SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: nafsu
Showing posts with label nafsu. Show all posts
Showing posts with label nafsu. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Hanya Kerana Sebiji Tembikai



Mulut, sering dikaitkan dengan akal dan hati.. apa yang terzahir dimulut adalah gambaran dari hati.. justeru bersih dan tenangkan hati..banyakkan berfikir dengan zikir, agar yang keluar dari mulut adalah gambaran bagi hati yang sentiasa bergantung kepada Allah swt sebagai puncak segala urusan.

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Moral : ada ketikanya,. tanpa sengaja.,.kita melepaskan amarah., tanpa mahu menahannya walau sesaat. ya.. sesaat cuma yang diperlukan untuk kita merubah 'dunia'. sesaat itulah.. jika kita menarik nafas dalam-dalam berserta istighfar, kemudian melepaskannya juga perlahan-lahan dengan subhanallah.. Insya'allah kita mampu mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini..

dari segi bahasa dan pertuturan, dari segi perbuatan. asbab itu kita sering diingatkan agar menjaga bahasa ketika berbicara.. malah ada peribahasa.. terjalak perahu boleh diundur terlajak kata.. buruk padahnya.

kerana bilamana terlepasnya kata-kata yang tidak sepatutnya, bagi yang berkata, mungkin mendapat satu kepuasan dan bagi yang mendengar ia suatu yang menguris perasaan. Buya Hamka ada berkata.. "kata-kata yang lunak dapat melembutkan hati, manakala kata-kata yang kesat akan mengeraskan hati". Jadi berfikirlah sebelum melagakan gigi atas dan bawah.

begitu juga dengan perbuatan. ada waktunya. tanpa sedar, kerana emosi, kita melakukan banyak kemusnahan, samada harta benda.. dan paling sedih jika melibatkan keganasan fizikal hingga membawa kematian...

Justeru.. sebelum berkata... berfikirlah.. fikir dengan zikir.. Insya'allah akan terpelihara akan lidah..

lidah itu panjangnya cuma 3 inci.. tapi kekuatannya,, mampu menumbangkan manusia yang tingginya 6 kaki..


Tuesday, May 5, 2009

BELAJARLAH MENGHARGAI


saya pernah mengikuti satu program dibawah kerajaan negeri Selangor, sekitar tahun 2007, program kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Excel Traning ( syarikat Dato'Fazilah Kamsah). Memang saya pula fanclub Dato' hehehe.. banyak pengajaran yang dapat dikutip, selain dari Dato' sendiri, fasilatator jemputan tak kurang hebat, juga penganalisa jenayah yang sangat saya minati Kamal Affendi Hashim...

seperti biasa, kalau dah namanya program motivasi, segalanya tentulah yang berkaitan. tapi saya tidak mahu menyentuh hal2 lain kecuali yang satu ini, hal yang dibangkitkan oleh kamal Affendi.. kita sering mengecilkan potensi diri, pendek kata dari orang tua kita dulu-dulu, anak orang sajalah yang bagus, anak sendiri 'hampeh'.

"kalau kita pergi melawat org lepas bersalin, katalah anak dia hitam, hidung kembang, telinga capang..kita tetap akan kata.. alaah,..cayang comelnya dia, lawa orangnya. kebetulan kita bawak anak sendiri, kita pun kata. bukan macam abang ni ha,. debab."

kami semua tergelak-gelak, namun, dalam tawa yang meleret-leret, saya serius memikirkan, betullah apa yang dikatakan kamal. senario kita memandang rendah atau meremehkan, atau tidak menghargai hak sendiri, samada diri sendiri, atau dalam kisah ini anak kita sendiri.

kita sering nampak dimata anak orang dari 'emas' anak kita si batu kelikir,

bila anak orang keluar U anak kita cuma takat SPM.. emmm tak ada harapan...
Bila anak orang kerja jadi Director kat ' KO KULI AKU SDN BHD' dah besau pangkat anak sipolan, pandang anak kita yang niaga pasar malam. gelap ler masa depan...
bila anak orang pandu kereta besar "tenguk dah pakai BMW si polan (walhal tah kan dia driver je hehehe) ko tak sudah dengan kancil buruk (padahal dah tak ada hutang sesen pun)
bila anak orang dapat beli rumah RM500K, kita kata kaya dah dia, sebab padang anak kita cuma duduk flat yang harga dia cuma RM50k, sampai bilalah ko nak duduk sangkar burung ni..( tapi simpanan dia dah lebih 1/2 juta)

Begitulah lebih kurang senario yang dapat kita perhatikan sekeliling kita. Hakikatnya, tidak boleh dinafikan, dimana-mana jua pelusuk dunia, manusia memandang dan mengukur kejayaan dan kesempurnaan hidup dengan harta wang ringgit dan pangkat. semakin tinggi semakin dijulang.

malah kadangkala kita terlupa, semua itu akan ada noktahnya. Pabila tercabut nyawa anak adam itu, segala kemewahan diri tidak lagi mampu menyelamatkan jasad kecuali amalan dunia sebagai bekalan akhirat.

sudah sampai masanya kita semua menghargai dan meletakkan nilai paling tinggi atas setiap yang kita miliki terutama anak-anak yang lahir dari 'kerja' kita sendiri. gilap potensi mereka, sokong usaha mereka, belajar menyayangi dan berterima kasih kepada mereka supaya mereka juga tahu menghargai dan berterima kasih atas segala usaha kita membersar dan mendidik mereka selama ini.

Tidak kira bagaimanapun mereka, apa pencapaian atau kekurangan mereka, terimalah seadanya dan bersama- sama memperbaiki kelemahan, kerana kita sebagai ibubapa juga banyak kelemahan, kita lupa agaknya, sewaktu kita sibuk-sibuk membandingkan anak orang dengan anak kita, kita sedar atau tidak anak kita juga teringin kita mak ayah mereka seperti mak ayah orang lain yang lebih baik.?

agak-agak kalau anak kita pula membandingkan kita, apa perasaan kita atau apakah ayat dan cara kita mempertahankan pula diri kita yang serba tak sempurna di mata anak- anak? perlukah kita marah atau sakit hati, perlukah kita jatuh hukum anak kita itu derhaka, kerana tidak menerima kita seadanya sebagai ibubapa?

maka asbab itulah, kita harus mengsyukuri anugerah Ilahi kepada kita, bukanlah anak-anak, harta benda, itu ujian keatas keimanan kita kepada Allah Swt? jadi jika kita asyik membanding-banding dan tidak mahu menghargai apa yang kita miliki adakah kita tidak bersyukur dan berterima kasih kepada apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita?

yang kita marah dan tidak puas hati tu kepada SIAPA sebenarnya ya?
tepuk dahi tanya hati, tepuk dada tanya iman..