebut ke.. hehehe..

Menjak dua menjak ni, perkataan besih tu dah jadi macam 'fobia' kat telinga sesetengah puak, ada yg dakwa bersih tapi kotor, ada yg dakwa bersih tak salah. Ramai yg cintakan bersih, malah bersih adalah satu perkataan yg menunjukkan keadaan atau tempat, atau perkara yg tidak tercemar.

Tapi bila aku tenguk keadaan sekarang ni, aku pun susah nak terangkan kat anak aku.. 'apa makna bersih'. Aku seorang Ahli peniagaan.Aku melayu dan agama ku Islam. Sebagai seorang usahawan, aku bersifat natural. Aku tak belah mana2 pihak, sebab bagi aku..(suka akulah aku punya pandangan..) politik ni 'jiwa kacau'. sikit2 terkehel,  Kau tak payah nak dakwa dakwi KAU JE BETUL dan orang sebelah sana salah, yg sebelah sini pun tak payah nak kata KAU SALAH KAMI BETUL.

Sebab kalau ikut pahaman aku, yg jiwa tenang tak kacau bilau ni.. KERAJAAN mahupun PEMBANGKANG saling melengkapi, macam mata kanan dgn kiri, tangan kanan dan kiri, kalau tak ada, pincang, Kerajaan memang patut ada pembangkang, mana ada negara kat dunia ni semua org setuju 100%? Bagus gak ada yg suka bangkang2 ni, jadi kerajaan tak lah obesiti, syok sendiri.

Macam dlm rumah tangga, suami tak sentiasa betul dan isteri tak sentiasa salah, kena ikut menonong je perintah suami. Jadi balik kepada yg kononnya bersih.. tak puas hati nak protes. PROTESLAH!

Tapi bila ada yg hendak dibangkang, dan diprotes, buatlah dgn cara yg betul. Bukan menyusahkan org ramai. Tenguklah siapa yang jadi penganjur, kenapa tak pilih dan lantik ORANG MELAYU sendiri.


Hai tak kan seramai beratus ribu ahli, yang sanggup bejuang demi satu pilihan raya yang bersih dan telus dari parti yang majoritinya Melayu Islam atau yang bersikap adil tu tak boleh nak jadi penganjur dan pemimpin?


Kenapa nak 'bertuan' orang asing? Kenal baik ke dengan pempuan tu? Kalau takat kenal dgn dengar nama,.. Siti Norhaliza pun semua orang kenal, tapi dia tak kenal semua orang yg kenal dia..


Bukan tak boleh fikir, malah  tak semua tahu latar belakang dia.. (sipenganjur perhimpunan bersih ni).Tapi mereka ikut juga. Jadi kalau ada resiko, pompuan tu nak tolong ke?  dah tentu2 sendiri tanggung.


Sebagai  seorang Pakar Hartanah dan Pakar dalam pengurusan Harta , saya bertemu dengan semua lapisan masyarakat, tak kiralah dari parti mana, sebab walaupun kerajaan atau pembangkang, semua orang melayu itu satu hari termasuk aku! akan mati beb, jadi sebelum mati, pengurusan harta itu perlu, Jadi aku memang tak pernah ada masalah dengan semua orang. Apa pun kepartian mereka, aku dan mereka dapat berurusan dengan baik dan mudah, aku bantu mereka dan paling syok, bila ada owner Parti Pas, jual rumah pada buyer parti Umno. Tak ada masalah! Sebab dlm urusan kerja aku, aku tidak pernah mahu menyusahkan mana2 pihak. Walaupun kadang2 tengah2 nak deal, ada juga yg cuba usha2 aku dlm borak2..aku bantai sengeh je.. cukup.


Tapi bila jadi hal macam ini,  bukan ke nanti menyusahkan banyak pihak, termasuk aku!!!...


hahaha.. ada org marah ke, nak kata aku ingat pasal biz je, suka hati akulah.. sebab apa yg aku buat bukan untuk orang lain, utk kaum keluarga aku, anak cucu aku generasi aku. Tapi kalau esok2, dek kerana mereka  yg gila pangkat dan gila kuasa, gila harta dan gila nama bermaharajalela. Kalau kampung aku tergadai, anak cucu aku juga yang merana.


Emm.. pindah luar negara. Boleh gak tu, satu cadangan yg baik, tapi macamana sekali pun, ini tanah tumpah darah aku. Moyang tuk nenek aku semua kat sini, sok esok, kalau aku dah duduk oversea, eh..tak bestlah..darah aku masa beranak tumpah kat negara aku tercinta, MALAYSIA..


Tapi ye lah, kalau nasihat terlejer lidah pun, masing2 ada kepentingan utk percaya dia betul. Jadi suka hati koranglah.. sendiri tanggung, cuma menyedihkan majoriti yg mudah terpedaya adalah orang melayu, yg kena tipu dgn mudah pun org melayu. Sebab kebanyakkan kita suka kepada budaya ikut2, angguk2. Hei.. salah tu, ko kena marah kang..Eh.. suka hati aku lah nak cakap. sebab aku dah buat kajian, aku dan buat survey, aku bukan cakap suka2. Ini 'rumah'aku.. jadi aku punya suka nak buat apa.. nak cakap apa.. janji BERSIH..!

hari ini kita berhimpun utk yg dikatakan bersih.. akan tetapi kita tak mungkin terlepas pandang satu perkara.. yg ramai2 berhimpun tu bangsanya apa? yang menganjurkannya siapa?

Mungkin kita terlalu lemak dan selesa, dah obesiti dengan pangkat dan kuasa, kuasa kerusi, kuasa penyokong dan Kuasa tukang sorak..sangat hebat.. akan tetapi!!!

kita lupa sejarah bagaimana melaka tegadai dan siapa punya angkara, oh mungkin itu sudah telalu lama dan sangat jauh dari minda hebat kita abad ini, bacalah, carilah info, sekarang dunia hanya hujung jari, tapi yang paling menyedihkan dan memberi kesan ialah peristiwa 13 Mei 1969..

Oh ye itu juga sudah jauh dari ingatan kita. tapi itulah juga realiti hari ini yg ingin kita lihat agar tidak terjadi. Kita berpecah kerana jemaah kita semakin rapuh dan akhiran bila kita rasa kita puas dan menang sorak, kampung kita telah tergagai.

Sejak lebih 50 thn merdeka, kita masih jauh dari kuasa ekonomi, kuasa perniagaan, kuasa pembuatan, pemprosesan, Makanan kita pun yg sediakan banyak oleh bukan islam. bila didakwa ada yg tidak halal, kita marah, sedangkan kita sedang gila merancang 'bersih'.. yang akhirnya akan bersih ialah generasi kita,

mereka 'membersihkan' peluang kuasa kerja/kerjaya, membersihkan peluang perniagaan, membersihkan hartanah diseluruh Malay-sia, baik rumah baik tanah. membersihkan hak. yg kita gadaikan demi kepuasan bersuara..

oh juga bukan salah mereka. Mereka hanya ambil peluang, itu lumrah hidup, sunnatullah, siapa cepat dia punyalah, sebab kita yg lepaskan, yang kita kosongkan kerana sibuk merancang dan merangka dimana dan bagaimana berhimpun dan melaung2kan BERSIH yg manfaatnya jelas bukan utk MALAY dan ia SIA sia.



Nota kaki : Aku tidak pernah mahu membuat sebarang provokasi, ini nota aku secara peribadi. Anda berhak utk tidak bersetuju.

Ha gambar ni kawan aku bagi,. dia suruh letak kat ruang kerja aku.. suruh aku tenung2 pastu suruh aku adakan undian sms.. yg mana paling cantik lepas 'menukar' ..hahahaha...

tak de kerja aku de.. suka hatilah, hak masing2.. janji jangan pakai hangguk tak tentu hala, fikir dulu..

kalau tak tahu nak fikir macamana..

bentilah jadi orang jadi mesen, jadilah buat catur!

Wednesday, June 22, 2011

Cantik ke JELIR LIDAH!?

rasanya aku sangat terpanggil untuk meluahkan rasa. mungkin sekaligus bertanya  pada kalian teman dan sahabat semua.



mungkin aku tak paham kot, atau tak ikut perkembangan semasa, atau jauhhhhhhh tertinggal dalam arus kemodenan sekarang ni..ke kolot sangat ke.. tapi tolong sesiapa yg paham jelaskan sikit KENAPA ORANG SEKARANG SUKA TANGKAP GAMBAR JELIR LIDAH, TERUTAMA PEREMPUAN? rasanya banyak buruk dari baik.
Rata-rata mereka anak remaja, malah ada yang masih dibangku sekolah rendah, juga terikut-ikut gaya ini. Payah rasanya hendak menjawab pada anak-anak yang bertanya, kerana kita mengajar mereka tentang tertib dan moral, tentang adab. Tapi rata-rata, mereka yang bergambar sekarang ini tidak akan terlepas melakukan aksi tersebut.


Tak payahlah aku nak sertakan ayat Al Quran atau Hadis Baginda Muhammad saw. Kali ini tak perlu sarat dengan segala macam dalil, kita cukup dewasa dan berakal, bagaimana fenomena ini tercetus dan semakin dibudayakan. Mungkin dari sekadar main-main sekarang dah tak boleh main-main sebab dah jadi satu cara yang jengkel bila dilihat.

ooppsss.... geli pula lihat lidah sendiri terjulur lalu dipotretkan...

P/S : oh ye.. semua gambar ini sy dapatkan dari internet. Jadi ia sekadar gambar hiasan, tapi kalau ada tuan empunya diri disini..Harap maaf!!!

Sunday, June 12, 2011

kisah batu kecil dan kunci syurga


Kalau tanya pada sehelai daun pun, dia akan mengatakan ingin masuk kesyurga Allah swt. Itu daun, bagaimana dengan manusia? terutama umat islam..kita juga, walaupun siangnya bekerja, tak ingat kat mana sejadah dan malamnya berkiblatkan keseronokkan duniawi semata.

Lalu mampukah akhirnya kita mendapatkan syurga yang kita minta?

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. 

Sabda Rasulullah mengatakan :


"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)


Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :


"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."


Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.


Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolak lelaki itu masuk ke pintu neraka tersebut.Akan tetapi lelaki itu tidak dapat masuk melaluinya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.


Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. 

Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :


"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."


Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Begitulah, bahawa kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.


begitulah kasih sayang yang Allah swt buktikan kepada kita hambaNya.

kalimah tauhid yang diucapkan dengan hakkul yakin akan menjadi pembuka kepada pintu-pintu syurga.


Lalu bagaimana agaknya bagi umat Islam hari ini yang lansung tidak mengucapkan kalimah tauhid itu, jika tidak lansung bersujud?


Apakah Islamnya bagaimana Agamanya dan dimanakah kesudahannya?


betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL


Bismillahirahmanirahim ...
Ya Allah, kami tak mampu untuk masuk ke Syurgamu
Namun, kami tak sanggup untuk masuk ke Nerakamu
Sesungguhnya Kami Adalah Insan Yang Amat Hina Lagi Dhaif

amin.. Ya'Allah, sesungguhnya walau kami malu, kami tetap mengharapkan syurgaMu..maka Ya'Allah, Yang Maha Lembut dan Maha Pemurah, Allah yang memiliki Arasy yang agung... kami mohon kepadaMu.. makhbulkanlah permintaan kami..


amin........

Wednesday, April 27, 2011

Kisah Gabenor Yang Hodoh

Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya. 

Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik.

Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:

Semasa Yazid mentadbir Khurasan,

semua wajah kelihatan ceria.

pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.

Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya

berwajah hodoh dan menakutkan.

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.

Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya.

“Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?” Tanya Qutaibah.

"Dengan wajah yang kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.”

Qutaibah tertawa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan.

Moral :

1. usah mudah memandang rendah dan memalukan orang lain.

2. setiap perbuatan kita harus berani mengambil risiko dan bertanggungjawab

3. melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah

4. memaafkan kesalahan orang itu lebih mulia... kerana ALLAH MAHA PENGAMPUN berbanding kita hamba ciptaan Nya..

jom sahabat.. betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL SAJE...

Thursday, February 24, 2011

isteri chatting di internet, patutkah saya cemburu


 
 
Emm.. saya mendapat soalah ini : Isteri saya, sejak kebelakangan ini suka chating dgn lelaki kat internet...dulu email..skarang dah pandai sembang plak..bila saya tegur dia kata xde ape2..saya xtaulah ape lagi yg dia buat dibelakang saya...sebagai seorg suami pada pendapat rakan2 patutkah saya cemburu..

atau betul yg dikata yg saya ni cemburu buta..kalau nk dikatakan cemburu buta saya ni suami dia memang patut cemburu pun...

lagi pun dia suka mengaku bujang ..bila saya suruh mengaku dah kawin dia kata nanti saham jatuh...

tolong...ape pendapat sahabat2..bleh kongsi pengalaman sekiranye ade..
**********
P/S : sahabat yang bertanya inginkan pandangan dan pendapat. saya mohon dalam memberikan idea dan pandangan anda.

1. sila jaga bahasa. sila jaga bahasa.
2. jangan emosi
3. beri jalan bukan tambahkan masalah untuk difikir.

Ingatlah, kita tak sama macam orang lain, begitu juga mereka. senang bagi kita,. sukar pada orang, masalah pada orang, biasa pada kita.

Justeru masalah orang adalah cermin buat kita, kita tak punya banyak masa dan umur yang panjang untuk melakukan kesilapan yang sama dan belajar dari masalah tersebut. Jadi kutiplah pengajaran dari apa pun juga masalah orang lain sebagai panduan dan sempadan dalam hidup...

terima kasih

internet.---kenalan maya.---email.---chatting.

saya sendiri berchatting. dari dulu waktu zaman bekerja, sekarang surirumah, saya masih berchatting. bukan hobi, tapi keperluan saya. sekarang saya membantu suami dengan kerjanya. (property consultant) jadi kerja kami menghubungkan kami dengan ramai orang. begitu juga suami.

sunnatullah, kita makhluk sosial, kita perlukan teman / kawan untuk berkomunikasi. berurusan.

suami tahu kenalan2 saya chatting. nama. kenal dari mana. latar belakang mereka.

begitu juga dengan suami. cemburu .. itu perlu kerana ia ibarat lampu merah. kalau bawa kereta tak ada lampu merah, bayangkanlah.

bawa kereta... stering itulah diri kita. kendalikanlah dengan betul. dah lampu merah adalah isyarat agar kita berhenti.. berhenti!! dan jika tidak.. kemalangan pasti berlaku dan mungkin bawa maut..

jadi chatting.. (bagi saya* lain org lain pendapat)/ boleh, tapi fikirlah sendiri buruk dan baiknya, resiko dan kesannya. jangan sampai mengabaikan atau menidakkan hak seorang suami. tanggungjawab seorang isteri dan ibu,

wallahu'alam

Thursday, February 10, 2011

CINTA 'SMART TAG' BAWA BENCANA!!

Macamana saya rasa? bercampur baur.. marah, sakit hati, kesal, geram, simpati semua bercampur baur bergulung dalam relung rasa.nak menitis air mata...beginilah manusia yang Allah swt beri peluang hidup. melayan benih sendiri. atas usaha sendiri. bukan tak ada otak+akal untuk berfikir, tapi nafsu melonjak dan berpintal- pintal minta dileraikan dengan nikmat yang ada waktunya sesingkat 3 minit muntahan lahar yang menyebabkan terpaksa digendung kehulur hilir dalam masa 9 bulan!!

Rasanya kita semua dah pernah lihat gambar-gambar ini, cuma sekali lagi ingin saya kongsikan ia, mentelah pula hari berkasih sayang semakin hampir. Sayang ini sekadar sedap dibibir enak ditelinga dan nikmat diantara pusat dan dua lutut sahaja. lepas dari itu.. inilah kesudahannya.. jadi ingatlah. usah sesekali mencari sayang jenis ini. 

Satu detik, bila keinsafan dan hidayah telah menapak dihati, kalian akan dihantui kekesalan dan rasa berdosa seumur hidup. Jadi sebelum terlewat.. tinggalkanlah 'kasih sayang smart tag' ini..!!!

Ia dalam koleksi saya lama dahulu, hari ini, saya kongsikan ia sekali lagi dilaman blog ini.
*********
Pengguguran anak di Singapura..Just to share reality dunia skrg. Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...

Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan( gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami  krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini. Namun tidak mendapat
namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan.

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

Jadilah Orang Yang Allah Cintai.





Dari Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan seseorang untuk memimpin sepasukan tentera ke medan peperangan. Orang itu suka membaca untuk kawan-kawannya dalam solat mereka dengan Qulhu Wallahu Ahad sebagai penghabisan bacaannya. (Maksudnya, setelah membaca Al-Fatihah lalu dibaca surah lain,kemudian dibaca
surah Al-Ikhlas)

Setelah mereka kembali, hal itu mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Cuba tanyakanlah pada orang itu, mengapa dia melakukan yang semacam itu?"

Mereka semua bertanya padanya, kemudian orang itu menjawab: "Sebab itu adalah sifatnya Allah yang Maha Penyayang, maka dari itu saya suka membacanya."

Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. (setelah diberitahu jawapan orang itu): "Beritahukanlah padanya bahawasanya Allah Ta'ala mencintainya." (Muttafaq 'alaih).

Moral : bagaimana mencintai Allah… maka belajarlah bersyukur.. bersyukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt dan ia adalah permulaan untuk menunjukkan taat dan dengan mula bersyukur.. kita akan rasa kecil dan kerdil kerana …TIADA SATU PUN MILIK KITA.. HATTA SEHELAI BULU ROMA…

maka itu, kalau ada kelebihan sedikit pada kita.. usah sombong.. malah kalau kita sentiasa bersangka baik, bersikap baik, berbuat baik.. Insya'allah.. Allah lebih lagi baik (mencintai) kepda kita.. kerana DIA Maha Baik (pengasih dan penyayang).. berbanding kita yang tahunya nak cari salah orang saja...menyalah kan orang saja,


Jadi..maka itu.. belajarlah sentiasa bersyukur... bila rasa syukur menguasai diri.. kita akan jatuh cinta dan dengan cinta itu.. kita pasti tidak akan mengecewakan Allah, sudah pasti dengan patuh kepada perintah Nya dan meninggalkan laranganNya..

Marilah.. kita betulkan yang menjadi kebiasaan kita.. dan KITA BIASAKAN YANG BETUL saja

Monday, February 7, 2011

syurga dunia? ler.. setakat ni saje ke?

Tidaklah begitu menerujakan bagi mereka yang tahu bahawa DUNIA INI SEKADAR MAIN-MAINAN DAN PERSINGGAHAN,..

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan bahawa dunia inilah tempat menjanjikan  nikmat dalam matlamat hidup.. pencapaian seperti ini sangat membanggakan, malah bagi 3/4 penduduk dunia, pencapaian seperti ini adalah mustahil samasekali, namun tidak bagi mereka yang menjadikan prestasi dan pencapaian dunia sebagai ukuran kekuasaan, kekuatan, nilai harta, malah semakin banyak yang terkumpul semakin terasa ingin hidup 1000 tahun lagi untuk menikmati apa yang berjaya dikumpul selama ini sambil menambah lagi nikmat...

alahai, kesian betul kalau ini jelah yang sangat dibanggakan... setakat ini je syurga dunia...semuanya ini dari emas.. DARI EMAS..





tapi tulah. yang paling menyedihkan bila mati .. semua ni tinggal , malah kalau ditanam sekali pun.. senang kata, pendek je ayat dia..'HAMPEH!!!!

Suara Emas Dari Ethiopia.. lalu air mataku mengalir


Pada saat aku menulis dan membaca kisah ini, air mata ku tidak berhenti untuk dititiskan, betapa indah dan bertuahnya dapat hidup dan menatap wajah kekasih Allah ini. betapa nikmatnya dapat sama-sama berjuang dan merasakan hebatnya menentang musuh-musuh Allah bersama Baginda. Malah paling sayu pilu bila mana kekasih Allah itu dijemput kembali dan para sahabat dapat menatap wajah baginda buat kali terakhir.. wajah yang bakal dirindui buat selama-lamanya..


Suatu malam, jauh setelah peninggalan  Rasulullah saw, Bilal bin Rabbah, salah seorang sahabat utama, bermimpi dalam tidurnya. Dalam mimpinya itu, Bilal bertemu dengan Baginda Rasulullah.


"Bilal, sudah lama kita berpisah, aku rindu sekali kepadamu," demikian Rasulullah berkata dalam mimpi Bilal.


"Ya, Rasulullah, aku pun sudah teramat rindu ingin bertemu dan mencium harum aroma tubuhmu," kata Bilal masih dalam mimpinya. Setelah itu, mimpi tersebut berakhir begitu sahaja. Lalu Bilal bangun dari tidurnya dengan hati yang gunda gulana. Ia dirundung rindu.


Keesokan harinya, ia menceritakan mimpi tersebut pada salah seorang sahabat lainnya. Seperti udara bertebaran, kisah mimpi indah  Bilal segera memenuhi ruangan kosong di hampir seluruh penjuru kota Madinah. Tidak perlu  menunggu senja, hampir seluruh penduduk Madinah tahu, semalam Bilal bermimpi bertemu dengan Nabi junjungan yang sangat dirindui.


Hari itu, Madinah benar-benar terbungkus rasa haru. Kenangan semasa Baginda Rasulullah masih bersama mereka kembali hadir, seakan baru kelmarin saja Rasulullah tiada. Satu persatu dari mereka sibuk sendiri melayan kenangan  masing masing bersama manusia mulia itu. Dan Bilal sama seperti mereka, dirundung pilu oleh kenangan dengan Nabi tercinta.


Menjelang senja, penduduk Madinah seolaholah sepakat, meminta Bilal mengumandangkan azan Maghrib jika tiba waktunya. Padahal Bilal sudah cukup lama tidak menjadi muadzin sejak Rasulullah tiada. Seolah, penduduk Madinah ingin menggenapkan kenangannya hari itu dengan mendengar azan yang dikumandangkan Bilal.


Akhirnya, setelah diminta dengan sedikit memaksa, Bilal pun menerima dan bersedia menjadi muadzin kali itu. Senja pun datang menghantar malam, dan Bilal mengumandangkan azan.


Tatkala, suara Bilal terdengar, seketika, Madinah seolah tercekat oleh berjuta memori. Tidak  disedari  hampir semua penduduk Madinah menitiskan air mata. "Marhaban ya Rasulullah," bisik salah seorang dari mereka.


Sebenarnya, ada sebuah kisah yang membuat Bilal menolak untuk mengumandangkan azan setelah Rasulullah wafat.


Waktu itu, beberapa saat setelah malaikat maut menjemput kekasih Allah, Muhammad, Bilal mengumandangkan azan. Jenazah Rasulullah, belum dimakamkan. Satu persatu kalimat azan dikumandangkan sampai pada kalimat, "Asyhadu anna Muhammadarrasulullah."


Tangis penduduk Madinah yang mengantar jenazah Rasulullah pecah. Seperti suara sang guruh yang hendak membelah langit Madinah. Kemudian sesudah Rasulullah telah dimakamkan, Abu Bakar meminta Bilal untuk azan. "Azanlah wahai Bilal," perintah Abu Bakar.


Dan Bilal menjawab perintah itu, "Jika engkau dulu membebaskan aku demi kepentinganmu,  maka aku akan mengumandangkan azan. Tapi jika demi Allah, kau dulu membebaskan aku, maka biarkan aku menentukan pilihanku."


"Hanya demi Allah aku membebaskanmu Bilal," bisik  Abu Bakar sayu.


"Maka biarkan aku memilih pilihanku," pinta Bilal penuh terharu.


"Sungguh, aku tak ingin azan untuk seorang pun sepeninggal Rasulullah," lanjut Bilal.


"Kalau demikian, terserah apa mahumu," jawab Abu Bakar dengan penuh rasa sedih.


***


Di atas, adalah sepenggal kisah tentang Bilal bin Rabah, salah seorang sahabat dekat Rasulullah. Seperti yang kita tahu, Bilal adalah seorang keturunan Afrika, Habasyah tepatnya. Kini Habasyah biasa kita sebut dengan Ethiopia.


Seperti penampilan orang Afrika pada umumnya, hitam, tinggi dan besar, begitulah Bilal. Pada mulanya, ia adalah budak seorang bangsawan Makkah, Umayyah bin Khalaf. Meski Bilal adalah lelaki dengan kulit hitam pekat, namun hatinya, Insya'allah bak kapas yang tak bernoda. Itulah sebabnya, ia sangat mudah menerima hidayah saat Rasulullah berdakwah.


Meski ia sangat mudah menerima hidayah, ternyata ia menjadi salah seorang dari sekian banyak sahabat Rasulullah yang berjuang mempertahankan hidayahnya. Antara hidup dan mati, begitu kira-kira gambaran perjuangan Bilal bin Rabab.


Keislamannya, suatu hari diketahui oleh sang majikan. Sebagai ganjarannya, Bilal di siksa dengan berbagai cara. Sampai datang padanya Abu Bakar yang membebaskannya dengan sejumlah Wang tebusan.


Boleh dikata, di antara para sahabat, Bilal bin Rabah termasuk orang yang tiada tanding dalam mempertahankan agamanya. Zurr bin Hubaisy, suatu ketika berkata, orang yang pertama kali menampak-kan keislamannya adalah Rasulullah. Kemudian setelah beliau, ada Abu Bakar, Ammar bin Yasir dan keluarganya, Shuhaib, Bilal dan Miqdad.


Selain Allah tentunya, Rasulullah dilindungi oleh pakcik baginda. Dan Abu Bakar dilindungi pula oleh sukunya. Dalam posisi sosial, orang paling lemah saat itu adalah Bilal. Ia seorang perantauan, budak belian pula, tak ada yang membela. Bilal, hidup sebatang kara. Tapi itu tidak membuatnya merasa lemah atau tak berdaya. Bilal telah mengangkat Allah sebagai penolong dan waliNya, itu lebih cukup dari segalanya.


Derita yang ditanggung Bilal bukan alang kepalang. Umayyah bin Khalaf, sang majikan, tak berhenti hanya dengan menyiksa Bilal saja. Setelah puas hatinya menyiksa Bilal, Umayyah pun menyerahkan Bilal pada pemuda-pemuda kafir berandalan. Diarak berkeliling kota dengan berbagai siksaan sepanjang jalan. Tapi dengan tegarnya, Bilal mengucap, "Ahad, ahad," puluhan kali dari bibirnya yang mengeluarkan darah. (Ya Allah aku teresak-esak membayangkan kekuatan Bilal yang tidak berganjak cintanya kepada Allah)


Bilal bin Rabah, meski dalam strata sosial posisinya sangat lemah, tapi tidak di mata Allah. Ada satu riwayat yang membukti-kan betapa Allah memberikan kedudukan yang mulai di sisi-Nya.


Suatu hari Rasulullah memanggil Bilal untuk menghadap. Rasulullah ingin mengetahui langsung, amal kebajikan apa yang menjadikan Bilal mendahului berjalan masuk surga ketimbang Rasulullah.


"Wahai Bilal, aku mendengar gemerisik langkahmu di depanku di dalam surga. Setiap malam aku mendengar gemerisikmu."


Dengan wajah tersipu tapi tak bisa menyembunyikan raut bahagianya, Bilal menjawab pertanyaan Rasulullah. "Ya Rasulullah, setiap kali aku berhadas, aku langsung berwudhu dan solat sunnah dua rakaat."


"Ya, dengan itu kamu mendahului aku," kata Rasulullah membenarkan. Subhanallah, demikian tinggi derajat Bilal bin Rabah di sisi Allah. Meski demikian, hal itu tak menjadikan Bilal tinggi hati dan merasa lebih suci ketimbang yang lain. Dalam lubuk hati kecilnya, Bilal masih menganggap, bahwa ia adalah budak belian dari Habasya, Ethiopia. Tak kurang dan tak lebih.


Bilal bin Rabah, terakhir melaksanakan tugasnya sebagai muadzin saat Umar bin Khattab menjabat sebagai khalifah. Saat itu, Bilal sudah bermukim di Syiria dan Umar mengunjunginya. Saat itu, waktu shalat telah tiba dan Umar meminta Bilal untuk mengumandangkan azan sebagai tanda panggilan shalat. Bilal pun naik ke atas menara dan bergemalah suaranya.


Semua sahabat Rasulullah, yang ada di sana menangis tak terkecuali. Dan di antara mereka, tangis yang paling kencang dan keras adalah tangis Umar bin Khattab. Dan itu, menjadi adzan terakhir yang dikumandangan Bilal, hatinya tak kuasa menahan kenangan manis bersama manusia tercinta, nabi akhir zaman.


Begitulah manisnya kenangan dan mahalnya harga sebuah cinta, hinggakan diri sendiri dirasanya turun mati pabila pulangnya Baginda kepangkuan Ilahi...


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
( At Taubah 128~129)

Ya Allah, seram sejuk diri ini, sebak dada ini.. menitis air mata ini...


Allah.. Ya Rabbana..


Ya Rasulullah, kami merinduimu, mencintaimu.


“Ya Rabbi solli ‘ala Muhammadya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,”.....

Wednesday, February 2, 2011

3 Inci Sahaja tapi BISA!



Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . "

Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "

Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka
ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."
(Riwayat Tirmizi).

Moral : MAKA ITU…. JAGALAH LIDAH.. JAGALAH TUTUR KATA.. JAGALAH PERKATAAN, JAGALAH APA YANG TERZAHIR DARI LIDAH KERANA ITU GAMBARAN HATI..HATI YANG BERSIH AKAN MELAHIRKAN TUTUR KATA YANG BERSIH JUGA..BEGITULAH SEBALIKNYA.
INGAT.. LIDAH YANG 3 INCI DAPAT MENUMBANGKAN MANUSIA YANG TINGGINYA 6 KAKI..

KATA BUYA HAMKA “ BAHASA YANG ELOK MELUNAKKAN HATI”


JADI.. BUDI DAN BAHASA .. JIWA KITA.. JIWA … KITA…
Jom sahabat.. kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL..

Siapa Yang Sebenarnya Menghina Islam?

Ini saya dpt email dari seorg teman.... mmg sangat KURANG AJAR gambar ini apa  pandangan anda






emmm... kurang ajar... satu sisi ya kurang ajar.. satu sisi lagi.. dengan izin.. iaitu kita (umat islam) sendiri yg beri izin.. (tidak bertulis). dengan perbuatan. iaitu, sengaja meruntuhkan agama (dengan tidak bersolat) bila agama dah runtuh.. maka tindakan memijak henyak secara simbolik ini kita nampak kurang ajar...

walhal dengan merasa selesa dan mengikut segala aturan dan cara hidup (yahudi) . itu sudah tidak terasa apa2 pada kita umat islam.. kita releks bila ramai anak orang islam masuk segala jenis realiti TV, bila orang islam melakukan kemungkaran, bila orang islam menindas sesama sendiri.. bila orang islam membunuh sesama sendiri... tak ada kisah apa sangat pun...

dalam bersuggut2 kita.. jari jemari tetap 'dail dan undi peserta pilihan anda'.. dalam geleng2 kepala, kes buang anak , masih ramai islam berpasangan/bercanda... dalam berdecit2 tenguk banyakknya dadah, yg menjadi pelanggan tegar masih orang islam.. dalam... bla..bla..bla...

jadi solat adalah rukun paling utama selepas syahadah, dan yang pertama dihisab.. umat islam masih terus menolak dan menidakkan kewajibannya.. jadi..

bila arca ini dipamerkan.. kurang ajar.. entahlah.. itulah REALITY TV ISLAM kini...

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(238~239 : Al Baqarah)

"pemisah diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah solat. barangsiapa yang meninggalkan solat maka sesungguhnya dia telah kafir' ( HR: Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,Nasai dan Ibnu Majah)

"tali-tali (penguat) islam sesungguhnya akan musnah seikat demi seikat, demi itu segeralah berpegang dengan ikatan berikutnya (yang lain). ikatan yang pertama kali binasa ialah hukum dan yang terakhir adalah SOLAT" (HR: Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)..

jadi tak tahulah nak letak klasifikasi kurang ajar atau kebenaran..

wallahu'alam..

eemm pendapat anda bagaimana?



Monday, November 29, 2010

SAY NO TO POLIGAMY!!!




barangkali inilah kata-kata mereka ...(kata-kata/pandangan orang yang tidak beradab/ biadab dengan TUHAN)

Tuhan,engkau tak kaji dulu ke tentang syariat poligami..kan ianya menyusahkan kaum perempuan..

Tuhan....kami tak mahu poligami!!! kenapa adakan poligami.Engkau tak tahukah perasaan kami.

Tuhan..syariat lain tak apa tapi bab poligami ni kami TOLAK

Tuhan..kenapa adakan poligami?kan banyak rumahtangga kucar kacir kerana poligami ( sedangkan lebih ramai yg monogami kucar kacir kita tak kisah pun)

Apa pandangan anda pula?

Ya’Allah!! Nauzubillah... kenapa harus jadi begini? (menentang poligami)????

pandangan saya yang daif ini...

Isu Poligami ni rasanya bukan di sini saja diperbincangkan dan tidak akan berhenti hingga dunia kiamat. Keadilan tidak akan dapat dibentuk untuk bersetuju 100% atas tiap individu, bergantung kepada kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap hukum dan aturan Allah.

Banyak kali telah saya katakan, poligami tidak boleh dibincang atas landasan emosi. Ia hukum dan peraturan Allah yang telah termaktub. Namun bahaya akal yang ditunggang emosi akan mengakibatkan kita tidak lansung peduli.

Amat sukar bagi manusia untuk mendidik akal, kerana bahayanya akal ini, ia bisa berubah-ubah  mengikut arah yang menunggangnya, jika nafsu, maka menjadi membuak-buak  rasa. Jika emosi, ia tidak keruan, jika iman ia akan tunduk dan lemah lembut.. waima mudah berkata tapi payah untuk melaksana.

jadi  hakikatnya  suami bukan milik kita, dia milik Sang Maha Pencipta..kita juga.. anak, harta... SEGALA-GALANYA.. pun kendati diri tidak semudah ungkapan bibir.

Ramai kita gagal untuk melaksanakan amanah Allah bukan semata dalam bab poligami.  tapi hampir saja semua aspek kehidupan..dan sahabat semua buka mata dan minda anda, buka dada (hati) dengan lapang, jangan terlalu emosi dan menafikan kebenaran bahawa.. ada golongan manusia yang sudah mampu sampai kedaerah penyerahan kepada Allah, sebab itu bagi mereka poligami tidak lagi mendatangkan satu masalah..

Banyak pro dan kontra atas isu ini. Terpulang individu, hempedu bagi seseorang mungkin saja manis bagi yg lain. Kadangkala kita yang tidak berpoligami pula yg terlebih emosi. Orang yang dalam kapal poligami melayar bahtera mereka dengan tenang dan lapang dada.

Sebaliknya kita pula yang rasa lemas, rimas, tak puashati, pelik, bersangka buruk dan berbagai ragam mainan emosi..apa-apa pun kita kena kembali menghayati perintah Allah dan status kita sebagai hamba yg merdeka.. kita diberi pilihan.. maka itu,  ikutlah jalan yang kita pilih.. semoga jalan-jalan itu masih lagi dibawah naungan Arash Allah yang agung..

CINTA Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras . Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini ~ Abu Saif

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan. ~ Fuad Latif

Dalam hukum nikah itu kita kenal ada lima kategori, wajib, sunnah, mubah, makruh dan haram, apakah ini juga berlaku dalam hukum poligami ?

sebenarnya Quran bukan mendorong untuk menikah lebih dari satu menjadi dua, tiga dan empat. Tetapi dari poligami yang disuruh memaksimumkan menjadi empat. Dan empat pun disaratkan berbuat adil, kalau tidak boleh ya cukup satu. malah adil dalam hal ini bukanlah sekadar dari sistem giliran atau harta benda dan kasih sayang. adil dalam islam ialah mengikut keperluan. kalau isteri tua ada anak dan suami telah memberi dia sebiji rumah bungalow 6 bilik kemudian isteri kedua yang baru dikahwininya cuma ada satu anak dan dia disediakan rumah teres 3 bilik itu adil kerana keperluan isteri pertama itu lebih dari isteri kedua. tapi kalau mata kasar kita itu sudah tidak adil dan berat sebelah.

kalau isteri ketiga sakit dan dia disediakan pembantu itu adil kerana dia tidak mampu mengurus diri..

kita sering guna akal dengan emosi. mari kita berlapang dada, guna akal dengan iman dihati.... Setiap hal yang menyakitkan tidak selalu bererti buruk, bila dijubahi dengan iman dan takwa secara positif malah akan membawa kebaikan.

poligami malah mampu jadi ladang amal yang menjanjikan pahala berlimpah, kalau kita pandang dari sisi sunnah agama, ia melatih diri bersabar, melatih diri ikhlas, melatih diri membuang segala penyakit nafsu, dengki, iri hati, benci, dendam, dll.. membentuk diri kehambaan, mendekatkan diri pada Tuhan. Pun sebaliknya akan berlaku kalau kita melihat dengan mata nafsu, segala hanyir, pekong, tokak ada dalam poligami!

menyedihkan sekali....Kita sudah kehilangan prasangka baik terhadap Allah. Allah tidak akan membuat aturan yang tidak ada manfaatnya. Aturan yang tidak kita pahami saat ini, mungkin memang tidak pada masa ini.,tapi untuk masa jauh di depan kita.

tiada ada apa yang harus direbutkan. hakikat hidup ini nikmatnya hanya sekelip mata.

segalanya bukan milik kita... suami anak harta kemewahan, kedudukan segala2nya hak DIA, kita diberi pinjam sahaja. yang sering buat kita sakit hati dan jiwa bila kita merasa semua itu 'hak' kita. atas usaha kita, atas daya kita, tapi kita terlupa kalau tidak dengan izin dari NYA.

'lepaskan' semua kembali kepada Allah, Insya'allah jika kita diuji jika kita dicuba.. kita akan lebih sabar kerana kita tahu, kita tidak boleh mengatasi peraturan yang DIA tetapkan untuk kita..namun jika kita sabar dan redha, Allah juga telah berjanji bahawa ganjaran untuk mereka yang sabar dan redha itu sangat hebat disisiNya.

namun.. Allah juga sangat sayang akan hamba2Nya.. kepada sesiapa yang rasanya tidak mampu dan tidak dapat bertahan dalam kehidupan berpoligami.. juga ada jalan keluar. penceraian.. walau ia dibenci Allah, ia adalah halal, dari wanita atau isteri itu menangung dosa lebih baik dia minta dilepaskan. bolehlah dia membena hidup baru dan dekatkan diri dengan Allah. itu lebih baik...

jadi.. kesimpulan yang tidak mudah untuk dibuat.. terpulang kepada diri individu itu sendiri.. cara dia untuk berhadapan dengan masalah ini atau mengatasi masalah ini bergantung kepada kekuatan dan kefahamannya, kejahilan atau ilmunya dalam menggunakan agama dan imannya.. antara dia dengan suami/ isteri dan paling utama antara dia dengan Sang Maha Pencintanya ~ ALLAH...

wallahu'alam

p/s : yang demikian ini adalah pendapat peribadi ummi semata2, tidak mewakili mana2 wanita atau individu, anda semua berhak keatas diri dan kehidupan anda dan bebas memberi pendapat dan pandangan. Namun sesekali usah memberi pandangan dan pendapat anda dengan emosi kerana poligami bukan 'hak cipta terpelihara' manusia..


~UNJ~

Tuesday, November 23, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki



PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Ustaz Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya..

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit"

Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.



Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota.

Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. 

Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicaainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.

Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. 

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?

Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri.

walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Hidup bukan sekadar memberi atau menerima, tapi ia lebih dari itu ialah ikatan kasih sayang yang akan menjadi pembuka jalan diakhirat sana.