SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: akal
Showing posts with label akal. Show all posts
Showing posts with label akal. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Tunjukkan Aku DIMANA TUHAN?!

Banyak bertanya itu pangkal ilmu, rasa ingin tahu adalah satu cara untuk kita mencapai tingkatan dalam semua usaha, dari tiada kepada ada ilmu, dari tidak tahu kepada tahu, dari tiada amal kepada mahir, namun terlalu sangat bertanya tanpa mahu menjadikan segala pengetahuan itu sebagai jalan kebaikan dan kemajuan diri hanyalah sia-sia…. Satu hari ada seorang pemuda, telah puas dia mengembara untuk mencari jawapan bagi persoalan dihatinya. Bertahun pencarian dan beratus orang telah ditemuinya, tapi masih juga dia tidak puas hati dengan jawapan yang diperolehi atas pertanyaannya. Lantas pada suatu hari dia telah bertemu dengan seorang tua yang, biasa saja pada pandangan matanya...

Justeru pemuda ini dengan tegas dan yakinnya ingin menduga, sekaligus mencari jawapan kepada persoalan nya selama ini. Lalu pemuda tersebut pun memulakan bicaranya .

Pemuda : Anda siapa Dan apakah mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan Anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Kiyai itu tersenyum dengan soalan yang diberi, tanpa bersuara tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



Jangan banyak menyoal tanpa guna fikir, banyakan beramal, soalan sekadar satu jawapan untuk pendengaran dan kepuasan rasa ingin tahu, tapi amalan adalah satu usaha untuk mencapai segala darjah kebaikan dan pahala serta bekalan untuk dibawa pulang keperkampungan abadi....

Cermin jasad cerminan hati, cerminan peribadi…

Jom betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL

Thursday, May 26, 2011

Babi.. benarkah ia menguasai hidup kita?


Assalamu'alaikum wbt semua sahabat, semoga dalam rahmat dan lindungan Allah jua hendaknya.. artikel yang akan kita semua baca sebentar lagi adalah bertitik tolak dari keluh kesah kita tentang halal atau tidaknya makanan kita selama ini. maklumat ini adalah dari pihak UKM. saya pernah berkhusus diMardi bbrp tahun lalu tentang pemperosesan makanan dll. Isu ini banyak kali dipersoalkan. sehingga kini ia masih lagi menjadi tanda tanya kebanyakkan dari kita. 

Adalah satu usaha murni jika kita dapat membongkar kebenaran, pun begitu, hal yang demikian ini adalah sukar untuk kita memuaskan hati semua pihak.


Artikel yang akan anda baca juga hendaklah dibaca dengan berhati hati. terdapat bbrap istilah sains (mudah) yang mungkin agak mengelirukan. sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi terus penulis yang telah ummi sertakan alamatnya dibawah..

terima kasih




Jawapan dari UKM :


Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap "bodoh" dan mudah "diomong-omongkan" dengan perkara sebegini.


Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajadi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang disalah anggap yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan "dipermainkan" oleh musuh-musuh Islam.


Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan.

Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).


Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.


Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.


Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi - lard, lemak lembu - beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan keboleh dapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.



Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.


Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).


Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.


Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). Di Malaysia, kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.


Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.


Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..



School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM-Bangi
SELANGOR
mamot@ukm.my


Tuesday, May 24, 2011

Bila Bukan Islam mengingatkan si Islam!!

emmm mulanya malas nak komen, tapi tulah, betul, memang semakin lama. kita tinggal 'islam warisan' iaitu islam yang boleh diletakkan didalam kotak kaca. letak kat muzium. sebab kita tidak lagi 'memakai' agama dalam hidup.

ini yg pernah sy hadapi bbrp bulan dulu waktu berjumpa lawyer. dialog antara seorang bizman dan lawyer tu

BM :"so jum kita pergi makan, l belanja u"
LY :"boleh bos kat mana"
BM: "kat **** i teringin nak makan stik nampak sedap"
LY : "boleh bos. tapi i tak gerenti u, halal atau tidak. "
BZ: 'eh oklah tu i tenguk ramai orang melayu makan situ"


biz  man tu melayu namanya pun melayu tok tok
dan ly tu.. india....

alahai...

Jadi? nak salahkan siapa disini? salah kan bangsa asing yang dah tentu- tentu nak makan minum mereka maih sudu je tak kira halal atau haram, asal sedap semua sebat, atau bangsa MELAYU sendiri yang tak tahu jaga agama?

Sungguh memualkan bila tetiba ada pihak yang dapati ada restoran tu, kedai makan ni, kilang tu, organisasi ni, yang menyalut dan memeluk makanan mereka dgn selimut dan sel-sel babi kemudianya orang Islam (yang tak makan memang marahlah ) yang selamba badak makan nak marah!. Dari satu sisi memang kurang ajarlah mereka buat perkara tu. Tapi yang sebenarnya dari satu sisi yang lain, KITA YANG KURANG BELAJAR!.

KITA SENDIRI YG SUAP MAKANAN TU MASUK MULUT KEMUDIAN TERUS TELAN MELALUI TEKAK KITA.. bukan kena  sumbat secara paksa oleh pihak mereka. !!!

Jelas terang lagi berseluh, sebelum masuk mana - mana kedai, restoran, hotel, beli barang,.. kita tidak guna gerak hati, tidak guna gerak mata, tidak guna naruli agama. sebab tu semua kena block. tak nampak, yang kita guna gerak selera dan gerak lapar je..bila lapar selera terbuka, jadi apa yg nampak sedap terus ngap!!

Cuba sekali ni, sebelum pergi kedai nak makan, kita perhati, guna gerak hati... kalau hati rasa 'tak sedap je, tak syok, tak tertarik' tinggalkanlah.. guna gerak mata.. perhati dalam kedai, ada ke colok tersembunyi, ada ke logo halal, ada ke pekerja Islam yg betul2 islam, bukan islam tampal songkok dan sarung tudung je. camne nak kenal semua sama je.. ha tu lah pasal.. bab ni kena perhati pula dgn naluri (macam mata hati gak lah)... org yg betul benar Islamnya dgn islam tampal ni lain aura dia. lain tingkahnya..

Nak ku terangkan disini pun agak payah, dia perlukan latihan anda sendiri, anda belajarlah mengenal yg mana pasir yang mana manikam. bukan maniam!!!


Wednesday, July 7, 2010

GamBar ..PeLik dan LuCu, (photoshop)

BERSYUKUR... BERSYUKUR KERANA JADI MANUSIA.. Makhluk paling sempurna sifat dan akal yang ALLAH Swt ciptakan. Dengan kurniaan itu, manusia mereka cipta berbagai benda, melahirkan berbagai idea.. ada waktunya sangat berguna, ada waktu membawa derita, ada kala menceriakan dan menyuruh agar otak kita berjalan untuk BERFIKIR...































Fantastic Strange and funny PHOTO











 
And last but not least