SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: agama
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Babi.. benarkah ia menguasai hidup kita?


Assalamu'alaikum wbt semua sahabat, semoga dalam rahmat dan lindungan Allah jua hendaknya.. artikel yang akan kita semua baca sebentar lagi adalah bertitik tolak dari keluh kesah kita tentang halal atau tidaknya makanan kita selama ini. maklumat ini adalah dari pihak UKM. saya pernah berkhusus diMardi bbrp tahun lalu tentang pemperosesan makanan dll. Isu ini banyak kali dipersoalkan. sehingga kini ia masih lagi menjadi tanda tanya kebanyakkan dari kita. 

Adalah satu usaha murni jika kita dapat membongkar kebenaran, pun begitu, hal yang demikian ini adalah sukar untuk kita memuaskan hati semua pihak.


Artikel yang akan anda baca juga hendaklah dibaca dengan berhati hati. terdapat bbrap istilah sains (mudah) yang mungkin agak mengelirukan. sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi terus penulis yang telah ummi sertakan alamatnya dibawah..

terima kasih




Jawapan dari UKM :


Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap "bodoh" dan mudah "diomong-omongkan" dengan perkara sebegini.


Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajadi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang disalah anggap yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan "dipermainkan" oleh musuh-musuh Islam.


Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan.

Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).


Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.


Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.


Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi - lard, lemak lembu - beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan keboleh dapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.



Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.


Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).


Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.


Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). Di Malaysia, kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.


Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.


Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..



School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM-Bangi
SELANGOR
mamot@ukm.my


Tuesday, May 24, 2011

Bila Bukan Islam mengingatkan si Islam!!

emmm mulanya malas nak komen, tapi tulah, betul, memang semakin lama. kita tinggal 'islam warisan' iaitu islam yang boleh diletakkan didalam kotak kaca. letak kat muzium. sebab kita tidak lagi 'memakai' agama dalam hidup.

ini yg pernah sy hadapi bbrp bulan dulu waktu berjumpa lawyer. dialog antara seorang bizman dan lawyer tu

BM :"so jum kita pergi makan, l belanja u"
LY :"boleh bos kat mana"
BM: "kat **** i teringin nak makan stik nampak sedap"
LY : "boleh bos. tapi i tak gerenti u, halal atau tidak. "
BZ: 'eh oklah tu i tenguk ramai orang melayu makan situ"


biz  man tu melayu namanya pun melayu tok tok
dan ly tu.. india....

alahai...

Jadi? nak salahkan siapa disini? salah kan bangsa asing yang dah tentu- tentu nak makan minum mereka maih sudu je tak kira halal atau haram, asal sedap semua sebat, atau bangsa MELAYU sendiri yang tak tahu jaga agama?

Sungguh memualkan bila tetiba ada pihak yang dapati ada restoran tu, kedai makan ni, kilang tu, organisasi ni, yang menyalut dan memeluk makanan mereka dgn selimut dan sel-sel babi kemudianya orang Islam (yang tak makan memang marahlah ) yang selamba badak makan nak marah!. Dari satu sisi memang kurang ajarlah mereka buat perkara tu. Tapi yang sebenarnya dari satu sisi yang lain, KITA YANG KURANG BELAJAR!.

KITA SENDIRI YG SUAP MAKANAN TU MASUK MULUT KEMUDIAN TERUS TELAN MELALUI TEKAK KITA.. bukan kena  sumbat secara paksa oleh pihak mereka. !!!

Jelas terang lagi berseluh, sebelum masuk mana - mana kedai, restoran, hotel, beli barang,.. kita tidak guna gerak hati, tidak guna gerak mata, tidak guna naruli agama. sebab tu semua kena block. tak nampak, yang kita guna gerak selera dan gerak lapar je..bila lapar selera terbuka, jadi apa yg nampak sedap terus ngap!!

Cuba sekali ni, sebelum pergi kedai nak makan, kita perhati, guna gerak hati... kalau hati rasa 'tak sedap je, tak syok, tak tertarik' tinggalkanlah.. guna gerak mata.. perhati dalam kedai, ada ke colok tersembunyi, ada ke logo halal, ada ke pekerja Islam yg betul2 islam, bukan islam tampal songkok dan sarung tudung je. camne nak kenal semua sama je.. ha tu lah pasal.. bab ni kena perhati pula dgn naluri (macam mata hati gak lah)... org yg betul benar Islamnya dgn islam tampal ni lain aura dia. lain tingkahnya..

Nak ku terangkan disini pun agak payah, dia perlukan latihan anda sendiri, anda belajarlah mengenal yg mana pasir yang mana manikam. bukan maniam!!!


Thursday, February 24, 2011

isteri chatting di internet, patutkah saya cemburu


 
 
Emm.. saya mendapat soalah ini : Isteri saya, sejak kebelakangan ini suka chating dgn lelaki kat internet...dulu email..skarang dah pandai sembang plak..bila saya tegur dia kata xde ape2..saya xtaulah ape lagi yg dia buat dibelakang saya...sebagai seorg suami pada pendapat rakan2 patutkah saya cemburu..

atau betul yg dikata yg saya ni cemburu buta..kalau nk dikatakan cemburu buta saya ni suami dia memang patut cemburu pun...

lagi pun dia suka mengaku bujang ..bila saya suruh mengaku dah kawin dia kata nanti saham jatuh...

tolong...ape pendapat sahabat2..bleh kongsi pengalaman sekiranye ade..
**********
P/S : sahabat yang bertanya inginkan pandangan dan pendapat. saya mohon dalam memberikan idea dan pandangan anda.

1. sila jaga bahasa. sila jaga bahasa.
2. jangan emosi
3. beri jalan bukan tambahkan masalah untuk difikir.

Ingatlah, kita tak sama macam orang lain, begitu juga mereka. senang bagi kita,. sukar pada orang, masalah pada orang, biasa pada kita.

Justeru masalah orang adalah cermin buat kita, kita tak punya banyak masa dan umur yang panjang untuk melakukan kesilapan yang sama dan belajar dari masalah tersebut. Jadi kutiplah pengajaran dari apa pun juga masalah orang lain sebagai panduan dan sempadan dalam hidup...

terima kasih

internet.---kenalan maya.---email.---chatting.

saya sendiri berchatting. dari dulu waktu zaman bekerja, sekarang surirumah, saya masih berchatting. bukan hobi, tapi keperluan saya. sekarang saya membantu suami dengan kerjanya. (property consultant) jadi kerja kami menghubungkan kami dengan ramai orang. begitu juga suami.

sunnatullah, kita makhluk sosial, kita perlukan teman / kawan untuk berkomunikasi. berurusan.

suami tahu kenalan2 saya chatting. nama. kenal dari mana. latar belakang mereka.

begitu juga dengan suami. cemburu .. itu perlu kerana ia ibarat lampu merah. kalau bawa kereta tak ada lampu merah, bayangkanlah.

bawa kereta... stering itulah diri kita. kendalikanlah dengan betul. dah lampu merah adalah isyarat agar kita berhenti.. berhenti!! dan jika tidak.. kemalangan pasti berlaku dan mungkin bawa maut..

jadi chatting.. (bagi saya* lain org lain pendapat)/ boleh, tapi fikirlah sendiri buruk dan baiknya, resiko dan kesannya. jangan sampai mengabaikan atau menidakkan hak seorang suami. tanggungjawab seorang isteri dan ibu,

wallahu'alam

Thursday, February 10, 2011

Jadilah Orang Yang Allah Cintai.





Dari Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan seseorang untuk memimpin sepasukan tentera ke medan peperangan. Orang itu suka membaca untuk kawan-kawannya dalam solat mereka dengan Qulhu Wallahu Ahad sebagai penghabisan bacaannya. (Maksudnya, setelah membaca Al-Fatihah lalu dibaca surah lain,kemudian dibaca
surah Al-Ikhlas)

Setelah mereka kembali, hal itu mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Cuba tanyakanlah pada orang itu, mengapa dia melakukan yang semacam itu?"

Mereka semua bertanya padanya, kemudian orang itu menjawab: "Sebab itu adalah sifatnya Allah yang Maha Penyayang, maka dari itu saya suka membacanya."

Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. (setelah diberitahu jawapan orang itu): "Beritahukanlah padanya bahawasanya Allah Ta'ala mencintainya." (Muttafaq 'alaih).

Moral : bagaimana mencintai Allah… maka belajarlah bersyukur.. bersyukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt dan ia adalah permulaan untuk menunjukkan taat dan dengan mula bersyukur.. kita akan rasa kecil dan kerdil kerana …TIADA SATU PUN MILIK KITA.. HATTA SEHELAI BULU ROMA…

maka itu, kalau ada kelebihan sedikit pada kita.. usah sombong.. malah kalau kita sentiasa bersangka baik, bersikap baik, berbuat baik.. Insya'allah.. Allah lebih lagi baik (mencintai) kepda kita.. kerana DIA Maha Baik (pengasih dan penyayang).. berbanding kita yang tahunya nak cari salah orang saja...menyalah kan orang saja,


Jadi..maka itu.. belajarlah sentiasa bersyukur... bila rasa syukur menguasai diri.. kita akan jatuh cinta dan dengan cinta itu.. kita pasti tidak akan mengecewakan Allah, sudah pasti dengan patuh kepada perintah Nya dan meninggalkan laranganNya..

Marilah.. kita betulkan yang menjadi kebiasaan kita.. dan KITA BIASAKAN YANG BETUL saja

Monday, November 29, 2010

SAY NO TO POLIGAMY!!!




barangkali inilah kata-kata mereka ...(kata-kata/pandangan orang yang tidak beradab/ biadab dengan TUHAN)

Tuhan,engkau tak kaji dulu ke tentang syariat poligami..kan ianya menyusahkan kaum perempuan..

Tuhan....kami tak mahu poligami!!! kenapa adakan poligami.Engkau tak tahukah perasaan kami.

Tuhan..syariat lain tak apa tapi bab poligami ni kami TOLAK

Tuhan..kenapa adakan poligami?kan banyak rumahtangga kucar kacir kerana poligami ( sedangkan lebih ramai yg monogami kucar kacir kita tak kisah pun)

Apa pandangan anda pula?

Ya’Allah!! Nauzubillah... kenapa harus jadi begini? (menentang poligami)????

pandangan saya yang daif ini...

Isu Poligami ni rasanya bukan di sini saja diperbincangkan dan tidak akan berhenti hingga dunia kiamat. Keadilan tidak akan dapat dibentuk untuk bersetuju 100% atas tiap individu, bergantung kepada kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap hukum dan aturan Allah.

Banyak kali telah saya katakan, poligami tidak boleh dibincang atas landasan emosi. Ia hukum dan peraturan Allah yang telah termaktub. Namun bahaya akal yang ditunggang emosi akan mengakibatkan kita tidak lansung peduli.

Amat sukar bagi manusia untuk mendidik akal, kerana bahayanya akal ini, ia bisa berubah-ubah  mengikut arah yang menunggangnya, jika nafsu, maka menjadi membuak-buak  rasa. Jika emosi, ia tidak keruan, jika iman ia akan tunduk dan lemah lembut.. waima mudah berkata tapi payah untuk melaksana.

jadi  hakikatnya  suami bukan milik kita, dia milik Sang Maha Pencipta..kita juga.. anak, harta... SEGALA-GALANYA.. pun kendati diri tidak semudah ungkapan bibir.

Ramai kita gagal untuk melaksanakan amanah Allah bukan semata dalam bab poligami.  tapi hampir saja semua aspek kehidupan..dan sahabat semua buka mata dan minda anda, buka dada (hati) dengan lapang, jangan terlalu emosi dan menafikan kebenaran bahawa.. ada golongan manusia yang sudah mampu sampai kedaerah penyerahan kepada Allah, sebab itu bagi mereka poligami tidak lagi mendatangkan satu masalah..

Banyak pro dan kontra atas isu ini. Terpulang individu, hempedu bagi seseorang mungkin saja manis bagi yg lain. Kadangkala kita yang tidak berpoligami pula yg terlebih emosi. Orang yang dalam kapal poligami melayar bahtera mereka dengan tenang dan lapang dada.

Sebaliknya kita pula yang rasa lemas, rimas, tak puashati, pelik, bersangka buruk dan berbagai ragam mainan emosi..apa-apa pun kita kena kembali menghayati perintah Allah dan status kita sebagai hamba yg merdeka.. kita diberi pilihan.. maka itu,  ikutlah jalan yang kita pilih.. semoga jalan-jalan itu masih lagi dibawah naungan Arash Allah yang agung..

CINTA Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras . Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini ~ Abu Saif

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan. ~ Fuad Latif

Dalam hukum nikah itu kita kenal ada lima kategori, wajib, sunnah, mubah, makruh dan haram, apakah ini juga berlaku dalam hukum poligami ?

sebenarnya Quran bukan mendorong untuk menikah lebih dari satu menjadi dua, tiga dan empat. Tetapi dari poligami yang disuruh memaksimumkan menjadi empat. Dan empat pun disaratkan berbuat adil, kalau tidak boleh ya cukup satu. malah adil dalam hal ini bukanlah sekadar dari sistem giliran atau harta benda dan kasih sayang. adil dalam islam ialah mengikut keperluan. kalau isteri tua ada anak dan suami telah memberi dia sebiji rumah bungalow 6 bilik kemudian isteri kedua yang baru dikahwininya cuma ada satu anak dan dia disediakan rumah teres 3 bilik itu adil kerana keperluan isteri pertama itu lebih dari isteri kedua. tapi kalau mata kasar kita itu sudah tidak adil dan berat sebelah.

kalau isteri ketiga sakit dan dia disediakan pembantu itu adil kerana dia tidak mampu mengurus diri..

kita sering guna akal dengan emosi. mari kita berlapang dada, guna akal dengan iman dihati.... Setiap hal yang menyakitkan tidak selalu bererti buruk, bila dijubahi dengan iman dan takwa secara positif malah akan membawa kebaikan.

poligami malah mampu jadi ladang amal yang menjanjikan pahala berlimpah, kalau kita pandang dari sisi sunnah agama, ia melatih diri bersabar, melatih diri ikhlas, melatih diri membuang segala penyakit nafsu, dengki, iri hati, benci, dendam, dll.. membentuk diri kehambaan, mendekatkan diri pada Tuhan. Pun sebaliknya akan berlaku kalau kita melihat dengan mata nafsu, segala hanyir, pekong, tokak ada dalam poligami!

menyedihkan sekali....Kita sudah kehilangan prasangka baik terhadap Allah. Allah tidak akan membuat aturan yang tidak ada manfaatnya. Aturan yang tidak kita pahami saat ini, mungkin memang tidak pada masa ini.,tapi untuk masa jauh di depan kita.

tiada ada apa yang harus direbutkan. hakikat hidup ini nikmatnya hanya sekelip mata.

segalanya bukan milik kita... suami anak harta kemewahan, kedudukan segala2nya hak DIA, kita diberi pinjam sahaja. yang sering buat kita sakit hati dan jiwa bila kita merasa semua itu 'hak' kita. atas usaha kita, atas daya kita, tapi kita terlupa kalau tidak dengan izin dari NYA.

'lepaskan' semua kembali kepada Allah, Insya'allah jika kita diuji jika kita dicuba.. kita akan lebih sabar kerana kita tahu, kita tidak boleh mengatasi peraturan yang DIA tetapkan untuk kita..namun jika kita sabar dan redha, Allah juga telah berjanji bahawa ganjaran untuk mereka yang sabar dan redha itu sangat hebat disisiNya.

namun.. Allah juga sangat sayang akan hamba2Nya.. kepada sesiapa yang rasanya tidak mampu dan tidak dapat bertahan dalam kehidupan berpoligami.. juga ada jalan keluar. penceraian.. walau ia dibenci Allah, ia adalah halal, dari wanita atau isteri itu menangung dosa lebih baik dia minta dilepaskan. bolehlah dia membena hidup baru dan dekatkan diri dengan Allah. itu lebih baik...

jadi.. kesimpulan yang tidak mudah untuk dibuat.. terpulang kepada diri individu itu sendiri.. cara dia untuk berhadapan dengan masalah ini atau mengatasi masalah ini bergantung kepada kekuatan dan kefahamannya, kejahilan atau ilmunya dalam menggunakan agama dan imannya.. antara dia dengan suami/ isteri dan paling utama antara dia dengan Sang Maha Pencintanya ~ ALLAH...

wallahu'alam

p/s : yang demikian ini adalah pendapat peribadi ummi semata2, tidak mewakili mana2 wanita atau individu, anda semua berhak keatas diri dan kehidupan anda dan bebas memberi pendapat dan pandangan. Namun sesekali usah memberi pandangan dan pendapat anda dengan emosi kerana poligami bukan 'hak cipta terpelihara' manusia..


~UNJ~

Tuesday, November 9, 2010

dimana DIA dihatiku

Emm.. ada waktu, kita sedar sendiri, bilamana kita dapat menghayati erti, kenapa kita diberikan kehidupan, ada ketikanya kita harus disedarkan oleh kejadian dan peristiwa, apapun yang penting qalbu tidak pernah lupa akan PenciptaNya. Asbab itulah hati akan resah dan gelisah, walaupun segala yang diingini dapat digenggam, yang sering terleka adalah jasad ini, bilamana terbuai nikmat dunia yang tidak pernah berhenti menggoda...
**********
…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…


Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.


Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”


Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.


Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.


“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.


“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”


“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.


“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.


Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!


Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”


Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?


Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?


Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”


Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…


Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.


Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”


Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.


Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…




MENGEMIS KASIH MU
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
(Sajak yang ditulis sejak lama. Kini telah pun diangkat menjadi sebuah nasyid).


~ petikan buku : Dimana DIA dihatiku - Ustaz Pahrol Mohd Juoi








*********
sejenak aku terkesima. aku megukur diri. tidak aku sedari manik-manik jernih yang tadinya gugur satu..satu, kini tali temali. aku menoleh sejarah silam dan terkini, betapa sayangNya DIA kepada ku, betapa kasihNya DIA terhadap ku. Begitu hebat ujian yang dilalui, betapa selepas itu jalan keluarnya cantik sekali. Betapa berat beban ku galas, ringan jadinya bila aku diizinkan berbisik resah kepadaNya..


Ya Allah...sayu dan perlahan aku menyebut nama Agung itu.. rasa malu untuk mengangkat wajah. inilah jasad yang telah diizinkan menghirup nikmat dunia.. inilah manusia yang sering alpa..


Ya Allah.. sekali lagi aku menyeru.. sambil tangan kurapatkan...ku cuba menghayati doa Baginda, malu, usah dikatakan lagi.. layakkah aku.. "Ya Allah kurniakan kepadaku kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu dan kecintaan apa sahaja yang mendekatkan diriku pada kecintaan-Mu. Jadikanlah Zat-Mu lebih aku cintai dari air yang dingin."


Ya Allah.. dan aku tertunduk malu..sambil terus mencari Dimanakah DIA dihati ku..



sahabat...

pandanglah dengan mata.. lihatlah dengan hati

nanti dirimu akan mendengar bicara tanpa kata

bisikan tanpa suara

itulah rintihan qalbumu yang mencari erti..

tiada upaya kita.. selain dengan Izin Yang Maha Pencipta...

Tuesday, July 13, 2010

Tekan Saja Handphone tu, tak payah buat-buat kyusuk



"If that is Jesus, tell him that we're talking to his Father at this moment!"
Itu kata sindiran seorang paderi kepada salah seorang ahli 'jemaah'nya, tatkala kedengaran deringan telefon bimbit ketika beliau sedang menyampaikan sermon (khutbah) di dalam sebuah gereja. Maksud beliau, walau Jesus yang membuat panggilan sekalipun, ianya tidak sepenting apa yang sedang dilakukan ketika itu.

Masalah yang sama juga sering dihadapi oleh kita umat Islam. Kerapkali terdengar nada deringan yang berbagai irama ketika umat Islam sedang menunaikan solat di masjid.

Kalau ringtone selawat, zikir atau seumpamanya pun masih dikira sebagai gangguan kepada jemaah, apatah lagi nada dering yang diambil dari lagu-lagu popular! Memang boleh hilang khusyuk.

Persoalan yang seringkali bermain di fikiran individu berkenaan, ialah "mana boleh bergerak (untuk matikan handphone), nanti batal solat!"

Heh. Takut batal solat ya? Tapi tak takut pula mengganggu solat jemaah yang lain.

Menurut fiqh dalam mazhab Syafi'i, sebarang pergerakan yang besar melebihi tiga kali pergerakan berturut-turut, akan menyebabkan solat terbatal. Bagaimanapun, pergerakan sendi jari jemari tidak dikira sebagai pergerakan anggota besar.

Sebagai contoh, jika seseorang menghidapi penyakit selsema, dibenarkan untuk mengeluarkan sapu tangan (atau tisu) dari saku dan mengelap hidung yang berair (dan kemudian menyimpan tisu itu ke dalam saku kembali). Hukum melakukannya adalah wajib, kerana membiarkan hingus jatuh mencemari ruang solat adalah haram (ada sesetengah pendapat yang lain mengatakan makruh).

Mengapa? Kerana hingus yang jatuh menitis ke lantai (atau permaidani) masjid akan mengganggu jemaah yang lain. Belum lagi diperkatakan tentang jangkitan kuman. Bukan makruh lagi jika perkara ini diambil kira, sememangnya HARAM.

Maka, dengan mengambil hukum secara qiyas, hukum mematikan telefon (atau sekurang-kurangnya menghentikan deringan ketika jemaah sedang solat), juga hukumnya WAJIB.

HARAM jika membiarkan telefon terus berdering kerana ianya pasti MENGGANGGU jemaah yang sedang solat.

Jadi, hanya individu yang jahil tentang fiqh sahaja yang akan terus membatukan diri, membiarkan irama nada dering itu berterusan membingitkan ruang solat. Harap kita tidak termasuk dalam golongan itu.

Andai sekiranya pergerakan mematikan telefon itu membatalkan solat anda sekalipun, itu masih ringan jika dibandingkan hukum mengganggu seluruh jemaah yang sedang berhempas pulas untuk khusyuk. Larat ke nak tanggung?

p/s- beberapa hari yang lepas, dalam rakaat pertama kat surau pasaraya, tiba-tiba ada handphone berbunyi..aku betul-betul tak tahan..aku batalkan solat, dan sound je ke arah bunyi handphone tu.. "TEKAN SAJALAH HANDPHONE TU, TAK PAYAH PURA-PURA KHUSYUK!!"

Astaghfirullahal-Azim...semoga Allah mengampuni segala dosa kita semua.





terima kasih is-haque atas artikel ini.


BENARLAH.. !!!

saya setuju... bukan setakat HP sebenarnya..TAPI LEBIH KEPADA MENTALITI.. asbab, kalau dah tau nak solat.. kenapa tidak tutup dulu, atau silent mood.. apa sangatlah terlepas satu dua call. kot ia tunggu biz call., awek call, pakwe call, apa saja.. ia tidak sepatutnya mengatasi waktu kita mengadap yang tak sampai pun 10 min.

itu ada gak lagi hp.. dah tentu yang buat panggilan tu tak nampak.. org yg dihubungi tengah wat apa...

paling menyakitkan hati bilamana (kes surau perempuan dlm pasaraya juga sebagai cth).. kita hendak solat.. sudahlah tempat sempit, tak tau samada dah solat, tak boleh solat atau apa saja.. tapi duduk berlonggok, yang paling sakit jiwa.. berbual dgn kuat, ketawa cerita pula.. pasal gossip artis. pasal fesyen.pasal hal rumahtangga. tambah jiwa kacau. nak tegur..ah.. lemahnya aku.. tak mampu.. yg boleh, aku berganjak cari tempat jauh sikit.. atau teruskan aje solat.. yg hanya Dia je tau kualiti solat ku dimana...

jadi kalau ada hati nak masuk bilik solat...nak solat... betullah tu.. TOLONGLAH TUTUP HP ANDA SEBENTAR CUMA..

Wednesday, July 7, 2010

Adik cuma nak tanya je bu.. kenapa jadi begini - Cinta Feb.


Bu, adik Cuma ingin bertanya… Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya... Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?



Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu

Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?



Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?



adik cuma nak tanya je bu.....


Jemputan - SATU PENERBANGAN

Telah lama aku menerima naskah jemputan untuk melihat-lihat pakej penerbangan ini, ya.. hampir 5 tahun yang lalu, setiap kali merenung pakej yang disediakan, setiap kali itu juga aku bertanya diri… soalan yang sepatutnya ditanya juga kepada diri anda.. Lalu, mengingatkan bahawa destinasi ini akan sampai juga akhirnya pada setiap dari kita, aku ingin berkongsi dengan kalian pakej penerbangan ini, buatlah pilihan mengikut kesesuaianmu..

SATU PENERBANGAN...




Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


-Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

-Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.

-Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih yang sama jenisnya walau tahap pencapaian kita berbeda, dari yang bayi, tidak bersekolah sampai PHD

-Di mana pewanginya bukan Channel atau Gucci, tetapi air mawar dan cendana.

-Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau Amerika, tetapi Al-Islam.

-Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

-Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail ,

-Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

-Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

-Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

-Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

-Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

-Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

-Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam dengan api yang bernyala-nyala

-Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

-Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

-Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

-Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

-Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.


Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Peringatan dan Moral :

kepada yang membaca,.. ilusi/ imaginasi diatas sekadar satu luahan rasa dengan cara penulisan penulis (asal ), ia tidak boleh dijadikan rujukan serius tapi boleh difikirkan dengan serius akan tamsilan dan pengajaran darinya,.

tentang kemana umur kita didunia ini kita habiskan, tentang harta, kemana kita belanjakan , tentang amalan dan bekalan kita untuk akhirat kelak, bagaimana kita usahakan.

Logiknya kita tidak pernah pun ingin memikirkan sejauh ini. kita tahu tapi fahamnya kurang, kita faham tapi penghayatannya tiada.. justeru, ini sekadar..wake up call semoga kita terjaga, sebelum penerbangan kita bermula....

~ Ummi Nur Jannah~

Thursday, June 24, 2010

maaf cik... Apa itu TAKDIR?


Aku sedang membeli tiket komuter untuk ke Nilai. Dari awal hati ini berdetak.. ada mata yang sedang memerhati. Mujur aku guna kaca mata hitam, jadi aku nampak 'macam diam je'. Tapi mataku merawang mencari siapakah gerangan yang memerhati. Ah, bengang betullah tak tahu siapa. Lantaklah..

Dalam komuter, duduk disebelah ku seorang perempuan India muda sedang ralit melayan mp3nya dan kebetulan kerusi penumpang ini mengadap. Jadi depan aku seorang pemuda, tah nak kata cina sebab sepet, tapi matanya hijau, oh, contact lens agaknya, tapi rambut dia pun cokelat, emm celup kot dan disebelahnya seorang mamat bangla.

Seperti biasa rutin aku, walau dimana, aku tidak tinggal buku, atau paling tidak aku layan internet di mobile. Kebetulan aku beli satu pocket book ‘ Syukur dan Sabar’ jadi aku terus saja membaca kerana tahu, perjalanan masih jauh, baru 5 minit aku membaca.

Tiba-tiba (perbualan ni dalam bahasa omputeh, aku translate jelah )

“maafkan saya, errk..dari tadi, masa di stesyen, saya lihat anda membaca, anda seorang muslim yang baik” aku dongak kepala dan aku lihat mamat cina celup depan aku. Oh jadi dia ni lah yang buat aku resah tadi ye. Duduk depan aku pula lagi. Aku cuma senyum dan angguk lalu menyambung bacaan. Tapi dia masih buka mulut .

“emm.. anda masih belajar atau bekerja”

Eh mamat ni, dia sebenarnya nak berbual ke nak mengorat ke. Aku pula jenis direct, terus aku tanya dia “ emm.. maafkan saya, saya bukan pelajar dan tidak bekerja, jadi adakah anda sebenarnya ingin membawa saya berbual dengan anda?”

Dia tersenyum “ya sebenarnya itu pun jika cik...tidak kisah, saya kebosanan”

“oh, baiklah tapi perbualan kita haruslah yang biasa dan tidak tentang peribadi dan paling penting tolong jaga kesopanan ya” aku beri syarat.

“oh baiklah saya Eric. Cik….?”

“ummi”

“oh ye dari tadi anda baca buku tu, bagus ye”

“emmm.. biasa saja”

“ boleh tanya pasal agama?” tanpa rasa berselindung dan takut dia bertanya.

“emm.. boleh, tapi sebagai seorang muslim, saya akan menjawab setakat yg saya tahu, kalau saya tidak tahu, minta maaflah” kata aku berterus terang.

“kenapa tidak? Kenapa harus ada perkara tentang agama Islam yang anda tidak tahu, susah sangatkah agama Islam tu” dia bertanya bertubi-tubi.

peh, mamat depan aku ni, samada dia seorang mubaligh atau sekadar menduga kemampuan aku, atau saje nak cari jalan nak membebel panjang ... aku tidak pasti yang mana satu, Aku senyum sambil tu memperkemas duduk.

“Eric, agama Islam itu tidak susah. Tapi anda harus tahu dan faham, bahawa tingkat untuk mendalami dan memahami itu bukan semudah ABC. Emm.. ok macam sekolah. Mula-mula kita masuk tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah, menengah, baru masuk u, dan seterusnya. Semasa di tadika.. anda hanya belajar kenal huruf dan abjad. Bila masuk sekolah rendah, anda diajar membaca. Kemudian anda akan duduki banyak ujian untuk melihat tahap kefahaman dan kebolehan anda menguasai pelajaran.

Jadi, dalam islam juga begitu. Saya sebagai muslim tidak terlepas, mungkin saya masih dalam sekolah, belum masuk u, jadi kalau saya mampu saya akan jawab, jika tidak saya akan cuba dapatkan jawapan untuk soalan anda”

Dia tersenyum “ ok saya faham, saya tanya je. Harap anda tidak merasa marah.”

“ok tak apa, saya tak marah” (betul ke..hihiii)

“erk.. ummi saya nak tanya sikit tentang takdir boleh?”

“emm..ok saya cuba”

“ saya ada kawan seorang melayu, dia ni suka minum, kaki perempuan dan bila saya tanya kenapa dia jadi macam tu dan sampai bila nak begitu, sebab dia ada keluarga, dia kata sudah takdir dia macam tu. dia kata Tuhan yang nak dia jadi macam tu, jadi dia tak boleh buat apa lagi”

Hampeh, punya mamat melayu ni. Buat malu orang. Boleh dia cakap macam tu.Aku yang kena menjawab…gerutu aku dalam hati. Emm...

“jadi, kalau macam tu, takdir sudah ada, kita tak boleh ubah apa-apalah, ikut saja, macam tu ke?” tambah Eric

“Emm.. tu tak betul sama sekali, anda tahu, kalau anda akan jumpa saya hari ini berbual dengan saya macam ni?” pantas aku bertanya

“oh tentu tidak” kata Eric

“itulah takdir” kata aku

“ anda rasa kita akan sampai kedestinasi dengan selamat?” aku bertanya dia lagi

“ya.. kenapa? “ jawab Eric.

“tapi kalau tiba-tiba di depan nanti komuter ini rosak?” aku bertanya lagi.

“oh sekarang saya faham, itu takdir, benda yang tidak dapat kita jangka betul?” dia mula mengerti.

aku senyum dan mengangguk.

“ Erik, anda cepat faham, baguslah.. sebenarnya takdir bukan lah tidak boleh diubah, tapi bukan juga itu sudah muktamad dari Tuhan maksud saya Allah. Sebab dalam Quran, Allah berkata “ Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka.”

Ok, lagi sekali, saya suka guna contoh budak sekolah. Kalau anda sekolah, dah tahu ada ujian, tapi anda tidak baca buku, tapi anda harap anda lulus, kemudian anda gagal, adakah itu takdir? Apa yang anda faham tentang senario itu?” aku suka bertanya agar dia berfikir, mudah untuk aku menilai persepsinya.

Kelihatan dia berfikir “ emm.. dia tak baca buku macamana dia boleh jawab dan lulus”

“betullah tu, so anda faham, tapi itu belum takdir. Itu sebab salah dia sendiri.” kataku

“Ha..errk.. tak faham itulah takdir dia kan” erik mengelus rambut coklatnya.

“ya dan tidak., ya bila dia tidak berusaha, takdirnya (aku mengangkat kedua belah tangan dengan isyarat dua jari dibengkokkan) Allah beri dia gagal atas sikap tidak berusaha itu. Tapi.. kalau dia dari awal tahun, dia berusaha bersungguh-sungguh belajar, kemudian dia tidak lulus, itu mungkin takdir. Boleh faham tak?”

Dia sepertinya keliru dan keningnya mula merapat.

“ok, saya beri satu lagi contoh, kalau dia telah berusaha, betul-betul berusaha, tidak sekali pun dia belajar sambil lewa, tapi dia telah gagal dalam ujian, itu mungkin takdir, sebab segala persiapan dia dah buat, tapi kalau dia postmorterm kaedah dia belajar, mungkin ada sesuatu yang tidak betul, dia usaha lagi sehingga lah dia lulus, itu juga mungkin takdir.

Tapi kalau dia dah bersiap segalanya,. Tiba hari ujian dia jatuh sakit tidak dapat untuk menghadiri ujian, itulah takdir, itu pun bergantung, adakah semasa sibuk bersedia untuk ujian dia tidak jaga makan, dia tidak cukup tidur dan rehat, jadi dia sakit...” aku menerangkan panjang lebar.

Aku tenguk dia termenung. Paham ke dak mamat ni, aku rasa lebih baik aku terus bagi jawapan mudah, kalau tak mau dia kata islam ni berbelit dan susah.

“ok Erik, saya tidak mahu anda pening kepala, saya cuma ingin anda lihat dari banyak sisi dan senario, kesimpulannya takdir bukan sebab Allah dah kata ia jadi macam tu, macam tu jelah, tak boleh nak ubah, macam kawan anda tu. Allah bagi kita akal., jadi kita yang tentukan sebenarnya takdir kita dengan kebenaran dari Allah, maksud saya Insya’allah” dia pandang aku sambil terangguk-angguk. Aku lihat dia boleh menerima jadi aku sambung lagi.

“emm.. kalau anda suka, anda boleh baca buku-buku kisah nabi, ada satu kisah tu, nabi Yunus, dia ni telah dimakan oleh seekor ikan besar, macam ikan pauslah,. Jadi dia ada dua pilihan, samada dia puashati dah itu takdir dia, dia akan mati kena makan ikan atau dia berdoa dengan sangat yakin bahawa, Allah dengar doa dia dan bantu dia. Jadi dia pun berdoa. Dia berdoa sungguh-sungguh, akhirnya Allah lepaskan dia dari perut ikan tu. Sampai hari ini, orang muslim akan baca doa dia kalau ada masalah. Jadi dimana yang anda rasa letaknya takdir?” aku bertanya untuk melihat samada dia faham bebelan aku.

“maksud anda, kena usaha, lepas tu baru kata takdir.. ,maksud saya sudah takdir?” tanyanya sambil tersenyum.. (smart juga mamat sekor ni, walau pakai jeans dan kemeja denim, tapi kemas, aku mencuri pandang sebalik kaca mata hitamku.. hehehe).

“ya. Betul, anda betul, anda cepat faham. Jadi sebenarnya, kita wajib percaya takdir, atau qada atau qadar, sebab dengan itu kita tak ambil jalan mudah, putus asa, tidak berusaha. Bagusnya kalau anda seorang muslim”. Aku senyum menjawab kepada soalan yang ditanya

“tapi kawan saya kata sudah takdir dia, dia kata Tuhan dah pilih dia jadi macam tu. Jadi dia ikut sajalah.” Kata Eric sambil menggelengkan kepala.

“ok saya nak cerita satu lagi kisah. Masa zaman dahulu, ada seorang pedagang, dia turun dari kuda, lepas tu dia tidak tambat kuda dia, jadi seorang sahabat dia tegur, baik engkau tambat kuda engkau, sebelum engkau berserah kepada Tuhan, sebab, selepas ditambat kalau dia hilang, itulah takdir, tapi kalau engkau tidak berusaha untuk tambat dan kuda itu berjalan, kemudian tu hilang, itu bukan takdir, itu salah engkau sendiri”

“Jadi Erik macam tulah juga kalau anda ingin faham maksud takdir, qada atau qadar Allah. Kawan anda tu dah salah, jangan sebab kita rasa qada dan qadar itu datang dari Allah, dalam erti kata yang mudah kita faham. Buruk atau baik tu dari Allah, maka dia atau kita boleh buat sesuka hati je. Sebab semua dah Allah tentukan. Nak baik, baik, nak buruk dah nasib buruk.

Jadi kita ikut je.. macam jatuh sungai, kalau anda rasa itu sudah takdir, matilah anda jatuh sungai, walau pun anda tahu berenang, anda buat tak kisah saja ke? Sebab dah takdir.. Tapi secara spontannya tidak. Kenapa harus berenang nak selamatkan diri, tak payahlah, tapi kerana anda takut mati. Anda berusaha untuk selamat, kemudian jika anda tidak juga berjaya, itulah takdir, anda mati lemas. Tapi kalau anda berjaya selamat, itu juga takdir, dengan izin Allah. Jadi takdir anda berubah.” Aduhs.. aku dah kering tekak ni...

aku tambah lagi “ jadi Eric tuhan, iaitu Allah, telah beri kita akal dan fikiran, kita kena guna sebaik-baiknya untuk timbangkan apakah perbuatan kita itu benar atau salah, jadi kalau tak digunakan akal. Buat benda salah dan bodoh, itu bukan takdir dari Tuhan, itu atas salah diri sendiri”

sepanjang masa dia asyik tersenyum, aku pula yang letih.. “Jadi saya harap anda puashati dan faham, kalau ada yang anda tidak faham baik anda tanya”...

“oh ye Ummi, dari tadi anda kata alangkah baiknya saya seorang muslim, kenapa?”

aku senyum “ Eric.. anda buddha atau kristian? Saya minta maaf, dalam Islam, muslim yang mukmin iaitu yang taat suruhan Allah, akan kesyurga, selain dari orang Islam mereka akan masuk neraka, jadi dengan kelebihan anda, yang mudah faham begini, adalah lebih baik anda sebagai seorang muslim, oh ye, dan.. takdir anda pun pasti akan berubah”.. aku mengangguk dan tersenyum kepadanya.

“maksud ummi?”

“Eric, selagi anda bukan seorang muslim, jika anda mati anda akan keneraka... maaf ya, agak kasar, tapi itu kenyataannya. Tapi jika anda telah menjadi seorang muslim, takdir anda telah berubah, dengan izin Allah, anda akan dapat masuk syurga. Jadi anda lihat, pilihan ditangan anda. Jika anda pilih Islam sebagai agama anda. Ada peluang yang cerah untuk kesyurga, tapi kalau anda terus kekal sebagai bukan muslim anda akan kekal keneraka. Anda buat lah pilihan”

“emmm ...peluk Islam, tapi itulah orang Islam sekarang pun ramai yang tak macam dalam Quran kata. Jadi saya agak keliru, dimana kekuatan Islam itu sekarang”

aduhs.. grekkkkk sakitnya jiwa aku dengar.. tapi itulah kenyataan. Aku bengang ni. tulah yang namanye je Islam tapi perangai hancus .. aduhs...tapi aku tetap senyum. Sambil tu aku jawab dia..

“anda benar Eric, kekuatan Islam sepatutnya bermula dari diri kita sendiri, maksud saya dari roh kita, kalau kita Islam, roh kita sepatutnya akan takut kepada Allah dan buat perkara yang Allah suruh saja. Yang tak boleh, kita takut nak buat, tapi sekarang, rupa dan nama saja Islam, tapi bukan semua sekali macam tu.

masih ramai yang berusaha menjadi muslim yang baik, lebih, lebih baik, sebab tu kalau satu hari anda ingin menjadi seorang Islam dan muslim yang baik, anda kena cari kawan yang baik dan betul, anda akan ikut cara yang betul. Tapi kalau anda kawan dengan orang Islam yang kaki perempuan dan kaki minum, anda tak dapatlah roh islam yang baik.” Aku senyum hambar.

Emm.. sedar tidak kami sudah hampir sampai ke Nilai. Dia menghulur aku kad bisnessnya. Sambil berkata.. “ ummi ini kad saya, terima kasih kerana sudi berbual dengan saya, seronok sangat berkenalan dengan anda.. ummi, kalau satu hari saya jadi muslim saya nak guna nama Eric Mikail Abdullah ok tak?”

“ok boleh kenapa tidak, sedap nama tu, kalau tambah Muhammad kat depannya ok juga”. Sambil tangan aku menyambut kad darinya dan menghulur kad aku pula.. kami bertukar senyuman dan berpisah di pintu komuter.. aku memandang kad ditangan..

..Muhamad Eric Mikail Abdullah

takdirkah ini?