SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: UMMI KITA DAH ADA PAK WE!

Thursday, May 21, 2009

UMMI KITA DAH ADA PAK WE!


Hu hu… malam lepas, aku tengah lipat kain bila anak dara kenit ku menjerit bagi salam tika pulang dari kelas Al’Qurannya. Usai menukar pakaian ngaji, dia datang dari belakang memeluk tengkuk sambil bertanya “mi, alah sibuk ke,mi kita goleng-goleng jom, kita nak cite-cite dengan ummi, bolehlah, please…”.

Tak sampai hati, terus saje aku letak kemeja yang ditangan sambil tu pura-pura protes “ alah, kalau dah ada menda dengan ummi tu, buat baik lah ye.. ni mesti ada story ni. Betul tak?”

“alah ummi ni, orang nak bagi tau rahsia ni, untuk ummi je, boleh lah mi”

“oklah, jom goleng-goleng”. (aktiviti berguling- guling atas katil dia lah, apa lagi)

“ha, citer lah apa benda yang rahsia sangat nak bagi tau ummi ni?”

“nanti, nak peluk-peluk dulu”..(
sambil peluk dia tergelak-gelak)

“mi, kita nak bagi tau, tapi ummi tak marah kan”

“emm.. tenguk keadaan, kalau patut tak marah, tak lah, tapi kalau awak buat salah, ingat yang ummi marah tu bukan awak, tapi perkara yang salah yang awak dah buat tu, ha apa lah tu, tupperware minum hilang lagi ke?”

“tak, tapi nak bagi tau, kita dah ada pak we”

glup.. glup.. aku telan liur sendiri, tapi muka aku selamba je..

“eh, iya ke, lah betul ke, sape nama dia ?”

“nama dia sama nama nabi yang pertama, Adam”

“oh, bagus nama dia, Adam, emmm… Adam nabi pertama ALLAH cipta, duduknya di Jannah sebelum dihantar kedunia..kira oklah Adam jumpa Jannah yek”

hihihi ( lemaknya dia tertawa, macam beriya benar).. tapi rahsia tau ummi, papa tak boleh tahu tau, please, jangan bagi tau papa, ni rahsia kita berdua je”

“ok, ok, mi tak akan bagitau papa, dia satu sekolah kebangsaan ke sekolah agama?”

“sekolah kebangsaan, dia ketua kelas bahasa Arab kita, kan kita masuk kelas bahasa Arab”

“oh, dia duduk mana?”

“tak tau”

“lah, kata pak we, tapi duduk mana tak tau, camne jadi pak we awak kalau tinggal mana pun tak tau”

“ eh, ummi ni kita tak kan nak borak dengan dia Tanya dia tinggal mana, malulah”

“eh, awak tak pernah cakap dengan dia camne awak kata dia pak we awak ni?”

“adalah, kita ada cakap tapi tak lah banyak, sikit je”

“oh, dia dari kelas awak ke?”

“tak dia dari 3M, jumpa masa kelas bahasa Arab je”

“tak pernah terserempak kat kantin ke, makan sama ke?”

“eee.. tak adalah ummi ni, malulah mana ada makan sama, kita tak pernah pun kawan dengan budak lelaki lah ummi ni, kita dengan kawan pompuan jelah”

“oklah, Tanya je, kot kot awak ada berbual-bual”

“tak, cakap sikit-sikit je”

“emm.. Tanya je, dia hensome tak dik?”

“hensomelah, putih melepak, tinggi lebih tinggi dari Sufi” (sepupunya yang satu sekolah juga.

“iya, oh….” ( panjang oh aku, alahai tuah..)

“mi, nantikan kalau kita kata dia pak we kita kan, masa naik sekolah menengah nanti dah tak jumpa dia kita jumpa orang lain pulak kan, kita suka dengan orang lain pulak, pastu kalau masuk universiti nanti jumpa orang lain kita suka dengan orang lain pulak , pastu dah habis universiti jumpa orang lain pula. Nanti kita pun tak tau siapa yang kita suka kan mi kan”

fuh, panjang anak aku ni berimiginasi…

tau tak pe, sebab tu, sebaiknya kita belajar bersungguh- sungguh dulu, sebab pilihan dalam hidup kita banyak, macam kita nak beli barang, selalunya kita belek-belek dulu, tenguk tarikh expired dia, tenguk ada halal ke tak, tenguk keluaran sykt mana, macam yang kita selalu buat bila pergi pasaraya, kan awak selalu tolong ummi kan”

“ha ah, tapi apa kena pulak barang mi ni, tak paham lah”

maksud ummi, kalau nak pilih pak we awak yang betul-betul awak nak kawin..

“alah mi ni, orang tak kata nak kawin lah orang Cuma kata orang suka dia, macam pak we”

“lah, iyalah ini ummi cerita kalau adik dah besar nak kawin sok, kena betul-betul pilih, bukan main ambil je, kalau kena yang dah expired, tak boleh nak makan, kalau tak halal lagi berdosa kalau termakan. Camtu lah contoh je”

“yelah, yelah.. tapi rahsia tau, kita tak nak papa tau nanti dia nyakat kita, dia Tanya pak we awak tu nilah semua, malulah kita”

“oklah, tapi kalau ummi tercakap camne, pasal tu papa, dia kena tau”

“alah ummi ni, tak baik lah tak amanah, kita nak jujur dengan dia je, tak nak lah”

“yelah sayang ummi ucap terima kasih sangat sebab belajar jujur dengan ummi, tak kisah lah apa pun, yang macam ni ummi suka, belajar jujur, Ya Allah semoga anak aku jujur kepada aku sampai bila-bila amin”
kata aku sambil mengangkat tangan gaya berdoa

“yelahkan jangan nanti apa-apa kita buat ummi tak tau, nanti ummi marah, ummi gak ajar cakap ape je, kita cakaplah, tapi promise tak kasi tau papa”

“ok, promise, dah tidolah, nanti sambung lagi ok”

“ok, time kasih mi,” sambil cium pipi aku..

alahai Jannatul ku sayang. Sambil kebilik sebelah menyambung lipatan yang terbengkalai, kepala ku berputar mengingat zaman aku seusia dia. Sumpah wallah (stail P.Ramlee) aku tak tau pun apa tu pak we mak we, yang aku sangat ingat dan masih melekat dalam kepala sampai lahni, dalam usia dia, aku berkawan dengan sepupu dari sebelah ayah yang hampir kesemuanya lelaki, kami main kondakondi, main jentik getah, main galah panjang, main polis entry, guli, tah menda lagi.

Paling tak lupa sampai sekarang ialah, kenakalan aku (nakal kot waktu tu) sama macam jantan, aku boleh panjat pokok rambutan, masa tu dirumah nenek saudara, sebab kononnya nak main sorok-sorok. Sudahnya semua orang dah ditemui, aku seorang mereka tak jumpa-jumpa, walhal aku dari atas pokok tu nampak mereka mundar mandir mencari aku, sambil mejerit memanggil, lansung aku tak berbunyi. Tapi dek kerana dah penat tercatuk atas pokok aku pun bersuara, tapi tulah dianya, pandai panjat tak pula reti turun, bila sepupu aku semua menjerit suruh turun, aku gemuruh, aku peluk dahan pokok kuat-kuat.

Udah-udah, terpaksa panggil jiran nenek, abang/ pakcik tu ambil tangga, panjat sambil pujuk aku turun, lama gak, baru aku nak turun. Semua pakat gelak-gelak, aku kejar dah tu tak dapat aku menangis.

Emmm itulah kisah 30thn dulu, hari ini..2009, anak dara aku kata dia dah ada pak we.. hehehee…lucu.. lucu.. tapi bukan lawak.
bersambung...

No comments: