SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: amalan
Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Monday, June 21, 2010

ALLAH sembunyikah Hikmat Ibadah sebagai Ujian..


ALLAH tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hamba-Nya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil. Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

Namun di setiap kejadian dan ciptaannya tersembunyi pelbagai rahsia dan hikmah yang sukar untuk dilihat secara mata kasar dan akal logik. Hikmah di atas ciptaannya hanya dapat dilihat secara umum tanpa penjelasan secara terperinci.

Misalnya solat, manusia tidak akan mengetahui hikmah dan kebaikannya secara terperinci. Bermula dengan hukum solat, rukunnya dan sudah pasti setiap pergerakannya juga kita tidak akan dapat mengetahuinya dengan lebih lanjut. Malahan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang akan timbul untuk memuaskan akal.

"Mengapa solat perlu lima kali sehari?" "Mengapa ada perbezaan rakaat untuk setiap jenis solat?" "Mengapa solat Subuh di awal pagi?"

Mengapa dan terus mengapa. Akal sentiasa mencari jawapan di atas perintah ibadat yang disyariatkan Allah. Namun semua jawapan yang diberi berdasarkan kefahaman akal, ia tidak akan memuaskan sampai bila-bila. Hikmah adalah rahsia Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Bagaimanapun, Allah menjelaskan hikmah itu secara umum di dalam al-Quran. Misalnya hikmah disyariatkan solat. Firman Allah "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat yang lain)." (Al-Ankabut: 45)

Hikmah disyariatkan membayar zakat. Firman Allah: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (At-Taubah: 103)

Timbul persoalan, mengapa Allah menyembunyikan hikmah di atas ibadah yang disyariatkan-Nya. Ulama menjelaskan bahawa hikmah ini disembunyikan sebagai satu cubaan kepada hamba-Nya. Allah mencuba hamba-Nya dengan ibadah yang manusia tidak mengetahui sedikitpun mengenai hikmah pensyariatannya. Dengan cubaan ini, terlihatlah siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan menolaknya.

Andai kata hikmah ibadah tidak dirahsiakan dan akal dapat memahaminya dengan mudah, sudah pasti, manusia hanya akan beribadah kepada Allah jika sesuatu ibadah itu sesuai dengan rasional akalnya yang terbatas, dan akan mengingkari jika sesuatu ibadah itu tidak sesuai dengan akalnya. Dan ini akan membuatkan manusia menyembah akal bukannya Allah yang mencipta mereka.

Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya al-Ibadah fi al-Islam menyatakan: "Bukanlah menjadi keharusan bahawa ibadah yang disyariatkan itu perlu ada manfaat dalam kehidupan manusia dari segi material. Malahan bukan juga sesuatu yang mesti sesuatu ibadah itu boleh difahami akal yang terbatas. Ibadah adalah ujian bagi ketaatan manusia kepada Tuhannya. Jadi, jika akal dapat mengetahui rahsia ibadah secara terperinci, maka ia tidaklah dapat memberi manfaat dan makna kepada manusia terhadap konsep ibadah dan taat kepada Tuhan."

Cukuplah seseorang mukmin mengetahui hikmah ibadah itu secara umum, dan meyakini bahawa setiap ibadah itu adanya manfaat dan hikmah yang tersendiri. Allah tidak pernah memerlukan ibadah para hamba-Nya, tetapi Allah mencipta ibadah adalah semata-mata untuk kebaikan dan manfaat hamba-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertakwa umpama hati orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku. Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang cacatkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku." (Hadis Imam Muslim)

Banyaknya rahsia alam semesta yang tidak mampu manusia khususnya saintis menemuinya, begitu banyak juga rahsia ibadah yang tidak terjangkau oleh akal. Hal ini sebenarnya membuatkan tumbuhnya rahsia rindu manusia kepada rahsia yang tersembunyi, dalam masa sama membuatkan manusia insaf dan sedar mengenai kelemahan dirinya sendiri.

Sudah ramai manusia tersesat kerana sengaja mencari rahsia hikmah dalam setiap perkara yang disyariatkan dalam ibadah. Apabila mereka tidak menemui rahsia itu kerana akal yang terbatas, mereka mula berasa ragu-ragu di atas kepercayaan yang ada dan kemudian menjadi sesat.

Al-Imam Ghazali dalam kitabnya Al-Munqidz min adh-Dhalal berkata, "Maka sesungguhnya suatu kebodohan sesiapa saja yang mencari hikmah yang ada di sana, atau orang yang mengatakan bahawa ibadah itu dilakukan secara kebetulan dan tidak ada rahsia Allah di dalamnya."

Oleh sebab itu, perbuatan mencari hikmah dalam ibadah dengan secara terperinci sehingga dapat memuaskan akal adalah perbuatan yang salah dan keliru. Berpuas hatilah dengan keterangan umum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, kemudian sama-sama kita katakan, "Kami dengar dan kami taat."

terima kasih Saiful ats artikel ini..

ulasan saya :

“Sesungguhnya ada suatu kaum yang beribadah kepada Allah dengan pengharapan, mengharap keinginannya tertunai.. yang demikian itu ibadah ibarat seorang pedagang, kemudian ada lagi kaum yang beribadat kepada Allah karena takut, yang demikian itu ibadat seorang hamba dan ada suatu kaum yang beribadat kepada-Nya dengan perasaan syukur, yang demi­kian itu ibadah seorang yang merdeka” (Imam Ali as, Al-Bihar 78 : 69) 

sesugguhnya tidak lansung menjadi satu kesalahan samada untuk menjadi seorang pedagang atau seorang hamba.. kerana itu adalah sifatnya manusia..namun adalah satu nikmat jika kita mampu mengerjakan amal ibadah kita semata2 kerana Allah.. kerana ganjaran dan janji Allah tetap akan tertunai miskipun kita mengharap atau tidak.. tapi mengerjakan suruhan tanpa perlu bersebab.. itulah tanda cinta kita kepada Allah..

sepertimana kita mencintai seseorang, kita sanggup lakukan apa saja tanpa mengaharapkan balasan...waima Rasulullah juga tidak pernah lupa untuk mensyukuri nikmat kepada Allah.. siapalah kita berbanding Baginda..Setiap malam Rasulullah saw melalukan solat malam. Hal ini diperhatikan oleh isterinya, ‘Aisyah, hingga ‘Aisyah pun bertanya kepada beliau,”Wahai Rasulullah, mengapa engkau menyusahkan diri, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang dahulu maupun yang kemudian?” Nabi saww menjawab,”Wahai ‘Aisyah, tak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur (‘abdan syakuran)?”

wallahu'alam


“Sesungguhnya ada suatu kaum yang beribadah kepada Allah dengan pengharapan, mengharap keinginannya tertunai.. yang demikian itu ibadah ibarat seorang pedagang, kemudian ada lagi kaum yang beribadat kepada Allah karena takut, yang demikian itu ibadat seorang hamba dan ada suatu kaum yang beribadat kepada-Nya dengan perasaan syukur, yang demi­kian itu ibadah seorang yang merdeka” (Imam Ali as, Al-Bihar 78 : 69) 55]

sesugguhnya tidak lansung menjadi satu kesalahan samada untuk menjadi seorang pedagang atau seorang hamba.. kerana itu adalah sifatnya manusia..namun adalah satu nikmat jika kita mampu mengerjakan amal ibadah kita semata2 kerana Allah.. kerana ganjaran dan janji Allah tetap akan tertunai miskipun kita mengharap atau tidak.. tapi mengerjakan suruhan tanpa perlu bersebab.. itulah tanda cinta kita kepada Allah..

sepertimana kita mencintai seseorang, kita sanggup lakukan apa saja tanpa mengaharapkan balasan...waima Rasulullah juga tidak pernah lupa untuk mensyukuri nikmat kepada Allah.. siapalah kita berbanding Baginda..Setiap malam Rasulullah saw melalukan solat malam. Hal ini diperhatikan oleh isterinya, ‘Aisyah, hingga ‘Aisyah pun bertanya kepada beliau,”Wahai Rasulullah, mengapa engkau menyusahkan diri, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang dahulu maupun yang kemudian?” Nabi saww menjawab,”Wahai ‘Aisyah, tak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur (‘abdan syakuran)?”

wallahu'alam



Sunday, June 20, 2010

TUHAN Tidak Ada!


Pada suatu hari seorang pelanggan masuk kekedai gunting. Si tukang gunting mula memotong rambut pelanggannya, lalu mereka mula berbual.Mereka membicarakan banyak hal dan berbagai variasi topik pembicaraan, lalu sesaat topik pembicaraan beralih tentang Tuhan. Si tukang potong rambut tiba-tiba berkata ,”Saya tidak percaya Tuhan itu ada”. “Kenapa anda berkata begitu ???” tanya si pelanggan.
“Begini, cuba Anda perhatikan di depan sana , di jalanan… untuk menyadari bahwa Tuhan itu tidak ada. Katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada, Adakah yang sakit?, Adakah anak terlantar?. Adakah kemiskinan yang melarat? Adakah kekejaman berlaku? Jika benar Tuhan ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan yang dikatakan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.”

Si pelanggan diam sambil berfikir, tapi tidak menjawab terus kerana tidak mahu memmulakan perdebatan.

Si tukang gunting menyelesaikan pekerjaannya dan si pelanggan pergi meninggalkan tempat si tukang gunting.

Beberapa saat setelah dia keluar dari kedai gunting itu, dia melihat seorang pengemis di jalan dengan rambut yang panjang, bergumpal., kumal yang tidak dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan tidak terurus.

Si pelanggan masuk semula ke kedai gunting lalu berkata, “Kamu nampak lelaki dihujung jalan itu... “ tanya sipelanggan kepada tukang gunting.

“yang mana, pengemis comot itukah?, ye kenapa?” tanya si tukang gunting

“kamu tahu, sebenarnya TIDAK ADA TUKANG gunting rambut” kata si pelangan selamba.

Si tukang gunting tidak terima,”Mana boleh! Kamu tak boleh kata begitu ??”.“Saya disini dan saya tukang gunting, bukankah saya baru saja memotong rambut kamu”

“Tidak!” bantah si pelanggan.

“Tukang gunting itu tidak ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan tidak terurus seperti orang yang di luar sana “tambah si pelanggan, .

“mana boleh tidak kah kamu lihat aku disini. Ah tidak, tapi tukang gunting tetap ada!”, sanggah si tukang gunting.

” Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak datang ke saya, tak kan saya harus pergi berjumpa dengan mereka semua, satu persatu, mana boleh, kalau mereka mahu kelihatan kemas dan bersih, seharusnya mereka yang datang kepada saya, bukan saya yang harus mencari mereka”, jawab si tukang gunting membela diri.

“tepat sekali!!” kata si pelanggan menyetujui.

“Itulah point utama-nya!. Sama dengan Tuhan, TUHAN ITU JUGA ADA !
Tapi apa yang terjadi… orang-orang TIDAK MAU DATANG kepada-NYA, dan TIDAK MAU MENCARI-NYA. Oleh karena itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini, banyak kekejaman dan perkara dasyat berlaku kerana kita tidak datang kepada Tuhan, tidak mahu mengenali dan menghayati apa yang di suruh dan diajar Tuhan kepada kita. Kita menguruskan diri dan masalah dengan cara dan acuan kita. Akibatnya berlakulah perkara yang samasekali berlawanan, dengan apa yang Tuhan sediakan untuk orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan Nya.
” Balas si pelanggan dengan yakin dan tersenyum.

Situkang gunting tertunduk malu, dalam hati dia membenarkan kata-kata pelanggan nya itu.

Moral : kadangkala Allah sengaja meletakkan kita ditempat yang sulit, dalam suasana yang sukar atau keadaan yang genting. Tujuannya,. Agar kita menyedari bahawa kita punya Tuhan (ALLAH SWT) . lalu pohonlah pertolongan dari Nya, kerana TIADA YANG SUKAR BAGINYA KERANA IA YANG MENGIZINKAN SEGALA SESUATU ITU BERLAKU DENGAN KEHENDAKNYA.......


Wah.. Pandai Betul Kau Berdoa....


Ada tikanya, kita terlalu mengkagumi ‘kulit’ sesuatu produk. Asal saja datangnya dari luar negara, itu sudah pasti berkualiti, baik dan bagus. Pernah atau tidak kita terfikir, walau dari luar negara, belum tentu produk yang kulitnya cantik itu isinya juga molek. Ada masa, eloklah seperti durian, walau berduri, bagi yang tidak suka, bau pun tidak enak dihidu, tapi bila dikopek, isinya yang lemak, manis dan gebu meluncur laju memuas selera. Kalau pun ada yang dah masam, boleh lagi dibuat tempoyak dan dimakan dgn ulam, pasti bertambah nasi dipinggan....Jadi.. selalulah makan durian..ahaks...

Dalam sebuah majlis kenduri yang dihadiri dua kawan baik.

“Doa apa yang kau baca, panjang sangat?” tanya seorang lelaki kepada sahabatnya yang pulang dari Timur Tengah. Sahabatnya itu baru sahaja selesai berdoa dalam satu majlis di kondo mewah mereka.

“Adalah..” jawab sahabatnya pendek.

“Tak sangka kau jadi alim sekarang.”

“Mengapa kau kata begitu?”

“Yalah, siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama. Bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?”

“Hisy, cakap tu perlahan-lahan sikit..nanti pecah rahsai,” kata sahabatnya separuh berbisik.

Lelaki itu kehairanan. “Apa rahsianya?”

“Di sana aku tidak mendalami pun pengajian agama. Aku fokus study sahaja,” katanya.

“Habis tu, doa kau betul-betul panjang tadi. Hebat. Macam ulamak.”

“Tu sebenarnya bukan doa..”

“Habis apa?”

“Cerita Arnab dengan Kura-kura dalam Bahasa Arab!”

moral : begitulah, bila agama bukan lagi jubah yang sentiasa terpelihara oleh pemakainya. Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan hujah yang kuat amat mudah diselewengkan. Tanpa rasa bersalah mereka mempersendakan agama. Bagi golongan ini, asal dipandang tinggi tidak kisah samada perbuatan itu benar atau salah. mereka akan merasa bangga dan puas.

Justeru berhati-hatilah teman apabila bersahabat. Pilihlah ‘barangan’ bukan sekadar pada kulitnya, tapi belek dan terokalah isinya hingga anda pasti, itulah produk yang harus anda miliki...

Maka itu mari kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL

Wednesday, April 8, 2009

BERSEDEKAH? ATAU BUANG SAMPAH?


Sedekah? semua orang tahu pasal sedekah, juga ramai yang suka bersedekah, malah kengkadang tu.. sikit-sikit kita dengar "tak apa aku sedekah" sikit-sikit "alah kira sedekah jelah"..

Saya masih ingin bercerita tentang sedekah, asbab banyak kesilapan yang kita buat tanpa kita sedar, atau barangkalai sedar tapi ambil remeh...

Ada tikanya, kita tidak betul menghayati fadilat bersedekah, lalu bersedekahlah kita alah kadar, ada kalanya mungkin kita tidak berniat untuk menunjuk atau riak, tapi tanpa sengaja kita telah pun melakukannya. semoga Allah Swt membetulkan nawaitu kita dan mengampunkan dosa kita.
Ketika lain pula kita bersedekah barangan atau benda, kadangkala kita boleh lihat, samada kita benar berniat sedekah atau ingin membuang barang lama sebenarnya. asbab saya pernah melihat sedekah yang diberi tidak layak dipanggil sedekah, mungkin juga kita tidak sengaja, tapi sering yang menerima sedekah adalah orang yang tidak bernasib lebih baik dari kita, justeru mereka ini lebih sensetif dari biasa.,

andai ada yang bersedekah baju misalannya, biarlah yang diberikan itu masih boleh dipakai, bukan yang sudah seperti kain sal (buruk) kita kata kita bersedekah. Jangan dihina (secara tidak atau sengaja) perasaan mereka ini. betul mereka tidak mampu, tapi apakah kain koyak, terbakar kerana menggosok, zip rosak, tengkuk baju sudah berbulu, bertompok dengan kesan makanan, butang hilang, jahitan terbuka...kita kata sedekah??

kalau kita sendiri sudah tidak mahu memakainya apatah lagi orang lain.

kalau makanan pun begitu juga, berilah yang terbaik, yang mana ia 'lazat' ditekak kita, maka yang itu juga kita sedekahkan kepada orang, janganlah berkira nikmat, sedapnya hanya sampai ketengkorok, jatuh saje keperut ia tidak dikira apa lagi.

kalau buah berilah yang masih mengkal, jangan yang benyek dan berbau atau sudah berair, kalau lauk berilah isi bukan tulang atau yang dah nak basi.. beri sedekah ibarat kita memberi kepada diri sendiri, bagaimana istimewa layanan kita kepada diri kita, begitulah kepada 'saudara' kita, apatah lagi mereka yang dalam kekurangan.
mereka bukan tempat kita 'membuang sampah'. bersedekah bukan sekadar kerana nak bersedekah, nak pahala, tapi bersedekahlah dengan sifat Allah, Ar'Rahman dan Ar'Rahim yg Maha Pemurah, Maha Pengasih... bayangkan kalau kita dibuat orang seperti pap yang kita lakukan...tentu kita juga akan terasa

Ingatan kepada diri sendiri, andai kita ingin membuat kebaikan, biarlah kebaikan itu mengundang kepada kebaikan yang lain pula. seperti mata tangga, kita melangkah dari satu aras paling bawah membawa keatas, bukan seperti menuruni curam, yang kadangkala menyebabkan kita tersungkur sakit.

orang yang menerima sedekah akan berterima kasih kepada kita, lalu akan mendoakan kesejahteraan kita, doa orang yang susah ini seringkali tiada hijab doa mereka, Insya'Allah akan dimakbulkan. tidakkah kita inginkan tiap kebaikan yang kita buat sekali, tapi berganda berkali kali?

silapnya kita kadangkala, menyebabkan kita berdosa dan sipenerima juga berdosa.. manakan tidak, sudahlah benda yang buruk yang kononnya kita bersedekah, diterima oleh orang, mengecilkan hatinya lalu takkala mereka bersunggut tidak puashati, ibarat mereka tidak mensyukuri nikmat Allah beri, sedangkan sedekah itu juga sebahagian dari 'rezeki' mereka. kenapa kita boleh tergamak buat begitu? tak sengaja? berhati-hatilah.. jangan buat kita dan orang lain berdosa.


emmm... tak perlulah saya membebel panjang, kita semua cukup akal dan fikiran yang Allah bekalkan, terserah dan terpulanglah cara mana untuk kita mencapai redha Allah dalam hidup .

kalau kita menghayati bahawa setiap perbuatan itu ibadah, tentu kita berebut-rebut membuatnya dengan ikhlas. tapi bukan mudah untuk kita menghukum, saya juga tidak menyalah kan sesiapa, sekadar berbicara meluahkan rasa,tepuk dada tanya iman kita.
Jadi 'pause' sebentar nawaitu bersedekah, perhatilah betul-betul.. layakkah itu kita kata bersedekah atau sebenarnya kita hendak buang sampah...

Monday, April 6, 2009

DAH MISKIN PUN KENA BAGI SEDEKAH KE?


Ummi, kalau miskin pun kita kena bagi sedekah ke?"

tu yang ditanya Nur Jannatul masa saya kata, kalau miskin sekali pun kena kena banyakkan bersedekah...

kompius sidara kecik ku ini agaknya...

macam biasa itu sesi tazkirah kami sebelum tido.. setiap malam saya akan bercerita kepadanya, terutama kisah-kisah nabi, atau kisah kisah berkaitan amalan kta sebagai 'orang islam', mengapa kita istimewa lain dari orang lain, walaupun kita sama je rupanya, lain sikit lebih kurang, tapi kenapa 'umat Muhammad SAW ' ini lebih hebat.

"ya, mesti, walau pun bersedekah tu yang biasanya orang tahu kita bagi duit... bagi makanan, atau apa-apa yang biasanya kita nampak dengan mata, tapi ada lagi sedekah yang orang jarang buat, mungkin sebab tak tahu atau terlepas pandang"

"camne tu tak pahamlah mi" dengan muka berkerut kerut

saya tersenyum " ingat tak senyum itu sedekah?"

"ha, senyum ok, nak sedekah senyum je ke?"

"tak, ada lain... doa.."

"camne nak sedekah doa mi, kita tak nampak, orang yang kita nak bagi tu pun tak nampak, camne?" bising mulutnya sambil bangun dari pembaringan, agaknya dia rasa serius kot.

jadi saya pun ikut duduk disisi.

"gini...kalau kita ada banyak duit atau barang-barang, kita bolehlah bersedekah barang atau duit kita tu, tapi macam ummi kata tadi, kalau kita miskin, ada duit tapi tak cukup, ada barang pun nak guna sendiri pun tak juga cukup..so camne kita nak dapat pahala bersedekah, betul tak,?"

dia angguk tapi masih berkerut...

"jadi kita bersedekahlah dengan doa kita, contoh katakan kawan kita sakit... kia sedih tenguk dia, kita doakan dia, bacakan al'fatihah, sedekah kat kawan kita. mohon pada Allah semoga kawan kita cepat sembuh, jadi walau kita tak bagi bantuan dalam bentuk duit ke ubat ke.. kita dah dapat juga pahala sebab sedekahkan doa untuk dia"

"tapi pastu,kita dapat pahalalah ye, dia dapat apa mi? doa je ke?"

"ya kita dapat lebih dari pahala, dia pun dapat juga,doa tu kalau Allah makhbulkan, lebih cepatlah dia sembuh"

"oh... macam yang ummi selalu kata lepas solat baca Fatihah, sedekah pada nabi tu?"

"ya, tapi pada Rasulullah kita tak sedekah nak, kita hadiahkan kepada baginda, kerana rasulullah lebih tinggi kedudukan dia disisi Allah, baginda bukan terima sedekah, tapi kita beri hadiah Fatihan, ingat tak hadis Rasulullah yang kata kalau kita selawat apa kita dapat"

"oh yang nanti Allah hapuskan 10 dosa, pastu bagi 10 kebaikan, pastu angkat 10 darjat tu ya mi.. tapi darjat tu apa plak?

"ginilah darjat kita sambung malam esok boleh, dah kul 10.30 esok sekolah, tidur dulu, cukup malam ni"

"oklah..meh kita nak peluk ummi, muah..muah (di cium pipi ku kiri kanan) "

"muah." aku cium dahinya,.. ingat baca apa sebelum tido?

"ya mi,. bye"...

gitulah, bila bercerita bab bersedekah ni, panjang rasanya nak bercerita.. sebab sedekah ni paling senang bila kita sebut, bab bagi duit, bagi barang-barang, tu kira dah sedekah dah tu. Tak apalah juga, tapi masih banyak kesilapan yang kita buat semasa ingin menjayakan sedekah.

bersedekahlah kerana ia membuka pintu-pintu rezeki,menghapus dosa, menghalang bencana, membersihkan jiwa,jika tidak dengan hartamu,bersedekahlah dengan doamu... kerana ALLAH itu lebih tahu keikhlasan mu...