SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: perasaan
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Ingatkan Hati Wahai Iman..

Wahai hati..
Segumpal darah yang tercipta
Ku lihat dirimu semakin penuh titik noda
Dimanakah perginya cahayamu?
Dimanakah ketenanganmu?
Lupakah pada syahadah?
Atau terleka pada perkara lagha?
Usah bertanya dan terus dihimpit rasa bersalah..
Sedang usaha dan istiqamah masih rapuh..
Niat dalam jiwa pun masih rebah..

Duhai Hati...
Dimanakah janjimu?
Dimanakah penawar zikirmu?
Kau katakan kau akan patuh..
Kau katakan Nabi itu pesuruh...
Lalu dimana takbirmu?
Lalaikah pada dunia fana?
Malukah sujud sebagai Hamba?
Atau sanggup menempuh azab neraka?
Jangan terus berbangga..
Nikmat nyawa sia-sia tanpa ibadah..
Tiap yang bernyawa pasti bernafas pada udara yang sama..
Kenapakah masih meragui Tuhan itu Esa?
Kenapakah masih kaku pada Tuhan yang Maha Pemurah?
Lihatlah dirimu yang masih diberi masa..
Lihatlah dirimu yang masih punya waktu..
Kenapa masih termangu?
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Pada hamba yang hatinya rukun
Selagi pintu taubat terbuka..
Ayuh bukakan hati pada Taubat Nasuha!


Wahai Iman..
Dimanakah dirimu tika azan lantang bergema?
Tiadakah rasa gentar pada kalimah ALLAHUAKHBAR?
Atau telinga sudah pekak dek nafsu dunia yang terlakar?
Atau nafsu dunia itu terus membuat pandangan pada sejadahmu kabur?
Kenapa dosa jua yang menjadi alasan?
Kenapa kehidupan jua dipersalahkan?
Kau kata kau beriman pada Qada'dan Qadar?
Tapi mengapa kecewa dengan ketetapan Tuhan?
Lupakah ALLAH itu Maha Penyayang..
Kecewa dipandangan mata namun sabar diganjar pahala
Taubat nasuha dari Iman yang rebah pasti terbela..
Jangan terus rebah dan lemah tiada bermaya..
Sedangkan masa sentiasa mahu memapah
Pada Hamba yang sentiasa beristighfar
Pada Hamba yang bergelar khalifah
Hidup subur iman dengan syukur
Alhamdulillah..

Wahai Dosa..
Jauhilah aku dari terus menyapamu,
Aku insan lemah tanpaNya..
Apakah caranya agar aku bisa memadam noda?
Pada pancaindera yang seringkala tersalah guna..
Pada akal yang seringkala tersalah tafsir..
Pada lidah yang sentiasa tertikam kata..
Pada nafsu yang biasanya tersesat arah..
Pada Hati yang selalunya lupa..
Sungguh..
Dosa itu merenggut ketenangan..
Menggegarkan keimanan..

Wahai Insan yang punya hati..
Wahai Hati yang punya Iman..
Wahai Iman yang dikabus dosa..

Solat itu tiang agama,maka kukuhkanlah tiang itu
Agar hatimu akan sentiasa tawadhu
Khusyuklah padanya yang tentunya memelihara..

Bacalah Quran Kalamullah,kerana padanya bimbingan
Panduan jalan ke arah mustaqim yang penuh jaminan
Berpeganglah padanya agar teguhlah Iman..

Dan ukhwah itu tentera membawa ke syurga
Darinya Islam tersebar merata..
Lantas berselawatlah pada Baginda..
Tanpanya mana mungkin ada hati yang disuluh Iman..
Selawat yang menghadiahkan syafaat..
Sungguh cinta Nabi tinggi pada umat..

Tuntunlah hadis dan sunnah pada haluanmu.
Ikatlah kesabaran pada hati dan jasadmu..
Sungguh Hati itu dicipta oleh Nya..
Berbolak-baliknya hati pada kuasa Allah
Dan hanya dia yang berhak menghulurkan hidayah..
Pujuklah hati mengingati mati..
Muhasabahlah pada langkah ke ukhrawi
Berkorbanlah demi syurga..

Jangan berputus asa
Insan kan sentiasa diulit dosa
Dengan itu,
Bersahabatlah dengan Doa
Kerana pada Doa lah terbitnya tawadhu' dalam jiwa..
Menyuci hati,penyeri Iman..
dan tangisan padanya bernilai disisi Tuhan..
Ya Allah Rabbul A'lamin..
Terimalah amalku..


hasil nukilan seorang sahabat : NuR Effa nov 19 2009...

kata ku :

Alhamdulillah .. indah puisi mu sayang..
bait2nya menyentuh qalbi..
tanpa sedaar mata ku berpasir dan..
ada kehangatan diwajah ku..

jawabnya : 
tinta dr hati..
Ilham dr Illahi...
Kesedaran dlm dri...
dlm mgejar cinta hakiki..
~thanks UMMINJ~


Hati itu ibarat Pisang..


Hati.. ia sangat mempengaruhi diri seorang manusia.. Hati tempat segala kebejatan dan kebaikan bersarang, mendidik hati tidak mudah, tetapi ingin tahu tentang seseorang itu mudah .. 
Lihat saja pada tingkahlaku dan perbuatan, kata-kata dan cahaya muka.. apa saja yang bersarang dihati akan terzahir kepada bentuk perbuatan jua kata-kata. Jika hati tenang dan bersih, sering yang terzahir juga membuat rakan disamping tempias ketenangan dan damai. Jika jiwa atau hatinya berkeluh kesah dan gundah, seiring juga akan tingkah laku dan perkataannya menyakitkan hati dan perasaan taulan sekeliling.

Lalu.. bersihkan hati. emmm.. inilah yg sebenarnya 'wajib' kita amalkan..

maafkan semua org,.. setiap kali sebelum tidur.. setiap hari.. mana tau itu tidur kita yg terakhir hihii..sebab benci itu membentuk dendam bila berdendam hati jadi tidak bersih, jiwa kita berkeluh kesah..mudah marah dan sentiasa tidak puashati.. dan doa sukar utk makhbul..

bila hati sudah bersih, jiwa kita tenang, segala masalah akan nampak (jadi) mudah..dan hidup kita akan lebih bahagia.. itu janji Allah..

******

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Tuesday, June 8, 2010

SAHABAT DAN DINDING AJAIBNYA


Ada waktu, kita berkenalan dan berteman dengan orang, sekadar keperluan, ada waktu kerana urusan tertentu, yang menjadi asbab untuk kita terus berhubungan, ada masa, kita terlupa bahawa kenalan yang seketika mampu merubah kita menilai erti hidup dan kehidupan......



Pian dan Eman ditempatkan di dalam bilik wad yang sama. Kedua-duanya sudah bertahun-tahun menderita penyakit serius yang tak ada harapan untuk sembuh.


Sepanjang waktu mereka hanya terbaring di katil memandang siling. Namun nasib Pian baik sedikit apabila setiap hari dia berpeluang duduk bersandar di katilnya. Setiap hari pada pukul 12.00 tgh, jururawat akan datang membantu Pian duduk. Ketika itu, doktor mudah menyedut air dari paru-parunya. Walaupun sakit tapi Pian menanti saat itu dengan gembira kerana ketika itulah dia dapat duduk dan memandang keluar tingkap.




Nasib Eman tidak sebaik Pian. Dia hanya mampu terbaring di atas tilam. Eman tidak ada peluang langsung untuk duduk. Tubuhnya tak berupaya lagi melakukan semua itu sekalipun dibantu. Sejak terlantar Eman sering bercerita mengenai kisah keluarga, rumah, pekerjaan dan keterlibatannya dalam perkhidmatan tentera. Juga percutian bersama keluarga.


Namun lain dengan Pian. Setiap hari Pian akan duduk dan memandang keluar tingkap sepuasnya, sementara jururawat berusaha mengeluarkan air dari paru-parunya. "kau tahu, hari ini cuaca cerah. tasik besar kat tengah-tangah taman tu airnya biru. banyak itik dan angsa berenang," beritahu Pian.


"Eh! Kasihan budak tu, bot mainannya tenggelam. Untung anak-anak sekarang, kapal mainan pun dan macam kapal betul. Dulu aku hanya buat daripada kertas," cerita Pian sambil ketawa.


Eman tersenyum mendengar cerita Pian.Matanya dipejamkan rapat-rapat dan membayangkan kanak-kanak sedang gelak ketawa berlumba bot. Kawanan itik dan angsa mematuk-matuk ikan di air. "Mmmmmmmmmmm! Indahnya di luar sana," Eman mengeluh kerana tidak berpeluang menikmati pemandangan yang diceritakan oleh Pian. Kenangan manis zaman kanak-kanak menyerbu fikirannya. Sambil tersenyum mendengar keluhan rakan sebilik.


Pian terus merenung tingkap. Kemudian dia meletakkan tanganya di dahi seperti orang menadah silau matahari.


"Ceritakan lagi Pian, apa yang kau nampak,"Eman tidak sabar untuk mendengar selanjutnya.


"Ada merpati dua sejoli sedang berpimpin tangan. Eeeeee, romantiknya. Bunga-bunga ros sedang mekar di tepi jalan. haaaa....di belakang sana aku nampak sebuah menara berlatar belakangkan langit biru," cerita Pian bersungguh-sungguh. Eman tersenyum puas. Dia tak dapat melihat


tetapi dapat membayangkan betapa indahnya bunga yang sedang mekar.


Alangkah romantiknya pasangan kekasih berpimpin tangan. Selama satu jam itu Pian tak putus-putus bercerita tentang peristiwa yang berlaku di luar sana. Rawatan selesai Pian dibaringkan semula sehinggalah tengah hari esok. Pada suatu hari yang panas, Pian duduk merenung ke luar jendela sambil menjalani rawatan. Matanya bercahaya memerhati, kemudian dia menjengah ke kiri dan kanan lalu senyum.


"Hari ini ada apa di bawah tue , Pian?" tanya Eman.


"Ada perarakan kereta berhias penuh dengan bunga berwarna-warni. Perbarisan anggota tentera, pakaian beragam, kanak-kanak sekolah dan pancaragam," cerita Pian sambil tangannya dihayunkan untuk menunjukkan cara kanak-kanak sekolah itu memukul gendang.


"Macam perarakan Hari Kebangsaan ke?" tanya Eman pula. Di ruang matanya terbayang warna-warni perbarisan hari Kebangsaan


yang selalu dilihatnya di TV sebelum terlantar.


"Isy....lebih cantik daripada itu," balas Pian.


Eman pejamkan mata dan cuba mendengar muzik pancaragam. Tapi telinganya tak dapa mendengar sebarang bunyi pun.


"Mungkin terlalu jauh agaknya," Eman berbisik sendirian.


Hari berlalu dan minggu bertukar. Suatu pagi, seperti biasa seorang jururwat datang membawa sebesen air mandian ke bilik Eman dan Pian seperti hari-hari biasa.


"Selamat pagi Pak Cik Pian," jururawat yang biasa datang untuk mengelap badan Pian. Biasanya apabila dengar pintu dibuka Pian sudah tersenyum kemudian dengan ramah dia akan bertanya khabar jururawat itu.


Tapi pagi itu Pian masih tidur. "Pak cik," panggil jururawat sambil menyelak selimut Pian apabila tidak ada jawapan. Kemudian dia perhatikan pesakit tua itu tidak bergerak dan dadanya tidak lagi berombak seperti selalu. Jururawat bertugas memeriksa nadi Pian, tidak ada denyutan. Kaki dan tangan Pian juga sejuk. Dalam keadaan kelam-kabut jururawat berlari memanggil doktor.


"Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun....." Pian disahkan meninggal semasa tidur. Satu per satu wayar yang berselirat pada badan ditanggalkan. Jenazah Pian diusung keluar. Dengan pandangan sayu Eman mengiringi jenazah rakan sebiliknya. Tinggallah dia bersendirian, tidak ada lagi siapa yang akan bercerita padanya tentang keindahan di luar sana. Eman mengesat air matanya yang jatuh ke pipi.


"Misi, boleh tukarkan katil saya ke tepi tingkap?" tanya Eman petang itu.


Jururawat memenuhi permintaan Eman dengan senang hati. Setelah semua wayar disambungkan ke tubuhnya, Eman ditinggalkan sendirian. Perlahan-lahan Eman menggerakkan badannya. Walaupun terlalu sakit tapi dia tidak putus asa untuk menjengah ke luar tingkap. Cukuplah kalau dapat melihat dunia luar dari tingkap itu walau seminit.


Tapiiiii......hanya dinding bangunan sebelah yang dapat dilihat.


"Misi, kenapa saya tidak nampak taman, tasik dan bunga-bunga yang selalu diceritakan Pian," tanya Eman.

"Taman, tasik, bunga-bunga???" jururawat terkejut.


"Ya, seperti yang Pian selalu cerita,"beritahu Eman.


Dengan senyum jururawat menjawab," Encik, Pak cik Pian tu hilang penglihatan sejak jatuh sakit empat tahun lalu. Malah dia tak tahu pun

tingkap tu menghadap dinding bangunan."


"Habis, yang diceritakannya tu...?" soal Eman.


"Encik," kata jururawat, "mungkin Pak cik Pian mahu menghiburkan
encik yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mahukan encik sembuh dan dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga. Dia pernah beritahu saya, encik adalah sahabat yang paling disayanginya," kata jururawat itu.


Tergamam Eman. Perlahan-lahan air matanya meleleh. Bahunya terhinggut-hinggut menahan sedu. Padahal semasa jenazah Pian diusung dia tidak sesedih itu.


******

Ada ketika, sahabat kita lebih teruk dilanda musibah, tapi dia juga yang lebih banyak dapat memberi semangat kepada kita, sentiasa, dalam berbagai cara. walaupun mungkin dia lebih tersiksa lebih dari kita sendiri.


Begitulah... kadangkala kita tidak sedar, bahawa kewujudan teman taulan disekeliling kita, mengajar kita sesuatu, memberi kekuatan dan mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur, ya.. bersyukur, kerana tahu bersyukur dan mengucap syukur dari hati itu berbeda..


bahawa, kita sangat bertuah, walaupun dalam musibah,


bahawa, kekuatan itu sebenarnya ada dalam diri sendiri,


bahawa.. bilamana kita tahu menilai nikmat yang Allah beri,


bagaimana pun kesukaran yang kita hadapi..


dihujungnya.. ada jalan keluar yang menanti..


~Ummi Nur Jannah~







Thursday, May 21, 2009

UMMI KITA DAH ADA PAK WE!


Hu hu… malam lepas, aku tengah lipat kain bila anak dara kenit ku menjerit bagi salam tika pulang dari kelas Al’Qurannya. Usai menukar pakaian ngaji, dia datang dari belakang memeluk tengkuk sambil bertanya “mi, alah sibuk ke,mi kita goleng-goleng jom, kita nak cite-cite dengan ummi, bolehlah, please…”.

Tak sampai hati, terus saje aku letak kemeja yang ditangan sambil tu pura-pura protes “ alah, kalau dah ada menda dengan ummi tu, buat baik lah ye.. ni mesti ada story ni. Betul tak?”

“alah ummi ni, orang nak bagi tau rahsia ni, untuk ummi je, boleh lah mi”

“oklah, jom goleng-goleng”. (aktiviti berguling- guling atas katil dia lah, apa lagi)

“ha, citer lah apa benda yang rahsia sangat nak bagi tau ummi ni?”

“nanti, nak peluk-peluk dulu”..(
sambil peluk dia tergelak-gelak)

“mi, kita nak bagi tau, tapi ummi tak marah kan”

“emm.. tenguk keadaan, kalau patut tak marah, tak lah, tapi kalau awak buat salah, ingat yang ummi marah tu bukan awak, tapi perkara yang salah yang awak dah buat tu, ha apa lah tu, tupperware minum hilang lagi ke?”

“tak, tapi nak bagi tau, kita dah ada pak we”

glup.. glup.. aku telan liur sendiri, tapi muka aku selamba je..

“eh, iya ke, lah betul ke, sape nama dia ?”

“nama dia sama nama nabi yang pertama, Adam”

“oh, bagus nama dia, Adam, emmm… Adam nabi pertama ALLAH cipta, duduknya di Jannah sebelum dihantar kedunia..kira oklah Adam jumpa Jannah yek”

“hihihi ( lemaknya dia tertawa, macam beriya benar).. tapi rahsia tau ummi, papa tak boleh tahu tau, please, jangan bagi tau papa, ni rahsia kita berdua je”

“ok, ok, mi tak akan bagitau papa, dia satu sekolah kebangsaan ke sekolah agama?”

“sekolah kebangsaan, dia ketua kelas bahasa Arab kita, kan kita masuk kelas bahasa Arab”

“oh, dia duduk mana?”

“tak tau”

“lah, kata pak we, tapi duduk mana tak tau, camne jadi pak we awak kalau tinggal mana pun tak tau”

“ eh, ummi ni kita tak kan nak borak dengan dia Tanya dia tinggal mana, malulah”

“eh, awak tak pernah cakap dengan dia camne awak kata dia pak we awak ni?”

“adalah, kita ada cakap tapi tak lah banyak, sikit je”

“oh, dia dari kelas awak ke?”

“tak dia dari 3M, jumpa masa kelas bahasa Arab je”

“tak pernah terserempak kat kantin ke, makan sama ke?”

“eee.. tak adalah ummi ni, malulah mana ada makan sama, kita tak pernah pun kawan dengan budak lelaki lah ummi ni, kita dengan kawan pompuan jelah”

“oklah, Tanya je, kot kot awak ada berbual-bual”

“tak, cakap sikit-sikit je”

“emm.. Tanya je, dia hensome tak dik?”

“hensomelah, putih melepak, tinggi lebih tinggi dari Sufi” (sepupunya yang satu sekolah juga.

“iya, oh….” ( panjang oh aku, alahai tuah..)

“mi, nantikan kalau kita kata dia pak we kita kan, masa naik sekolah menengah nanti dah tak jumpa dia kita jumpa orang lain pulak kan, kita suka dengan orang lain pulak, pastu kalau masuk universiti nanti jumpa orang lain kita suka dengan orang lain pulak , pastu dah habis universiti jumpa orang lain pula. Nanti kita pun tak tau siapa yang kita suka kan mi kan”

fuh, panjang anak aku ni berimiginasi…

“tau tak pe, sebab tu, sebaiknya kita belajar bersungguh- sungguh dulu, sebab pilihan dalam hidup kita banyak, macam kita nak beli barang, selalunya kita belek-belek dulu, tenguk tarikh expired dia, tenguk ada halal ke tak, tenguk keluaran sykt mana, macam yang kita selalu buat bila pergi pasaraya, kan awak selalu tolong ummi kan”

“ha ah, tapi apa kena pulak barang mi ni, tak paham lah”

“maksud ummi, kalau nak pilih pak we awak yang betul-betul awak nak kawin..

“alah mi ni, orang tak kata nak kawin lah orang Cuma kata orang suka dia, macam pak we”

“lah, iyalah ini ummi cerita kalau adik dah besar nak kawin sok, kena betul-betul pilih, bukan main ambil je, kalau kena yang dah expired, tak boleh nak makan, kalau tak halal lagi berdosa kalau termakan. Camtu lah contoh je”

“yelah, yelah.. tapi rahsia tau, kita tak nak papa tau nanti dia nyakat kita, dia Tanya pak we awak tu nilah semua, malulah kita”

“oklah, tapi kalau ummi tercakap camne, pasal tu papa, dia kena tau”

“alah ummi ni, tak baik lah tak amanah, kita nak jujur dengan dia je, tak nak lah”

“yelah sayang ummi ucap terima kasih sangat sebab belajar jujur dengan ummi, tak kisah lah apa pun, yang macam ni ummi suka, belajar jujur, Ya Allah semoga anak aku jujur kepada aku sampai bila-bila amin”
kata aku sambil mengangkat tangan gaya berdoa

“yelahkan jangan nanti apa-apa kita buat ummi tak tau, nanti ummi marah, ummi gak ajar cakap ape je, kita cakaplah, tapi promise tak kasi tau papa”

“ok, promise, dah tidolah, nanti sambung lagi ok”

“ok, time kasih mi,” sambil cium pipi aku..

alahai Jannatul ku sayang. Sambil kebilik sebelah menyambung lipatan yang terbengkalai, kepala ku berputar mengingat zaman aku seusia dia. Sumpah wallah (stail P.Ramlee) aku tak tau pun apa tu pak we mak we, yang aku sangat ingat dan masih melekat dalam kepala sampai lahni, dalam usia dia, aku berkawan dengan sepupu dari sebelah ayah yang hampir kesemuanya lelaki, kami main kondakondi, main jentik getah, main galah panjang, main polis entry, guli, tah menda lagi.

Paling tak lupa sampai sekarang ialah, kenakalan aku (nakal kot waktu tu) sama macam jantan, aku boleh panjat pokok rambutan, masa tu dirumah nenek saudara, sebab kononnya nak main sorok-sorok. Sudahnya semua orang dah ditemui, aku seorang mereka tak jumpa-jumpa, walhal aku dari atas pokok tu nampak mereka mundar mandir mencari aku, sambil mejerit memanggil, lansung aku tak berbunyi. Tapi dek kerana dah penat tercatuk atas pokok aku pun bersuara, tapi tulah dianya, pandai panjat tak pula reti turun, bila sepupu aku semua menjerit suruh turun, aku gemuruh, aku peluk dahan pokok kuat-kuat.

Udah-udah, terpaksa panggil jiran nenek, abang/ pakcik tu ambil tangga, panjat sambil pujuk aku turun, lama gak, baru aku nak turun. Semua pakat gelak-gelak, aku kejar dah tu tak dapat aku menangis.

Emmm itulah kisah 30thn dulu, hari ini..2009, anak dara aku kata dia dah ada pak we.. hehehee…lucu.. lucu.. tapi bukan lawak.
bersambung...

Friday, May 8, 2009

IBU..AYAH SEMOGA SELAMAT SENTIASA




ini gambar ibu dan ayah pergi haji.. (2004) hapi tul tenguk mereka, aku harap aku pun satu hari dapat ke Makkatul Muqaramah cam ibuayah,


Fuh tak lama lagi orang putih buat sambutan HARI IBU... kita orang melayu ni pun ikutlah 'SELAMAT HARI IBU'... apa jelah yang omputih buat tu, kita pasti ikut, jarang tak ikut...
tapi tak apalah benda baik, oklah boleh ikut, malah aku pun terikut-ikut, tak kisahlah, sebab bukan yang menyalahi sunnah, malah Rasulullah Saw pun mengingatkan kita agar hormat ibu 3x lebih banyak dari ayah, bukan bererti ayah tak perlu dihormati, tapi sebab ibulah yang seksa sejak dari mula kita tumpang rahim dia sampailah hari ini...
Aku ibu, aku ada ibu, ibu aku pun ada ibu dia lagi.. fu yoooo bestnya.. anak aku paling best, dia dapat berjumpa nenek dan moyang dia selain aku ummi nya. malah anak aku juga sibuk (konon nak suppries ummi dia) tapi kecoh aku dengar dia berbual dengan sepupu dia nak buat kad, beli bunga untuk bagi Ummi ... hehehe.
Aku anak sulong, ada 3 lagi adik bawah aku, BANGGANYA JADI AKU sangat bangga. sebab apa- apa hal aku dulu.. dari kecil jarak aku dengan adik no 2, 5 tahun, akulah permata berlian ibu dan ayah, hatta sampai sekarang apa-apa hal musti cari aku dulu.. tak kiralah, nak ngadu dengan aku, nak marah pun 'spray' kat aku, walau bukan salah aku, nak manja pun dengan aku, sakit pening pun aku, nak bejalan cari aku, nak buat apa keputusan pun bincang dengan aku, jadi mau tak bangga jadi aku. (syukur sebenarnya, ibuayah kita menghargai kita) bukan kata adik-adik aku tak leh pakai, sama gak, cuma mungkin kata orang tua-tua, dalam ramai anak camne pun ada seorang yang orang tua lebih senang / selesa atau untuk bawa ketepi tengah, mentelah pula aku anak sulong.
heheheh... aku tak pernah tunggu hari ibu baru nak sambut, bagi aku hari-hari lah hari ibu, hari ayah gak, sebab aku tahu perasaan seorang ibu, pasal aku pun ibu. dari kecil sampai sekarang aku dah biasakan salam dan cium tangan ayah ibu, tak payah tunggu hari raya baru nak minta maaf, bila aku rasa resah, bila aku rasa gelisah, selain 'berbual' dengan 'Tuan Empunya Dunia' aku akan cari ibuayah aku akan minta ampun maaf.. "ibu, ayah, ampunkan along ye, alg ada buat salah tak? kalau ada ampunkan tau.. nanti kalu tak kesian kat along".

Gitulah juga aku ajar anak aku, tiap-tiap hari sejak 8 thn dari kelahirannya kami akan ambil masa berpelukan dan ucapkan kata sayang dan maaf. sebab aku tau, kita tak pasti bila kali terakhir kita dapat berjumpa, bermaafan bersentuhan saling berkasih sayang sebab tiap detik yang berlalu menghampirkan kita kepada pintu terakhir didunia ini..

Justeru, aku akan sentiasa mengambil kesempatan, untuk berkata.. IBU ALONG SAYANG IBU TAU... AYAH ALONG SAYANG AYAH!

Ingat, kita kena kata (ucap/ ungkap) perkataan sayang tu, bukan buat atau tindakkan kita je menunjukkan kita sayang,. manusia ni perlu diberitahu, walau mereka tau dari tindakkan, tingkah laku, kita ambil berat dan sebagainya, tapi sebagai manusia, kita mahu mendengar pengakuan, lebih dalam menusuk hati, lebih berkesan, sebab tu BERITAHU, KATAKAN KITA SAYANG, KITA CINTA ATAU KASIH KEPADA YANG SEPATUTNYA, ibuayah, anak isteri,Ia akan lebih mengeratkan lagi hubungan dan perasaan serta emosi.
sebab tu, esok lusa nanti hari ibu, tapi aku hari-hari sambut hari ibu,..
ibu... ayahlah sekali,
tak terbalas pengorbanan kalian untuk membesarkan ku...
terima kasih atas setiap titik peluh dan air mata
terima kasih atas setiap rasa kasih dan cinta kalian,

walau along beli dunia ini untuk ibu dan ayah,
tidak sebesar hama pun dapat membalas jerit perih kalian terhadap kami..
TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH AYAH, TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA AKU MASIH ADA TEMPAT BERMANJA, DAH MASIH DAPAT BERKAT DOA DARI KEDUA ORANG TUA..
Ibu,.. ayah..
mereka tiada galang ganti..
jangan tunggu sampai mereka tiada lagi
waktu itu tak perlu lagi dikesali...

dari seorang teman, terima kasih, tak tau siapa sebenarnya yang gubah puisi lawak tapi sedih kat bawah ni..

apa2pun terima kasih kepada tuan yang empunya..
orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila somethings happy je ... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wan g untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....