SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: May 2009

Thursday, May 21, 2009

UMMI KITA DAH ADA PAK WE!


Hu hu… malam lepas, aku tengah lipat kain bila anak dara kenit ku menjerit bagi salam tika pulang dari kelas Al’Qurannya. Usai menukar pakaian ngaji, dia datang dari belakang memeluk tengkuk sambil bertanya “mi, alah sibuk ke,mi kita goleng-goleng jom, kita nak cite-cite dengan ummi, bolehlah, please…”.

Tak sampai hati, terus saje aku letak kemeja yang ditangan sambil tu pura-pura protes “ alah, kalau dah ada menda dengan ummi tu, buat baik lah ye.. ni mesti ada story ni. Betul tak?”

“alah ummi ni, orang nak bagi tau rahsia ni, untuk ummi je, boleh lah mi”

“oklah, jom goleng-goleng”. (aktiviti berguling- guling atas katil dia lah, apa lagi)

“ha, citer lah apa benda yang rahsia sangat nak bagi tau ummi ni?”

“nanti, nak peluk-peluk dulu”..(
sambil peluk dia tergelak-gelak)

“mi, kita nak bagi tau, tapi ummi tak marah kan”

“emm.. tenguk keadaan, kalau patut tak marah, tak lah, tapi kalau awak buat salah, ingat yang ummi marah tu bukan awak, tapi perkara yang salah yang awak dah buat tu, ha apa lah tu, tupperware minum hilang lagi ke?”

“tak, tapi nak bagi tau, kita dah ada pak we”

glup.. glup.. aku telan liur sendiri, tapi muka aku selamba je..

“eh, iya ke, lah betul ke, sape nama dia ?”

“nama dia sama nama nabi yang pertama, Adam”

“oh, bagus nama dia, Adam, emmm… Adam nabi pertama ALLAH cipta, duduknya di Jannah sebelum dihantar kedunia..kira oklah Adam jumpa Jannah yek”

hihihi ( lemaknya dia tertawa, macam beriya benar).. tapi rahsia tau ummi, papa tak boleh tahu tau, please, jangan bagi tau papa, ni rahsia kita berdua je”

“ok, ok, mi tak akan bagitau papa, dia satu sekolah kebangsaan ke sekolah agama?”

“sekolah kebangsaan, dia ketua kelas bahasa Arab kita, kan kita masuk kelas bahasa Arab”

“oh, dia duduk mana?”

“tak tau”

“lah, kata pak we, tapi duduk mana tak tau, camne jadi pak we awak kalau tinggal mana pun tak tau”

“ eh, ummi ni kita tak kan nak borak dengan dia Tanya dia tinggal mana, malulah”

“eh, awak tak pernah cakap dengan dia camne awak kata dia pak we awak ni?”

“adalah, kita ada cakap tapi tak lah banyak, sikit je”

“oh, dia dari kelas awak ke?”

“tak dia dari 3M, jumpa masa kelas bahasa Arab je”

“tak pernah terserempak kat kantin ke, makan sama ke?”

“eee.. tak adalah ummi ni, malulah mana ada makan sama, kita tak pernah pun kawan dengan budak lelaki lah ummi ni, kita dengan kawan pompuan jelah”

“oklah, Tanya je, kot kot awak ada berbual-bual”

“tak, cakap sikit-sikit je”

“emm.. Tanya je, dia hensome tak dik?”

“hensomelah, putih melepak, tinggi lebih tinggi dari Sufi” (sepupunya yang satu sekolah juga.

“iya, oh….” ( panjang oh aku, alahai tuah..)

“mi, nantikan kalau kita kata dia pak we kita kan, masa naik sekolah menengah nanti dah tak jumpa dia kita jumpa orang lain pulak kan, kita suka dengan orang lain pulak, pastu kalau masuk universiti nanti jumpa orang lain kita suka dengan orang lain pulak , pastu dah habis universiti jumpa orang lain pula. Nanti kita pun tak tau siapa yang kita suka kan mi kan”

fuh, panjang anak aku ni berimiginasi…

tau tak pe, sebab tu, sebaiknya kita belajar bersungguh- sungguh dulu, sebab pilihan dalam hidup kita banyak, macam kita nak beli barang, selalunya kita belek-belek dulu, tenguk tarikh expired dia, tenguk ada halal ke tak, tenguk keluaran sykt mana, macam yang kita selalu buat bila pergi pasaraya, kan awak selalu tolong ummi kan”

“ha ah, tapi apa kena pulak barang mi ni, tak paham lah”

maksud ummi, kalau nak pilih pak we awak yang betul-betul awak nak kawin..

“alah mi ni, orang tak kata nak kawin lah orang Cuma kata orang suka dia, macam pak we”

“lah, iyalah ini ummi cerita kalau adik dah besar nak kawin sok, kena betul-betul pilih, bukan main ambil je, kalau kena yang dah expired, tak boleh nak makan, kalau tak halal lagi berdosa kalau termakan. Camtu lah contoh je”

“yelah, yelah.. tapi rahsia tau, kita tak nak papa tau nanti dia nyakat kita, dia Tanya pak we awak tu nilah semua, malulah kita”

“oklah, tapi kalau ummi tercakap camne, pasal tu papa, dia kena tau”

“alah ummi ni, tak baik lah tak amanah, kita nak jujur dengan dia je, tak nak lah”

“yelah sayang ummi ucap terima kasih sangat sebab belajar jujur dengan ummi, tak kisah lah apa pun, yang macam ni ummi suka, belajar jujur, Ya Allah semoga anak aku jujur kepada aku sampai bila-bila amin”
kata aku sambil mengangkat tangan gaya berdoa

“yelahkan jangan nanti apa-apa kita buat ummi tak tau, nanti ummi marah, ummi gak ajar cakap ape je, kita cakaplah, tapi promise tak kasi tau papa”

“ok, promise, dah tidolah, nanti sambung lagi ok”

“ok, time kasih mi,” sambil cium pipi aku..

alahai Jannatul ku sayang. Sambil kebilik sebelah menyambung lipatan yang terbengkalai, kepala ku berputar mengingat zaman aku seusia dia. Sumpah wallah (stail P.Ramlee) aku tak tau pun apa tu pak we mak we, yang aku sangat ingat dan masih melekat dalam kepala sampai lahni, dalam usia dia, aku berkawan dengan sepupu dari sebelah ayah yang hampir kesemuanya lelaki, kami main kondakondi, main jentik getah, main galah panjang, main polis entry, guli, tah menda lagi.

Paling tak lupa sampai sekarang ialah, kenakalan aku (nakal kot waktu tu) sama macam jantan, aku boleh panjat pokok rambutan, masa tu dirumah nenek saudara, sebab kononnya nak main sorok-sorok. Sudahnya semua orang dah ditemui, aku seorang mereka tak jumpa-jumpa, walhal aku dari atas pokok tu nampak mereka mundar mandir mencari aku, sambil mejerit memanggil, lansung aku tak berbunyi. Tapi dek kerana dah penat tercatuk atas pokok aku pun bersuara, tapi tulah dianya, pandai panjat tak pula reti turun, bila sepupu aku semua menjerit suruh turun, aku gemuruh, aku peluk dahan pokok kuat-kuat.

Udah-udah, terpaksa panggil jiran nenek, abang/ pakcik tu ambil tangga, panjat sambil pujuk aku turun, lama gak, baru aku nak turun. Semua pakat gelak-gelak, aku kejar dah tu tak dapat aku menangis.

Emmm itulah kisah 30thn dulu, hari ini..2009, anak dara aku kata dia dah ada pak we.. hehehee…lucu.. lucu.. tapi bukan lawak.
bersambung...

Tuesday, May 19, 2009

TAK BODOH TAPI TAK PANDAI JUGA RUPANYA

Minggu lepas kerumah ibu, anak & anak-anak saudara, sedang menontot TV, masing-masing sibuk mengadap.

APALAH!!! TAK ADA AKAL KE TAK PAKAI OTAK KE?

itu reaksi pertama kami, kepada satu sitkom di TV9 yang di hoskan oleh pelawak generasi baru Nabil. - PONDOK-PONDOK.

sketsa kali ini pasal isu mat rempit.. yang menonton mungkin tau, yang tidak saya cerita kan sikit.


diatas pentas, 3 kanak-kanak, 2 lelaki 1 perempuan, rasanya mereka tidak lebih dari 11 tahun. mereka bergerak bersama, kononnya membuat aksi atas moto, dengan bunyi brum..brumm, brummmm..

sampai satu tempat (kononnya) mereka berhenti, 3 kanak-kanak ini memulakan perbualan. yang tak mampu untuk saya ingati kerana begitu terkilan dan terkejut yang amat, tapi lebih kurang ayat-ayat 'pembunuhnya' seperti ini :

"ha amacam, ko dah sedia nak berlumba dengan aku?"
"aku pantang dicabar, ko tak kan tak kenal aku siapa"
"jadi, kita jadi lah berlumba malam ni"
"mesti jadi punya"
"eh, amacam dengan petaruhan kemenangan kita nanti, budak perempuan tu tau ke dia bakal dijadikan hadiah kepada siapa yang menang"...

ha!!!!

lepas pada tu saya dah tak mau dengar, tak kuasa, walau kononnya pada akhir sketsa, ada ditujukkan 3 orang 'kaki rempit' ni ditahan polis, tapi bagi saya pengajarannya TIADA!!! TAK BERFAEDAH, TAK BERMANFAAT!!

Tolonglah, siapalah agaknya yang jadi penulis skrip dan penerbit? ada tak fikir kesan jangka panjang kepada kanak-kanak yang menonton?

sampai anak dara saya (8thn) tanya "ummi kenapa pulak budak pompuan tu kena jadi hadiah kat orang yang menang? apasal tak bagi barang ke jadi hadiah?"

apa saya nak jawab? "saya kata, inilah akibat kalau kita melanggar perintah ALLAH, supaya jangan melakukan perbuatan yang boleh mendatang kemudaratan, bila dia tak dengar perintah ALLAH, yang sepatutnya tidak boleh dibuat, mereka buatlah"
Dah lepas tu panjang soal jawab saya dengan Nur Jannah.

bagi saya kalau nak buat sketsa pasal mat rempit sekalipun, buatlah yang betul, yang nampak oleh mata zahir kanan-kanak yang naif ni je, yang lebih advance dari itu tak perlulah nak diceritakan, boleh buat apa, sketsa mat rempit ni berlumba, kemudian jatuh motor, cedera teruk, patah kaki, lumpuh atau buta ke, mati ke.. masa ni selitkan kekesalan atau keinsafan tapi dah terlambat, kalau dari awal tak melibatkan diri dalam kerjaya merempat tak lah hidup tu susah dan menyusah kan orang lain.

bagi saya itu mungkin ada pengajaran sebab mata anak-anak kecil melihat dengan jelas, mat -mat rempit yang berlumba dijalanan bagaimana, tapi jarang mereka dapat melihat kesudahan tragis mat rempit yang mati katak terperesuk bawah lori atau, hilang biji mata, tersangkut pada pembahagi jalan atau putus kaki atau kepala, atau otak bersepai...

kisah PEREMPUAN SEBAGAI HABUAN TIDAK DIKETAHUI LANSUNG OLEH KANAK-KANAK BAWAH UMUR!!! jadi apa keperluan ia dedahkan sedemikian,dijadikan halwa telinga dan akhirnya menjad persoalan yang ingin diketahui oleh kanak-kanak sebelum waktunya.

ha? apa ? ada yang kata saya kolot? sekarang semua terbuka? hey tolonglah memang sekarang zaman terbuka, tapi bukan sebarang buka, boleh dibuka tapi biarlah kena pada waktunya. Rasulullah Saw pun dah mengingatkan kita, didik anak ikut zaman mereka, bukan zaman kita.
betul dan benar, maknanya dalam zaman serba canggih dan serba 'terbuka' langit terbuka, kain terbuka, dada terbuka, maka nak menerangkan yang terbuka ni bukan semberono, kena ada cara yang betul dan tepat.

terlalu terbuka sangat merbahaya, terlalu tertutup juga sebenarnya mengundang bencana. otak kanak-kanak sekecil itu mengumpul maklumat dan menyerap apa saja yang terhidang didepan mata, sebagaimana span kering, tanpa ada filter untuk menapis buruk dan baiknya. Jika ada bimbingan dan pantauan yang betul, maka bolehlah kita suruh mereka menggunakan 'folder' fikiran untuk mengasingkan tiap maklumat, dah tu boleh yang hampeh didelete atau yang baik di simpan.

masalah sekarang kebanyakan kita TIADA sewaktu maklumat ini diupload kedalam 1 trillion nueron otak anak-anak, mereka disekolah, pusat tution, rumah kawan, kita mencari rezeki, atau atas urusan lain. maka diantara waktu ketiadaan kita apa yang sebenarnya baik dan buruk anak diserap terus oleh anak-anak kita.

saya tahu, mesti ada yang kata, alah apalah sangat sekali tonton pondok-pondok tu, tapi kita terlupa, maklumat ini boleh tersimpan dalam fikiran, lalu pabila sampai waktu yang sesuai, perasaan ingin tahu, ingin cuba akan membuka semula folder dan file ini akan disuai padankan mengikut kehendak.

malaslah saya nak membebel panjang, saya tahu ada pro dan kontra, tapi bagi saya, siapa pun dibelakang tabir rancangan ini, TOLONG!!! tolonglah ambil berat bukan sikit tapi BANYAK, kesan keruntuhan akhlak anak-anak melayu sudah ditahap nazak, jika kita yang bertanggunjawab dan boleh menjadi medium untuk membantu membawa perubahan positif, jadikan rancangan kita sebagai satu medium yang baik. kita tahu naluri anak-anak suka berseronok, anda semua orang yang hebat, cari jalan bagaimana KESERONOKAN MEMBAWA KEBAIKAN DAN PENGAJARAN.. bukan seronok buta tuli, dah tak nampak apa yang boleh dan tidak , dah tak dengar apa yang betul dan salah.

Tiap kita akan dipertanggunjawabkan nanti, jadi biarlah tanggunjawab kita bawa itu adalah yang mendatangkan hasil disini untuk 'disana'. boleh tolong fikirkan tak benda ni? jangan tau nak untung je, untung tapi rugi sebenarnya kita ni..

wallahu'alam



Monday, May 18, 2009

LAW - ALLAH PUNYA LEBIH BERKESAN

Emm.. nak cerita kisah ni dari awal bulan, tapi tak sempat-sempat, terlupa pun ia gak, al-maklum, sebagai manusia, kelemahan paling ketara, mudah lupa, hinggalah saya berbual dengan teman, kisah rezeki..

biasalah kita manusia, bila sebut rezeki je, tak lain kita fokus pada RM, duit, walhal nikmat lain yang ALLAH beri itu juga rezeki. ya mungkin saja kerana kesilapan kita menghayati nikmat ALLAH Swt, kaya itu lah murah rezeki, kalau badan sihat, cukup sifat, ada tempat tinggal, ada kenderaan, ada kelurga, cukup kasih sayang, dapat beribadah dengan tenang dan selesa, makan cukup, tapi $$$$ tak cukup... belum betul-betul murah rezeki lagi.

Jadi persepsi ini sangat patut kita ubah dan buang, persepsi ini salah, malah masih dapat celik mata setelah kita baring semalam adalah nikmat yang tidak terucap, betapa kita harus syukuri ia kerana, masih dapat bangun dan meneruskan agenda yang telah dirangka tapi masih belum di lakukan.

bayangkan kalau baringnya kita malam tadi adalah pembaringan kita yang terakhir dirumah, selepas ini kita tetap akan baring, namun tempat dan keadaan telah berubah. kita baring dalam kubur pula, semua planning kita nak jadi kaya raya, nak berharta, nak itu ini, terputus dengan putusnya nafas kita yang terakhir. Segala kesilapan kita kepada orang kita tak sempat minta maaf, hutang tak sempat nak bayar, segala kesalahan orang kepada kita, kita tidak maafkan... bukankah itu menyukarkan kita disana kelak, jadi sewajarnya kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi kepada kita.

berbalik kepada persoalan murah rezeki, kita diajar untuk sentiasa berdoa, mohon kemurahan rezeki, malah solat Duha amat digalakkan sebagai langkah pertama kita membuka 'jalan' sebelum kita keluar mencari rezeki (bekerja dll). semua yang mengamalkan solat Duha tahu akan hal ini kerana dalam doanya sudah termaktub tentang permohonan kita kepada ALLAH untuk 'menarik rezeki'. LAW - Law Of Attraction, Kuasa Tarikan, Magnet, apa punlah istilahnya ia, sekarang ia menjadi satu fenomena duina. Sana sini orang sibuk bercerita dan bercakap serta berkursus bagaimana untuk menggunakan 'kuasa' ini dalam kehidupan kita.

samada untuk menarik rezeki, atau menjadikan segala impian atau rancangan itu satu kenyataan. Bagus juga jika ramai orang Islam tahu dan pandai menggunakan LAW ini dengan betul, kerana rata-rata ia dikuasai oleh bangsa asing, malah orang Islam seolah-olah terlepas pandang atau tak tahu lansung cara ini. samada dari segi spiritual atau mental.

Sebenarnya banyak kaedah atau cara untuk kita belajar menggunakan teknik ini, saya serahkan kepada pakar-pakar yang mengamalkannya untuk bercerita, biarlah mereka yang telah lama bergelumang dan mahir bidang mereka bercerita, saya cuma nak kongsikan pengalaman sendiri.
Jadi, hari ini saya nak bawa cerita kisah benar tentang solat Duha dan menarik rezeki.

Seperti biasa, kalau saya punya waktu terluang, saya pastikan saya dapat buat solat Duha, kalau tak dapat buat banyak kali salam, satu salam pun jadilah, Alhamdulillah, sejak saya jadikan ia satu rutin, saya mesti rasa ada benda yang tak kena atau tak siap selagi saya tak buat solat Duha ni. Bila usai solat Duha, baru boleh buat kerja apapun.rasa selesa dah lepas tu.

Satu hari tu, jumaat, saya solat Duha macam biasa, oleh kerana ada hal lain, saya dapt buat 1 salam sahaja, oklah. saya pun keluar rumah, saya nak ke pejabat sepupu, sebelum tu, saya singgah digerai kuih, sebenarnya saya tak ada berduit sangat waktu tu, ada dalam purse saya RM20. tak kisahlah, saya pun beli beberapa jenis kuih, semua jumlahnya dalam RM5.20.

saya pun terus kepejabat sepupu, waktu bertemu dengan sepupu, saya berjumpa juga dengan bos beliau, bual punya bual, tak tau lah apa kena dia happy sangat, dia kata pada saya "kak, saya nak bagi bonuslah, ni saya bagi je kat akak RM100. terimalah kak, kalau saya ada lebih lain kali kalau jumpa lagi, saya bagi lagi"..

glup.. glup.. saya terkedu, betapa besar nikmat ALLAH kepada hambanya dan betapa lekas LAW ALLAH itu berlaku. walhal saya memang memerlukannya. maka dapatlah saya gunakan 'rezeki' itu untuk keperluan saya yang tertangguh.

Dalam pada itu, saya merawang kembali kepada apa yang telah saya ucapkan dalam doa saya pagi tadinya, selain doa lazim saya ada memohon agar saya dapat extra RM100 atas keperluan saya yang tertangguh, lalu ALLAH makbulkan ia..

ALLAH 'bayar cash' kepada saya...
Justeru saya sangat menyeru sahabat semua, agar carilah ruang dan masa untuk lebih mendekatan diri kepada 'Tuan Empunya Dunia' kerana dariNya lah segala nikmat kita terima

semoga kita sentiasa dibimbing kejalan yang benar dan dalam pengawasan ALLAH Swt..

Friday, May 8, 2009

IBU..AYAH SEMOGA SELAMAT SENTIASA




ini gambar ibu dan ayah pergi haji.. (2004) hapi tul tenguk mereka, aku harap aku pun satu hari dapat ke Makkatul Muqaramah cam ibuayah,


Fuh tak lama lagi orang putih buat sambutan HARI IBU... kita orang melayu ni pun ikutlah 'SELAMAT HARI IBU'... apa jelah yang omputih buat tu, kita pasti ikut, jarang tak ikut...
tapi tak apalah benda baik, oklah boleh ikut, malah aku pun terikut-ikut, tak kisahlah, sebab bukan yang menyalahi sunnah, malah Rasulullah Saw pun mengingatkan kita agar hormat ibu 3x lebih banyak dari ayah, bukan bererti ayah tak perlu dihormati, tapi sebab ibulah yang seksa sejak dari mula kita tumpang rahim dia sampailah hari ini...
Aku ibu, aku ada ibu, ibu aku pun ada ibu dia lagi.. fu yoooo bestnya.. anak aku paling best, dia dapat berjumpa nenek dan moyang dia selain aku ummi nya. malah anak aku juga sibuk (konon nak suppries ummi dia) tapi kecoh aku dengar dia berbual dengan sepupu dia nak buat kad, beli bunga untuk bagi Ummi ... hehehe.
Aku anak sulong, ada 3 lagi adik bawah aku, BANGGANYA JADI AKU sangat bangga. sebab apa- apa hal aku dulu.. dari kecil jarak aku dengan adik no 2, 5 tahun, akulah permata berlian ibu dan ayah, hatta sampai sekarang apa-apa hal musti cari aku dulu.. tak kiralah, nak ngadu dengan aku, nak marah pun 'spray' kat aku, walau bukan salah aku, nak manja pun dengan aku, sakit pening pun aku, nak bejalan cari aku, nak buat apa keputusan pun bincang dengan aku, jadi mau tak bangga jadi aku. (syukur sebenarnya, ibuayah kita menghargai kita) bukan kata adik-adik aku tak leh pakai, sama gak, cuma mungkin kata orang tua-tua, dalam ramai anak camne pun ada seorang yang orang tua lebih senang / selesa atau untuk bawa ketepi tengah, mentelah pula aku anak sulong.
heheheh... aku tak pernah tunggu hari ibu baru nak sambut, bagi aku hari-hari lah hari ibu, hari ayah gak, sebab aku tahu perasaan seorang ibu, pasal aku pun ibu. dari kecil sampai sekarang aku dah biasakan salam dan cium tangan ayah ibu, tak payah tunggu hari raya baru nak minta maaf, bila aku rasa resah, bila aku rasa gelisah, selain 'berbual' dengan 'Tuan Empunya Dunia' aku akan cari ibuayah aku akan minta ampun maaf.. "ibu, ayah, ampunkan along ye, alg ada buat salah tak? kalau ada ampunkan tau.. nanti kalu tak kesian kat along".

Gitulah juga aku ajar anak aku, tiap-tiap hari sejak 8 thn dari kelahirannya kami akan ambil masa berpelukan dan ucapkan kata sayang dan maaf. sebab aku tau, kita tak pasti bila kali terakhir kita dapat berjumpa, bermaafan bersentuhan saling berkasih sayang sebab tiap detik yang berlalu menghampirkan kita kepada pintu terakhir didunia ini..

Justeru, aku akan sentiasa mengambil kesempatan, untuk berkata.. IBU ALONG SAYANG IBU TAU... AYAH ALONG SAYANG AYAH!

Ingat, kita kena kata (ucap/ ungkap) perkataan sayang tu, bukan buat atau tindakkan kita je menunjukkan kita sayang,. manusia ni perlu diberitahu, walau mereka tau dari tindakkan, tingkah laku, kita ambil berat dan sebagainya, tapi sebagai manusia, kita mahu mendengar pengakuan, lebih dalam menusuk hati, lebih berkesan, sebab tu BERITAHU, KATAKAN KITA SAYANG, KITA CINTA ATAU KASIH KEPADA YANG SEPATUTNYA, ibuayah, anak isteri,Ia akan lebih mengeratkan lagi hubungan dan perasaan serta emosi.
sebab tu, esok lusa nanti hari ibu, tapi aku hari-hari sambut hari ibu,..
ibu... ayahlah sekali,
tak terbalas pengorbanan kalian untuk membesarkan ku...
terima kasih atas setiap titik peluh dan air mata
terima kasih atas setiap rasa kasih dan cinta kalian,

walau along beli dunia ini untuk ibu dan ayah,
tidak sebesar hama pun dapat membalas jerit perih kalian terhadap kami..
TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH AYAH, TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA AKU MASIH ADA TEMPAT BERMANJA, DAH MASIH DAPAT BERKAT DOA DARI KEDUA ORANG TUA..
Ibu,.. ayah..
mereka tiada galang ganti..
jangan tunggu sampai mereka tiada lagi
waktu itu tak perlu lagi dikesali...

dari seorang teman, terima kasih, tak tau siapa sebenarnya yang gubah puisi lawak tapi sedih kat bawah ni..

apa2pun terima kasih kepada tuan yang empunya..
orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila somethings happy je ... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wan g untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Tuesday, May 5, 2009

BELAJARLAH MENGHARGAI


saya pernah mengikuti satu program dibawah kerajaan negeri Selangor, sekitar tahun 2007, program kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Excel Traning ( syarikat Dato'Fazilah Kamsah). Memang saya pula fanclub Dato' hehehe.. banyak pengajaran yang dapat dikutip, selain dari Dato' sendiri, fasilatator jemputan tak kurang hebat, juga penganalisa jenayah yang sangat saya minati Kamal Affendi Hashim...

seperti biasa, kalau dah namanya program motivasi, segalanya tentulah yang berkaitan. tapi saya tidak mahu menyentuh hal2 lain kecuali yang satu ini, hal yang dibangkitkan oleh kamal Affendi.. kita sering mengecilkan potensi diri, pendek kata dari orang tua kita dulu-dulu, anak orang sajalah yang bagus, anak sendiri 'hampeh'.

"kalau kita pergi melawat org lepas bersalin, katalah anak dia hitam, hidung kembang, telinga capang..kita tetap akan kata.. alaah,..cayang comelnya dia, lawa orangnya. kebetulan kita bawak anak sendiri, kita pun kata. bukan macam abang ni ha,. debab."

kami semua tergelak-gelak, namun, dalam tawa yang meleret-leret, saya serius memikirkan, betullah apa yang dikatakan kamal. senario kita memandang rendah atau meremehkan, atau tidak menghargai hak sendiri, samada diri sendiri, atau dalam kisah ini anak kita sendiri.

kita sering nampak dimata anak orang dari 'emas' anak kita si batu kelikir,

bila anak orang keluar U anak kita cuma takat SPM.. emmm tak ada harapan...
Bila anak orang kerja jadi Director kat ' KO KULI AKU SDN BHD' dah besau pangkat anak sipolan, pandang anak kita yang niaga pasar malam. gelap ler masa depan...
bila anak orang pandu kereta besar "tenguk dah pakai BMW si polan (walhal tah kan dia driver je hehehe) ko tak sudah dengan kancil buruk (padahal dah tak ada hutang sesen pun)
bila anak orang dapat beli rumah RM500K, kita kata kaya dah dia, sebab padang anak kita cuma duduk flat yang harga dia cuma RM50k, sampai bilalah ko nak duduk sangkar burung ni..( tapi simpanan dia dah lebih 1/2 juta)

Begitulah lebih kurang senario yang dapat kita perhatikan sekeliling kita. Hakikatnya, tidak boleh dinafikan, dimana-mana jua pelusuk dunia, manusia memandang dan mengukur kejayaan dan kesempurnaan hidup dengan harta wang ringgit dan pangkat. semakin tinggi semakin dijulang.

malah kadangkala kita terlupa, semua itu akan ada noktahnya. Pabila tercabut nyawa anak adam itu, segala kemewahan diri tidak lagi mampu menyelamatkan jasad kecuali amalan dunia sebagai bekalan akhirat.

sudah sampai masanya kita semua menghargai dan meletakkan nilai paling tinggi atas setiap yang kita miliki terutama anak-anak yang lahir dari 'kerja' kita sendiri. gilap potensi mereka, sokong usaha mereka, belajar menyayangi dan berterima kasih kepada mereka supaya mereka juga tahu menghargai dan berterima kasih atas segala usaha kita membersar dan mendidik mereka selama ini.

Tidak kira bagaimanapun mereka, apa pencapaian atau kekurangan mereka, terimalah seadanya dan bersama- sama memperbaiki kelemahan, kerana kita sebagai ibubapa juga banyak kelemahan, kita lupa agaknya, sewaktu kita sibuk-sibuk membandingkan anak orang dengan anak kita, kita sedar atau tidak anak kita juga teringin kita mak ayah mereka seperti mak ayah orang lain yang lebih baik.?

agak-agak kalau anak kita pula membandingkan kita, apa perasaan kita atau apakah ayat dan cara kita mempertahankan pula diri kita yang serba tak sempurna di mata anak- anak? perlukah kita marah atau sakit hati, perlukah kita jatuh hukum anak kita itu derhaka, kerana tidak menerima kita seadanya sebagai ibubapa?

maka asbab itulah, kita harus mengsyukuri anugerah Ilahi kepada kita, bukanlah anak-anak, harta benda, itu ujian keatas keimanan kita kepada Allah Swt? jadi jika kita asyik membanding-banding dan tidak mahu menghargai apa yang kita miliki adakah kita tidak bersyukur dan berterima kasih kepada apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita?

yang kita marah dan tidak puas hati tu kepada SIAPA sebenarnya ya?
tepuk dahi tanya hati, tepuk dada tanya iman..