SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: kesedaran
Showing posts with label kesedaran. Show all posts
Showing posts with label kesedaran. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

DAUN KU TELAH GUGUR



Tarikan nafas saya terasa amat payah, bagaikan ada sesuatu yang tersekat di kerongkong. Dada saya berombak. Saya gagahkan jasad ini bersandar ke dinding. Tangan kanan saya letakkan di dada. Sesekali saya batuk. Harga tarikan nafas terasa amat mahal. Kematian seolah-olah tebayang di depan mata. Rasa insaf berbaur keazaman untuk bertaubat.
Teringat kembali dosa yang telah dibuat.

Dosa tangan, dosa mata, dosa hati dan dosa seluruh anggota badan. Terbayang wajah si polan dan si anu yang pernah dikhianati dan disakiti. Satu demi satu terbayang wajah keluarga dan sahabat-sahabat. Tetapi di manakah mereka waktu ini?. Apakah selepas ini Malaikat Maut akan berkunjung?. Saya mula takut. Apa bekal yang telah saya sediakan untuk dibawa dalam perjalanan nanti? Tiba-tiba saya rasakan tarikan nafas semakin payah. Dada saya pula semakin sakit, kepala saya mula pusing. Ya Allah!, saya dengar suara memberi salam. Malaikat mautkah?.

Itu mereka telah datang, mengelilingi jasad saya yang terbujur kaku. Pak Imam, Mak Aji, Ustazah Salmah, Mak Su dan beberapa orang lain yang tidak saya kenali. Apa yang mahu mereka lakukan?. Kini saya bagai anak kecil, menyerah untuk diperlakukan apa sahaja oleh mereka.

Yaasin…. Bergema memenuhi ruang. Orang yang datang silih berganti. Yang jauh, yang dekat, orang hitam, orang putih, bertali arus.

Aduhhhhhhh…!!! Bisanya dagingku, cengkamannya amat perit!
“Angkat perlahan-lahan, mayat ini sakit,” saya dengar suara Ustazah Salmah. Orang yang tidak saya kenali tadi melonggarkan pegangannya. Ah…Ha…begitulah. Eh, mahu dibawa ke mana, jasad saya ini?.
“Kita mandikan kat pelantar tu. Angkat berhati-hati. Jaga aurat saya jangan sampai dilihat orang".

Huuhhhhhh… kenapa airnya panas sangat?. Tubuh saya terbakar bila roh berpisah dari badan. Mak Su, gosoklah perlahan-lahan. Tubuh saya luka dengan keluarnya roh. Daging tubuh saya jangan ditekan terlalu kuat, sakiitttt!

Mak Su mengambil air mutlak lalu menyiram ke tubuh saya perlahan-lahan. Kekotoran zahir telah tiada lagi pada jasad saya. Namun kekotoran hati saya yang tersirat tak siapa dapat membersihkannya. Oh Tuhan…saya takut, takut untuk bertemu dengan-Mu. Mengenangkan dosa-dosa saya…Aduhai, di neraka manakah agaknya tempat saya nanti? Tuhan….saya mengharapkan rahmat-Mu.

Terasa ada sesuatu memegang bahu saya. Malaikat mautkah?. Pipi saya terasa basah.
Perlahan-lahan saya celikkan mata. Kawan saya tersengih. “Hai teruknya mengigau,” sindirnya. Saya mengucap beberapa kali. Alhamdulillah, Tuhan belum menyuruh Malaikat Maut mengambil nyawa saya tadi. Rupanya Tuhan mahu mengingatkan saya yang sering terlalai akhir-akhir ini.

Saya teringat semua dosa yang saya lakukan. Terbayang wajah-wajah mereka yang padanya pernah saya lakukan kesalahan. Saban hari mata saya melihat itu dan ini, mulut pula sering mengucapkan perkara yang tidak sepatutnya, tak terbilang lagi dosanya. Betapa banyak dosa yang saya himpun setiap hari. Nafas saya mula sesak, dada saya berombak. Saya teringat mimpi saya tadi. Saya jadi bertambah insaf.

Moga Allah panjangkan sedikit lagi umur saya. Saya mahu bertaubat bersungguh-sungguh. Berazam untuk menjauhi pekara maksiat. Saya mahu belajar lagi. Belajar ilmu yang dapat menyelamatkan saya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Saya mahu perbaiki peribadi saya, akhlak dan amalan saya. Saya mahu jadi anak yang solehah, hamba yang bertaqwa dan pelajar yang cemerlang..



“Bahawasanya Allah Taala menjadikan pohon di bawah arasy. Pohon-pohon itu mempunyai daun sejumlah bilangan seluruh makhluk. Jika ajal seorang hamba telah diputuskan, akan tetapi umurnya, masih ada 40 hari, maka gugurlah daunnya pada tempat Izrail. Maka dengan hal itu Izrail tahu bahwasanya ia diperintahkan mencabut nyawa orang yang mempunyai daun. Dan setelah itu mereka menyebutnya mayat di langit padahal ia masih hidup di muka bumi selama 40 hari.”

- Kita sering sibuk merancang kehidupan kita di dunia yang sementara, namun apakah perancangan kita utk akhirat yg kekal abadi?

~sumber : sahabat maya~

Sunday, June 20, 2010

TUHAN Tidak Ada!


Pada suatu hari seorang pelanggan masuk kekedai gunting. Si tukang gunting mula memotong rambut pelanggannya, lalu mereka mula berbual.Mereka membicarakan banyak hal dan berbagai variasi topik pembicaraan, lalu sesaat topik pembicaraan beralih tentang Tuhan. Si tukang potong rambut tiba-tiba berkata ,”Saya tidak percaya Tuhan itu ada”. “Kenapa anda berkata begitu ???” tanya si pelanggan.
“Begini, cuba Anda perhatikan di depan sana , di jalanan… untuk menyadari bahwa Tuhan itu tidak ada. Katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada, Adakah yang sakit?, Adakah anak terlantar?. Adakah kemiskinan yang melarat? Adakah kekejaman berlaku? Jika benar Tuhan ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan yang dikatakan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.”

Si pelanggan diam sambil berfikir, tapi tidak menjawab terus kerana tidak mahu memmulakan perdebatan.

Si tukang gunting menyelesaikan pekerjaannya dan si pelanggan pergi meninggalkan tempat si tukang gunting.

Beberapa saat setelah dia keluar dari kedai gunting itu, dia melihat seorang pengemis di jalan dengan rambut yang panjang, bergumpal., kumal yang tidak dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan tidak terurus.

Si pelanggan masuk semula ke kedai gunting lalu berkata, “Kamu nampak lelaki dihujung jalan itu... “ tanya sipelanggan kepada tukang gunting.

“yang mana, pengemis comot itukah?, ye kenapa?” tanya si tukang gunting

“kamu tahu, sebenarnya TIDAK ADA TUKANG gunting rambut” kata si pelangan selamba.

Si tukang gunting tidak terima,”Mana boleh! Kamu tak boleh kata begitu ??”.“Saya disini dan saya tukang gunting, bukankah saya baru saja memotong rambut kamu”

“Tidak!” bantah si pelanggan.

“Tukang gunting itu tidak ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan tidak terurus seperti orang yang di luar sana “tambah si pelanggan, .

“mana boleh tidak kah kamu lihat aku disini. Ah tidak, tapi tukang gunting tetap ada!”, sanggah si tukang gunting.

” Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak datang ke saya, tak kan saya harus pergi berjumpa dengan mereka semua, satu persatu, mana boleh, kalau mereka mahu kelihatan kemas dan bersih, seharusnya mereka yang datang kepada saya, bukan saya yang harus mencari mereka”, jawab si tukang gunting membela diri.

“tepat sekali!!” kata si pelanggan menyetujui.

“Itulah point utama-nya!. Sama dengan Tuhan, TUHAN ITU JUGA ADA !
Tapi apa yang terjadi… orang-orang TIDAK MAU DATANG kepada-NYA, dan TIDAK MAU MENCARI-NYA. Oleh karena itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini, banyak kekejaman dan perkara dasyat berlaku kerana kita tidak datang kepada Tuhan, tidak mahu mengenali dan menghayati apa yang di suruh dan diajar Tuhan kepada kita. Kita menguruskan diri dan masalah dengan cara dan acuan kita. Akibatnya berlakulah perkara yang samasekali berlawanan, dengan apa yang Tuhan sediakan untuk orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan Nya.
” Balas si pelanggan dengan yakin dan tersenyum.

Situkang gunting tertunduk malu, dalam hati dia membenarkan kata-kata pelanggan nya itu.

Moral : kadangkala Allah sengaja meletakkan kita ditempat yang sulit, dalam suasana yang sukar atau keadaan yang genting. Tujuannya,. Agar kita menyedari bahawa kita punya Tuhan (ALLAH SWT) . lalu pohonlah pertolongan dari Nya, kerana TIADA YANG SUKAR BAGINYA KERANA IA YANG MENGIZINKAN SEGALA SESUATU ITU BERLAKU DENGAN KEHENDAKNYA.......


Hanya Kerana Sebiji Tembikai



Mulut, sering dikaitkan dengan akal dan hati.. apa yang terzahir dimulut adalah gambaran dari hati.. justeru bersih dan tenangkan hati..banyakkan berfikir dengan zikir, agar yang keluar dari mulut adalah gambaran bagi hati yang sentiasa bergantung kepada Allah swt sebagai puncak segala urusan.

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Moral : ada ketikanya,. tanpa sengaja.,.kita melepaskan amarah., tanpa mahu menahannya walau sesaat. ya.. sesaat cuma yang diperlukan untuk kita merubah 'dunia'. sesaat itulah.. jika kita menarik nafas dalam-dalam berserta istighfar, kemudian melepaskannya juga perlahan-lahan dengan subhanallah.. Insya'allah kita mampu mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini..

dari segi bahasa dan pertuturan, dari segi perbuatan. asbab itu kita sering diingatkan agar menjaga bahasa ketika berbicara.. malah ada peribahasa.. terjalak perahu boleh diundur terlajak kata.. buruk padahnya.

kerana bilamana terlepasnya kata-kata yang tidak sepatutnya, bagi yang berkata, mungkin mendapat satu kepuasan dan bagi yang mendengar ia suatu yang menguris perasaan. Buya Hamka ada berkata.. "kata-kata yang lunak dapat melembutkan hati, manakala kata-kata yang kesat akan mengeraskan hati". Jadi berfikirlah sebelum melagakan gigi atas dan bawah.

begitu juga dengan perbuatan. ada waktunya. tanpa sedar, kerana emosi, kita melakukan banyak kemusnahan, samada harta benda.. dan paling sedih jika melibatkan keganasan fizikal hingga membawa kematian...

Justeru.. sebelum berkata... berfikirlah.. fikir dengan zikir.. Insya'allah akan terpelihara akan lidah..

lidah itu panjangnya cuma 3 inci.. tapi kekuatannya,, mampu menumbangkan manusia yang tingginya 6 kaki..


Tuesday, June 2, 2009

AYAH KU MINANG, IBU KU BUGIS

DEMI BANGSA DAN TANAH AIRKU TERCINTA....

rasanya ada yang telah menonton video bagaimana budak berusia 11-14 thn ini dengan berani menentang Israel laknatullah, walau hanya dengan ketulan batu, yang mana akhirnya beliau (saya lupa namanya) terkorban kerana menentang kezaliman, walau tahu diri tidak mampu, tapi usahanya tidak hanya berhenti disitu sambil menanti sebarang bantuan yang tentu saja tidak pasti, bagaimana, dimana, buat apa, anak-anak kita sebaya mereka ini??


Apa nak jadilah, tak sudah-sudah, lepas satu, satu lagi, semua cerita masalah je yang timbul, nak cari cerita sukses anak bangsa kita payah betul, bukan tak ada, tapi macam cari uban dalam tepung, sama putih, naik payah nak nenguknya.

Kalau dulu-dulu, dalam cerita P.Ramlee, kita ni layak digelar samseng kampung pisang, lah ni status kita dah sama taraf, malah melebihi carta ketegori unggul dalam bab masalah sosial kat Tanah Melayu ini.

Dulu-dulu atuk nenek kita, ayah kita bermati-matian berjuang, tinggal anak isteri, tinggal saudara, dengan serba kekurangan, mereka angkat senjata, berjuang samade menentang penjajah, atau komunis, tak ada istilah mati sia-sia dalam hidup mereka. Malah mati pun mereka sanggup demi masa depan anak cucu mereka iaitu KITA.

Tapi hari ini, kita pun hampir sama jelah dengan atuk ayah kita dulu, sanggup mati, sanggup tinggal mak ayah, tinggal saudara, malah belum masa tinggalkan sekolah pun kita sanggup tinggalkan, demi satu juga perjuangan, tapi bukan menentang penjajah atau musuh Negara, bukan juga mengangkat senjata menghala kemuka sipenderhaka, tapi demi tuhan yang lagi satu.. tuhan nafsu nafsi.

Hari ini ramai anak melayu kita sanggup mati seumpama katak kembong, dibawah lori atau tepi longkang, atau macam pisang masak terhempas kebatu, penyek, lembek, menggelitik, semata-mata merebut gelaran ‘Raja Rempit’. Sanggup mati tertonggeng kala lari dari sekatan polis, bukan menonggeng kerana sujud pada Ilahi. Membunuh pun hebat juga, tapi bukan bunuh musuh, tapi bunuh seorang yang hampir sama baya emak sendiri. Biar kena belasah dijalanan kalau tertangkap hanya kerana meragut RM3, yang mana nak dapatkan RM300 kena meragut lebih 100 kali, yang jumlah ini boleh dihasilkan lebih 10 kali ganda kalau dia mau jual burger dikaki lima.

Baru mukadimah, belum nak hurai sehelai-sehelai kekusutan yang bersarang dalam dada, yang paling ramai dapat title DR pun anak melayu juga, tapi DR ni tak yah buat pratikal, tak yah sesusah belajar medic, tak perlu makan masa sampai 5-7 thn, 5-7 hari kenal jenis-jenis dadah moden ni pun dah cukup dulu untuk melayakkan anak melayu sebagai ‘pegawai makmal’. Dah kira pandai nak ketegorikan jenis ‘barang’ ikut ‘power’.

Dah leh dah jadi ‘perniaga’ tahap IK (industi kecil), belajar jadi pegedar dulu, sebelum jadi ‘stokis’ pula. Dah banyak sikit lagi bekalan, tak yah lamalah dalam 4-5 bulan kot, dah oklah, atau lebih awal, sendiri boleh test diri sendiri, tak yah nak gi makmal, nak tau bagus ke dak, leh cucuk kat lengan sendiri, tapi lah ni banyak cara sempoi dah, tak cucuk pun boleh, leleh sampai 2-3 hari sengeh memanjang, terhangguk-hanguk pekena pil tin-tong. kebanyakkan mereka suka jadi Dr. biologi gamaknya. Kalau orang lain ambil 6-7 thn nak dapat DR, meke 6-7 bulan dah master, kira pakarlah.

Jadi sebab tulah kat pusat-pusat ‘peranginan sehenti’ ramai Dr-Dr muda, tua yang berehat disana, samada baru masuk atau yang suka berulang masuk sebab nak ‘take a break’ kerana letih sangat menjadikan diri bahan ujikaji sendiri.

Yang perempuan pun sama-sama hebat, malas nak buat senarai panjang-panjang, kuatir nanti kalau dah terlalu banyak sangat huraian tersilap pula kita, sampai kang tak kenal pula samade tu anak bangsa melayu atau bukan.

Ada tidak, sikit bolehlah, yang sanggup dijadikan ‘hadiah’ bertukar tangan lagi, yang sanggup kena ratah, macam kopok lekor cicah cili, yang sanggup jadi model video lucah, malangnya dik non oii., yang jantan keparat tu tak nampak muka hidung, tapi yang pempuannya, tak satu bahagian pun terlindung. Yang ditipu oleh kang mas ‘PATI’ pun anak melayu, yang terpesona nak tolong jadi ‘pengedar’ VVIP pun anak melayu, baru tawarkan naik kapal terbang kelas 3, dengan sikit wang saku, dek 'Pak Tam', rasa dah macam model antarabangsa. Walhal sampai kat sana, kena tahan sendiri padan muka. Banyak benar kalau nak cerita, tapi malas buat sakit hati pecah kepala..tu yang muda-muda.
Sekarang lagi best, kecil-kecik kita dah galakkan anak-anak ni cintai dunia glamour, banyak betul rancangan khas mencongkil bakat, tak nak nampak sangat buang masa dan melalaikan kita beri gelaran sedap-sedap sebagai halwa terlinga, MENCARI BINTANG, BINTANG KECIL, segala jenislah, tu bagi kanak-kanak.. bila mereka remaja, bertambahlah mudah, sebab dari kecil sudah didedahkan, tak adalah lagi halangan, maka kita boleh teruskan pula dengan berangan-angan.

Paling banyak ber‘FANTASI’ pun tak lain dari anak bangsa aku juga, puak tu sendiakan pentas glamour sikit, ada penonton sorak-sorak, dah rasa macam bintang, FANTASI katakan, maka terkinja-kinjalah anak bangsa ku, terloncat-loncatlah mereka dengan penuh azam dan semangat membara, membaiki mutu suara, mengatur langkah tari biar sekata, tak kisah kena cemuh atau kena hina, kena kutuk atau kena peleceh, hebat anak bangsa aku, boleh kebal bertahan tercatuk, teranguk-angguk, menghormati kata sipengkritik, minggu depan boleh tunjuk lagi persembahan ‘mantop’. Tu pun kalau tak kena ‘terajang keluar’ oleh undi ciput. Hebat tak hebat bangsa aku, dalam bising-bising atuk nenek mak pak tenguk siri pertama sekolah FANTASI ni, dah 7 tahun bertahan. Dari memula nyampah aki dan opah kat kampung, lah ni, penyokong setia setiap hari, mula dari diary sekolah Fantasi ni sampailah persembahan mingguan. Follow rapat tu. Teruslah berjuang bangsa ku….

Yang tua pun sama naik juga, sumbang mahram, kena tangkap khawat, guru agama mencabul, bapa makan anak /anak-anak. hubungan dengan isteri /suami orang, semua dah tonggeng terbalik, yang jantan minat jantan, yang pompuan minat pompuan. Lah ni simdrom ramai jejantan dalam industri seni yang kini ‘jadi-jadian’… semalam bukan main ‘ustaz’ tetiba hari ni dia ‘nyah staz’. Semalam bukan main ‘korporat’ hari ni dia ‘nyah keparat’, semalam dia jejaka romantik yang setia pada cinta, hari ni dia jadi ‘nyah mencari cinta’. Kalau kelmarin dia bapak polisi, hari ni dia ‘nyah sensasi’ apalah. Dah tak cukup akal. Matlamat menghalalkan apa je cara.

Yang dah sontot akal pun ramai gak, tak kena je. Bunuh anak sendiri, bunuh isteri /suami sendiri, bunuh awek sendiri, bunuh diri.. ler.. teruk sungguhlah ORANG MELAYU DITANAH MELAYU INI…

Marah?

Marah ke?

Marahlah… nak marah.. marah, nak benci, suka hati!!

sape pun berhak kalau nak marah, kalau ada yang kata – NI LAGI SEKOR MELAYU, DASAR!!! TAU NAK KUTUK MELAYU!! KO PUN MELAYU JUGA!! Jadi???

Kalau aku melayu aku tak boleh cakap pasal bangsa aku? Aku tak boleh komplen atau komen pasal bangsa aku? Aku tak boleh nak buka mulut pasal bangsa aku??? Habis sape yang boleh ‘sentuh’ bangsa yang satu ni? Kalau orang lain, puak lain, bangsa lain sentuh kita kata perkauman, kalau bangsa sendiri sentuh kata jatuhkan, komen, kondem, kutuk bangsa.. dah tu yang boleh dan sebenarnya cara mana yang betul?

Tak payah komen, tak boleh gak, kalau biar kan je. ‘nala’ je.. naya juga. Mana bleh gitu dik non, silap pendapat kita kalau gitu. Mak pak kita ajar, 'kalau sayang tangan-tangan kan, kalau kasih tegur-tegurkan'.

dan tu ALLAH juga dah pesan dalam firman dalam Quran :

1. demi masa, 2. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, 3. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran. ~ Surah Al-Ashr (masa)

Tenguk, Allah dah ingatkan kita semua, mesti tegur, mesti nasihat. Kalau lansung tak boleh sentuh, tunggulah hari kehancuran umat melayu. Kita akan hilang dalam peta warisan ‘Tanah Melayu’.

Gerenti!!! Kalau kita segan-segan nak tegur kesilapan bangsa kita hari ini, yang akan tinggal hanyalah ‘tugu’ peringatan: ‘ BAHAWA DISINI PADA SATU KETIKA DULU ADA SATU BANGSA YANG DIKENALI MELAYU YANG PADA ASAL SEJARAH, KETUANANNYA BERMULA DARI MELAKA DAH AKHIRNYA MENAKLUK SELURUH TANAH YANG DI PANGGIL TANAH MELAYU, TAPI PADA HARI INI, KITA SEBAGAI BANGSA BARU, MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA KENANGAN SILAM, MELAYU TELAH HILANG KERANA SEGALA KEKUATAN MEREKA TELAH MUSNAH, JIWA MEREKA PUNAH, BANGSA MEREKA RANAH, BUKAN KERANA PENYEMBELIHAN ATNIK TAPI KERANA BANGSA MELAYU ITU TELAH TERMAKAN RACUN NAFSU YANG MANA TIDAK SIAPA PUN DAPAT MENYELAMATKAN MEREKA KERANA KEDEGILAN BANGSA MEREKA UNTUK MERUBAH DAN MENGGUNAKAN AKAL DAN AGAMA ISLAM MEREKA SEBAGAI PANDUAN UNTUK HIDUP, MAKA MARI KITA BACAKAN AL-FATIHAH UNTUK SATU BANGSA YANG DULUNYA DI HORMATI KERANA KEBERANIAN DAN KEGAGAHAN MEREKA, KITA MEREKA SEMUA TELAH BERSEMADI DENGAN SEGALA KEKESALAN DIHATI’

Nak ke satu hari yang tenang, serombongan ‘tourist’ datang 10 buah bas pergi tenguk ‘tugu/ batu bersurat’ yang kita orang melayu tinggalkan, semata –mata kerana kita tau kita bangsa yang hebat, tapi tu dulu, yang kininya semakin tenat dan melarat. Yang semakin nazak dengan segala macam ‘dianogsis’ penyakit so-sial??

Saya tak pernah malu mengaku saya melayu, malah saya sangat bangga dengan susur keturunan saya, cumanya saya sedar, kehebatan onyang atuk nenek saya dulu, kini tidak lagi mengalir dalam darah saya. Powernya semakin hari serasa-rasa semakin malap.
Tak ada lagi kekuatan orang bugis yang terkenal handal dan garang bila berjuang, Daing Celak keturunan belah ibu, tapi kini yang ada, aku pakai celak je.. tu pun kengkadang, selalu tidak. Apa senjata yang boleh aku angkat? Keris dan seludang kini dah tak laku, baru aku angkat nak bertempek, kiok aku mati kena bidik, pistol sekarang dah makin canggih. Teknik tempur tanpa senjata pun dah macam-macam cara. Mentelah pulak puak melayu kita rasanya tinggal seketul dua je yang pandai keris. Tak seorang melayu pun yang pandai pistol, pandai AK47, pandai bom, pandai kereta kebal dan pandai jet pejuang pun tarak. Dah camne?

Gitu gak darah Minang belah ayah, orang minang pandai berdagang, handal orangnya tawar menawar, pandai berbahasa lunak berbicara, urusan berdagang *lacak akhirnya ( *melimpah ruah). Tapi kini, aku berniaga pun asyik kena main, kena buli sebelum orang beli, banyak rugi dari untung berguni. Sekarang dagang bangsa kita jadi ‘dagang hamba mengkuang layu’ yang dagang pak malau dagang bertempat semua dah bangsa lain yang rembat. Tak percaya apa lagi. Semua.. semua kerusi perdagangan habis dilopori puak-puak satu lagi. Nak marah mereka tak boleh, sebab peluang sentiasa ada, tapi bangsa ku lebih ramai yang ‘buzy’ hal remeh. Jagi ‘permintaan yang tidak dipenuhi oleh bangsa ku, akan dibekalkan oleh puak tu.

sampai saya pernah berkata kepada rakan waktu kami berbual, sekarang, segala keperluan kita orang melayu telah dipenuhi oleh puak asing, hatta, kain kafan dan batu nesan, cuma tanah kubur saja yang masih belum mereka pelopori, gamaknya kalaulah tak kerana kerajaan dan Tabung Haji yang pegang dan uruskan pakej pergi Haji pun boleh disediakan oleh puak tu juga.. kita jadi apa?

Kalau ada yang kata ini paling menghina..salah!!! AKU TIDAK MENGHINA TAPI SEKADAR MENYATAKAN ITULAH KEBENARAN TENTANG BIBIT-BIBIT KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN BANGSA AKU YANG BERNAMA MELAYU JIKA TIDAK SEGERA DISELAMATKAN.. TAPI BAGAIMANA??