SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: 3 Inci Sahaja tapi BISA!

Wednesday, February 2, 2011

3 Inci Sahaja tapi BISA!



Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . "

Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "

Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka
ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."
(Riwayat Tirmizi).

Moral : MAKA ITU…. JAGALAH LIDAH.. JAGALAH TUTUR KATA.. JAGALAH PERKATAAN, JAGALAH APA YANG TERZAHIR DARI LIDAH KERANA ITU GAMBARAN HATI..HATI YANG BERSIH AKAN MELAHIRKAN TUTUR KATA YANG BERSIH JUGA..BEGITULAH SEBALIKNYA.
INGAT.. LIDAH YANG 3 INCI DAPAT MENUMBANGKAN MANUSIA YANG TINGGINYA 6 KAKI..

KATA BUYA HAMKA “ BAHASA YANG ELOK MELUNAKKAN HATI”


JADI.. BUDI DAN BAHASA .. JIWA KITA.. JIWA … KITA…
Jom sahabat.. kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL..

No comments: