SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: adap
Showing posts with label adap. Show all posts
Showing posts with label adap. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Cantik ke JELIR LIDAH!?

rasanya aku sangat terpanggil untuk meluahkan rasa. mungkin sekaligus bertanya  pada kalian teman dan sahabat semua.



mungkin aku tak paham kot, atau tak ikut perkembangan semasa, atau jauhhhhhhh tertinggal dalam arus kemodenan sekarang ni..ke kolot sangat ke.. tapi tolong sesiapa yg paham jelaskan sikit KENAPA ORANG SEKARANG SUKA TANGKAP GAMBAR JELIR LIDAH, TERUTAMA PEREMPUAN? rasanya banyak buruk dari baik.
Rata-rata mereka anak remaja, malah ada yang masih dibangku sekolah rendah, juga terikut-ikut gaya ini. Payah rasanya hendak menjawab pada anak-anak yang bertanya, kerana kita mengajar mereka tentang tertib dan moral, tentang adab. Tapi rata-rata, mereka yang bergambar sekarang ini tidak akan terlepas melakukan aksi tersebut.


Tak payahlah aku nak sertakan ayat Al Quran atau Hadis Baginda Muhammad saw. Kali ini tak perlu sarat dengan segala macam dalil, kita cukup dewasa dan berakal, bagaimana fenomena ini tercetus dan semakin dibudayakan. Mungkin dari sekadar main-main sekarang dah tak boleh main-main sebab dah jadi satu cara yang jengkel bila dilihat.

ooppsss.... geli pula lihat lidah sendiri terjulur lalu dipotretkan...

P/S : oh ye.. semua gambar ini sy dapatkan dari internet. Jadi ia sekadar gambar hiasan, tapi kalau ada tuan empunya diri disini..Harap maaf!!!

Tuesday, November 9, 2010

panduan bersahabat - nasihat imam Shafie



Ada orang kata.. kenalan, ada yang panggil teman, tak kurang juga kawan.. handai... taulan dan dalam semua itu sahabat adalah kedudukan yag paling tinggi. mereka ini setia , dalam susah dan senang, mereka tidak akan sesekali membiarkan sahabat mereka dalam keadaan sedih dan merana. mereka sedia berkorban demi melihat sahabat nya bahagia.. 1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Sumber: SUARA MASJID AL-AZIM





Moral : sabahat yang benar-benar seorang sahabat adalah tidak akan sentiasa berkata 'ya' ada waktu dan ketikanya.. anda dan dia seperti bergaduh kerana menegakkan kebenaran masing-masing.

sahabat yang baik akan menegur ketika kita berbuat silap dan menyokong ketika kita benar, menghukum ketika kita bersalah dan membela ketika kita terainaya.

sahabat yang sebenar akan menutup aib mu dan mewar-warkan kebaikan mu.

sahabat tidak akan membiarkan kita tersesat walau dalam cahaya dan memimpin kita kala dalam kegelapan.

Dan aku bersyukur kepada Mu Allah kerana aku mempunyai ramai sahabt.. bukan sekadar teman atau kawan..

~Ummi Nur Jannah~
0042.05052010

SUKA HATI AKU LAH NAK BUKA TUDUNG!!



kenapa saya buat artikel ini?  asal mula artikel ini saya buat dan hantar ke Facebook. asbabnya, ramai sangat kat Facebook tu yang dan terover, dah tak sedar agaknyer, atau terpesona dengan kecantikan diri sendiri. mana tidak, ramai saya perhatikan, pergi kerja bertudung, balik kerja buka tudung, pergi kerja, jalan2 tak bertudung, tapi bila balik kampung umah sedara mara.. bertudung pula. aduhai.. tolonglah, kalau rasanya dan bersedia nak bertudung, bertudunglah betul2, kalau rasanya masih giler nak berfesyen.. tak payahlah main2 . dosa pahala satu hal, yelah betul bukan kita /saya yang tentukan, tapi memalukan pun ye juga, bangsa asing yang bukan Islam tenguk pun akan ketawa je..
dah kalau tudung / undang-undang Allah swt. kita leh selamba..makna kata, yang lain pun...bolos!

******

apa hal!?

apa korang ingat aku buat, hak aku naper nak sibuk, apasal nak rasa marah plak? suka ati aku lah.. aku nak pakai, kejap nak buka, ada aku kisah apa korang nak cakap,.. kubur asing2, tak payah nak ajar apa aku nak buat, tu urusan aku dgn Tuhan, korang jaga kubur sendiri..

Assalamu'alaikum... eemm.. ko nak buka tudung yek...

ok jer, tak ada hal, rasa? eh tak ada rasa mendalah, bukan kepala aku kepala kau.. kau yang nak pakai ke tutup ke..hak kau. betul2 aku pun tak ada hak nak larang kau, ha . lagi betul tu urusan kau dengan Tuhan, yelah, jaga kubur sendiri ye tak.

tapi...

aku cuma nak kasi tau je ni. tak ada niat nak menegur tak ada niat nak melarang jauuhhh sekali nak mengajar,. aku pun tak ada sijil layak jadi cikgu, jadi ni tahap2 macam sembang2 je lah kiranya ye...

gini, memang hak kau 100%, tapikan kau pernah dengar tak pasal hak pesan berpesan, alah yg dalam Al Quran tu, tak silap aku gini bunyinya

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran." ~ Al-Ashr 1-3

Jadi, cuma pesanan je ni kat kau. memang kubur tu hak kau seorang, tak ada kongsi-kongsi, kalau ada pun sok esok kau mati satu liang lahad dengan orang lain, pakej kau, dia tak dapat. gitulah adilnya Allah bagi kat kita

kalau nak lawak, aku cakap gini je ye,.. bukan apa, alah. sok-esok kalau kubur kau sebelah kubur aku, takut bisinglah, maklumlah, kita ni kalau menangis, meraung kena balun, bukan sikit-sikit anak tekak kita menjerit, kot nanti malaikat beduk kau, aku tengah tidor ke, bising sikit, aku tak leh nak rehat, sebab tu aku bagitau ni, kubur asing pun, sebagai jiran, aku tak nak lah kau bising, aku pun peningkan....

ha ah satu lagi, bukan apa, bila kau kata orang lain tak akan kena soal, silap sikit, pasal gini, kalau aku tahu kau nak terjun lombong, aku tak tolong selamatkan kau, esok kau datang kat aku, kau leh dakwa aku tak tolong kau, jenuh gak aku nak jawab depan Allah pasal apa aku tak tolong ingatkan kau tudung tu wajib. elok-elok kot aku boleh lepas, kantoi pula.. ye tak

jadi sebab tulah sekarang ni aku bagi tau je, alah bagi tau je, kau tak usah pula terasa hati ke marah ke, ye tak. aku tak kisah kau nak buat apa pun, betul. cuma tulah bagi tahu je. bab lain, apa yg termaktub dalam Quran, apa yang Baginda sabdakan, aku rasa kau lebih tau kot dari aku, sebab kau pun bukan calang-calang orang aper..

Kau lulusan tinggi lagi dari aku, kerjaya bagus, gaji 4 angka tu, rumah cantik, kenderaan baik, solat pun Alhamdulillah tak tinggal aku tenguk,mengaji tentu kau dah khatam, bab sedekah aku perati kau ni memang pemurahlah, syukur. jadi tulah kan, memang senang nak cerita dengan kau, tak payah panjang berjela-jela. kau tahu banyak perkara.

cuma betullah, apa kau cakap dari mula, kau ada hak, kubur pun asing. tapi aku ada tanggungjawab, aku ada tugas, aku wajib bagitau. sekali lagi bagitau. bukan dakwah-dakwah.. eh tak, b a g i t a h u je. kau fikirlah semula ye.

oh ye, masa fikir tu, lebih baik kau buat masa kau lepas solat, pasal masa tu kau masih pakai telekong solat, kau tenguklah wajah kau yang cantik tu depan cermin, bersih je, pastu kau fikirlah sambil-sambil kau bayangkan, kalau lah aku mati ..

bukan apa, bila kau kata, yang orang lain tak ada hak nak tegur larang tu. betul lah, aku setuju tu, tapi kau agak-agak, kalau kau mati suk, orang lain yang tak ada hak nak tegur larang kau jugalah yang akan kena urus jasad jenazah kau, tak ada lagi orang mati, mandi sendiri, jalan gi tanah kubur, korek sendiri dan masuk, kambus sendiri, semua 'orang lain' yang tolong uruskan.

Jadi,.. bilamana ada kesilapan kita, orang tegur, tahulah kita sebenarnya orang lain ada hak keatas kita!.

eh. tak apalah, aku nak balik dulu, kau fikirlah ye apa yang kita sembang-sembang ni...kalau sekarang kita tak mahu bertudung, akhirnya nanti kita akan ditudungkan juga, itulah sehelai dari atas sampai kebawah, sebelum masanya sampai, mulakanlah, kepada yang suka bertudung macam chipmore, fikir2kanlah semula ya.

kat FB pun...ramai suka begitu, gi keje pakai tudung, gi jalan tak bertudung, tangkap gambar muat naik yg tudung dan tak bertudung.. mamcamana tu? aku pun tak berapa paham, maklumlah aku tak ditempat kau, aku tak tahu matlamat kau apa, macamana, untuk apa,kenapa...kau je yang tahu jawapannya

tudung sekarang pun lawa-lawa, macam-macam jenama ada, boleh pilih, tak apalah, sebelum sampai peringkat nak bertudung labuh, mula sikit-sikit, mudah-mudahan kalau nawaitu kita kerana Allah, Insya'Allah lembut hati tu, sok nanti mesti kau leh sarung tudung labuhkan, lah ni mulalah dulu, jaga tudung tu ye.

cuma aku berpesan kerana kasih dan sayang, kalian semua hebat-hebat belaka,jadi bawalah kehebatan itu hingga kesana,.. Insya'Allah,pasti kalian lebih bahagia.
bukankah itu yang selama ini kita cari.B A H A G I A!.. malah ada yg bunuh membunuh, sihir mensihir, berdendam kesumat sebab merebutkan bahagia ni lah,.. tak kan kau tak tahu, jadi matlamat bahagia yg mana kau betul2 nak. kat sini ke kat sana ke.
.

ha, dah cukuplah ye, aku dah sudah pun, panjang bejela pun tak guna, sikit-sikit cukuplah, kau orang yang hebat, sekali lagi.. hebat!...

balik dululah ye...

Assalamu'alaikum

~UNJ~ 0956.29102010

Tuesday, July 13, 2010

Tekan Saja Handphone tu, tak payah buat-buat kyusuk



"If that is Jesus, tell him that we're talking to his Father at this moment!"
Itu kata sindiran seorang paderi kepada salah seorang ahli 'jemaah'nya, tatkala kedengaran deringan telefon bimbit ketika beliau sedang menyampaikan sermon (khutbah) di dalam sebuah gereja. Maksud beliau, walau Jesus yang membuat panggilan sekalipun, ianya tidak sepenting apa yang sedang dilakukan ketika itu.

Masalah yang sama juga sering dihadapi oleh kita umat Islam. Kerapkali terdengar nada deringan yang berbagai irama ketika umat Islam sedang menunaikan solat di masjid.

Kalau ringtone selawat, zikir atau seumpamanya pun masih dikira sebagai gangguan kepada jemaah, apatah lagi nada dering yang diambil dari lagu-lagu popular! Memang boleh hilang khusyuk.

Persoalan yang seringkali bermain di fikiran individu berkenaan, ialah "mana boleh bergerak (untuk matikan handphone), nanti batal solat!"

Heh. Takut batal solat ya? Tapi tak takut pula mengganggu solat jemaah yang lain.

Menurut fiqh dalam mazhab Syafi'i, sebarang pergerakan yang besar melebihi tiga kali pergerakan berturut-turut, akan menyebabkan solat terbatal. Bagaimanapun, pergerakan sendi jari jemari tidak dikira sebagai pergerakan anggota besar.

Sebagai contoh, jika seseorang menghidapi penyakit selsema, dibenarkan untuk mengeluarkan sapu tangan (atau tisu) dari saku dan mengelap hidung yang berair (dan kemudian menyimpan tisu itu ke dalam saku kembali). Hukum melakukannya adalah wajib, kerana membiarkan hingus jatuh mencemari ruang solat adalah haram (ada sesetengah pendapat yang lain mengatakan makruh).

Mengapa? Kerana hingus yang jatuh menitis ke lantai (atau permaidani) masjid akan mengganggu jemaah yang lain. Belum lagi diperkatakan tentang jangkitan kuman. Bukan makruh lagi jika perkara ini diambil kira, sememangnya HARAM.

Maka, dengan mengambil hukum secara qiyas, hukum mematikan telefon (atau sekurang-kurangnya menghentikan deringan ketika jemaah sedang solat), juga hukumnya WAJIB.

HARAM jika membiarkan telefon terus berdering kerana ianya pasti MENGGANGGU jemaah yang sedang solat.

Jadi, hanya individu yang jahil tentang fiqh sahaja yang akan terus membatukan diri, membiarkan irama nada dering itu berterusan membingitkan ruang solat. Harap kita tidak termasuk dalam golongan itu.

Andai sekiranya pergerakan mematikan telefon itu membatalkan solat anda sekalipun, itu masih ringan jika dibandingkan hukum mengganggu seluruh jemaah yang sedang berhempas pulas untuk khusyuk. Larat ke nak tanggung?

p/s- beberapa hari yang lepas, dalam rakaat pertama kat surau pasaraya, tiba-tiba ada handphone berbunyi..aku betul-betul tak tahan..aku batalkan solat, dan sound je ke arah bunyi handphone tu.. "TEKAN SAJALAH HANDPHONE TU, TAK PAYAH PURA-PURA KHUSYUK!!"

Astaghfirullahal-Azim...semoga Allah mengampuni segala dosa kita semua.





terima kasih is-haque atas artikel ini.


BENARLAH.. !!!

saya setuju... bukan setakat HP sebenarnya..TAPI LEBIH KEPADA MENTALITI.. asbab, kalau dah tau nak solat.. kenapa tidak tutup dulu, atau silent mood.. apa sangatlah terlepas satu dua call. kot ia tunggu biz call., awek call, pakwe call, apa saja.. ia tidak sepatutnya mengatasi waktu kita mengadap yang tak sampai pun 10 min.

itu ada gak lagi hp.. dah tentu yang buat panggilan tu tak nampak.. org yg dihubungi tengah wat apa...

paling menyakitkan hati bilamana (kes surau perempuan dlm pasaraya juga sebagai cth).. kita hendak solat.. sudahlah tempat sempit, tak tau samada dah solat, tak boleh solat atau apa saja.. tapi duduk berlonggok, yang paling sakit jiwa.. berbual dgn kuat, ketawa cerita pula.. pasal gossip artis. pasal fesyen.pasal hal rumahtangga. tambah jiwa kacau. nak tegur..ah.. lemahnya aku.. tak mampu.. yg boleh, aku berganjak cari tempat jauh sikit.. atau teruskan aje solat.. yg hanya Dia je tau kualiti solat ku dimana...

jadi kalau ada hati nak masuk bilik solat...nak solat... betullah tu.. TOLONGLAH TUTUP HP ANDA SEBENTAR CUMA..

Wednesday, April 8, 2009

BERSEDEKAH? ATAU BUANG SAMPAH?


Sedekah? semua orang tahu pasal sedekah, juga ramai yang suka bersedekah, malah kengkadang tu.. sikit-sikit kita dengar "tak apa aku sedekah" sikit-sikit "alah kira sedekah jelah"..

Saya masih ingin bercerita tentang sedekah, asbab banyak kesilapan yang kita buat tanpa kita sedar, atau barangkalai sedar tapi ambil remeh...

Ada tikanya, kita tidak betul menghayati fadilat bersedekah, lalu bersedekahlah kita alah kadar, ada kalanya mungkin kita tidak berniat untuk menunjuk atau riak, tapi tanpa sengaja kita telah pun melakukannya. semoga Allah Swt membetulkan nawaitu kita dan mengampunkan dosa kita.
Ketika lain pula kita bersedekah barangan atau benda, kadangkala kita boleh lihat, samada kita benar berniat sedekah atau ingin membuang barang lama sebenarnya. asbab saya pernah melihat sedekah yang diberi tidak layak dipanggil sedekah, mungkin juga kita tidak sengaja, tapi sering yang menerima sedekah adalah orang yang tidak bernasib lebih baik dari kita, justeru mereka ini lebih sensetif dari biasa.,

andai ada yang bersedekah baju misalannya, biarlah yang diberikan itu masih boleh dipakai, bukan yang sudah seperti kain sal (buruk) kita kata kita bersedekah. Jangan dihina (secara tidak atau sengaja) perasaan mereka ini. betul mereka tidak mampu, tapi apakah kain koyak, terbakar kerana menggosok, zip rosak, tengkuk baju sudah berbulu, bertompok dengan kesan makanan, butang hilang, jahitan terbuka...kita kata sedekah??

kalau kita sendiri sudah tidak mahu memakainya apatah lagi orang lain.

kalau makanan pun begitu juga, berilah yang terbaik, yang mana ia 'lazat' ditekak kita, maka yang itu juga kita sedekahkan kepada orang, janganlah berkira nikmat, sedapnya hanya sampai ketengkorok, jatuh saje keperut ia tidak dikira apa lagi.

kalau buah berilah yang masih mengkal, jangan yang benyek dan berbau atau sudah berair, kalau lauk berilah isi bukan tulang atau yang dah nak basi.. beri sedekah ibarat kita memberi kepada diri sendiri, bagaimana istimewa layanan kita kepada diri kita, begitulah kepada 'saudara' kita, apatah lagi mereka yang dalam kekurangan.
mereka bukan tempat kita 'membuang sampah'. bersedekah bukan sekadar kerana nak bersedekah, nak pahala, tapi bersedekahlah dengan sifat Allah, Ar'Rahman dan Ar'Rahim yg Maha Pemurah, Maha Pengasih... bayangkan kalau kita dibuat orang seperti pap yang kita lakukan...tentu kita juga akan terasa

Ingatan kepada diri sendiri, andai kita ingin membuat kebaikan, biarlah kebaikan itu mengundang kepada kebaikan yang lain pula. seperti mata tangga, kita melangkah dari satu aras paling bawah membawa keatas, bukan seperti menuruni curam, yang kadangkala menyebabkan kita tersungkur sakit.

orang yang menerima sedekah akan berterima kasih kepada kita, lalu akan mendoakan kesejahteraan kita, doa orang yang susah ini seringkali tiada hijab doa mereka, Insya'Allah akan dimakbulkan. tidakkah kita inginkan tiap kebaikan yang kita buat sekali, tapi berganda berkali kali?

silapnya kita kadangkala, menyebabkan kita berdosa dan sipenerima juga berdosa.. manakan tidak, sudahlah benda yang buruk yang kononnya kita bersedekah, diterima oleh orang, mengecilkan hatinya lalu takkala mereka bersunggut tidak puashati, ibarat mereka tidak mensyukuri nikmat Allah beri, sedangkan sedekah itu juga sebahagian dari 'rezeki' mereka. kenapa kita boleh tergamak buat begitu? tak sengaja? berhati-hatilah.. jangan buat kita dan orang lain berdosa.


emmm... tak perlulah saya membebel panjang, kita semua cukup akal dan fikiran yang Allah bekalkan, terserah dan terpulanglah cara mana untuk kita mencapai redha Allah dalam hidup .

kalau kita menghayati bahawa setiap perbuatan itu ibadah, tentu kita berebut-rebut membuatnya dengan ikhlas. tapi bukan mudah untuk kita menghukum, saya juga tidak menyalah kan sesiapa, sekadar berbicara meluahkan rasa,tepuk dada tanya iman kita.
Jadi 'pause' sebentar nawaitu bersedekah, perhatilah betul-betul.. layakkah itu kita kata bersedekah atau sebenarnya kita hendak buang sampah...