SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: cinta
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Petua Membelai Emosi Isteri




emm.. selain berkongsi tips untuk isteri, bagaimana membelai emosi suami,.. ini ada juga tips untuk para suami.. dari suami kepada suami.. semoga anda dapat melayan kerenah isteri anda sebaik mungkin demi keharmonian rumahtangga yang sebenarnya akan membawa kepada keharmonian lebih besar iaitu masyarakat dan negara.


Assalamualaikum warahmatullah…

Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang tips melayan isteri. Tapi…Saya tak yakin. Sebab takut ada yang fikir lain. Tapi, saya nak cadangkan kepada kengkawan lelaki cubalah apa yang saya amalkan. Yang perempuan, boleh beri komen kalau² mereka setuju atau ada yang tidak disukai.

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium…

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terakhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tapi ini apa yang saya amalkan. Percayalah, disebabkan saya selalu amalkan ini, ia dah menjadi kebiasaan. Kalau atas satu sebab saya bermasam muka dengan isteri saya,insya-Allah takkan lama. Pada malam harinya kami akan sama² rasa kesepian. Dan akhirnya kami akan berbaik semula.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Tapi… curahan kasih sayang sebegini buatkan saya rasa kesempurnaan dalam berumahtangga. macam saya yang kerja offshore, bila tidur di pelantar ni tanpa isteri, memang terasa sunyi sangat. Itulah yang membuahkan perasaan rindu dan teringin sangat nak balik cepat. Nak jumpa isteri secepat mungkin. Bukan sebab nak ‘hangatkan tubuh’ tapi suasana tu yang penting.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang. Tapi… Ini apa yang saya rasalah.

Satu perkara lagi yang saya selalu buat, sebelum tidur saya muhasabah hubungan kami berdua. Kalau di siangnya saya ada memarahinya, saya akan jelaskan kenapa dan minta maaf, jika perlu. Kalau dia ada buat apa² yang menyakitkan hati saya, masa itulah saya akan terangkan apa perasaan saya. Erm… Masa nak tidur… Mana ada tengking², ya tak?

Dan selalu saya tanya dia menyesal tak kahwin dengan saya. Mengharungi kesusahan bersama dan melayan kerenah saya yang macam². Bukan apa… Setiap kali dia kata tidak, memang saya dapat rasakan perasaan kasih saya bertambah kepadanya.

Ini hanya pendapat peribadi saya. Ini apa yang saya amalkan selama ini.Sekadar ingin berkongsi. Mana tahu, kalau² perkara ni berguna… Kalau rasa meluat, harap sudi maafkan saya.

Wassalamualaikum warahmatullah. 




terima kasih untuk seorang lelaki berstatus suami : -Abu Naqibah-

komen saya/moral dari artikel ini :

isteri/ perempuan ~ makhluk emosi* maksudnya disini..ialah mereka ini lebih berkehendak dalam belaian emosi. walau telah tersedia rumah umpama istana, kederaan super hebat, intan berlian lebat. tapi kalau tidak mendengar dari mulut suami akan ungkapan kasih, sayang, cinta, rindu, bla..bla..bla.. mereka akan kontang. kering dan kecut.

mulalah rasa .."aku bagaikan burung dalam sangkar emas'.. adeh..walhal suami bagai nak rak bertungkus lumus untuk kesejahteraan anak isteri..itulah kasih, itulah sayang dan dengan memilih kita sebagai pasangan hidupnya dari puluhan yg 'mengambil bahagian'.. itulah bukti cinta..


Tapi sudah fitahnya,.. wanita itu ingin dibelai emosi.. makanan emosi lebih utama dari bentuk kesenangan fizikal semata.

suami yang telah lengkap menyediakan semua pun, masih dikatakan 'kureng' beri perhatian kepadanya.. semata-mata kerana tidak mendengar unkapan-ungkapan 'romantik'. begitulah hidup...

Jadi.. suami -suami, .nyatakanlah kasih.. ucapkanlah sayang. bisikanlah cinta. Supaya isteri anda tahu bahawa anda tetap setia kepadanya selamanya* 

erk betul ye.. setia... hihiihii...

membelai cinta bukan hanya waktu muda.. kalau dah lama sekalipun kena juga membajai cinta..

tapi beruntunglah kalau kita dan pasangan tidak banyak kerenah dan boleh bertolak ansur serta menjadikan masalah itu hal yg kecil dan mampu diatasi.. usah letak cinta anda bersyarat.. inilah jalan2 menuju kepada kelesuan dan kematian cinta..

apa bila syarat cinta terpenuhi.. cinta masih subur disisi..

bila syarat cinta mula terhakis.. cinta mampu terbang luar jendela..

usahakan agar cinta sentiasa dipupuk dan dibajai..

terima pasangan seadanya dan perbaiki diri.. sebagaimana kita mahu dihargai.. .pasangan juga ada rasa dan keinginan yang sama..

layannnnnnnnn


~Ummi Nur Jannah~

Thursday, November 18, 2010

25 cara membelai emosi suami



 
 
emm.. alkisah, masalah, pahit manis, kelat payau rumahtangga tidak pernah kan selesai. malah sampai bilapun ia tetap akan ada. walau beribu tips dan cara telah dikongsikan. Ada waktu dan ketikanya, masalah kita sebenarnya tidaklah besar sangat, cuma sisi dari mana kita melihat dan meletakkan duduk perkara yang menjadi punca dan jalan penyelesaian yang bagaimana kita ambil, itulah yang akan menentukan masalah kita akan semakin selesai atau semakin mencerucup tumbuh. 

Sering kali masalah terjadi berpunca dari sikap kita sendiri.. emm.. tips ini saya dapat dari seorang teman. mari kita lihat.. adakah kita sebahagian dari pelaku nya..dia kongsi sebab  dan saya ulas dalam bentuk  moral darinya oklah...heheheh... layannnnnnn........

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla..

moral : jangan buat suami macam 'pencacai' kita. Pujilah suami dihadapan org lain walau pun dia sebenarnya tidak seperti itu cth : suami saya rajin membantu kerja rumah, nanti suami malu sendiri, tapi berterima kasih kepada kita kerana 'menaikkan' maruahnya .. pasti dia akan berubah.

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos tomato jer..ok tak”

moral : lelaki ~ paling rimas kena ganggu seperti ini,. Dia pasti malu pada rakan-rakannya yang pasti ingat dia kena 'queen qontrol'. kalau tiada masalah yg berat, usah diganggu dia. cuma smskan kata2 cinta, agar dia tersenyum walau stress bekerja.


3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

moral :ada suami pantang barangnya diusik tanpa minta izin dahulu, maklumlah kadangkala tiap susunan barangnya itu ada sebab, jadi sebelum gatal tangan nak buat baik, tanyalah supaya tidak timbul 'beng' pada suami.


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

moral : ada lelaki yg dia akan baca surat khabar dari belakang (ruangan sukan dahulu).. dah tu minat di.. tolonglah paham kak. sama gak kalau ruangan fesyen akak dia buat balut buah cempedak.. ahaks tentu angin ye tak


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

moral : suami tak tinggal dengan tikus. sebagai manusia kita sendiri tentu geram kalau belum lagi sempat baca, dah belubang sana sini. mungkin ada info penting utk dia buat rujukan. jadi tak usah cari pasal.


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/ supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

moral : minta apa saja, selepas selesaikan keperluan suami dirumah. (dah makan, dah rehat, dah tenang) bukan masa dia masih atas jalan, dengan benggan kerja kat opis tak habis, sambung pulak part II atas jalan yg jem, ada kemalangan , polis tahan, lori tebalik, bla..bla.. dan tiba2 isteri tel tambahkan lagi sengal otak dia..

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

moral : orang lelaki, jenis sempoi, dia hanya beli apa yg disuruh, dia tak ada masa nak fikir hal kucil yang menyesakkan otak. jadi tak bleh nak salahkan dia. dah fitrah dia gitu. sebelum suruh beri penerangan jelas tapi ringkas. jangan bebelit.

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

moral : minta izin suami, dia mungkin dah ada plan lain. atau kalau pun dia tidak kemana-mana, sering dia ingin dirumah menghabiskan masa yang ada dengan anak isteri, so kena faham., buat apa dia balik rumah tapi isteri tak ada.. baik lepak kedai mamak 'mengeteh' dengan member.

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

Moral : lelaki sempoi, sering dia selesa dengan dunia dia cipta.. so minta izin.. dia tak suka perkara semak dan menyemak kan jiwa. suami sendiri.. fahamlah kan.


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

moral : perempuan berkata-kata 20,000 perkataan dalam sehari berbanding lelaki cuma 7000. tapi agak-agaklah.. suami dah letih dan dah dengar banyak cerita dan hal dipejabat, balik rumah dia nak tenang-tenang dan mungkin saja nak bersimbang dengan anda sebagai isteri. so.. beri masa.. beri tumpuan. nanti dia cari teman sembang/chat.. kita kata dia curang pula.. adeh..

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”

moral : rumah, walau pun suami beli atas nama kita.. bukan rumah kita seorang. tetap suami sebagai ketua. minta izin. ada waktu suami nak 'bersantai'/ belenggeng.. nak 'lepak' dalam rumah sendiri. bila ada tetamu.. dia terpaksa 'kontrol sengal'. dah jadi macam dalam penjara pula.. tambah tension dia. Jadi.. minta izin. minta izin.


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

moral : duduk rumah apa salah lawa-lawa, wangi-wangi. kan ke dia suami kita. apasal jumpa orang je baru nak lawa. tu pasal bila suami tertarik dengan perempuan lain diluar, jangan terus kata suami yg gatal. sebab dia tak pernah sekali pun terjumpa mana-mana perempuan yang 'lusuh' sepanjang jalan kepejabat. dipejabat, atau sewaktu sedang membuat urusan. semua cantik. jadi bila balik tenguk isteri 'lusuh'.. dah tentu 'imej' anda terdelete dalam memori dan diganti dengan imej 'miss X'.. canme nak marah gak ke?

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

Moral ; tetapkan seminggu sebelum majlis baju, tema, warna yang anda nak pakai, lelaki sempoi.. sarung atas bawah.. siap.. perempuan banyak songgel.


14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

moral : jangan buat suami benggang, dia dah atur dan beritahu kehendaknya. buat lah segera. jadi maslah tak akan timbul bila kita cekap ikut permintaannya.


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

moral : sikap ini tidak baik sama sekali. maruah suami sebagai bapa akan dipandang remeh oleh anak dan sikap hormat akan hilang. suami akan jadi marah kerana diperlekeh. berbincang baik-baik dan hormati keputusan suami.


16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

moral : jangan jadi'lauk basi' pada suami.. bila dia cari 'yang segar dan sedap' bukan salah dia.

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

moral : solat jemaah dapat banyak pahala selain menambah hormat dan erat kasih sayang. kan lepas solat leh cium tangan suami dan suami leh cium ubun-ubun kita.. romantis nyer....


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

moral : tensionnnnnnnnn .. sukan adalah satu bentuk kepuasan hiburan yang tidak terungkap untuk dia.. bagilah dia 'layan'...


19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

moral : cuba sesekali kita beri peluang suami dulu bercerita.. apasal kita je tau nak bercakap. berilah dia peluang buka mulut.. kalau asyik kita yg pot pet.. dia senyap..nanti dia gian gak nak bercakap. bila dia bercakap dgn 'perempuan lain' sebab nak lepas gian dia.. kita sering salahkan dia..

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you” 


moral : jangan jadi 'tape rosak' sok kalau dia buang kita .. kita marah.. rimas tau kalau asyik ulang tayang ni..

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

moral : lelaki pantang bab ni.. tak buat jangan suka tuduh-tuduh dan marah tak tentu hala. cuba fikir. tak buat pun kena marah kena tuduh. baik betul-betul buat. dah tentu kalau kena marah pun benda betul. amacam... sanggup?. siasatlah dulu, ada waktunya. dia banyak urusan dan jumpa ramaiiiii orang.. baik lelaki atau perempuan. jangan serkap tak tentu hala.. esok sendiri merana.

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

moral : paling lelaki marah. maruah suami adalah ditangan isterinya. wanita yang baik adalah yg menjaga dan memelihara rahsia suami. hatta ada waktunya kalau kita bertengkar suami isteri pun, lebih baik tidak usah menjaja cerita walau kepada kedua ibubapa, kerana kuatir, timbul salah faham dan pandangan / hormat mereka pada suami akan berkurangan. kecualilah hal yang melibatkan maksiat dan landasan agama. selebih darinya masih boleh kita atasi sendiri sebenarnya. jadi tolonglah jaga mulut. Jangan memalukan suami anda dikhalayak. dia bukan badut untuk di tertawa, atau bukan 'bahan' untuk rancangan Raja Lawak!!

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

moral : sebagai siteri, selain kecantikan luaran dan dalaman, rahsia pikat dan tawan suami adalah antara pusat dan kedua lututnya.. perut dan kemaluannya. jagalah ia.. Insya'Allah, maka akan tertambatlah suami dengan anda


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

moral : isteri berkewajiban menjaga dan memelihara harta suami sepanjang peninggalannya mencari rezeki. jangan sesekali membelakangkan dia dalam membuat sebarang keputusan.

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”

moral : keluarga diutamakan suami didahulukan... adeh... ada faham ke tak????? kang.. pasang cawangan kang.. angin juga kita...


moral : sebagai isteri. tinggi mana pun jawatan, besar mana pun pangkat, banyak mana pun pendapatan.. suami tetap pemimpin kita, kalau ada yang dia tersilap... boleh menegur, tapi tentu saja sebagai isteri kita kenal kerenah suami. bila masa sesuai atau tidak.

Juga sebagai isteri, jangan kita penting kan diri sahaja. ada waktunya kita seakan mengalah, tapi bukan bererti kita kalah. kita sama-sama rendahkan ego, Insya'Allah, sekalipun ada masalah, jalan keluar pasti datang. dengan izin Allah jua..


~Ummi Nur Jannah~

haruskah lari dari cinta?

Sekembali dari walimah, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat., kami minum di PWTC selepas dia menghantar anaknya kepada bekas suami. Banyak cerita yang kami bualkan.. hinggalah dia meminta pandangan akan perihal cintanya, dia rasa serba salah dengan cinta barunya, hanya kerana dia seorang yang biasa saja.. sedangkan pasangan (bakal suami) seorang yang berkedudukan dan berpengaruh.

Saya tidak lansung membuatkan keputusan untuknya tapi saya berikan beberapa panduan. Saya minta dia bertenang dan berfikir sambil berkata dan berbual-bual dengan hatinya.. soal dan jawablah dengan diri sendiri., selain melihat faktor pendorong dan penyebab dia merasakan harus lari atau mengelak cinta yang datang…

Haruskan lari dari cinta? Kenapa? apakah kerana anda rasa tidak layak untuk dicintai atau rasa tidak mampu untuk memupuk cinta.? Atau kerana anda rasa cinta itu satu yang dimomokkan sebagai kotor dan sekadar mengundang masalah atau bencana?

Tidak .. 'kuasa cinta' sebenarnya sangat kuat. Dengan cinta kita terdorong menjadi manusia yang bersemangat dan bermotivasi, dengan cinta, hari yang suram akan terasa indah dan penuh warna warni. Dengan cinta seorang yang keras menjadi selembut manusia. Itu kalau cinta dibalas atau disemai dengan cara yang betul.

Pun ada ketika dengan cinta manusia bertukar watak sebaliknya, pembengis, panas baran, tidak terurus, yang ada kesuraman dan penuh kelabu. Tidak bermotivasi, tidak ceria dan penuh duka.. kenapa?

Kerana kita tidak meletakkan dan mengurus cinta dengan betul. Kita sering kesasar dalam mematlamatkan cinta. Untuk apa, bagaimana, kemana dan sampai bila cinta itu harus wujud. Kepada siapa diletakkan cinta? Kepada manusia? kepada Allah?

Ada waktu saya seakan menyampah bilamana bertemu orang yang terlalu melayan rasa dan perasaan kecewa. Konon tiada cinta yang suci, tiada cinta yang ikhlas, tiada cinta yang kekal. Itu bukan salah cinta.. itu salah manusia yang tidak tahu mengurus cinta. Malah ada yang kecewa dengan wanita atau lelaki lantas terus membuang cinta dan sering bila ada bicara cinta yang didengar., mulalah keluar ayat dan kata-kata ‘putus asa dan kecewa’.. hasil gambaran hatinya yang menderita kerana rasa diluka.

Cinta tidak memerlukan logik akal untuk terjadi., tidak perlu bertanya kenapa dan mengapa, bukan kita yang harus mencari jawapan kalau melihat cinta itu seakan pelik. asbab itu ada orang yang sempurna fizikal jatuh cinta kepada yang cacat, tua kepada yang muda. muda kepada yang tua.. juga melangkaui batas kemanusiaan yang normal.asbab itu cinta tumbuh tanpa syarat, sebab itu wujudnya cinta sonsang. tapi sebagai ummat Baginda saw. kita haruslah meletakkan agama sebagai panduan melayari cinta.


Walhal cinta adalah satu semangat yang baik untuk makhluk terus hidup malah permulaan kita (adam) dicipta juga kerana cinta Allah swt . teringat kisah dizaman Baginda dan sahabat...bilamana mereka tidak mahu menjalankan kehidupan sebagaimana biasa dan menolak kehidupan normal, semata-mata kononnya kerana ingin beribadah, membuktikan cintanya mereka kepada Allah swt.

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

walhal hidup bukan semata pengabadian untuk solat sahaja, puasa sahaja, pergi bertapa atau duduk dibiara tidak berkahwin, malahan sebenarya hidup itulah sudah dikira ibadah bilamana setiap pekerjaan dan nawaitu kita semata-mata kerana Allah. Sayangnya Allah kepada kita, bila bekerja itu pun ibadah, tidur juga satu ibadah, pandang wajah orang tua besar pahala, suami isteri yang berbalas senyuman pun dapat pahala.. waima aktiviti bilik suami isteri juga ibadah..


Moral : ingatlah,. Tidak perlu lari dari cinta, kerana cinta itu adalah anugerah Allah swt buat hambaNYA, kerana kita juga wujud dari sifat Allah yang Maha Pencinta. Rasa kasih dan sayang itu banyak dan berbilang-bilang. Kita boleh menyayangi teman dan kawan, kita boleh rasa kasih kepada handai dan taulan, kita rasa sayang dan simpati pada semua makhluk.. tapi rasa cinta itu satu.. dan berikan serta letakkan ia pada tempat yang betul dengan mendahulukan mencintai Allah swt dan Baginda Rasulullah saw ibubapa dan pasangan serta zuriat keturunan.

Justeru, pupuk dan bajai cinta kalian dengan betul dan berarah, dengan tenang dan doa. Dengan usaha dan tawakkal.. semoga rasa dan emosi itu dapat di tangani dengan betul dan berhemah,. Kerana cinta adalah kekuatan manusia. Sunnatullah, rasa dan keingian untuk disayangi dan menyayai itu wujud., Cuma ada kala dan ketika, kita belum bertemu dan diketemukan dengan orang yang betul,. Maka itu, bila sudah ditemukan Allah, bajai dan jagalah ia.. semoga bercintalah kalian sampai kesyurga...amin..

~Ummi Nur Jannah~



Tuesday, November 16, 2010

Jodoh - rahmat atau ujian allah?


Syukur, lepas satu lagi majlis walimah yang aku hadiri.. semoga bahagia dari dunia sampai akhirat.. amin..
Pertemuan * Perkenalan * Jodoh…

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan  lagi..." ~ Dalam hadis riwayat al-Baihaqi ra,

Perkahwinan dan agama…

JODOH… emm.. ia sangat unik dan sangat complicated untuk difikirkan ‘luar dari kotak akal waras’…ada waktu ia tidak mampu difikir terlalu jauh, kerana sebagai manusia yang serba kekurangan, tapi serba berkeinginan. Kita tidak mampu mengagak bagaiama jodoh yang ‘disediakan’ Allah swt buat kita. Yang kita tahu.. kita ingin jodoh itu SESEDAP RASA SECUKUP SELERA kita. Berkajang list ciri- ciri wanita, lelaki pilihan hati.

Dasyatnya semua dalam list tu yang baikkkkkkkkkkk* ( maksudnya banyaklah ni) saje, yang buruk lansung kita tak selitkan. Nak yang sempurnaaaaaaaaa je..yang terkehel atau sengal tak terfikir pun. Nak yang bestttttttttt je. Yang buruk tak terlintas lansung. Semua dalam list adalah ‘MENGIKUT KEHENDAK KITA’. Tak percaya, cuba tanya pengatin waktu dia baru lepas akad., waktu berjalan nak menuju meja makan beradap,. Waktu di pelamin, waktu bersalam dengan tetamu ( ni kes tenguk contoh kat TV lah ni).

Bila ditanya apakah ciri –ciri atau sebab tertariknya sifulan kepada fulana dan sebaliknya, semua yang keluar dari mulut : sebab dia penyayang, sebab dia pandai ambil hati, sebab dia wanita dambaan, sebab dia jejaka idaman, pandai pujuk bila saya merajuk. Semua asbab yang baik dan indah sahaja. Tidak ada seorang pun kata,. Sebab dia kuat makan, sebab dia suka menguap tak tutup mulut, sebab dia kedekut....tak pernah lagi dengar begitu.

Akan tetapi..aturan dan anugerah serta pemberian Allah swt kepada kita tidak lah seperti apa yang kita mahu.. apa yang diberikan atau dianugerahkan Allah itu adalah kerana DIA mahu kita tahu, bahawa dengan perkahwinan itulah kita akan menyempurnakan agama. Bagaimana?

Kerana, dalam perkahwinan atau dalam jodoh kita., Allah akan sediakan keadaan yang berpasang-pasangan , susah dan senang, suka dan duka, bahagia dan derita, berkorban atau mengorbankan. Rela atau terpaksa. Begitulah seterusnya hingga kita sebenarnya akan belajar banyak perkara yang tidak terfikir akal waras, bagaimana sekalipun kita berusaha, jalan akhirnya kita bertawakkal kepada Allah swt jua.

Lalu, bila terjadi sesuatu, atau kalau pun tidak ada apa yang terjadi, dalam perkahwinan, agama adalah keutamaan kita dan pasangan. Mendidik dan terdidiknya diri dan keluarga, dengan agama, memulakan dan menyudahkan sesuatu perkara atau pekerjaan dengan melandaskan agama. Apa pun yang kita usahakan, bagaimana pun yang kita mahu ia terjadi, namun perancangan itu hanya akan diputuskan dan ditentukan Allah swt kesudahannya.

Uniknya jodoh, sering yang kita angan, lain yang kita dapat. Ia terjadi dimana saja, pada siapa saja. Banyak waktu nya kita tidak setuju dan berpuas hati , Itu kita kata, tapi sebenarnya Allah jodohkan kita sungguh cantik, sesuai dan sekufu dengan kita. Cuma kita yang terlepas pandang kerana kita sering tidak meletakkan jodoh pada landasan Agama, sering kita gunakan keingian, perasaan dan emosi sebagai kayu ukur.

Walhal didalam Mushaf, Allah swt telah banyak berfirman mengenai perihal jodoh dan salah satu firman-Nya...


"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya, dan jadikan-Nya diantara kamu perasaan kasih dan sayang..."~ surah Al-Rum : 21

Jadi usah risaukan mengenai jodoh, kerana cepat atau lambat, Insya Allah ia pasti datang, Allah swt itu Pengasih dan Penyayang.  Dia tak akan beratkan hamba-Nya dengan himpitan rasa kecewa, bersalah dan sebagainya. Pada Allah, ada kasih dan sayang. Pada manusia, Allah campakkan rasa yang sama. Kasih dan sayang.. pasti akan ada perkara yang sama demi menyempurnakan kehendak naluri insani itu sendiri.

Tapi jangan putus asa, jika masih belum bertemu jodoh atau dirasakan jodoh itu terlalu lewat hadirnya tidak bermakna Allah itu tak sayangkan kita. Husnuz-Zhonn (bersangka baik) lah kerana Allah swt mungkin sengaja mahu menguji hamba-Nya yang belum ditemukan jodoh dalam hidup ini untuk mendekati-Nya, taat pada-Nya, ikut kehendak-Nya dan bercinta dengan-Nya sebagaimana cintanya Rabiatul Adawiyah.

Justeru jodoh, bukanlah satu bebanan, bukan juga ujian, tapi satu anugerah untuk kita meraih syurga dunia, untuk dunia juga untuk akhirat dari dunia.

Friday, July 16, 2010

Benarkah DIA itu Jodoh Anda?


Emmm... saya mendapat tips ini dari seorang rakan, tentang bagaimana untuk mengenal pasti adakan teman / pasangan cinta anda itu adalah jodoh untuk anda. Agak baik, lalu saya edit beberapa perkara dan tambah yang perlu . Moga bermenafaat..
Bagaimana untuk mengenal pasti si ‘dia’ itu pasangan hidup anda? Disini ada beberapa tips yang mungkin berguna sebagai panduan. DIA JODOH KU.. benarkah seperti yang diperkatakan? Mungkin saja ada benarnya. Namun ketikanya kita bagaikan keliru, ada perkara dan persoalan bermain difikiran., berikut sedikit panduan untuk renungan bersama

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah swt. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Mungkin yang ini dipanggil serasi?

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai tarikan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berpura. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, untuk menarik perhatian, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan, asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Jika ‘firasat’ kita kuat. Kita dapat mengesan sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran pegangan di hatinya, kebahagiaan akan wujud. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

6. Saling mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang ‘berjodoh’, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang ‘berjodoh’, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Akui kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati (firasat) dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11.Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

12. Bercintalah tanpa syarat.

Bagaimana? Jika telah diyakini bahawa kekasih / teman kita itu adalah pasangan hidup kita. Maka sedari awal percintaan hatta sampai hujung nyawa,.bercintalah bersamanya tanpa syarat. Jika tidak cinta anda pasti kecundang ditengah jalah.

Manakan tidak, ketika syarat yang terpendam masih dipenuhi, rasa cinta akan membuak hingga tumpah kelantai, akan tetapi pabila prasyarat cinta mula terhakis, atau mula berakhir, cinta pasti bisa terbang keluar jendela.

Bayangkan seawal cinta bila ditanya : apa sebab kau jatuh cinta kepada nya?
Lalu dijawab, oh kerana wajahnya yang tampan / kejelitaan.. pasti pada satu hari ketampan atau kejelitaan mula luntur, apakah masa itu cinta pun mula berjalan kekubur?. Jika harta jadi panduan.. satu hari harta hilang, maka cinta pun terbang melayang.

Justeru,. Jangan letakkan syarat sebagai penyebab cinta lahir. Jadikan Allah swt sebagai dasar memupuk dan mengakhiri cinta. Insya’allah jikalau sekalipun berlaku sebaliknya setelah semua usaha yang baik dilakukan, kita boleh bertenang dan menerima ketentuan takdir diatas takdir yang Allah aturkan.

Justeru, teman, usahakan dengan baik jika mencari jodoh,kerana pasangan hidup bukan untuk sehari, setahun, jika boleh kita ingin hanya nyawa sebagai pemisah. Selagi ada daya, ranjau dan cabaran ditempuhi bersama dengan tenang dan redha….

Ya Allah.. Kau yang mengatur jodoh kami, maka temukan yang terbaik untuk menjadi pasangan kami didunia dan diakhirat.. biarlah kami bercinta sampai kesyurga … amin..

~Ummi Nur Jannah~


Monday, June 21, 2010

Bila sikecilku bertanya : Ummi, kita masih suami isteri ke disyurga?


Anak dara ku memang advance, kadangkala aku rasa bukan bercakap dgn kanak2 seusianya.. pernah satu ketika waktu itu umurnya 4 tahun, sudah menjadi rutin samada aku atau suami akan menemani dan bercerita kepadanya sebelum tidur. Hari itu papanya berceritakan kisah ‘Sang kancil dan Buaya’. Jannatul mendengar dengan tekun sambil sesekali bertanya itu dan ini. Hinggalah pada peringkat cerita “kemudian sang kancil pun melompat keatas buaya dan mengira..satu dua tiga lekuk, jantan betina kena ketuk”..
“emm.. tapi kan papa, kenapa ye, buaya tu tak marah kena ketuk kepala. Kalau kita tentu kita marah orang ketuk kepala kita. Buaya tu kenapa diam je, dia boleh gigit kancil tu kan?”..
peh.. tergamam papanya sambil terus mencium sikecil, “ha ah ye, papa pun tak pernah terfikir, mari kita tanya ummi”..
“erk. .. ummi rasakan dah ada perjanjian kot, kancil nak kira berapa ekor buaya ada dlm sungai, jadi buaya kena duduk diam2, lagi pun tu cara kancil kira,. Bukan macam kita 1,2,3 camtu”
“oh, gitu ke? Lain pulak yek, kita kira 1,2,3 or one, two, three, kan mi”
“ye sayang” …

Bila dia tidur kami duduk berdua sambil tertawa.. betul juga. Seingat kami sejak dari kecil tak pernah nak soal pun bila kita dihidangkan cerita2 yang tak masuk akal.. berbanding anak2 sekarang..

Banyak lagi persoalan si dara 9thn ini, tapi yg terbaru membuatkan aku tersenyum dan berfikir. Satu hari, kebetulan dia menontot filem Ayat-ayat Cinta. aku dipaksanya duduk meneman, macam biasa, mulut keciknya becuk bertanya tu ini.. sampai pada satu babak,.. bila siisteri memberi izin suami nya berkawin dengan wanita yang sedang nazak.. aku tenguk Jannatul mengesat mata..

”eh, awak menangis ke?”
“emm.. yelah ummi”
“tapi kenapa, apa yang sedih ni? Jannatul faham ke apa dah jadi tu?”
“ ha ah..sedihlah sebab dia bagi suami dia kawin lain”
“Sedih tapi kenapa? Ummi tak rasa sedih pun, apa yg awak faham pasal cerita ni?” aku saje memancing dia bercerita, aku nak lihat sejauh mana fahamnya..
“mi, dia korbankan cinta dia utk suami dia, sedihlah, kan dia pun menangis tu, sebab masa suami dia kata dia cintakan perempuan lain tu, dia terasa, kan dia lari keluar tu”
“erk.. betul berkorban, jadi.. kenapa pulak awak yang menangis?”
“alah mi ni, sebab dia nak pahalalah, sebab tu dia bekorban, kan macam suami dia tu masuk penjara pun dia bekorban, kan sama macam cerita nabi Yusuf tu kan. Kena fitnah”
“ok..lagi kenapa ?”
“yelah, kata ummi kalau kita bekorban kerana Allah, kita dapat pahala banyak, Allah sayang, tu dia nak pahala lah tu”
“oh.. betul tu, so agak2 kalau ummi pun bekorban sebab nak pahala, ummi nak dapat payung emas, kalau bagi papa kawin lagi ok tak”
“Ummi!!! Tu tak boleh, kita dera mak tiri kita nanti”
“ha! Jangan berdosa, taklah, ummi gurau je”
“tapi mi.. nak tanya, kalau kita dah mati, kita masih suami isteri ke nanti kalau kat syurga, boleh tak kita semua duduk sama2, ummi, papa,kita?”

Oh... anak ku.. jauhnya layangan jiwa mu..

“ye sayang,.. kalau kita doa pada Allah, kita inginkan keluarga kita sama2 semula, Insya Allah.. “.. aku pun bercerita kepadanya sampai dia tertidur...

Aku teringat usrah aku dulu.. tentang hal ini..

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Ya Allah...luasnya nikmat yang Engkau sediakan buat hamba2Mu yang beriman.. tidak ada siapa pun diantara kita yang tidak akan mengecap pemberian Nya...

Bukti - CINTA TANPA SYARAT

inilah yang saya suka jadikan satu tamsilan..

sering lelaki atau wanita yang cinta biasa : cinta dari mata turunya ke hati..

tapi lelaki atau wanita yang luar biasa.. cinta nya juga luar biasa : dari hati naik kemata...

apa dilihat pada rupa..hilang seri pudarlah cinta.. 
usah dipandang pada sempurna, andai ia hanya sementara.. 
cinta abadi tidak bersyarat...
cintanya sampai bawa keakhirat..