SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: 2011

Wednesday, October 12, 2011

~* Malaysia Mempunyai EMAS TERBESAR Di Dunia*~

Fakta Menarik untuk direnungkan ..tahukah anda?

Dimanakan terletaknya Emas terbesar didunia? Jawabnya di Malaysia.! ye betul, Malaysia mempunyai emas 'paling besar' didunia, tak percaya? nah ini dia.. Patung Dewa Murugan yang berada di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand. Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu. Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya mencapai 42.7 atau 140 kaki.
Tetapi bagaimanapun ia hanya menggunakan cat emas sahaja



Namun sesuatu yang paling patut anda ketahui ialah ketulan emas termahal didunia sebenarnya berada di Taiwan.
Jongkong emas yang diberi nama “Taiwangoldbrick” ini adalah seberat 220kg dimiliki oleh Kementerian Kewangan Republik of China dan dipinjamkan kepada muzium emas di Taiwan untuk sementara. Harga semasa jongkong emas ini adalah RM29.3 juta.


sumber : hargaemas.com.my

Pendapat sy apa kata..mari kita fikirkan..tahukah anda

Bila pemerintah Amerika bercakap tentang defisit USD 1.7 trilion,   inilah jumlah tunai yang dipinjam oleh pemerintah Amerika untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010. ( pergghh banyak sungguh hutang ye)


Perhatikan, pelet di susun 2 tingkat, setiap palet menampung $100 juta, penuh dengan not $100. Anda perlukan baaaaaaaaanyak lori untuk mengangkut semua duit ini.

eemm.. bayangkan kalau USD tidak lagi bernilai.. macam duit pokok pisang Jepun dulu2.. apa akan jadi kpd 'nilai simpanan wang kertas kita? - Apa jadi pada Bank? Saving, bond, EPF, ASB.. (Fuh..lap peluh kejap). mungkin sama nilai dgn segantang beras, seguni gandum? atau lebih teruk dari itu sebagai kertas pembungkus barang basah sahaja.

Maka itu, dari sekarang, tukar semua nilai kertas RM,  USD,  EURO, yang anda ada kepada bentuk logam EMAS/ PERAK/. Rhodium/ platinum ( ada ke yg beli? kalau mampu lagi bagus) ... beli eset kekal spt RUMAH/ TANAH dll, supaya nanti, bila ada kuasa dunia baru, yg membawa nilai mata wang baru, kita dapat semula 'nilai' kepada seluruh kerja keras kita selama ini berusaha mengumpul harta..


Maka itu, waktu emas tengah turun harga ni.. agak2, kalau ada rasa nak tukar kereta baru, beli pakaian berjenama sampai 10,000 satu sut, beli kasut sampai RM3000 sepasang.. cecuba bertahan kejap. Fikirkan jenis pelaburan yg lebih menguntungkan dari kepuasan diri kepada kekuatan ekonomi..


amacam.. ada berannnn :-D

Thursday, October 6, 2011

~*BIla sikecil tidak akan tertawa lagi...*~

Sayangi anak mu..HENTIKAN PENDERAAN!
Ini kisah sedih, kisah seorang anak kecil yg comel, secara jujur dan bangganya memberitahu ibu tercinta "mama, saya menggunakan lisptik mama untuk tulis sesuatu atas lembaran" 
Namun, kerana amarah melanda hati, si ibu tanpa sedar telah memukul sianak yang dikandungnya tanpa batas. Akhirnya sicomel terkulai tanpa dapat mempertahankan diri. Tubuh kecil itu tidak lagi dapat menampung pukulan dan henyakkan menggila si ibu..
kesal dengan perbuatannya, siibu minta maaf, namun segalanya telah terlambat... jantung kecil itu telah berhenti berdenyut!!!
Tambah kesal pabila dia melihat apa yg tertulis ialah "mama AKU CINTAKAN MU!" ~ 
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa syarat. ( Hamka ).
 

Monday, October 3, 2011

~*Hidup Umpama Secangkir Kopi*~


Kisah ini hanyalah satu kisah biasa, tapi ia digarap agar menjadi satu kisah dan tauladan buat kita menghadapi sepak terajang kehidupan, bila melihat secara biasa tidak lagi mampu mengajar kita... lihatlah dengan cara luar biasa, sis lain setiap peristiwa dalam hidup. Ada tikanya, perkara yang kita lakukan setiap hari itu ada pengajaran didalamnya..

***************
Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada rupa hias kehidupan”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.


Sumber : sahabat Maya


Thursday, September 15, 2011

Biskut Munchy's - ADA ARAK !??? BIAQ BETOI..

As'salam sahabat semua, hari ni, sy nak share kes terbaru yg menggebu2.. tak pepasal penuh sms, email, FB, Twitter, bla..blee bluu.. Munchy diserbu dan ia haram...

Adeh.. adeh.. bukan nak sokong kilang biskut non bumi / muslim ni.. masalahnya.. sebelum menekan butang send tu.. cecuba perhati sikit, rajin sikit, lama sikit, - fikir, cari kesohehan berita, sahkan dah hantar.. bukan apa. setiap kali nak share berita/ cerita, itu baik, prihatin, ambil berat dan matlamatnya bagus, memberi ingatan, panduan dan menyedarkan orang ramai . 
 
C U M A N Y A!!! 

Cubalah berhati-hati. Berwaspada, khuatir ia sebenarnya tidak tepat, sudah lama, telah selesai, fitnah dan mendatangkan mudarat kepada sesetengah pihak terutama WARGA KERJA syarikat berkaitan.

Bila saja saya menerima berita ini. Saya memang tersentap seketika, namun terus mempercayainya tidak, saya suka mencari maklumat tambahan, lalu orang yang paling saya sayangi iaitu pakcik 'google' telah saya minta tolong dapatkan maklumat tambahan. Weh.. banyak ghuper nyerrr.. tapi yang paling sempoi dari blog Mazidol. Jadi menda lagi. Saya share lah kat sini..

MORAL : Walau apa sekalipun, sebab itu kita sepatutnya memperkasa diri dan ummat Islam dengan Ilmu terutama hal membabitkan MAKANAN yg menjadi darah daging, bila umat Islam tidak berusaha keras kearah itu.. kita akan sentiasa tededah kepada resiko. 
Macam kes babi juga, baca siniBabi benarkah menguasai hidup kita
 Justeru, sepatutnya dah lama kita yang menyediakan produk terutama makanan .. tapi ramai dari kita suka biz buat baju (muslimah konon) tapi rabak gak sana sini, ketat sini sinun, huruhara pula dgn kepala tinggi fesyen lah ni.. tu belum biz alat solek.. 'warna pelangi menceriakan hidup anda', belum lagi bersebuk2 dgn program reality TV. 
peh! dari sekecik2 budak disuruh jadi 'Bintang Kecil' yg menyalanya pun tak berfaedah, yg remajanyer sibuk dgn AF (mujur dah tamat) yg akhirnya bintang dia pun dah jadi tahi bintang je..lum lagi tuk si tua kepot 'bintang 60an' pun ada (nyala lagi ke) sampailah terbaru 'Vokal- bukan sekadar rupa'  
Jadi dah penat memekek, sampai keluar lidah, cekang urat leher.. benti minumlah keluaran 'ah tong'.. makanlah masakan 'ah seng'.. 
Lu mahu marah ka.. lu kasi lubang maa.. lu biar itu lubang tatak sapa mau tutup..wa and the geng ada nampak manyak $$$$ sana dlm ooohh.. wa bagi apa lu semua mau. lu bayar laaa!!
siapa mau kasi tanggungjawab ni? nak salah jakim je ke tak pantau.. salahkan diri sendiri dulu weh.. mulut sendiri ngaga.. tangan sendiri suap! cit!

*************

'TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'
 

Saya percaya ramai antara pembaca menerima pesanan ringkas, SMS terbabit.

Jika dilihat dari aspek penulisan, maklumat kelihatan meragukan tetapi wajar untuk saya menyingkap fakta sebenar.

Sebaik membaca SMS itu, pasti ramai ingin tahu berhubung status kesahihan kandungannya. Justeru pada jam 1.45 tengah hari tadi saya menghubungi Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Ustaz Amri Abdullah.

"Saya mula menerima SMS itu sejak 2 hari raya tetapi kadar penerimaannya semakin meningkat sejak semalam. Setakat ini, saya telah menerima lebih 20 panggilan dari orang ramai dan ratusan SMS," jelas beliau.

"Nama Haji Jalil Raihan memang ada di JAKIM?," soal saya.

"Tidak ada. Ini kira macam SMS berantai. Memang pada tahun 2005, JAKIM pernah membuat pemeriksaan di kilang Munchy's di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor tetapi siasatan telah selesai, tidak ada masalah," balas Ustaz berasal dari Pahang itu.

Maksudnya, SMS disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu palsu.

Sila kongsikan tampalan ini bersama kenalan, terima kasih

sumber:blog mazidul

Monday, September 12, 2011

Tragedi BUKIT KEPONG - Tak sedar diri sungguh!

AAhh.. lama tak menulis, sibuk alasan tu jelah yang boleh aku kata. Sepanjang puasa, macam-macam hal walaupun bukan betul2 terjadi kepada diri aku sendiri, ianya tetap tempias, begitulah bila kita hidup bermasyarakat. Paling menyedihkan .. bila dua pupu aku kehilangan bakal suaminya dalam kemalangan jalan raya pada hari raya ke 4 sedangkan selang sehari sahaja lagi untuk akad nikah dan kenduri.. kalau dah bukan jodoh.. semoga Ida tabah menghadapi ujian ini.. dan semoga arwah tunangnya dicucuri Rahmat..

Aku sebenarnya nak ulas satu isu je, walau pun dlm kepala aku beribu benda nak aku luahkan. Yang paling aku sakit hati isu BUKIT KEPONG!!! APALAH PUNYA AKAL PENDEK!


Semalam aku menonton filem ini utk kesekian kalinya, walau pun dah berkali kali...sambil tu aku menghayati 'suasana'dan 'rasa serta perasaan' tragedi BUKIT KEPONG, tapi aku tak mampu, air mata aku berlenangan.. bayangkan, cuba rasakan.. bagaimana cemas, takut, risau, sedih anak-anak dan isteri mereka dan bagaimana beraninya polis- polis (gambar) ini berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir.
 

Al'Fatihah untuk mereka dan untuk ahli keluarga mereka yg terselamat, sudah pasti kenangan pahit itu tidak akan terhapus hingga akhir hayat.

meleleh dah air mata, nak2 masa budak tu jerit mak, bapak.. mak dah mati! sayunya hati aku, sekarang, kita semua terlalu senang dan mudah, sampaikan yg mati bukan kerana berjuang, kerana merempit, kerana dadah, merompak, mati berebut perempuan, lelaki, mati sebab harta.. kita sekarang huru hara walaupun negara macam aman ,mati kita tak berkualiti lansung, negara aman, jiwa kacau.. betul punya hampeh!

Tetiba ada pula satu org ni, dek kerana pahaman anggung2.. terus ulas macam ni :
kisah bukit kepong tu berlaku pada tahun 1950, masa tu Malaya dlm jajahan British... adakah polis itu berjuang utk negara atau berjuang utk mengekalkan British agar terus menjajah tanah melayu .... fikir - fikirkan lah ....


 
Sikit punya geram aku. Apa puak - puak ni tak boleh fikir ke? dah 61 tahun berlaku, barulah hari tu 'mamat sabut' tu, timbulkan isu ini, semua bangau dan belatuk dia mengangguk2 tak tentu arah, kejap kanan kejap kiri, kejap depan kejap belakang.. pusing2.. ikut je apa si mamat sabut tu kata!


Selama 61 thn tu juga, orang lain dalam 'rombongan' dia dan yg JV dgn mereka tak pula mendakwa itu ini, tetiba bila kes mamat sabut ni bertambah serabut, dia menggelabah sebab dah nak terbakar sabutnya akibat salah sendiri, boleh bakar hati dan perasaan orang lain...

Ni aku nak bagi tahu kat 'mamat sabut & the gang'

Ayah aku 78thn, dia dah hidup dlm berbagai zaman, dari zaman British / komenis /Jepun/ 13 Mei..walau pun aku tak hidup zaman tu, dari keperitan, tangisan dan air mata serta darah yg tumpah..aku insaf dan sayang tanah air aku.


Aku nak tanya kpd korang semua, yg tidak kesiankan kepada mereka.. agak2nyalah.. kalau waktu tu sekalipun atuk nenek korang, mak ayah korang, tidak seorg pun polis / ahli keluarga mereka di bukit kepong, apa mereka tidak merasa seksa ke? Apa mereka buat eekk.. meka berjaga kampung halaman meke, meke buat rondaan kampung semua utk sape yek.. bukan sama2 utk kerajaan British ke masa tu.. oklah atuk nenek korang, mak pak korang, lansung tak keluar rumah...Mereka dapat tidor malam2 .. dpt menoreh, bekebun, kerana 'polis British' yg ada waktu lah kan?? tak tau malu ke apa!!!

Lah ni, kita mudah dan senang sekarang sebab siapa? Jangan mudah sangat nak kata kerana kerja dgn Britishlah, jadi hamba British tawan melaya, kalau nak di mikro kan lagi.. sekarang yg kita bekerja makan gaji dgn bukan islam, kaya kan mereka sampai mereka boleh bena kuil besar2 kat Batu Caves, bena tokong kat penang,ok ke? tu belum keja dgn sykt tak halal, arak, judi, bla..bla..citer mende??? ha keje sykt British, Amerika dan yg setuku dgn nyer.. apa menda! alah anak2 kaum kerabat korang pun ada yang pergi negara BRITISH, Amerika dan sekutu utk BELAJAR.. yg tu hukum dia menda pula..senget betullah akal korang ni!
 

Ni satu lagi, ikut logik org senang sekaranglah.. kalau ada perompak penyamun masuk rumah kita,.. kita 'welcome' mereka ke, kita tentang mereka? hatta mereka sendiri org islam.. setahu sayalah mempertahankan keluarga dan harta itu wajib. Tapi beriya masa berhimpun bersih hari tu pertahankan diri.. kononnya terainaya..hek aleh..

Jangan semata-mata kerana kepentingan peribadi, nawaitu utk senangkan diri sendiri, menidakkan pengorbanan dan usaha orang yg terdahulu dari kamu. Rasanya lebih mulia 'nawaitu' mereka mempertahankan balai, anak2 dan isteri dari kamu yang tak sedar diuntung negara dah aman, bercakap sesuka hati.

"Barangsiapa yg mati mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yg mati mempertahankan nyawa ahli keluarganya." hadith hasan, HR Termidzi

Kita tak rasa susah mereka, tak hidup zaman tu, tak alami emosi mereka ketika itu, dah senang macam ni.. jgn lupa berterima kasih. tak juga.. tak usah buat org lain (terutama keluarga polis Bukit Kepong) sakit hati cukuplah!

 

Tuesday, August 16, 2011

Abang Tunggu mak disyurga ya

 

Dah berminggu2 aku tak kemas blog, tak ada alasan, selain tak sempat.. sibuk tu jelah, gitulah hidup. Banyak rasanya ingin dicoret, tapi setiap kali itulah aku tidak betas menarikan jemari.Tapi sebagai perkongsian naluri keibuan, kisah ini dari beribu kisah duka yg terjadi disebalik tembuk setiap hospital dimana2 saja. Disebalik seragam putih bersih, ia sebenarnya diiringi air mata darah dan tersayat setiap hati yg menanti keputusan Allah swt dalam menentukan kesudahan perjalanan takdir mereka yg disayangi.



Maka.. aku kongsikan sebuah kisah benar dan bersyukurlah serta sentiasa menghargai detik2 indah dan saat manis yang bersisa bersama orang yang kita sayangi...


Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
 

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang .

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang , baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang . Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang .

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang . Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang .

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang , cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang . Mak senyum, lantas kucup dahi abang .

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang . Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana .

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang .

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang .

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang . Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang , tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang . Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang .

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang . Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang ? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang .

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang . Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang , letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang , tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang , letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang .

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang , semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang . Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang . Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang . Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang . Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang , bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang , mak peluk dan usap rambut abang . Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang : "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang . Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang . Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang .

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang . Mak halalkan air susu mak untuk abang . Pergilah abang . Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang . Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang . Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang .

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang . Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang . Mak bisikkan di telinga abang : "Tenanglah abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang . Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"


Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang . Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang .

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang . Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang . Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang . Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.


Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

catatan : Al fatihah buat anakanda Iqbal Fahreen Hamdan, semoga dicucuri Rahman Insya'Allah dan kepada kedua ibubapa dan keluarga, semoga tabah dengan ujian ini, Allah memilih mereka untuk ditempat kan dikalangan hambaNYA yang beri kelebihan dari musibah yang menimpa.Insya'allah dan nikmatnya adalah dari keredhaan mereka menerima takdir Allah..
 

Saturday, July 23, 2011

Mengapa Harus Menjerit?

Mengapa harus menjerit ?


"Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar." [Luqman:19]

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"


Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, "Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak".


"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"


Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.


Guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.


Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."


Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?"


Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya. Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satu pun berani memberikan jawapan.


Lalu guru menghuraikan "Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."


Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TIDAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana 'waktu' akan membantu anda."


Sahabatku, Buya Hamka pernah berkata , bahawa kata-kata yang lembut dan baik akan melunakkan hati, manakala kata-kata yang kasar dan kesat, akan mengeraskan hati.


Malah bagi pandangan ku, kata-kata adalah gambaran hati, jika hatimu lembut dan penuh kasih sayang, lidah mu pastinya menzahirkan bait kata-kata yang manis dan pesona, Insya'Allah. Begitu juga bila hatimu keras dan kasar, bahasa yang kamu zahirkan pasti saja mengundang luka dan derita.


Sabda Nabi s.a.w : “Apabila kamu mendengar bunyi ayam jantan berkokok maka mintalah kepada Allah akan kurniaanNya, ini kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi suara himar[keldai], hendaklah kamu meminta berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana ia melihat syaitan”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim].



Apakah begitu sukar untuk kita melahirkan kata-kata yang baik, apakah begitu berat untuk kita melafazkan pujian dan dorongan kepada insan lain? Bagaimana perasaan mu, kesatnya kata-kata yang engkau lemparkan, kemudiannya dibaling semula kepada mu? sakit hati, marah, benci, berdendam barangkali?

manusia itu fitrahnya perlukan sokongan, perhatian, diendahkan.. jika kamu sendiri tidak mahu disakiti, begitu juga orang lain tidak layak kamu sakiti....


SIAPA KAMU?

Wednesday, July 20, 2011

Installing Love...(too beautiful)



Installing Love

Tech Support: Yes, ... how can I help you?


Customer: Well, after much consideration, I've decided to install Love. Can you guide me through the process?


Tech Support: Yes. I can help you. Are you ready to proceed?


Customer: Well, I'm not very technical, but I think I'm ready. What do I do first?


Tech Support: The first step is to open your Heart. Have you located your Heart?


Customer: Yes, but there are several other programs running now. Is it okay to install Love while they are running?


Tech Support: What programs are running ?


Customer: Let's see, I have Past Hurt, Low Self-Esteem, Grudge and Resentment running right now.


Tech Support: No problem, Love will gradually erase Past Hurt from your current operating system. It may remain in your permanent memory but it will no longer disrupt other programs. Love will eventually override Low Self-Esteem with a module of its own called High Self-Esteem. However, you have to completely turn off Grudge and Resentment. Those programs prevent Love from being properly installed. Can you turn those off ?


Customer: I don't know how to turn them off. Can you tell me how?


Tech Support: With pleasure. Go to your start menu and invoke Forgiveness. Do this as many times as necessary until Grudge and Resentment have been completely erased.


Customer: Okay, done! Love has started installing itself. Is that normal?


Tech Support: Yes, but remember that you have only the base program. You need to begin connecting to other Hearts in order to get the upgrades.


Customer: Oops! I have an error message already. It says, "Error - Program not run on external components." What should I do?


Tech Support: Don't worry. It means that the Love program is set up to run on Internal Hearts, but has not yet been run on your Heart. In non-technical terms, it simply means you have to Love yourself before you can Love others.


Customer: So, what should I do?


Tech Support: Pull down Self-Acceptance; then click on the following files: Forgive-Self; Realize Your Worth; and Acknowledge your Limitations.


Customer: Okay, done.


Tech Support: Now, copy them to the "My Heart" directory. The system will overwrite any conflicting files and begin patching faulty programming. Also, you need to delete Verbose Self-Criticism from all directories and empty your Recycle Bin to make sure it is completely gone and never comes back.


Customer: Got it. Hey! My heart is filling up with new files. Smile is playing on my monitor and Peace and Contentment are copying themselves all over My Heart. Is this normal?


Tech Support: Sometimes. For others it takes awhile, but eventually everything gets it at the proper time. So Love is installed and running. One more thing before we hang up. Love is Freeware. Be sure to give it and its various modules to everyone you meet. They will in turn share it with others and return some cool modules back to you.


Customer: Thank you, God.


Tahu Nak BERSUNGGUT je.. !! wajib tonton

TAHUKAH KITA BAHAWA yang sebenarnya KITA SEMUA TERSILAP TENTANG SENGSARANYA HIDUP INI..tak percaya,... KITA SENTIASA BERSUNGGUT TENTANG NIKMAT YANG SEDIKIT.. kalau bukan kita, tapi kita tetap dengar ia disana sini,..sedangkan, BETAPA KITA TERLUPA BAHAWA DISEBELAH SANA, MASIH RAMAI YANG HIDUPNYA TIDAK SANGGUP KITA TEMPUHI, selalunya kita kata, kita je yang punya masalah yg berat...

tapi sesekali cubalah..kita fikir bahawa, seberat maslah kita, kita masih lagi tidur atas tilam sendiri, pandu kereta sendiri, makan hasi usaha sendiri...


sedangkan ada org yg masih mampu tersenyum, masih lagi MENYATAKAN SYUKUR, walaupun apa yg mereka dapati itu tidak sempurna sebagaimana kita..


PERNAHKAH KITA DITEMPAT MEREKA?...


SAKSIKANLAH...


ANTARA KEMEWAHAN DAN KESENGSARAAN!



Wednesday, July 6, 2011

Menda Yang BERSIH bersih ni Broo?

Emmm... aku perhati dari jauh, aku dah lama tak menulis disini, 'rumah 'aku ini  pun dah naik bersawang tak masuk dan dibersihkan..

ha.. apa? bersih..

eh kenapa tak boleh sebut ke.. hehehe..

Menjak dua menjak ni, perkataan besih tu dah jadi macam 'fobia' kat telinga sesetengah puak, ada yg dakwa bersih tapi kotor, ada yg dakwa bersih tak salah. Ramai yg cintakan bersih, malah bersih adalah satu perkataan yg menunjukkan keadaan atau tempat, atau perkara yg tidak tercemar.

Tapi bila aku tenguk keadaan sekarang ni, aku pun susah nak terangkan kat anak aku.. 'apa makna bersih'. Aku seorang Ahli peniagaan.Aku melayu dan agama ku Islam. Sebagai seorang usahawan, aku bersifat natural. Aku tak belah mana2 pihak, sebab bagi aku..(suka akulah aku punya pandangan..) politik ni 'jiwa kacau'. sikit2 terkehel,  Kau tak payah nak dakwa dakwi KAU JE BETUL dan orang sebelah sana salah, yg sebelah sini pun tak payah nak kata KAU SALAH KAMI BETUL.

Sebab kalau ikut pahaman aku, yg jiwa tenang tak kacau bilau ni.. KERAJAAN mahupun PEMBANGKANG saling melengkapi, macam mata kanan dgn kiri, tangan kanan dan kiri, kalau tak ada, pincang, Kerajaan memang patut ada pembangkang, mana ada negara kat dunia ni semua org setuju 100%? Bagus gak ada yg suka bangkang2 ni, jadi kerajaan tak lah obesiti, syok sendiri.

Macam dlm rumah tangga, suami tak sentiasa betul dan isteri tak sentiasa salah, kena ikut menonong je perintah suami. Jadi balik kepada yg kononnya bersih.. tak puas hati nak protes. PROTESLAH!

Tapi bila ada yg hendak dibangkang, dan diprotes, buatlah dgn cara yg betul. Bukan menyusahkan org ramai. Tenguklah siapa yang jadi penganjur, kenapa tak pilih dan lantik ORANG MELAYU sendiri.


Hai tak kan seramai beratus ribu ahli, yang sanggup bejuang demi satu pilihan raya yang bersih dan telus dari parti yang majoritinya Melayu Islam atau yang bersikap adil tu tak boleh nak jadi penganjur dan pemimpin?


Kenapa nak 'bertuan' orang asing? Kenal baik ke dengan pempuan tu? Kalau takat kenal dgn dengar nama,.. Siti Norhaliza pun semua orang kenal, tapi dia tak kenal semua orang yg kenal dia..


Bukan tak boleh fikir, malah  tak semua tahu latar belakang dia.. (sipenganjur perhimpunan bersih ni).Tapi mereka ikut juga. Jadi kalau ada resiko, pompuan tu nak tolong ke?  dah tentu2 sendiri tanggung.


Sebagai  seorang Pakar Hartanah dan Pakar dalam pengurusan Harta , saya bertemu dengan semua lapisan masyarakat, tak kiralah dari parti mana, sebab walaupun kerajaan atau pembangkang, semua orang melayu itu satu hari termasuk aku! akan mati beb, jadi sebelum mati, pengurusan harta itu perlu, Jadi aku memang tak pernah ada masalah dengan semua orang. Apa pun kepartian mereka, aku dan mereka dapat berurusan dengan baik dan mudah, aku bantu mereka dan paling syok, bila ada owner Parti Pas, jual rumah pada buyer parti Umno. Tak ada masalah! Sebab dlm urusan kerja aku, aku tidak pernah mahu menyusahkan mana2 pihak. Walaupun kadang2 tengah2 nak deal, ada juga yg cuba usha2 aku dlm borak2..aku bantai sengeh je.. cukup.


Tapi bila jadi hal macam ini,  bukan ke nanti menyusahkan banyak pihak, termasuk aku!!!...


hahaha.. ada org marah ke, nak kata aku ingat pasal biz je, suka hati akulah.. sebab apa yg aku buat bukan untuk orang lain, utk kaum keluarga aku, anak cucu aku generasi aku. Tapi kalau esok2, dek kerana mereka  yg gila pangkat dan gila kuasa, gila harta dan gila nama bermaharajalela. Kalau kampung aku tergadai, anak cucu aku juga yang merana.


Emm.. pindah luar negara. Boleh gak tu, satu cadangan yg baik, tapi macamana sekali pun, ini tanah tumpah darah aku. Moyang tuk nenek aku semua kat sini, sok esok, kalau aku dah duduk oversea, eh..tak bestlah..darah aku masa beranak tumpah kat negara aku tercinta, MALAYSIA..


Tapi ye lah, kalau nasihat terlejer lidah pun, masing2 ada kepentingan utk percaya dia betul. Jadi suka hati koranglah.. sendiri tanggung, cuma menyedihkan majoriti yg mudah terpedaya adalah orang melayu, yg kena tipu dgn mudah pun org melayu. Sebab kebanyakkan kita suka kepada budaya ikut2, angguk2. Hei.. salah tu, ko kena marah kang..Eh.. suka hati aku lah nak cakap. sebab aku dah buat kajian, aku dan buat survey, aku bukan cakap suka2. Ini 'rumah'aku.. jadi aku punya suka nak buat apa.. nak cakap apa.. janji BERSIH..!

hari ini kita berhimpun utk yg dikatakan bersih.. akan tetapi kita tak mungkin terlepas pandang satu perkara.. yg ramai2 berhimpun tu bangsanya apa? yang menganjurkannya siapa?

Mungkin kita terlalu lemak dan selesa, dah obesiti dengan pangkat dan kuasa, kuasa kerusi, kuasa penyokong dan Kuasa tukang sorak..sangat hebat.. akan tetapi!!!

kita lupa sejarah bagaimana melaka tegadai dan siapa punya angkara, oh mungkin itu sudah telalu lama dan sangat jauh dari minda hebat kita abad ini, bacalah, carilah info, sekarang dunia hanya hujung jari, tapi yang paling menyedihkan dan memberi kesan ialah peristiwa 13 Mei 1969..

Oh ye itu juga sudah jauh dari ingatan kita. tapi itulah juga realiti hari ini yg ingin kita lihat agar tidak terjadi. Kita berpecah kerana jemaah kita semakin rapuh dan akhiran bila kita rasa kita puas dan menang sorak, kampung kita telah tergagai.

Sejak lebih 50 thn merdeka, kita masih jauh dari kuasa ekonomi, kuasa perniagaan, kuasa pembuatan, pemprosesan, Makanan kita pun yg sediakan banyak oleh bukan islam. bila didakwa ada yg tidak halal, kita marah, sedangkan kita sedang gila merancang 'bersih'.. yang akhirnya akan bersih ialah generasi kita,

mereka 'membersihkan' peluang kuasa kerja/kerjaya, membersihkan peluang perniagaan, membersihkan hartanah diseluruh Malay-sia, baik rumah baik tanah. membersihkan hak. yg kita gadaikan demi kepuasan bersuara..

oh juga bukan salah mereka. Mereka hanya ambil peluang, itu lumrah hidup, sunnatullah, siapa cepat dia punyalah, sebab kita yg lepaskan, yang kita kosongkan kerana sibuk merancang dan merangka dimana dan bagaimana berhimpun dan melaung2kan BERSIH yg manfaatnya jelas bukan utk MALAY dan ia SIA sia.



Nota kaki : Aku tidak pernah mahu membuat sebarang provokasi, ini nota aku secara peribadi. Anda berhak utk tidak bersetuju.

Ha gambar ni kawan aku bagi,. dia suruh letak kat ruang kerja aku.. suruh aku tenung2 pastu suruh aku adakan undian sms.. yg mana paling cantik lepas 'menukar' ..hahahaha...

tak de kerja aku de.. suka hatilah, hak masing2.. janji jangan pakai hangguk tak tentu hala, fikir dulu..

kalau tak tahu nak fikir macamana..

bentilah jadi orang jadi mesen, jadilah buat catur!

Tuesday, June 28, 2011

Akibat Tidak Merancang Harta, Hutang Menuntut Sampai Ke Kubur!!



Dibawah saya kongsikan sebuah kejadian sebenar. Ia berlaku bbrp tahun lalu, dikirimkan kepada saya lewat email, saya sunguh tersentuh. Tak pasti nak kata macamana perasaan saya,  sebagai orang luar yang memandang, kedua-dua pihak salah.

1. Orang yang berhutang tidak peka dan tidak meninggalkan pesan kepada waris tentang hutang. Lalu ia menimbulkan banyak masalah. Simati menanggung hutang yang tidak langsai hingga akhir hayat. Waris tidak dapat membantu menyelesaikan hutang dan menimbulkan kekacauan emosi, malu, marah, sakit hati, geram!

2. Orang yang menuntut hutang juga, seharusnya bertindak logik, janganlah disebabkan hutang, aib orang dibuka. Jika tahu dimana kuburnya, tentu juga tahu dimana waris simati boleh dihubungi. Justeru, carilah waris-warisnya, kemukakan bukti simati pernah berhutang, tuntutlah dengan cara yang betul dan mengikut lunas undang-undang.

Maka sebab itulah, mengapa merancang dan  menguruskan harta sebelum kematian kita sangat perlu dilakukan. Tapi menyedihkan, kita sebaliknya hanya mengurus dan merancang bagaimana mendapatkan dan mengumpul harta.

kita sering abaikan dan memandang ringan serta mengambil mudah bahagian kemuncak dari semua pengumpulan harta yang ada iaitu, pembahagiannya
*bagaimana?
*hutang-hutang diselesaikan cara apa?
*Harta yang tinggal harus di bahagikan kepada siapa?
*Berapa bahagian?
*Siapa lagi yang layak?
*Bagaimana Kalau aku ingin bersedekah, wakaf?

Bila diajukan cadangan dan persoalan, kita terus- terusan menangguhkan dan melambat-lambatkan tindakkan.

Lalu, ketika kita masih lagi bertangguh dan kematian mendahului kita, maka inilah salah satu kesan dan akibat dari sikap kita yang ambil mudah segala resiko.

Paling dikesali, kita masih lagi salah faham bahawa, kita tak perlu untuk kita merancang dan merangka wasiat, menulisnya apatah lagi, kerana kita rasa, sistem pembahagian Islam iaitu Faraid telah ada, jadi kalaulah aku mati esok pagi pun, tak ada masalah. 

Walhal sekali lagi ditegaskan bahawa, Perancangan Harta Pusaka iaitu Penulisan Wasiat anda adalah sebagai bertindak sebagai PENTADBIR kepada Harta dan Faraid itu bertindak sebagai Cara PENGAGIHAN. 

Jika disesebuah organisasi, ada pekerja, tapi tiada bahagian yang menguruskannya, adakah mudah pekerja faham, tahu, bertindak mengikut apa yang diamanahkan?

Justeru, ambil sedetik masa dan fikirkan "kalaulah aku mati esok?" ...K A L A U  L  A H!!!

********

Kisah ini saya ambil dari email yang dikirimkan kepada saya..


Selalu kita mendengar hal kepentingan selesaikan hutang dan isu kematian.

Gambar yg disertakan ini adalah literally hutang datang ke kubur utk menuntut hutang.

Ianya saya rakamkan di kubur Lembah Keramat belakang petronas, dimana satu batu  nisan diselubungkan dgn plastik dan di dalamnya ada message hal hutang dan yg menuntut hutang siap letak business card didalam plastik itu.

Mungkin yg tuntut hutang ni letak dgn harapan ahli keluarga akan contact dialah.So hati hati ngan hutang..jgn dia datang atas kubur...datang dlm kubur tu satu hal lagi.

http://wasiatuntuksiapa.blogspot.com/2011/06/akibat-tidak-merancang-harta-hutang.html

Wednesday, June 22, 2011

Cantik ke JELIR LIDAH!?

rasanya aku sangat terpanggil untuk meluahkan rasa. mungkin sekaligus bertanya  pada kalian teman dan sahabat semua.



mungkin aku tak paham kot, atau tak ikut perkembangan semasa, atau jauhhhhhhh tertinggal dalam arus kemodenan sekarang ni..ke kolot sangat ke.. tapi tolong sesiapa yg paham jelaskan sikit KENAPA ORANG SEKARANG SUKA TANGKAP GAMBAR JELIR LIDAH, TERUTAMA PEREMPUAN? rasanya banyak buruk dari baik.
Rata-rata mereka anak remaja, malah ada yang masih dibangku sekolah rendah, juga terikut-ikut gaya ini. Payah rasanya hendak menjawab pada anak-anak yang bertanya, kerana kita mengajar mereka tentang tertib dan moral, tentang adab. Tapi rata-rata, mereka yang bergambar sekarang ini tidak akan terlepas melakukan aksi tersebut.


Tak payahlah aku nak sertakan ayat Al Quran atau Hadis Baginda Muhammad saw. Kali ini tak perlu sarat dengan segala macam dalil, kita cukup dewasa dan berakal, bagaimana fenomena ini tercetus dan semakin dibudayakan. Mungkin dari sekadar main-main sekarang dah tak boleh main-main sebab dah jadi satu cara yang jengkel bila dilihat.

ooppsss.... geli pula lihat lidah sendiri terjulur lalu dipotretkan...

P/S : oh ye.. semua gambar ini sy dapatkan dari internet. Jadi ia sekadar gambar hiasan, tapi kalau ada tuan empunya diri disini..Harap maaf!!!

Tuesday, June 21, 2011

Hukum *SEBAB* dan *AKIBAT* = ** HASIL**


Pernah dengar? "TAK ADA 1 PUN YG BAIK DLM HIDUP AKU"
Moral : Hidup kita adalah satu kitaran ((((tenaga)))), kalau tiada 1 pun yg baik, andalah yg salah. "sesuatu yg anda percayai sentiasa berlaku & kepercayaan anda terhadap sesuatu menyebabkan ia berlaku - Frank Lloyd Wright.

Hidup adalah apa yg kita minta!!!

Mamat memikat wanita dengan wang dan intan berlian, bila teman wanita bosan dan angkat kaki, katanya mereka sekadar menggunakan dia untuk mengikis wangnya. Apahal? dah kalau mamat memancing ikan, guna intan berlian, dia akan dapat ikan yang berselera intan belian, apa nak marah?

Minah suka pakai baju mendedah 3/4 dadanya.. tapi jangan ada lelaki yang memandang, katanya mereka hanya mahukan badannya. Tapi dia lupa bahawa dia membuat promosi dan memberi tayangan secara lansung dengan percuma? kenapa mengamuk?

Begitulah hidup, kalaulah kita jujur dgn diri sendiri, kita pasti boleh senaraikan hampir semua yg berlaku dan terjadi kepada diri kita adalah kerana kita telah membantunya untuk menjadi kenyataan.

Justeru, usah sentiasa menyalahkan keadaan semata-mata. Cubalah berehat dibawah sepohon kelapa dan lihat bagaimana dan mengapa Allah tumbuhkan ia begitu tinggi, ada sebab dan tentu ada akibatnya jika  ia jatuh tepat keatas anda yg duduk dibawahnya, walhal saya cuma 'suruh cuba',  anda yang  ambil resiko itu, anda boleh pilih utk tidak berada dibawahnya...hahaha!

Maka itu,. perhatikan hukum jagat, kesan hukum SEBAB dan AKIBAT = HASIL  dalam hidup anda sendiri, perhubungan, kejayaan, kekecewaan, ,....

sebab aku buat begini.. maka akibatnya ...begitu...

Insya Allah jika anda boleh menerima kenyatan hukum SEBAB & AKIBAT...anda pasti lebih teteram dan terarah untuk bertindak dengan cara yang betul bagi memastikan hasil yang baik..

Misi kita bukan untuk merubah dunia ,Misi kita adalah utk MENGUBAH DIRI SENDIRI, ketahuilah tiada penyelesaian LUARAN, hanya penyelesaian DALAMAN. apa yg anda rasa didlm, itulah anda dapati diluar, kita tdk akan dpt membaiki hidup dgn berusaha dari 'luar'. Baiki emosi, minda dan Elmu, Insya'llah kejayaan akan menghampiri.


Ingatan untuk diri (ku) yang mungkin lupa..
~* UMMI *~

Wednesday, June 15, 2011

memilih cinta mencari jodoh




Saat artikel ini saya hantar, saya dalam perjalanan ke Selatan tanah air. Pontian destinasi, walimatul urus ingin dihadiri. beberapa minggu ini saya tersenyum manis melihat wajah-wajah bahagia teman taulan. Menjadi raja sehari.. eh kenapa sehari yek? yang lelaki dah tentu jadi raja sepanjang bergelar suami.. heheehe.. 

Tiap kali melihat wajah mempelai, saya suka mengimbau perjalanan kisah cinta manusia. ada ketika sekali jatuh cinta. kita rasa telah bertemu pasangan sejati, ada waktu kita putus cinta dan mencari penganti. tapi tidak juga berkenan dihati..


Begitulah perjalanan hidup, ia bukan cerita novel yang indah untuk dibaca,. tapi ia adalah satu pilihan.. ada waktunya pilihan mungkin kelihatan salah, tapi pengajaran darinya adalah membentuk kita menjadi insan yang tahu bahawa .. apa pun keadaan, pergantungan terakhir kita adalah semata-mata kepada Allah swt jua.

*********

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya


Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?


Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.


Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?


Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.


Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…


Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?


Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.


Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.


Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?


Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…


Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….


Moral :Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah anugerah Allah, dengan doa dan redha, itu lah pasangan anda, terima dia seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.


Dan perkahwinan adalah menyatukan 'dua' hati 'dua' sikap, 'dua' manusia... yang banyak bedanya namun merasakan saling melengkapi, walau pada masa lain, mungkin kita terluka atau melukakan.


Buat bakal mempelai, atau yang baru saja mendirikan masjid..


SELAMAT PENGANTIN BARU, SELAMAT MENEMPUH ASAM GARAM RUMAHTANGGA, SELAMAT BERSABAR MENGHADAPI DUGAAN,
MOGA ALLAH SWT SAJA 
TEMPAT KITA BERSANDAR...
~
Ummi Nur Jannah~

2211.22042010

Sunday, June 12, 2011

kisah batu kecil dan kunci syurga


Kalau tanya pada sehelai daun pun, dia akan mengatakan ingin masuk kesyurga Allah swt. Itu daun, bagaimana dengan manusia? terutama umat islam..kita juga, walaupun siangnya bekerja, tak ingat kat mana sejadah dan malamnya berkiblatkan keseronokkan duniawi semata.

Lalu mampukah akhirnya kita mendapatkan syurga yang kita minta?

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. 

Sabda Rasulullah mengatakan :


"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)


Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :


"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."


Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.


Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolak lelaki itu masuk ke pintu neraka tersebut.Akan tetapi lelaki itu tidak dapat masuk melaluinya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.


Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. 

Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :


"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."


Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Begitulah, bahawa kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.


begitulah kasih sayang yang Allah swt buktikan kepada kita hambaNya.

kalimah tauhid yang diucapkan dengan hakkul yakin akan menjadi pembuka kepada pintu-pintu syurga.


Lalu bagaimana agaknya bagi umat Islam hari ini yang lansung tidak mengucapkan kalimah tauhid itu, jika tidak lansung bersujud?


Apakah Islamnya bagaimana Agamanya dan dimanakah kesudahannya?


betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL


Bismillahirahmanirahim ...
Ya Allah, kami tak mampu untuk masuk ke Syurgamu
Namun, kami tak sanggup untuk masuk ke Nerakamu
Sesungguhnya Kami Adalah Insan Yang Amat Hina Lagi Dhaif

amin.. Ya'Allah, sesungguhnya walau kami malu, kami tetap mengharapkan syurgaMu..maka Ya'Allah, Yang Maha Lembut dan Maha Pemurah, Allah yang memiliki Arasy yang agung... kami mohon kepadaMu.. makhbulkanlah permintaan kami..


amin........