SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: syukur
Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Tahu Nak BERSUNGGUT je.. !! wajib tonton

TAHUKAH KITA BAHAWA yang sebenarnya KITA SEMUA TERSILAP TENTANG SENGSARANYA HIDUP INI..tak percaya,... KITA SENTIASA BERSUNGGUT TENTANG NIKMAT YANG SEDIKIT.. kalau bukan kita, tapi kita tetap dengar ia disana sini,..sedangkan, BETAPA KITA TERLUPA BAHAWA DISEBELAH SANA, MASIH RAMAI YANG HIDUPNYA TIDAK SANGGUP KITA TEMPUHI, selalunya kita kata, kita je yang punya masalah yg berat...

tapi sesekali cubalah..kita fikir bahawa, seberat maslah kita, kita masih lagi tidur atas tilam sendiri, pandu kereta sendiri, makan hasi usaha sendiri...


sedangkan ada org yg masih mampu tersenyum, masih lagi MENYATAKAN SYUKUR, walaupun apa yg mereka dapati itu tidak sempurna sebagaimana kita..


PERNAHKAH KITA DITEMPAT MEREKA?...


SAKSIKANLAH...


ANTARA KEMEWAHAN DAN KESENGSARAAN!



Sunday, June 20, 2010

Hanya Kerana Sebiji Tembikai



Mulut, sering dikaitkan dengan akal dan hati.. apa yang terzahir dimulut adalah gambaran dari hati.. justeru bersih dan tenangkan hati..banyakkan berfikir dengan zikir, agar yang keluar dari mulut adalah gambaran bagi hati yang sentiasa bergantung kepada Allah swt sebagai puncak segala urusan.

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Moral : ada ketikanya,. tanpa sengaja.,.kita melepaskan amarah., tanpa mahu menahannya walau sesaat. ya.. sesaat cuma yang diperlukan untuk kita merubah 'dunia'. sesaat itulah.. jika kita menarik nafas dalam-dalam berserta istighfar, kemudian melepaskannya juga perlahan-lahan dengan subhanallah.. Insya'allah kita mampu mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini..

dari segi bahasa dan pertuturan, dari segi perbuatan. asbab itu kita sering diingatkan agar menjaga bahasa ketika berbicara.. malah ada peribahasa.. terjalak perahu boleh diundur terlajak kata.. buruk padahnya.

kerana bilamana terlepasnya kata-kata yang tidak sepatutnya, bagi yang berkata, mungkin mendapat satu kepuasan dan bagi yang mendengar ia suatu yang menguris perasaan. Buya Hamka ada berkata.. "kata-kata yang lunak dapat melembutkan hati, manakala kata-kata yang kesat akan mengeraskan hati". Jadi berfikirlah sebelum melagakan gigi atas dan bawah.

begitu juga dengan perbuatan. ada waktunya. tanpa sedar, kerana emosi, kita melakukan banyak kemusnahan, samada harta benda.. dan paling sedih jika melibatkan keganasan fizikal hingga membawa kematian...

Justeru.. sebelum berkata... berfikirlah.. fikir dengan zikir.. Insya'allah akan terpelihara akan lidah..

lidah itu panjangnya cuma 3 inci.. tapi kekuatannya,, mampu menumbangkan manusia yang tingginya 6 kaki..


Thursday, June 17, 2010

Jangan tahu nak bersungut je.!...Paksa diri untuk tahu BERSYUKUR!

Ya Allah... Ya Rahman, Ya Rahim.. aku tidak tahu perkataan apakah yang paling sesuai untuk aku ucapkan kepada MU, selain dari syukur yang teramat sangat atas kesempurnaan kejadian diri ku, ahli keluargaku, sanak saudaraku, dan setiap handai taulan yang aku kenali..syukur  Ya Allah atas segala nikmat... amin...

-14:  Dia (Allah) menciptakan manusia daripada tanah liat seperti tembikar. 
-15:  Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api. 
-16:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?

Jadi, kalau sesekali wajahmu dipenuhi jerawat, bersyukurlah kerana masih mampu dilihat bentuknya serta rupanya...  lihatlah ujian ALLAH kepada mereka.. derita apakah yang hendak kalian bandingkan, yang menimpamu dengan mereka ini??

manusia tanpa wajah 


Jose Mestre menderita penyakit haemangioma. Dia bagaimanapun menolak untuk mendapatkan rawatan bagi merawat tumor tersebut.

Tangan Besar


Doktor yang membuat pembedahan mengambil masa selama 7 jam. Ia dilakukan di Shanghai. Sebelum pembedahan ia dikatakan berukuran 10.2 inci dengan jari berukuran 12 inci.

Manusia pokok


Warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Dede ini mengalami masalah genetik yang menyebabkan pertahanan tubuh tidak dapat melawan serangan kulat. Para pakar bagaimanapun menyatakan, ia boleh diubati dengan memberikan vitamin B dos tinggi.

Manusia Serigala Jadian


Gambar tersebut tidak tergolong dalam kategori ketumbuhan. Tetapi penghidap Hypertrichosis ini akan mengalami pertumbuhan rambut atau bulu di tempat yang tidak sepatutnya. Ia adalah sesuatu yang jarang - jarang berlaku.

Fibroma


Fibroma adalah penyakit yang menyebabkan pertumbuhan tisu baru. Dalam keadaan yang lebih buruk, ia boleh meliputi seluruh tubuh.

Manusia bertanduk


Ketumbuhan yang dinamakan sebagai cornu cutaneum ini tumbuh berbentuk kon. Ia menyebabkannya kelihatan seperti tanduk.

Tumor muka tahap serius


Huang Chuncai menderita penyakit apa yang dipanggil Neurofibromatosis. ia bermula ketika Huang berusia 4 tahun.

Kaki membesar didalam otak


Doktor menyatakan mereka tidak pernah mengalami situasi sebegini. Pada umur baru 3 bulan sahaja, Sam Esquibel terpaksa mendapatkan pembedahan tumor otak yang menyebabkan kaki dan beberapa bahagian tubuh lain terbentuk didalamnya.

Tumor kaki


Chen Zongtao terpaksa membiarkan tumor seberat 154 pound yang terbentuk di kaki kanannya selama setahun kerana tidak mampu mendapatkan rawatan.

Tumor leher


Huang Liqian mula menyedari ketumbuhan dibahagian belakang lehernya pada tahun 1990. Dia membiarkannya selama 17 tahun apabila ia mula membesar seberat 33 pound. Pembedahan hanya dilakukan pada 2007.

Tuesday, June 8, 2010

SAHABAT DAN DINDING AJAIBNYA


Ada waktu, kita berkenalan dan berteman dengan orang, sekadar keperluan, ada waktu kerana urusan tertentu, yang menjadi asbab untuk kita terus berhubungan, ada masa, kita terlupa bahawa kenalan yang seketika mampu merubah kita menilai erti hidup dan kehidupan......



Pian dan Eman ditempatkan di dalam bilik wad yang sama. Kedua-duanya sudah bertahun-tahun menderita penyakit serius yang tak ada harapan untuk sembuh.


Sepanjang waktu mereka hanya terbaring di katil memandang siling. Namun nasib Pian baik sedikit apabila setiap hari dia berpeluang duduk bersandar di katilnya. Setiap hari pada pukul 12.00 tgh, jururawat akan datang membantu Pian duduk. Ketika itu, doktor mudah menyedut air dari paru-parunya. Walaupun sakit tapi Pian menanti saat itu dengan gembira kerana ketika itulah dia dapat duduk dan memandang keluar tingkap.




Nasib Eman tidak sebaik Pian. Dia hanya mampu terbaring di atas tilam. Eman tidak ada peluang langsung untuk duduk. Tubuhnya tak berupaya lagi melakukan semua itu sekalipun dibantu. Sejak terlantar Eman sering bercerita mengenai kisah keluarga, rumah, pekerjaan dan keterlibatannya dalam perkhidmatan tentera. Juga percutian bersama keluarga.


Namun lain dengan Pian. Setiap hari Pian akan duduk dan memandang keluar tingkap sepuasnya, sementara jururawat berusaha mengeluarkan air dari paru-parunya. "kau tahu, hari ini cuaca cerah. tasik besar kat tengah-tangah taman tu airnya biru. banyak itik dan angsa berenang," beritahu Pian.


"Eh! Kasihan budak tu, bot mainannya tenggelam. Untung anak-anak sekarang, kapal mainan pun dan macam kapal betul. Dulu aku hanya buat daripada kertas," cerita Pian sambil ketawa.


Eman tersenyum mendengar cerita Pian.Matanya dipejamkan rapat-rapat dan membayangkan kanak-kanak sedang gelak ketawa berlumba bot. Kawanan itik dan angsa mematuk-matuk ikan di air. "Mmmmmmmmmmm! Indahnya di luar sana," Eman mengeluh kerana tidak berpeluang menikmati pemandangan yang diceritakan oleh Pian. Kenangan manis zaman kanak-kanak menyerbu fikirannya. Sambil tersenyum mendengar keluhan rakan sebilik.


Pian terus merenung tingkap. Kemudian dia meletakkan tanganya di dahi seperti orang menadah silau matahari.


"Ceritakan lagi Pian, apa yang kau nampak,"Eman tidak sabar untuk mendengar selanjutnya.


"Ada merpati dua sejoli sedang berpimpin tangan. Eeeeee, romantiknya. Bunga-bunga ros sedang mekar di tepi jalan. haaaa....di belakang sana aku nampak sebuah menara berlatar belakangkan langit biru," cerita Pian bersungguh-sungguh. Eman tersenyum puas. Dia tak dapat melihat


tetapi dapat membayangkan betapa indahnya bunga yang sedang mekar.


Alangkah romantiknya pasangan kekasih berpimpin tangan. Selama satu jam itu Pian tak putus-putus bercerita tentang peristiwa yang berlaku di luar sana. Rawatan selesai Pian dibaringkan semula sehinggalah tengah hari esok. Pada suatu hari yang panas, Pian duduk merenung ke luar jendela sambil menjalani rawatan. Matanya bercahaya memerhati, kemudian dia menjengah ke kiri dan kanan lalu senyum.


"Hari ini ada apa di bawah tue , Pian?" tanya Eman.


"Ada perarakan kereta berhias penuh dengan bunga berwarna-warni. Perbarisan anggota tentera, pakaian beragam, kanak-kanak sekolah dan pancaragam," cerita Pian sambil tangannya dihayunkan untuk menunjukkan cara kanak-kanak sekolah itu memukul gendang.


"Macam perarakan Hari Kebangsaan ke?" tanya Eman pula. Di ruang matanya terbayang warna-warni perbarisan hari Kebangsaan


yang selalu dilihatnya di TV sebelum terlantar.


"Isy....lebih cantik daripada itu," balas Pian.


Eman pejamkan mata dan cuba mendengar muzik pancaragam. Tapi telinganya tak dapa mendengar sebarang bunyi pun.


"Mungkin terlalu jauh agaknya," Eman berbisik sendirian.


Hari berlalu dan minggu bertukar. Suatu pagi, seperti biasa seorang jururwat datang membawa sebesen air mandian ke bilik Eman dan Pian seperti hari-hari biasa.


"Selamat pagi Pak Cik Pian," jururawat yang biasa datang untuk mengelap badan Pian. Biasanya apabila dengar pintu dibuka Pian sudah tersenyum kemudian dengan ramah dia akan bertanya khabar jururawat itu.


Tapi pagi itu Pian masih tidur. "Pak cik," panggil jururawat sambil menyelak selimut Pian apabila tidak ada jawapan. Kemudian dia perhatikan pesakit tua itu tidak bergerak dan dadanya tidak lagi berombak seperti selalu. Jururawat bertugas memeriksa nadi Pian, tidak ada denyutan. Kaki dan tangan Pian juga sejuk. Dalam keadaan kelam-kabut jururawat berlari memanggil doktor.


"Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun....." Pian disahkan meninggal semasa tidur. Satu per satu wayar yang berselirat pada badan ditanggalkan. Jenazah Pian diusung keluar. Dengan pandangan sayu Eman mengiringi jenazah rakan sebiliknya. Tinggallah dia bersendirian, tidak ada lagi siapa yang akan bercerita padanya tentang keindahan di luar sana. Eman mengesat air matanya yang jatuh ke pipi.


"Misi, boleh tukarkan katil saya ke tepi tingkap?" tanya Eman petang itu.


Jururawat memenuhi permintaan Eman dengan senang hati. Setelah semua wayar disambungkan ke tubuhnya, Eman ditinggalkan sendirian. Perlahan-lahan Eman menggerakkan badannya. Walaupun terlalu sakit tapi dia tidak putus asa untuk menjengah ke luar tingkap. Cukuplah kalau dapat melihat dunia luar dari tingkap itu walau seminit.


Tapiiiii......hanya dinding bangunan sebelah yang dapat dilihat.


"Misi, kenapa saya tidak nampak taman, tasik dan bunga-bunga yang selalu diceritakan Pian," tanya Eman.

"Taman, tasik, bunga-bunga???" jururawat terkejut.


"Ya, seperti yang Pian selalu cerita,"beritahu Eman.


Dengan senyum jururawat menjawab," Encik, Pak cik Pian tu hilang penglihatan sejak jatuh sakit empat tahun lalu. Malah dia tak tahu pun

tingkap tu menghadap dinding bangunan."


"Habis, yang diceritakannya tu...?" soal Eman.


"Encik," kata jururawat, "mungkin Pak cik Pian mahu menghiburkan
encik yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mahukan encik sembuh dan dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga. Dia pernah beritahu saya, encik adalah sahabat yang paling disayanginya," kata jururawat itu.


Tergamam Eman. Perlahan-lahan air matanya meleleh. Bahunya terhinggut-hinggut menahan sedu. Padahal semasa jenazah Pian diusung dia tidak sesedih itu.


******

Ada ketika, sahabat kita lebih teruk dilanda musibah, tapi dia juga yang lebih banyak dapat memberi semangat kepada kita, sentiasa, dalam berbagai cara. walaupun mungkin dia lebih tersiksa lebih dari kita sendiri.


Begitulah... kadangkala kita tidak sedar, bahawa kewujudan teman taulan disekeliling kita, mengajar kita sesuatu, memberi kekuatan dan mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur, ya.. bersyukur, kerana tahu bersyukur dan mengucap syukur dari hati itu berbeda..


bahawa, kita sangat bertuah, walaupun dalam musibah,


bahawa, kekuatan itu sebenarnya ada dalam diri sendiri,


bahawa.. bilamana kita tahu menilai nikmat yang Allah beri,


bagaimana pun kesukaran yang kita hadapi..


dihujungnya.. ada jalan keluar yang menanti..


~Ummi Nur Jannah~







Tuesday, May 5, 2009

BELAJARLAH MENGHARGAI


saya pernah mengikuti satu program dibawah kerajaan negeri Selangor, sekitar tahun 2007, program kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Excel Traning ( syarikat Dato'Fazilah Kamsah). Memang saya pula fanclub Dato' hehehe.. banyak pengajaran yang dapat dikutip, selain dari Dato' sendiri, fasilatator jemputan tak kurang hebat, juga penganalisa jenayah yang sangat saya minati Kamal Affendi Hashim...

seperti biasa, kalau dah namanya program motivasi, segalanya tentulah yang berkaitan. tapi saya tidak mahu menyentuh hal2 lain kecuali yang satu ini, hal yang dibangkitkan oleh kamal Affendi.. kita sering mengecilkan potensi diri, pendek kata dari orang tua kita dulu-dulu, anak orang sajalah yang bagus, anak sendiri 'hampeh'.

"kalau kita pergi melawat org lepas bersalin, katalah anak dia hitam, hidung kembang, telinga capang..kita tetap akan kata.. alaah,..cayang comelnya dia, lawa orangnya. kebetulan kita bawak anak sendiri, kita pun kata. bukan macam abang ni ha,. debab."

kami semua tergelak-gelak, namun, dalam tawa yang meleret-leret, saya serius memikirkan, betullah apa yang dikatakan kamal. senario kita memandang rendah atau meremehkan, atau tidak menghargai hak sendiri, samada diri sendiri, atau dalam kisah ini anak kita sendiri.

kita sering nampak dimata anak orang dari 'emas' anak kita si batu kelikir,

bila anak orang keluar U anak kita cuma takat SPM.. emmm tak ada harapan...
Bila anak orang kerja jadi Director kat ' KO KULI AKU SDN BHD' dah besau pangkat anak sipolan, pandang anak kita yang niaga pasar malam. gelap ler masa depan...
bila anak orang pandu kereta besar "tenguk dah pakai BMW si polan (walhal tah kan dia driver je hehehe) ko tak sudah dengan kancil buruk (padahal dah tak ada hutang sesen pun)
bila anak orang dapat beli rumah RM500K, kita kata kaya dah dia, sebab padang anak kita cuma duduk flat yang harga dia cuma RM50k, sampai bilalah ko nak duduk sangkar burung ni..( tapi simpanan dia dah lebih 1/2 juta)

Begitulah lebih kurang senario yang dapat kita perhatikan sekeliling kita. Hakikatnya, tidak boleh dinafikan, dimana-mana jua pelusuk dunia, manusia memandang dan mengukur kejayaan dan kesempurnaan hidup dengan harta wang ringgit dan pangkat. semakin tinggi semakin dijulang.

malah kadangkala kita terlupa, semua itu akan ada noktahnya. Pabila tercabut nyawa anak adam itu, segala kemewahan diri tidak lagi mampu menyelamatkan jasad kecuali amalan dunia sebagai bekalan akhirat.

sudah sampai masanya kita semua menghargai dan meletakkan nilai paling tinggi atas setiap yang kita miliki terutama anak-anak yang lahir dari 'kerja' kita sendiri. gilap potensi mereka, sokong usaha mereka, belajar menyayangi dan berterima kasih kepada mereka supaya mereka juga tahu menghargai dan berterima kasih atas segala usaha kita membersar dan mendidik mereka selama ini.

Tidak kira bagaimanapun mereka, apa pencapaian atau kekurangan mereka, terimalah seadanya dan bersama- sama memperbaiki kelemahan, kerana kita sebagai ibubapa juga banyak kelemahan, kita lupa agaknya, sewaktu kita sibuk-sibuk membandingkan anak orang dengan anak kita, kita sedar atau tidak anak kita juga teringin kita mak ayah mereka seperti mak ayah orang lain yang lebih baik.?

agak-agak kalau anak kita pula membandingkan kita, apa perasaan kita atau apakah ayat dan cara kita mempertahankan pula diri kita yang serba tak sempurna di mata anak- anak? perlukah kita marah atau sakit hati, perlukah kita jatuh hukum anak kita itu derhaka, kerana tidak menerima kita seadanya sebagai ibubapa?

maka asbab itulah, kita harus mengsyukuri anugerah Ilahi kepada kita, bukanlah anak-anak, harta benda, itu ujian keatas keimanan kita kepada Allah Swt? jadi jika kita asyik membanding-banding dan tidak mahu menghargai apa yang kita miliki adakah kita tidak bersyukur dan berterima kasih kepada apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita?

yang kita marah dan tidak puas hati tu kepada SIAPA sebenarnya ya?
tepuk dahi tanya hati, tepuk dada tanya iman..







Wednesday, April 8, 2009

BENARKAH UJIAN ITU NIKMAT?

Assalamu'alaimu bwt....

telah lama saya ingin kembali menulis.
asalanya saya tidak terfikir pun nak menulis, tapi sejak pertama kali menghantar posting ke satu forum, disitulah saya mengasah bakat menulis.. lama dulu sekitar 2004, seronok rupanya bila kita dapat berbicara bisu begini dan disahut sambut orang yang tidak kita kenali rupa dan karektornya...

bertingkah idea atau pandangan itu biasa, hati tidak perlu menyimpan lembaran duka, atau terguris rasa, kerana kita semua punya hak untuk bersuara atau berbicara, cuma menjaga tatasusila bahasa dan adap sebagai makhluk berakal diberi Tuhan, itu yang utama...

Begitu seronoknya saya bila idea dan pandangan diterima, disapa mesra oleh teman maya yang tidak pernah bersua rupa, berjabat mesra. tapi hati tetap berbunga gembira dan bersyukur kerana mampu membantu walau hanya dari bait kata kata.. semangat dan harapan orang berbunga indah, semangat dan harapan saya juga bercambah cambah...

pun, hidup ini satu kembara yang penuh misteri, saatnya pula saya melalui lorong suram, pasti itu memerlukan tumpuan yang tinggi.. lalu, 'pensil' saya tumpul dan idea saya tinggal sejemput..
lama saya tidak mengasah jemari diatas keyboard.

"demi sesungguhnya akan kam uji kamu dengan suatu (cobaan), iaitu ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, manusia dan buah2an. dan berilah khabar gembira kepada orang2 yang sabar atas cobaan itu" - al baqarah155

Ya, senang hati saya, munkin itu lah teguran Allah kepada kami, asbab DIA menyayangi maka diberikan peringatan kepada kita. syukur sangat- sangat, kalau dibiarnya kita terus tenggelam, nau'zubillah, biarlah sedikit ujian kecil ini menimpa, biarlah menangis sekejap untuk dunia, tapi dengan kesedihan itu rupanya satu isyarat untuk kita semakin merasai nikmatnya berbicara bersama sang 'Pencipta' Hari ini, walau lorong ujian ini masih jua saya lalui dan tempuhi, tapi kekuatan diri semakin berani, jiwa ini semakin terisi dengan semangat yang dititip Ilahi.

Hari ini, saya ingin kembali, mengisi ruang dan memberi peluang kepada diri, mensyukuri segala anugerah yang diberi, menikmati ujian yang semakin mendekatkan kami kepada Rabbul'Izatti

seindah warna pelangi, begitulah harapan kembara hidup kita nanti...