Dibawah saya kongsikan sebuah kejadian sebenar. Ia berlaku bbrp tahun lalu, dikirimkan kepada saya lewat email, saya sunguh tersentuh. Tak pasti nak kata macamana perasaan saya, sebagai orang luar yang memandang, kedua-dua pihak salah.
1. Orang yang berhutang tidak peka dan tidak meninggalkan pesan kepada waris tentang hutang. Lalu ia menimbulkan banyak masalah. Simati menanggung hutang yang tidak langsai hingga akhir hayat. Waris tidak dapat membantu menyelesaikan hutang dan menimbulkan kekacauan emosi, malu, marah, sakit hati, geram!
2. Orang yang menuntut hutang juga, seharusnya bertindak logik, janganlah disebabkan hutang, aib orang dibuka. Jika tahu dimana kuburnya, tentu juga tahu dimana waris simati boleh dihubungi. Justeru, carilah waris-warisnya, kemukakan bukti simati pernah berhutang, tuntutlah dengan cara yang betul dan mengikut lunas undang-undang.
Maka sebab itulah, mengapa merancang dan menguruskan harta sebelum kematian kita sangat perlu dilakukan. Tapi menyedihkan, kita sebaliknya hanya mengurus dan merancang bagaimana mendapatkan dan mengumpul harta.
kita sering abaikan dan memandang ringan serta mengambil mudah bahagian kemuncak dari semua pengumpulan harta yang ada iaitu, pembahagiannya
*bagaimana?
*hutang-hutang diselesaikan cara apa?
*Harta yang tinggal harus di bahagikan kepada siapa?
*Berapa bahagian?
*Siapa lagi yang layak?
*Bagaimana Kalau aku ingin bersedekah, wakaf?
Bila diajukan cadangan dan persoalan, kita terus- terusan menangguhkan dan melambat-lambatkan tindakkan.
Lalu, ketika kita masih lagi bertangguh dan kematian mendahului kita, maka inilah salah satu kesan dan akibat dari sikap kita yang ambil mudah segala resiko.
Paling dikesali, kita masih lagi salah faham bahawa, kita tak perlu untuk kita merancang dan merangka wasiat, menulisnya apatah lagi, kerana kita rasa, sistem pembahagian Islam iaitu Faraid telah ada, jadi kalaulah aku mati esok pagi pun, tak ada masalah.
Walhal sekali lagi ditegaskan bahawa, Perancangan Harta Pusaka iaitu Penulisan Wasiat anda adalah sebagai bertindak sebagai PENTADBIR kepada Harta dan Faraid itu bertindak sebagai Cara PENGAGIHAN.
Jika disesebuah organisasi, ada pekerja, tapi tiada bahagian yang menguruskannya, adakah mudah pekerja faham, tahu, bertindak mengikut apa yang diamanahkan?
Justeru, ambil sedetik masa dan fikirkan "kalaulah aku mati esok?" ...K A L A U L A H!!!
********
Kisah ini saya ambil dari email yang dikirimkan kepada saya..
Selalu kita mendengar hal kepentingan selesaikan hutang dan isu kematian.
Gambar yg disertakan ini adalah literally hutang datang ke kubur utk menuntut hutang.
Ianya saya rakamkan di kubur Lembah Keramat belakang petronas, dimana satu batu nisan diselubungkan dgn plastik dan di dalamnya ada message hal hutang dan yg menuntut hutang siap letak business card didalam plastik itu.
Mungkin yg tuntut hutang ni letak dgn harapan ahli keluarga akan contact dialah.So hati hati ngan hutang..jgn dia datang atas kubur...datang dlm kubur tu satu hal lagi.
http://wasiatuntuksiapa.blogspot.com/2011/06/akibat-tidak-merancang-harta-hutang.html
No comments:
Post a Comment