SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: July 2010

Monday, July 19, 2010

TUHAN.. kami tolak POLIGAMI!...

beginikah kita berterima kasih kepada ALLAH swt yang menjadikan kita.. dengan mengatakan TIDAK pada aturanNYA?

barangkali inilah kata-kata mereka ...(kata-kata/pandangan orang yang tidak beradab/ biadab dengan ALLAH)

" Allah tidak kah Engkau  kaji dulu tentang syariat poligami..kan ianya menyusahkan kaum perempuan..ALLAH kami tak mahu poligami!!! kenapa adakan poligami. Engkau tak tahukah perasaan kami.

Tuhan..syariat lain tak apa tapi bab poligami ni kami TOLAK.

Tuhan..kenapa adakan poligami? kan banyak rumahtangga kucar kacir kerana poligami ( sedangkan lebih ramai yg monogami kucar kacir kita tak kisah pun)

Apa pandangan anda pula? 

begitulah soalan yang diajukan seorang sahabat laman sembang. 
kenapa dan bagaimana jadi begini? kerana Naluri kewanitaan yang tamak kah?
kerana tidak Mahu berkongsi kasih dan kemewahan dunia kah?
atau kerana 'tahu' tapi tak 'didik' diri dengan syariat beragama?

Eroninya, bila sebut POLIGAMI hampir 90% wanita pasti marah dan bertindak menentangnya.. mungkin lebih 50% akan buat apa saja, apa saje, jumpa bomoh tak semenggah, pun ramai, air jampi, kemenyan, minyak senyongyong, mandi bunga, mandi 7 kolah.. tu ini, buat je.. ASALKAN... janji suami tetap tidak dapat bernikah baru, mungkin 40% sekadar berusaha dengan air mata dan doa.. dan 8% lagi adalah wanita yang, Insya'Allah, mampu menerimanya dengan baik walau pun hati terluka dan 2% lagi menerimanya dengan senang hati dah redha???**

** itu cuma statistik peribadi saya. tak ada kena mengena dengan jabatan agama, konseling nikah kawin, rujuk cerai. SEKADAR anggapan peribadi mengikut apa yang pernah terjumpa, terlibat, tertahu. Ragam dan emosi wanita yang mengalami masalah seperti ini sungguh goyah, ditahap impak maksima..rajuknya, air matanya, barannya, semua beriringan.

Berhadapan dengan mereka juga perlukan kesabaran yang tinggi, waktu ini, mereka bukan saja perlukan sokongan emosi semata, tapi juga suntikan spiritual.

YA.. SPIRITUAL.. AGAMA.. waktu inilah pendekatan agama yang betul sangat memain peranan, kerana salah cara mereka akan merasakan bahawa agama (Islam) tidak adil kepada wanita. Menindas dan menidakkan hak wanita..  walhal hakikat agama itu memelihara dan menjaga manusia dari berbuat maksiat. Pun kerana tidak faham dan tidak mahu menerima ketentuan Allah, maka mereka MENENTANG POLIGAMI

Ya’Allah!! Nauzubillah... kenapa harus jadi begini? (menentang poligami)????
Isu Poligami ni rasanya bukan disini  saja diperbincangkan dan tidak akan berhenti hingga dunia kiamat. Keadilan tidak akan dapat dibentuk untuk bersetuju 100% atas tiap individu, bergantung kepada kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap hukum dan aturan Allah.

Banyak kali telah saya katakan poligami tidak boleh dibincang atas landasan emosi. Ia hukum dan peraturan Allah yang telah termaktub. Namun bahaya akal yang ditunggang emosi akan mengakibatkan kita tidak lansung peduli.

Amat sukar bagi manusia untuk mendidik akal, kerana bahayanya akal ini, ia bisa berubah-ubah  mengikut arah yang menunggangnya, jika nafsu, maka menjadi membuak-buak  rasa. Jika emosi, ia tidak keruan, jika iman ia akan tunduk dan lemah lembut.. waima mudah berkata tapi payah untuk melaksana, jadi hakikatnya suami bukan milik kita dia milik Sang Maha Pencipta..kita juga.. anak, harta... SEGALA-GALANYA..

pun kendati diri tidak semudah ungkapan bibir.

ramai kita gagal untuk melaksanakan amanah Allah bukan semata dalam bab poligami. tapi hampir saja semua aspek kehidupan..dan sahabat semua.. ada golongan manusia yang sudah mampu sampai kedaerah penyerahan kepada Allah, sebab itu bagi mereka poligami tidak lagi mendatangkan satu masalah..

Banyak pro dan kontra atas isu ini. Terpulang individu, hempedu bagi seseorang mungkin saja manis bagi yg lain. Kadangkala kita yang tidak berpoligami pula yg terlebih emosi. Orang yang dalam kapal poligami melayar bahtera mereka dengan tenang dan lapang dada.

sebaliknya kita pula yang rasa lemas, rimas, tak puashati, pelik, bersangka2 dan berbagai ragam mainan emosi..apa2 pun kita kena kembali menghayati perintah Allah dan status kita sebagai hamba yg merdeka.. kita diberi pilihan.. maka ikutlah jalan2 yang kita pilih.. semoga jalan2 itu masih lagi dibawah naungan Arash Allah yang agung..

CINTA Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras . Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini ~ Abu Saif

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan. ~ Fuad Latif

Dalam hukum nikah itu kita kenal ada lima kategori, wajib, sunnah, mubah, makruh dan haram, apakah ini juga berlaku dalam hukum poligami ?

sebenarnya Qur’an bukan mendorong untuk menikah lebih dari satu menjadi dua, tiga dan empat. Tetapi dari poligami yang disuruh memaksimumkan menjadi empat. Dan empat pun disaratkan berbuat adil, kalau tidak boleh ya cukup satu. malah adil dalam hal ini bukanlah sekadar dari sistem giliran atau harta benda dan kasih sayang. adil dalam islam ialah mengikut keperluan. kalau isteri tua ada anak dan suami telah memberi dia sebiji rumah bungalow 6 bilik kemudian isteri kedua yang baru dikahwininya cuma ada satu anak dan dia disediakan rumah teres 3 bilik itu adil kerana keperluan isteri pertama itu lebih dari isteri kedua. tapi kalau mata kasar kita itu sudah tidak adil dan berat sebelah.
kalau isteri ketiga sakit dan dia disediakan pembantu itu adil kerana dia tidak mampu mengurus diri..

kita sering guna akal dengan emosi. mari kita berlapang dada, guna akal dengan iman dihati.... Setiap hal yang menyakitkan tidak selalu bererti buruk, bila dijubahi dengan iman dan takwa secara positif malah akan membawa kebaikan.

poligami malah mampu jadi ladang amal yang menjanjikan pahala berlimpah
melatih diri bersabar, melatih diri ikhlas, melatih diri membuang segala penyakit nafsu, dengki, iri hati, benci, dendam, dll.. membentuk diri kehambaan, mendekatkan diri pada Tuhan

menyedihkan sekali....Kita sudah kehilangan prasangka baik terhadap Allah. Allah tidak akan membuat aturan yang tidak ada manfaatnya. Aturan yang tidak kita pahami saat ini, mungkin memang tidak pada masa ini tapi untuk masa jauh di depan kita.

tiada ada apa yang harus direbutkan. hakikat hidup ini nikmatnya hanya sekelip mata.
segalanya bukan milik kita... suami anak harta kemewahan, kedudukan segala2nya hak DIA, kita diberi pinjam sahaja. yang sering buat kita sakit hati dan jiwa bila kita merasa semua itu 'hak' kita. atas usaha kita, atas daya kita, tapi kita terlupa kalau tidak dengan izin dari NYA.
'lepaskan' semua kembali kepada Allah, Insya'allah jika kita diuji jika kita dicuba.. kita akan lebih sabar kerana kita tahu, kita tidak boleh mengatasi peraturan yang DIA tetapkan untuk kita..

namun.. Allah juga sangat sayang akan hamba-hambaNYA.. kepada sesiapa yang rasanya tidak mampu dan tidak dapat bertahan dalam kehidupan berpoligami.. juga ada jalan keluar. penceraian.. walau ia dibenci Allah, ia adalah halal, dari wanita atau isteri itu menangung dosa lebih baik dia minta dilepaskan. bolehlah dia membena hidup baru dan dekatkan diri dengan Allah. itu lebih baik...

jadi.. kesimpulan yang tidak mudah untuk dibuat.. terpulang kepada diri individu itu sendiri.. cara dia untuk berhadapan dgn masalah ini atau mengatasi masalah ini bergantung kepada kekuatan dan kefahamannya.. antara dia dengan suami/ isteri dan paling utama antara dia dengan Sang Maha Pencintanya ~ ALLAH...

wallahu'alam

p/s : yang demikian ini adalah pendapat peribadi ummi semata, tidak mewakili mana-mana wanita atau individu, anda semua berhak keatas diri dan kehidupan anda dan bebas memberi pendapat dan pandangan.

Pun jangan sesekali kita bersangka buruk kepada Allah (yang mengaturkan ujian ini) juga kepada Manusia (yang juga dengan izin Allah) membuat kita merasa derita. kerana penderitaan itu adalah juga salah satu jalan agar kita dekat.. lebih dekat dan memeluk ALLAH dengan qalbu.. yang berserah dan bertawakal hanya kepada NYA dalam setiap urusan kehidupan hinggalah membawa kita kepada 'kepulangan' yang abadi...

Friday, July 16, 2010

SEMUA... Ada SEBAB dan GUNANYA



Kereta anda kotor disebabkan oleh debu yang melekat. Anda terpaksa membasuhnya lagi walhal baru dua minggu lepas anda membasuhnya. Katakan anda menghantar kereta anda ke kedai untuk membasuhnya. Tak kiralah kedai yang bagaimana samada yang serba-serbi elektronik atau basuhan biasa yang dilakukan oleh empat atau lima orang sekali gus.

Cuba renungi barang sebentar... rupanya debu pun membawa rahmat kepada kita sebagai makhlukNya.Apa tidaknya... disebabkan debu yang melekat pada kereta kita maka ramai yang boleh mencari rezeki kerananya. Berapa banyak keluarga yang berjaya disuap hasil dari rezeki membasuh kereta tadi. Itu belum kita lihat secara menyeluruh lagi bagaimana kilang-kilang menghasilkan sabun, berus, pam, hos dan bermacam-macam alatan yang berkaitan.

Rupanya ciptaan Allah meliputi segenap segi. Apa yang kita rasa keburukan pada kita sebenarnya mendatangkan kebaikan yang sangat banyak kepada orang lain. SubhanaAllah, Maha Suci Allah...
 
Jadi, belajarlah sentiasa bersyukur, bersyukur lah,.. dengan apa yang kita ada. Jangan kita suka bersunggut, serba serbi tak pernahnya yang kena. Ada sajelah yang terkehel. Walhal, nak tahan sehelai rambut dari jangan gugur pun tak mampu.

Maka itu, berterima kasihlah kepada ALLAH yang Maha Tahu, apa yang kita perlu lebih dari apa yang kita Mahu, di datangkan NYA masalah, supaya kita sedar, kita masih ada dia untuk bergantung dan meminta pertolongan.

Jadi 'U-turn' hati kita kejalan -jalan Allah..Insya'allah, kita akan melihat banyak kebaikan dan hikmah atas setiap dari kejadian oleh NYA..


Benarkah DIA itu Jodoh Anda?


Emmm... saya mendapat tips ini dari seorang rakan, tentang bagaimana untuk mengenal pasti adakan teman / pasangan cinta anda itu adalah jodoh untuk anda. Agak baik, lalu saya edit beberapa perkara dan tambah yang perlu . Moga bermenafaat..
Bagaimana untuk mengenal pasti si ‘dia’ itu pasangan hidup anda? Disini ada beberapa tips yang mungkin berguna sebagai panduan. DIA JODOH KU.. benarkah seperti yang diperkatakan? Mungkin saja ada benarnya. Namun ketikanya kita bagaikan keliru, ada perkara dan persoalan bermain difikiran., berikut sedikit panduan untuk renungan bersama

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah swt. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Mungkin yang ini dipanggil serasi?

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai tarikan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berpura. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, untuk menarik perhatian, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan, asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Jika ‘firasat’ kita kuat. Kita dapat mengesan sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran pegangan di hatinya, kebahagiaan akan wujud. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

6. Saling mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang ‘berjodoh’, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang ‘berjodoh’, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Akui kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati (firasat) dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11.Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

12. Bercintalah tanpa syarat.

Bagaimana? Jika telah diyakini bahawa kekasih / teman kita itu adalah pasangan hidup kita. Maka sedari awal percintaan hatta sampai hujung nyawa,.bercintalah bersamanya tanpa syarat. Jika tidak cinta anda pasti kecundang ditengah jalah.

Manakan tidak, ketika syarat yang terpendam masih dipenuhi, rasa cinta akan membuak hingga tumpah kelantai, akan tetapi pabila prasyarat cinta mula terhakis, atau mula berakhir, cinta pasti bisa terbang keluar jendela.

Bayangkan seawal cinta bila ditanya : apa sebab kau jatuh cinta kepada nya?
Lalu dijawab, oh kerana wajahnya yang tampan / kejelitaan.. pasti pada satu hari ketampan atau kejelitaan mula luntur, apakah masa itu cinta pun mula berjalan kekubur?. Jika harta jadi panduan.. satu hari harta hilang, maka cinta pun terbang melayang.

Justeru,. Jangan letakkan syarat sebagai penyebab cinta lahir. Jadikan Allah swt sebagai dasar memupuk dan mengakhiri cinta. Insya’allah jikalau sekalipun berlaku sebaliknya setelah semua usaha yang baik dilakukan, kita boleh bertenang dan menerima ketentuan takdir diatas takdir yang Allah aturkan.

Justeru, teman, usahakan dengan baik jika mencari jodoh,kerana pasangan hidup bukan untuk sehari, setahun, jika boleh kita ingin hanya nyawa sebagai pemisah. Selagi ada daya, ranjau dan cabaran ditempuhi bersama dengan tenang dan redha….

Ya Allah.. Kau yang mengatur jodoh kami, maka temukan yang terbaik untuk menjadi pasangan kami didunia dan diakhirat.. biarlah kami bercinta sampai kesyurga … amin..

~Ummi Nur Jannah~


Isteri Gersang VS Suami Kontang



Asalamu’alaikum wbt semua, rasanya ramai yang tertarik bila membaca tajuk tu. Masing-masing dalam kepala, rasanya terbayang perkara yang sama kot??? Emm.. tapi maaflah telahan anda itu salah.

ISTERI GERSANG..dan ISTERI KEGERSANGAN adalah dua tamsilan yang banyak bedanya. Isteri Gersang yang saya maksudkan disini ialah isteri yang sepertinya padang pasir di gurun sahara.. kering dan kontang tidak pandai untuk menjadi oisis yang mengalirkan air, menyuburkan lembah disekitarnya. Manakala isteri kegersangan adalah isteri yang tidak mendapat ‘hak’ nya dengan sempurna.

Pertama sekali tolong! Kisah seks rumahtangga adalah satu perkara yang wajib diberi perhatian dan dibawa berbincang. Cuma kita orang melayu selalu mengganggap seks adalah tabu dan sangat mengaibkan untuk dibicarakan secara terbuka. Walhal ini adalah satu perkara terpenting dalam perkahwinan. Bukankah dengan sah lafas nikah, maka seks yang dulunya haram menjadi halal?

Jadi saya tidak merasakan ianya satu yang memalukan dan tabu untuk dibincangkan secara terbuka dengan batas dan cara ilmiah yang betul. Tidak perlulah ada yang menegur saya mengatakan bahawa kerana saya seorang wanita ia adalah satu yang  keterlaluan dan melampau, sedangkan dalam kepala semua kita tetap ada unsur seks waima dimana pun jua anda berada….

Justeru saya tetap akan memperkatakan tentang ia.. dalam  artikel saya akan datang. Ini bukan soal lucah atau erotisme, tetapi jika kita sebagai lelaki dan wanita melupakan hakikat kejadian manusia, bagaimana kita dapat mengulangi sejarah kehebatan Islam dan bangsa melayu? Kita perlu kembali kepada dunia tasawwuf. Soal katil juga soal tasawwuf, kerana ia berkaitan dengan kejadian insan yang disebut Allah sebagai khalifahNya. Jadi kembalilah kejalan kesufian untuk menyelesaikan masalah umat sekarang yang ratanya adalah masalah akhlak.

Sejak akhir-akhir ini disana sini kita melihat  banyak kejadian suami makan luar atau isteri makan luar. Istilah makan luar ini bermaksud mereka mencari kepuasan atau mendapatkan kenikmatan hubungan ‘badan’ selain dari isteri / suami yang halal. Mengapa ini terjadi? Hari ini kita bincangkan  sedikit dari ribuan masalah, kali ini saya  kupaskan ia untuk pihak isteri memahaminya. Untuk para suami sudah ada artikel susulan : suami kontang VS Isteri Gersang

Diharapkan isu ini diambil dengan hati terbuka.

Jika ada diatara masalah itu kita sebagai isteri hadapi. Maka tidak salah untuk kita mencari jalan, mengubah keadaan dan meningkatkan persedian fizikal dan mental demi kebaikan bersama. Dah terutamanya juga diri kita sendiri. Asbab kalau suami ada hal diluar, kita juga yang (bak kata orang) ‘meroyan’ bukan suami.

Kita sering dengar nasihat kepada wanita.. JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH JADI IBU.. ertinya, kita diminta usah lepaskan tanggungjawab untuk melayan suami walau telah beranak pinak. Keperluan dan segala kemahuan suami hendaklah sentiasa di utamakan, didahulukan. Agar suami tahu bahawa dia mempunyai seorang isteri dan bukan sekadar seorang yang memberi zuriat kepadanya.

Pun begitu bagi saya. Lebih tepat, jangan lupa jadi KEKASH SELEPAS JADI ISTERI.. terutama dalam waktu-waktu usia ‘bom jangka’....iaitu..ANGKA 40, yang membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan.

Bagi wanita pula, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan ’saham mula menurun’. Maklumlah wanita mula melihat dirinya yang ‘mula kembang’ dan tidak lagi seperti 20 thn sebelumnya.

Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat dan cermat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih perasaan, dan lebih dalam segala-galanya. Malah sering terdengar ‘life begin at 40’… hidup mereka baru saja bermula. Ibarat kereta, mereka mula menekan minyak utk memandu laju!

Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat! Benarkah? Atau mereka sedang cuba menjual saham?

Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda ‘keriangan’ luar biasa, maka sepatutnya dari awal  isteri menyekat suami bermain mata dengan wanita lain. Namun jika dikesan ia telah pun berlaku, jangan terus menyerang dan bertindak emosi. Anda sepatutnya menjadi lebih hebat dari sebelumnya…

*  Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi usah sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan.

Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung. Suami ingin bermanja dan nakal dengan isterinya. Justeru kembalilah menjadi seperti remaja yang dilamun cinta.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami. Maka suami akan karam dan lemas sendiri.

* Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Kenapa harus begitu?

Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak 'berbicara' mengenai seks.

Jika anda mengalami kebosanan atau lelah untuk melayan kerenah suami., takutkanlah diri anda dengan membayangkan tugas anda akan diambil alih oleh wanita lain.. waktu itu bayangkan mungkin bakal madu adalah cabaran anda? Lainlah anda dari golongan yang tidak kisah dimadu.. rata-ratanya melenting kalau suami mahu pasang satu lagi. Tapi tindakan kita ibarat kita memberi isyarat “abg,..kahwinlah lagi satu”. Lalu bagaimana?

Jadi, setiap kali jika suami anda ingin mengajak anda bermesra.. bayangkan keseronokan. Jika anda merungut dan memberi respon negetif. Maka sepanjang ‘permainan’ anda bukan memberi dan menerima keseronokan tetapi memberi dan menerima tekanan dan akhirnya permainan dan persembahan anda hambar dan membosankan.. ingat.. pesaing anda

diluar sana...

* Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Bukankah anda dahulu pilihan hatinya..justeru kembalikan nostalgia lama dalam versi baru yang berbeda.

Masalahnya, sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam penunggu. Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam. Bila nak keluar boleh pula kita berbedak sakan. Kenapa tidak untuk suami?

Kebanyakan wanita terutama melayu dari pemerhatian, mereka gemar menggunakan kain batik dan t’shirt atau baju kelawar / kaftan. Mengapa tidak kita menggunakan baju tidur? Pijama atau lingeria? Terlalu seksi? Tidak sesuai? Mengapa ada anggapan begitu? Pilihlah yang sesuai suasana, usia, dan selera.

Banyak terdapat baju tidur yang cantik dan boleh membangkitkan selera suami dibilik tidur,. Malah sebenarnya jika anda meggunakan pakaian yang cantik anda juga akan terasa cantik dan menarik. Bukan tidak boleh baju kelawar, t’shirt dan batik. Tapi adakah untuk meraikan dari sendiri anda berkira, apatah lagi jika anda dipandang cantik oleh suami…

Sedarkah anda.. waktu suami di pejabat dan jalanan, wanita yang mereka temui atau berurusan dengan mereka, tiada seorang pun yang memakai baju kelawar, t’shirt dan batik! Bagaimana mereka tidak berubah selera. Jadi usahakanlah untuk tampil menarik dan menawan hati suami. Carilah baju tidur atau pijama dari sutera atau satin, sejuk licin dan lembut...tapi menghangatkan suami anda.

Membazir? Tiada istilah membazir jika wang yang anda guna/ laburkan itu adalah untuk anda dan suami tercinta. Kerana hasil dari pelaburan itu akhirnya dapat kepada anda juga.

Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas. Itu dah dikira mengada-ngada dan merimaskan suami!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Anda sendiri tentu suka menghidu yang wangi, jadi kenapa tidak memberikan bau yang harum untuk suami?

* Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, suami tahu antara senyuman ikhlas dan senyum palsu.

Bukankah senyum itu sedekah, anda dapat pahala. Bahkan senyum yang ikhlas, akan membuat jiwa suami terawat dari tekanan dan masalah yang dihadapinya

* Ini antara tempat terpenting dalam kamus hidup bersuami isteri. Bilik tidur! adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Tukar cadar sekerap mungkin. Tolonglah jaga kebersihan!

Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Alah..macam masa hari kahwin dulu tu.. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Bagi sesetengah wanita.. asal boleh rehat sudahlah. Sedangkan disinilah tempatnya ‘ruh’ antara anda dan suami bersatu dan berpadu.

Jadi tolonglah sedapat mungkin. Bangkitkan suasana ‘gairah’ disini. pastikan bau  wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, jangan  lebih kepada bau minyak angin. Sediakan satu bekas khas jauh dari kamar untuk menempatkan minyak angin,minyak urut, dll.

Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya. Suami selalunya mempunyai tekanan kerja diluar dan ingin melepaskan tekanan dirumah dengan layanan dan kemesraan dari isteri. Justeru, seks adalah salah satu terapi melepaskan tekanan dan memberi ketenangan kepada suami.

Sebagai isteri anda haruslah bersedia untuk memberikan kerjasama. Jika sekalipun anda sedang dalam keadaan penat dan moody, mungkin kemesraan secara gurau senda dan urutan mesra pun memadai. Jika anda pandai memujuk, suami juga selalunya bersimpati dan tidak memaksa. Sering mereka juga boleh membantu memberikan anda urutan atau picitan mesra yang melegakan perasaan anda dan pasangan.

* Satu perkara penting,..yang ini adalah kemuncak dari semua persediaan anda dan suami. rasanya semua tahu bahawa kita sangat digalakkan berdoa sebelum bersama. Doanya pun tentu anda semua tahu.. Cuma apa kata kalau kita tambah sedikit doa itu sebagai isteri “ Ya Allah, jadikan aku gembira untuk memberi kepuasan kepada suami ku. Jadikan persembahan aku untuk suami ku ini yang terbaik sehingga dia tidak dapat melupakannya, semoga kami terpelihara dari sebarang kemungkaran....”

Pandai-pandai andalah nak tambah doa tu,  bukankah kata-kata itu doa,. Semoga kita dapat memberi yang terbaik kepada suami dan semoga suami redha kita sebagai isterinya..dan kita mampu memupuk kasih sayang serta cinta, walau semakin dimamah usia.. samada usia diri mahupun usia rumahtangga....

Jom jadi isteri yang dirindui dan tidak dilupakan.. bukan isteri yang dikesali atau dijauhi……

~Ummi Nur Jannah~

Tuesday, July 13, 2010

Setia Sampai Kemati..(kisah benar)



Kalau hidup nak tidur sebantal, kalau mati nak sekubur berdua. Inilah mungkin harapan yang menjadi taruhan pasangan suami isteri yang tidak pernah jemu menganyam cinta mereka sehingga ke akhir usia.

Begitulah juga luahan hati seorang anak yang begitu prihatin kepada masa depan ayahnya setelah ibu tersayang pergi menghadap Ilahi.

Faizi (bukan nama sebenar) saya temui ketika menghadiri satu majlis doa selamat di rumah seorang teman. Dia hadir bersama isterinya, Maria (bukan nama sebenar).

Pertemuan saya dengan Faizi diatur oleh tuan rumah yang juga kenalan lama saya.

“Saya ingin berkongsi kisah ayah saya bersama pembaca,’’ kata Faizi tenang apabila kami diperkenalkan.

Salamnya saya sambut sambil tersenyum. Setelah bertanya khabar kami memilih untuk berbual di laman rumah yang diterangi lampu neon dan cahaya bulan.

Suasana tenang dan nyaman memberi keselesaan kepada Faizi untuk bercerita tanpa gangguan. Sejam saya menjadi pendengar setia tanpa mencelah walau sepatah. Suara, nada dan ekspresi wajah Faizi teramat menyentuh hati. Seketika saya nampak air mata Faizi bergenang, sesekali dia tersenyum dan ada kala termenung panjang sambil mengeluh.

Rumusan yang saya dapat, kisah ayahnya cukup menarik untuk dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi saat kehilangan pasangan mereka yang pergi tidak akan kembali.

Kepada pembaca budiman, inilah kisah yang Faizi ceritakan kepada saya. Semoga kita semua mendapat iktibar daripadanya.

“Ibu saya meninggal dunia dua tahun lalu kerana kanser payu dara setelah setahun menderita. Sejak itu ayah tinggal seorang diri kerana kami tiga beradik menetap di Kuala Lumpur.

“Ketika hayat ibu, ayah menjadi kekuatannya. Siang malam, tidak kira waktu ayah menjadi teman setia ibu, ke mana pergi pasti berdua dalam susah atau senang.

“Sehinggalah ibu terlantar dan tidak boleh berjalan. Makan minum, ganti pakaian dan mandi bedak ibu, ayah yang uruskan.

“Ketika ibu menghembuskan nafas terakhir dia berada dalam pangkuan ayah. Hibanya saat itu! Tiada air mata ayah yang mengalir tetapi saya dan adik-adik dapat melihat rasa sedih yang terpancar pada wajahnya.

“Seminggu ayah termenung, tidak makan dan tidak bertegur sapa dengan kami kecuali perlu. Saya sendiri menjadi takut bimbang ayah akan merana.

“Namun keimanan ayah menebus semua itu. Dalam seminggu ayah kembali pulih. Namun rutin hidup ayah berubah. Sejak hari pertama ibu meninggal setiap pagi selepas subuh ayah akan ke kubur, begitulah seterusnya sehingga genap 100 hari.

“Pada malam kami membuat kenduri arwah 100 hari, saya melihat ayah menangis... berlinangan air matanya mengalir ke pipi. Mungkin arwah ibu makin lama makin jauh. Saya tahu ayah rindukan ibu.

“Sejak itu, setiap Jumaat ayah ke kubur ibu. Di situ dia menghabiskan masa bersedekah Yasin dan al-Fatihah. Kehidupan ayah merunsingkan kami tiga beradik. Pujukan kami supaya ayah bergilir-gilir tinggal di rumah kami ditolaknya.

“Januari lalu, ketika kami bertiga bercuti untuk pulang ke kampung mengadakan kenduri arwah ibu, kami lihat perubahan pada wajah ayah. Nampak ceria dan gembira.

“Saya mula syak sesuatu.... dan yang bermain di fikiran saya ketika itu adalah ayah akan bernikah lagi. Lalu saya bisikan kepada isteri, dia menafikannya. Dua adik saya juga tidak percaya apa yang bermain di fikiran saya. Saya tahu mereka tidak mahu ada orang lain mengganti tempat ibu.

“Selesai kenduri, kami duduk berbual dengan ayah. Harapan saya dan adik-adik, biar ayah berterus terang jika benar dia ingin kahwin lagi. Tapi hampa. Kami pulang tanpa sebarang kejutan daripada ayah.

“Dua minggu kemudian abang ayah, pak long menelefon suruh kami bertiga pulang, ada kenduri katanya. Kami tidak syak apa-apa dan akur dengan permintaan pak long. Tapi hati saya berdebar-debar macam ada yang tidak kena.

“Sampai di kampung kendurinya di rumah kami, bukan rumah pak long. Pada malam itu, barulah terungkai segala perkara, ayah jadi pengantin buat kali kedua.

selamat diijabkabulkan

“Dia sengaja tidak mahu beritahu sebab calon ibu kami yang baru sangat kami kenal, kawan baik arwah ibu ketika sama-sama menjadi guru dulu Tidak sangka pula jodoh ayah ke situ.

“Kami tiga beradik tidak membantah, tidak juga kecil hati sebab kami yakin ayah tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

“Pernikahan ayah berjalan lancar dalam suasana sederhana. Kami semua menangis dan memeluk ayah sebaik dia selamat diijabkabulkan dengan Makcik Zu.

“Sungguh sayu hati saya. Ayah tidak berkata walau sepatah. Ketika kami bersalaman dengan Makcik Zu terasa macam bersalam dengan arwah ibu...

“Begitu juga dengan anak-anaknya. Kami berpelukan tanda menjadi sebuah keluarga yang inginkan kebahagiaan buat ibu bapa masing-masing sehingga ke akhir hayat..

“Malam itu saya melihat ayah tersenyum manis. Sudah hampir setahun saya tidak melihat ayah tersenyum. Esoknya jika sebelum ini, saya melihat ayah bersama arwah ibu di meja makan, kali ini Makcik Zu yang menemaninya. Mereka kelihatan gembira menjamah kuih dan kopi O kegemaran ayah.

“Sebaik selesai minum ayah mengajak kami semua ke kubur. Di sana, keluarga Makcik Zu juga ada. Ayah membaca doa dan bersedekah yasin dalam suasana cukup syahdu. Saya menangis, begitu juga adik-adik.. terasa rindu yang amat sangat pada ibu. Tapi ayah nampak tenang.

“Selesai bersedekah al-Fatihah dan berdoa, ayah mengajak kami ke satu pusara lebih kurang 50 meter daripada kubur ibu. Kami mengikut, begitu juga Makcik Zu dan anak-anaknya. Kerana tidak tahu kubur siapa, saya bertanya ayah, “ini kubur arwah suami Makcik Zu, sahabat baik ayah”,’’ ringkas jawapan ayah.

“Hati saya semakin sebak. Betapa dua insan yang telah dipertemukan jodoh ini menyimpan kisah yang cukup unik dalam hidup mereka.

“Tidak seorang pun di antara kami tahu kisah ini. Kali ini saya lihat anak-anak Makcik Zu pula menangis.

“Saat itu saya dan adik-adik tidak dapat mengawal perasaan apabila ayah berkata inilah tempat yang menemukan jodohnya dengan Makcik Zu. Dan kata ayah, inilah juga tempat yang akan menjadi kunjungan tetap mereka sehingga maut datang menjemput.

“Rupanya, di situlah ayah sering berjumpa Makcik Zu setiap hari Jumaat sebab Makcik Zu juga datang menziarah kubur arwah suaminya yang juga kawan baik baik ayah.

“Sejak hari itu saya dan adik-adik tidak lagi bimbang tentang ayah. Tuhan telah menemukan dia dengan seorang wanita yang memahami jiwanya.

“Saya seronok melihat mereka saling mengambil berat antara satu sama lain, ke masjid bersama, ke pasar, kenduri kendara malah kedua-duanya sangat peramah, sayangkan anak cucu dan amat penyayang.

“Dan yang paling saya kagum, kesetiaan kedua-duanya menziarah pusara arwah pasangan hidup masing-masing yang telah kembali ke rahmatullah setiap hari Jumaat tanpa jemu.

“Setiap kali melihat ayah dan Makcik Zu saya sebak. Sedih, sayu, hiba bertukar ganti. Saya merasakan Makcik Zu seperti ibu kandung saya sendiri.

“Terima kasih Ya Allah...kerana memberi kebahagiaan ini untuk ayah dan kami semua. Terima kasih kerana menggantikan seorang wanita yang begitu tinggi martabatnya kepada ayah kami. Berilah mereka berdua kesejahteraan hidup didunia dan akhirat,’’ doa Faizi dengan air mata bergenang sambil menamatkan ceritanya.

Sejam berlalu begitu cepat. Terlalu pantas kisah yang Faizi cerita ditamatkan. Saya amat kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan ayah Faizi dan ibu barunya Makcik Zu.

Berapa kerat di antara pasangan yang kehilangan teman hidup yang bercerai mati sanggup berbuat demikian?

Mengenangkan ini saya tersenyum. Agaknya boleh dikira dengan jari. Tapi tidak dinafi ada yang bertahan sehingga ke hujung nyawa malah ada yang tanah kubur masih merah sudah merisik mencari pengganti. Apa pun itu hak peribadi seseorang.

Bagi saya kisah ini perlu dijadikan teladan oleh masyarakat sekarang dalam memperkatakan tentang ketelusan cinta dan kasih sayang dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Berjanji, berikrar tapi tidak menunaikannya tidak membawa apa-apa makna melainkan jika diselitkan dengan rasa tanggungjawab untuk saling bertolak ansur dan bersusah payah bersama dalam apa juga keadaan selagi ada ikatan suami isteri.

Saya percaya ayah Faizi dan ibu barunya mempunyai pemikiran yang sama - menerima takdir yang menemukan jodoh mereka tanpa melupakan kenangan silam yang kekal terpahat dalam minda.

Sesungguhnya itu semua kerja Tuhan - ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka semasa pasangan masing-masing masih hidup menjadi tonggak kepada pertemuan dan jodoh yang Allah tentukan.

Semoga Allah panjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk mereka menjalani kehidupan bahagia ini hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

Istimewa buat kaum wanita khasnya isteri, pesanan telus daripada saya: jadilah wanita yang lebih lembut daripada angin yang berhembus.

Salam

* terima kasih aini dengan artikel ini 
~****~
Alhamdulillah.. indah kisah ini.. merangkumi semua rasa... dalam satu maksud - CINTA...

rasa kemanusiaan, kasih, sayang, setia, hormat, persaudaraan, ikhlas dan redha...begitulah, kalau kita masih mendasarkan Allah dalam urusan kehidupan.. Dia memudahkan semua urusan, walau pada awalnya seperti satu masalah, namun ia sekadar satu dari cara agar kita berusaha...

ummi suka qoute ini :

Istimewa buat kaum wanita khasnya isteri, pesanan telus daripada saya: jadilah wanita yang lebih lembut daripada angin yang berhembus.


ya.. angin yang lembut itu mendamaikan, menyenangkan, menyegarkan, melancarkan nafas, memberi kehidupan.. bukan kemusnahan..

dan ummi nak tambah sedikit ; juga jadilah seperti sungai yang mengalir... sejuk dan menyegarkan.. menolak semua sampah dan mengalir di segenap tempat yang sukar dicapai.. jangan jadi kolah yang bertakung.. berlumut dan kotor serta tidak mampu membersih diri sendiri..

Tekan Saja Handphone tu, tak payah buat-buat kyusuk



"If that is Jesus, tell him that we're talking to his Father at this moment!"
Itu kata sindiran seorang paderi kepada salah seorang ahli 'jemaah'nya, tatkala kedengaran deringan telefon bimbit ketika beliau sedang menyampaikan sermon (khutbah) di dalam sebuah gereja. Maksud beliau, walau Jesus yang membuat panggilan sekalipun, ianya tidak sepenting apa yang sedang dilakukan ketika itu.

Masalah yang sama juga sering dihadapi oleh kita umat Islam. Kerapkali terdengar nada deringan yang berbagai irama ketika umat Islam sedang menunaikan solat di masjid.

Kalau ringtone selawat, zikir atau seumpamanya pun masih dikira sebagai gangguan kepada jemaah, apatah lagi nada dering yang diambil dari lagu-lagu popular! Memang boleh hilang khusyuk.

Persoalan yang seringkali bermain di fikiran individu berkenaan, ialah "mana boleh bergerak (untuk matikan handphone), nanti batal solat!"

Heh. Takut batal solat ya? Tapi tak takut pula mengganggu solat jemaah yang lain.

Menurut fiqh dalam mazhab Syafi'i, sebarang pergerakan yang besar melebihi tiga kali pergerakan berturut-turut, akan menyebabkan solat terbatal. Bagaimanapun, pergerakan sendi jari jemari tidak dikira sebagai pergerakan anggota besar.

Sebagai contoh, jika seseorang menghidapi penyakit selsema, dibenarkan untuk mengeluarkan sapu tangan (atau tisu) dari saku dan mengelap hidung yang berair (dan kemudian menyimpan tisu itu ke dalam saku kembali). Hukum melakukannya adalah wajib, kerana membiarkan hingus jatuh mencemari ruang solat adalah haram (ada sesetengah pendapat yang lain mengatakan makruh).

Mengapa? Kerana hingus yang jatuh menitis ke lantai (atau permaidani) masjid akan mengganggu jemaah yang lain. Belum lagi diperkatakan tentang jangkitan kuman. Bukan makruh lagi jika perkara ini diambil kira, sememangnya HARAM.

Maka, dengan mengambil hukum secara qiyas, hukum mematikan telefon (atau sekurang-kurangnya menghentikan deringan ketika jemaah sedang solat), juga hukumnya WAJIB.

HARAM jika membiarkan telefon terus berdering kerana ianya pasti MENGGANGGU jemaah yang sedang solat.

Jadi, hanya individu yang jahil tentang fiqh sahaja yang akan terus membatukan diri, membiarkan irama nada dering itu berterusan membingitkan ruang solat. Harap kita tidak termasuk dalam golongan itu.

Andai sekiranya pergerakan mematikan telefon itu membatalkan solat anda sekalipun, itu masih ringan jika dibandingkan hukum mengganggu seluruh jemaah yang sedang berhempas pulas untuk khusyuk. Larat ke nak tanggung?

p/s- beberapa hari yang lepas, dalam rakaat pertama kat surau pasaraya, tiba-tiba ada handphone berbunyi..aku betul-betul tak tahan..aku batalkan solat, dan sound je ke arah bunyi handphone tu.. "TEKAN SAJALAH HANDPHONE TU, TAK PAYAH PURA-PURA KHUSYUK!!"

Astaghfirullahal-Azim...semoga Allah mengampuni segala dosa kita semua.





terima kasih is-haque atas artikel ini.


BENARLAH.. !!!

saya setuju... bukan setakat HP sebenarnya..TAPI LEBIH KEPADA MENTALITI.. asbab, kalau dah tau nak solat.. kenapa tidak tutup dulu, atau silent mood.. apa sangatlah terlepas satu dua call. kot ia tunggu biz call., awek call, pakwe call, apa saja.. ia tidak sepatutnya mengatasi waktu kita mengadap yang tak sampai pun 10 min.

itu ada gak lagi hp.. dah tentu yang buat panggilan tu tak nampak.. org yg dihubungi tengah wat apa...

paling menyakitkan hati bilamana (kes surau perempuan dlm pasaraya juga sebagai cth).. kita hendak solat.. sudahlah tempat sempit, tak tau samada dah solat, tak boleh solat atau apa saja.. tapi duduk berlonggok, yang paling sakit jiwa.. berbual dgn kuat, ketawa cerita pula.. pasal gossip artis. pasal fesyen.pasal hal rumahtangga. tambah jiwa kacau. nak tegur..ah.. lemahnya aku.. tak mampu.. yg boleh, aku berganjak cari tempat jauh sikit.. atau teruskan aje solat.. yg hanya Dia je tau kualiti solat ku dimana...

jadi kalau ada hati nak masuk bilik solat...nak solat... betullah tu.. TOLONGLAH TUTUP HP ANDA SEBENTAR CUMA..

Hebatnya Kasih Sayang Dari Allah

This mouse playing with death when it tucked into the lunch of a hungry leopard. Seemingly unaware of the beast towering over it, the mischievous rodent grabbed at scraps of meat thrown into the African Leopard's enclosure. But instead of pouncing on the tiny intruder the 12-year-old leopard, called Sheena, appeared to be afraid of the daring mouse and kept her distance. At one stage she tried to nudge the mouse away with her nose, but the determined little chap carried on chewing away until he was full



The extraordinary scene was captured by photography student Casey Gutteridge at the Santago Rare Leopard Project in Hertfordshire.  The 19-year-old, from Potters Bar, Hertfordshire, who was photographing the leopard for a course project, was astounded by the mouse's behaviour. 

He said: 'I have no idea where the mouse came from - he just appeared in the enclosure after the keeper had dropped in the meat for the leopard. 

'He didn't take any notice of the leopard, just went straight over to the meat and started feeding himself. 'But the leopard was pretty surprised - she bent down and sniffed the mouse and flinched a bit like she was scared. 'In the meantime the mouse just carried on eating like nothing had happened.



...but even a gentle shove does not deter the little creature from getting his fill...
'It was amazing, even the keeper who had thrown the meat into the enclosure was shocked - he said he'd never seen anything like it before.' 

Project owner Jackie James added: 'It was so funny to see - Sheena batted the mouse a couple of times to try to get it away from her food. 'But the determined little thing took no notice and just carried on...' Sheena was brought in to the Santago Rare Leopard Project from a UK zoo when she was just four months old. 

She is one of 14 big cats in the private collection started by Jackie's late husband Peter in 1989. The African Leopard can be found in the continent's forests, grasslands, savannas, and rainforests.


...so the mouse continued to eat the leopard's lunch and show the leopard who was boss!!!!!

Ya Allah.. !!!!

saya memandang jauh kepada tamsilan kehidupan dari kesah diatas...
selain dari kasih sayang yg luarbiasa.. kerana dah barang tentu siharimau kumbang ni ganaz.. tapi dgn izin Allah.. sifat itu tertahan.. dan dibuktikan bahawa.. dlm ganas dan sasanya seekor haiwan tu, naluri kasih sayang, belas ehsan dan simpati masih ada. begitu juga dgn sitikus kecil.. walau kecil bagaimana pun ada hati waja yang tidak gentar dgn apa pun cubaan yang datang..

mampukah kita manusia memiliki keduanya?

gagah dan perkasa.. hati yang baik, kecil dan lemah tapi kuat dari segi semangat...?

atau.. begitulah tamsilannya kepada LELAKI DAN WANITA..

tidak, tak akan kita lihat.. sebesar2 empayar dunia.. segagah perkasa seorang pahlawan, sekejam dan zalim seorang raja...tapi.... berikan dia pendampingnya seorng wanita yang dia cintai.. maka akan lemah dan kalah lah ia tanpa perlu senjata dan kekerasan.

fikir.. dalam zikir..melihat dalam kelihatan.. hidup itu pengajarannya ada dimana2 ...

Monday, July 12, 2010

Hanya Untuk DIA..



(dipetik dari satu kuliah…kalau baca dan faham betul2 ada cerita ttg “sekularisma” dlm kehidupan manusia dan bagaimana Allah yang Maha Mengetahui menilainya…)

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”

Jawabku, “Ya, Sayidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah SAW, “Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak.”

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.”

“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,”Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat”.

“Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,”Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain.”

“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya,

“Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,”Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,”Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini.”

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata,”Saya ini penjaga sumah (ingin kemasyhuran).

Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya`. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya`.

” Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni shalat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan,”Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.” “Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya.” Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.”

Dan semua yang di langit turut berkata,”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah SAW, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?”

Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

“Jangan riya` dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam.”

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia.”

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW, “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka.”

ASTAGHFIRULLAHAL ‘AZIIM

“Kita terlupa bahawa jika orientasinya adalah pahala dan keredhaan Allah (IKHLAS), maka manusia yang paling baik adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Carilah redha Allah dengan membantu hamba-hamba-Nya. Itu lebih bermakna. Allah suka, manusia pun dapat manfaatnya.”

Kita juga sering terlupa keikhlasan itu dibahagi kepada 4 hubungan utama. Ikhlas dalam hubungan kita (roh) dengan Allah, sesama manusia (roh), sesama mahluk lain dan keikhlasan dengan jasad (sebagai kenderaan hidup di Dunia). 3 hubungan berbentuk tawassul (untuk mencapai tawakkal) kepada Allah sementara dengan Allah sudah pasti kita bertawakkal, menjadikan akhirnya semua hubungan adalah kerana Allah.

hanya kerana ALLAH..

wallahu'alam ....

Bila Allah 'berbicara'...

indahnya 'ayat-ayat ALLAH'... sungguh mengagumkan, ...gambar ini dikirim seorang sahabat. katanya pemandangan didalam gua


Puji* Peluk*Penghargaan*Perhatian..



Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta apa yang ada didalamnya. BagiMu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi, serta apa yang ada didalamnya........

begitulah... kita bersyukur dan memuji Zat Yang Agung... Allah Swt tuhan Yang Esa... yang menjadikan kita, mencipta keindahan dalam diri.. lalu memberikan kita pasangan dan teman, yang sesuai dan sekufu... sebagai pelengkap hidup. mengisi ruang kosong dan mengimbangi kekurangan dan kelebihan yang ada.

Pun begitu, ada tikanya, bahtera yang dilayari dilanda ribut, riak gelombang menolak-nolak bahtera kekiri dan kanan, teroleng-oleng menahan gelora. maka waktu itulah nakhoda dan anak buah harus sepakat dan bersama mencari jalan untuk menyelamatkan bahtera.

eemmm.. gitulah mukadimah nya.. hal lain tak bukan pasal suami dan isteri lah jua..Banyak dah petua menambah baik kualiti hubungan suami isteri.. tapi seperti biasalah, masalah tetap ada dan jalan keluar harus lah berbagai. Ada waktu, masalah tidak lah besar mana, tapi oleh kerana ia berlarutan memakan masa..isu kecil jadi besar dan seterusnya boleh sampai meruntuhkan masjid yang dibena.

Jadi, seboleh mungkin, cubalah dari awal, amalkan seberapa banyak petua dan cara memupuk dan membajai kasih sayang agar cinta sentiasa meningkat. bukan mendatar dan semakin menurun yang akhirnya terus.. terkubur.

so hari ini saya ingin kongsi kan petua Petua 8P, (dari Dato Siti Nurbayah)  dari ringkas saya panjangkan agar kita mendapat manfaat bersama,  semoga petua ini dapat memperbaiki dan menyuburkan semula cahaya cinta dalam rumahtangga kita...

1. PUJI
Suami - berilah pujian kepada isteri. tak kiralah untuk apa pun, walau sekadar dia buatkan air, urus rumah tangga, masak,. urus anak, potong rambut baru, tukar kereta baru... hihihi. ingat wanita itu makhluk emosi. Emosi sering ingin dibelai, kalau tak dengar suami dia puji, mulalah dia ingat suami dia dah tak sayang, cinta, kasih.. eh.. mengada-ngada tul kan. tapi itulah. puji sikit cukup janji ikhlas, tak payah meleret-leret.. nanti takut puji ada makna*.. hehehe..

Isteri - suami anda masih tetap seorang manusia. walau nampak tegas, tapi jauh disudut hati, mereka lah makhluk paling manja atas muka bumi, pening sikit je dah tumbang.. jadi pujilah usaha suami yang bekerja keras mencari rezeki, pujilah penampilan dia, pujilah hadiah atau pemberian dia* walau mungkin tak begitu sesuai test akaks...

kerana  pujian atau kata-kata yang baik dan indah adalah santapan jiwa. /emosi. hati jadi tenang dan lapang.. sepatah kata buya Hamka.. 'kata-kata yang baik akan melunakkan jiwa'. jadi apa ruginya memuji pasangan kita? sama-sama2 kita memupuk bahagia.

2.PELUK
Suami - peluklah isteri anda.. mula dari bangun tidur, hendak ketempat kerja, balik dari kerja, sedang dia memasak, sedang menontot bila-bila dan dimana saja* yang bersesuaianlah. pelukan yang biasa bukan bererti gairah untuk melakukan seks semata. pelukan akan menambah 'belaian' keatas kasih sayang yang kadang kala tidak sempat diucapkan dengan kata-kata. usahkan yang ringkas, jauh sekali yang panjang berbunga.. jadi pelukan akan meningkatkan sayang dan menenangkan jiwa si isteri yang lelah bertungkusl umus untuk anda dan keluarga.

Isteri - peluklah suami, tapi pastikan dia sedang selesa. kalau dia sedang serabut, usaplah belakangnya, belailah rambutnya.. usah banyak bunyi.. diamkan mulut dan senyum saja. bila lihat respon suami anda baik dan dia tersenyum, peluklah dia sebentar dan cukuplah.. itu penawar kepada ketegangan emosinya. mungkin dia banyak kerja di pejabat, stress dijalanan, atau ada biz deal yang serius. Jadi sokongan anda untuk emosinya bertenang sangat diperlukan dan dihargai.

Jadi peluklah pasangan anda. bukankah dia telah halal untuk dipeluk semahunya? emm.. kalau dilihat diluar sana, masa bercinta bukan sekadar berpelukan waktu berjalan. kalau boleh macam nak melekat. Bila sudah dapat dan sah halal, lain pula jadi nya.. apa magnet dah tak serasi ke?

3.PENGHARGAAN
Suami - belajar menghargai isteri.. bukan minta bag tangan RM40k hihihi.. emmm tapi kalau mampu sape tak mau.. hihii. sekadar coklat sekotak, bunga ros 3 kumtum, tudung (lah ni RM5 sehelai pun ada per), perfume.. eh ikut sesuai koceklah.. tapi berikan hadiah untuk isteri.. sesekali buatlah kejutan. tak yah tunggu hari jadi. ulang perkahwinan, sebulan sekali sudah memadai. Isteri walau kecil pemberian suami, besar ertinya.. sebab bukan pada barangan tapi pada ingatan anda..

Isteri- suami anda telah bertungkus lumus berusaha mencari rezeki. Maka itu berterima kasihlah kepadanya. berikan suami hadiah untuk menyatakan terima kasih anda.. tentu anda tahu selera suami, apa yang menjadi kegemaranya.. baju, kasut, mungkin alatan sukannya.. , kereta, rumah sebiji.. hehehe...apa saja.. paling sempoi pun.. tuliskan nota kecil dan selitkan dimana2 tempat yang mudah dia melihat.. mungkin di kocek seluarnya. dalam diarynya, dlm laptop nya.. ayat biasa tapi penuh makna.. "abg.. tq utk....,i luv u, i miss u, tq abg sebab jaga manja..." tak usahlah buat nota macam nak minta kerja.. nota simple yang boleh buat suami tersenyum dan teringatkan anda. sudah cukup bermakna.

yang naik pelik, masa tengah bercinta.. hari pertama kenal, petama kali dating, hari jadi dia, hari kucing dia beranak,  boleh pula ingat...siap beli bunga dan bawa buah hati pergi meraikan hari-hari yang dikatakan istimewa bebenor.. tapi bila dah jadi suami dan isteri. hari isteri pertama kali disahkan hamil pun tak ingat. hari pertama kali suami kena belajar masak, sebab kita dalam pantang pun tak ingat.. hihihi... jadi berikanlah sekecil penghargaan kepada pasangan anda walaupun sekadar terima kasih.

4.PERHATIAN

Suami - bab ini sering suami anggap remeh, bagi suami bila telah saja mengahwini isteri, bekerja mencari nafkah, menyediakan keperluan itu sudah lebih dari memberi kasih sayang dan perhatian. sedangkan bagi isteri.. dia memerlukan lebih dari itu. satu pernyataan yang diperlukan olehnya, lebih kepada kata-kata dan perhatian. melayan dia bercerita, bertanya apa saja hal berkaitan diri dan aktivitinya, melawan dia bersembang, atau lebih tepat berkomunikasi. apa saja BERKAITAN DIRINYA. jadi berikanlah perhatian., kalau boleh layan bola berjam.. layan isteri anda bersembang sekejap tentu tidak menjadi hal. perempuan....itulah dia...

Isteri - beri perhatian kepada suami anda. suami jarang menyatakan apa yang dia suka atau tidak. orang lelaki kurang bunyi, lebih kepada tindakkan. jadi sebagai isteri kita harus belajar memahami. tak perlu desak suami dengan itu ini. nanti bila dia rimas anda juga yang sakit hati. jaga keperluannya., walau sekadar membancuhkan air kesukaannya. perhatian bukan bererti anda harus cerewet itu dan ini.. sederhana dan sentiasa peka bila dia perlu dan bila dia mahu bersendiri. itu lebih bermakna

eemm.. masa bercinta, tahu pula memujuk rajuk pasangan. tahu ambil hati dan tahu apa kemahuan mereka. bila dah berumah tangga. semua dah dianggap 'terlalu biasa' jadi perhatian semakin kurang, bila ini terjadi dan pasangan anda terasa diabaikan.. anasir luar mudah menjadi virus dan merosakkan hubungan anda. jadi berhati-hatilah.

5.PERSEFAHAMAN
Suami - belajarlah memahami isteri anda. bagaimana dia bertungkus lumus mengurus rumahtangga sepanjang anda keluar bekerja. bukan mudah.. suami kalau keluar bekerja. balik selalunya dah tak ada nak kejar apa. duduk menyandar baca surat khabar, tunggu isteri buat air..kalau isteri surirumah, sampailah tengah malam mereka masih buat kerja. begitu juga kalau isteri sama-sama bekerja. Justeru suami, anda harus belajar dan pratikkan sikap memahami bebanan dan tugas isteri anda. baik kalau anda boleh membantu yang mana perlu.

Isteri - fahami keadaan suami. bertolak ansur dan bertimbang rasalah dengan suami anda. terutama jika suami anda jenis bekerja sendiri atau banyak keluar daerah. Usah diganggu ketika dia bekerja dengan panggilan tel bertanya itu ini. itu sangat merimaskan mereka. tunggu sehingga mereka yang menghubungi anda dan bercakap seringkas dan yang penting sahaja. bila pulangnya janganlah kita membentak atau mengadu itu ini. tunggulah ketika nya yang sesuai. beri ruang dan masa dia berehat dan menghilangkan ketegangan.

berilah ruang untuk pasangan memahami dan belajar mengenal diri kita, kelebihan dan kekurangan kita dan pasangan. kalau ini betul-betul boleh kita fahami, kita akan lebih tenang dan dapat bertolak ansur dalam banyak hal. tidak cepat melenting dan menyalahkan antara satu sama lain. kerana antara tahu dan faham..banyak bedanya.

6. PERGAULAN
Suami - bila bergaul pastikanlah anda tahu batasan dan kenal isteri anda sebelum anda mencipta masalah. mungkin bagi anda tiada apa-apa. tapi bagi isteri ia mendatangkan cemburu. Jadi demi keharmonian.  berhati-hati dengan tindakan anda. tidak dinafikan orang lelaki selalunya suka bergurau, tapi ada ketika gurauan anda bukan lagi lucu dimata isteri, jadi 'sendiri mau ingat'

Isteri - sebagai isteri, anda sendiri tahu apa yang patut atau tidak dalam pergaulan seharian. Apa sekali pun, bagaimana baik pun anda dengan rakan atau teman, baik wanita atau lelaki. DAHULUKAN HAK SUAMI. utamakan suami lebih dari teman anda, rakan anda. kerana suami itu lebih berhak keatas anda berbanding rakan taulan. jika suami tidak suka dan melarang anda bergaul atas sebab yang betul, lebih baik mengikut kata suami dari bertekak mempertahankan rakan dan mengguris hati suami..

sebagai makhluk sosial, kita perlukan teman taulan atau rakan karib. ada ketikanya kita lebih selesa mencurahkan segala yang terbuku dihati kepada sahabat baik berbanding kepada pasangan. semacam ada satu 'chemistry' yang menyebabkan hanya dengan sahabat, kita lebih lega..walaupun ada ketika nya mereka berlainan jantina dari kita.

Pun begitu, apabila kita telah berumahtangga, ada ruang waktu dan jarak yang harus kita cipta dan bina demi menghormati pasangan. ada baiknya juga perkenalkan sahabat baik anda kepada pasangan terutama jika mereka berlainan jantina, bagi mengelakkan salah faham dan fitnah. ada pasangan yang boleh menerima hal ini ada yang tidak, sebaiknya sebelum mendirikan rumahtangga anda berlaku jujur dan berterus terang.

jika diatas landasan yang betul dan nawaitu yang ikhlas, sering sahabat berlainan jantina dan keluarga mereka boleh juga menjadi sahabat baik pasangan kita dan ada yang sampai berbesan.....

tapi kalau dah tak disukai pasangan kita..pandai pandailah kita membataskan pergaulan, dan elakkan dari menjadikan itu sebagai isu timbulnya pergaduhan dalam rumahtangga dan akhirnya mencetus kepada keadaan lebih teruk.

7. PERCUTIAN
Suami - sesekali, bawalah isteri pergi bercuti.. hanya anda dan dia..
kembalikan nostalgia romantik anda bersama. walau keadaan sudah banyak berbeda. Anda dan pasangan perlukan suasana baru untuk menjana semula benih kasih sayang. tempat baru, mungkin akan mencetuskan 'rasa-rasa' cinta kasih yang lebih baik dari sebelumnya.. cas semula bateri kasih yang semakin malap. jangan sesekali dipandang remeh. usahakanlah..

Isteri - sesekali ikut dan berilah cadangan kepada suami untuk anda dan dia saja berduaan, bercuti bagi mengembalikan kenikmatan bersama. tapi perlu ingatlah. jangan minta yang bukan-bukan. kalau suami mampu sampai ke Melaka. jangan minta Mauritius. Agak-agaklah kak..buget suami kita. nanti bila minta tak dapat kita tarik muka pula. walhal kita bukan tidak tahu kemampuan pasangan. bila dia dah ajak tu..ikut je.. bukan tempat sangat yang meransang jiwa. kalau kita betul ikhlas, melaka pun leh jadi Maldives.

Kesimpulannya. sama merancang, sama bertolak ansur, sama bergembira dengan apa yang kita ada dan kita punya. kita bersyukur... Insya'allah.. DIA akan tambah lebih baik lagi.

8. PERMOHONAN
Suami - sebagai ketua keluarga anda adalah bertanggungjawab membimbing keluarga. jatuh bangun keluarga adalah ditangan anda. bagaimana anda ingin keadaan rumahtangga anda.. andalah yang tentukan dengan pertolongan Allah swt. maka itu mohonlah.. agar anda dan pasangan sentiasa dalam keadaan berkasih sayang, menghormati satu sama lain, beriman dan redha dengan apa saja rezeki, nikmat dan ujian dari Allah Swt.

Isteri - sebagai isteri, wajarlah kita berterima kasih kepada suami kerana sudi memilih kita dalam berpuluh senarai aweknya..hihihi.. berterima kasih bererti kita bersyukur. Justeru wajar kita memanjatkan permohonan dan berdoa kepada Allah Swt agar kita menjadi isteri yang sabar tenang dan tahu bersyukur dengan apa yang kita ada. mohon agar kita dan suami sentiasa dilimpahi Rahmat dan kasih sayang, memberi dan menerima kekurangan dan kelebihan dengan redha.

perlu diingat.. apabila saja anda sudi mengahwini pasangan anda. bererti anda bersetuju dengan pakej yang ada padanya. buruk, baik, terkurang, terlebih, perkara yang anda suka mahu pun benci ada pada diri anda dan pasangan.

Anda tidak boleh memilih atau menolak, nak yang best (ehek...) yang tak best buang.. dah anda pun sama je.. jadi.. terimalah pasangan anda seadanya. sama-sama berusaha memperbaiki diri. memberi yang terbaik dan menerima yang kurang dgn lapang dada.
semoga anda bahagia.. semoga kita semua bahagia..
KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.

KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,” ~ Siti Norbayah

eem,.. jom betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL
 

kita semua adalah TEMPAYAN RETAK ....


bagaimana kita menilai diri sendiri?
sejujurnya apa ukuran kita kepada diri?
Kita rasa diri sempurna?
Atau rasa diri serba kekurangan?
Rasa rendah diri menghalang kita untuk mencapai cita-cita atau mendekati orang yang anda cinta?

Benarkah jika ada yang tidak sempurna, kita tidak mampu untuk mencari kelebihan lain dalam diri. Benarkan kita harus meratapi kekurangan dan menumpukan kepada kelemahan hingga kita rasa tidak berguna..

Kalau itulah anggapan kita pada diri, kita menghukum tanpa mengizinkan potensi diri diselongkar...

Hayatilah...
Kita semua umpama tempayan retak.....

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar; masing-masing tergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya.

Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air.

"Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur.

Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya."

"Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu.Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita.Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri.Kita semua adalah tempayan retak.Allah Maha Bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita."

belajar untuk menerima kekuatan disebalik kekurangan dan perbaiki kesilapan lalu semoga masa depan lebih cemerlang’

Mari kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL