Pernah dengar? "TAK ADA 1 PUN YG BAIK DLM HIDUP AKU"
Moral : Hidup kita adalah satu kitaran ((((tenaga)))), kalau tiada 1 pun yg baik, andalah yg salah. "sesuatu yg anda percayai sentiasa berlaku & kepercayaan anda terhadap sesuatu menyebabkan ia berlaku - Frank Lloyd Wright.
Hidup adalah apa yg kita minta!!!
Mamat memikat wanita dengan wang dan intan berlian, bila teman wanita bosan dan angkat kaki, katanya mereka sekadar menggunakan dia untuk mengikis wangnya. Apahal? dah kalau mamat memancing ikan, guna intan berlian, dia akan dapat ikan yang berselera intan belian, apa nak marah?
Minah suka pakai baju mendedah 3/4 dadanya.. tapi jangan ada lelaki yang memandang, katanya mereka hanya mahukan badannya. Tapi dia lupa bahawa dia membuat promosi dan memberi tayangan secara lansung dengan percuma? kenapa mengamuk?
Begitulah hidup, kalaulah kita jujur dgn diri sendiri, kita pasti boleh senaraikan hampir semua yg berlaku dan terjadi kepada diri kita adalah kerana kita telah membantunya untuk menjadi kenyataan.
Justeru, usah sentiasa menyalahkan keadaan semata-mata. Cubalah berehat dibawah sepohon kelapa dan lihat bagaimana dan mengapa Allah tumbuhkan ia begitu tinggi, ada sebab dan tentu ada akibatnya jika ia jatuh tepat keatas anda yg duduk dibawahnya, walhal saya cuma 'suruh cuba', anda yang ambil resiko itu, anda boleh pilih utk tidak berada dibawahnya...hahaha!
Maka itu,. perhatikan hukum jagat, kesan hukum SEBAB dan AKIBAT = HASIL dalam hidup anda sendiri, perhubungan, kejayaan, kekecewaan, ,....
sebab aku buat begini.. maka akibatnya ...begitu...
Insya Allah jika anda boleh menerima kenyatan hukum SEBAB & AKIBAT...anda pasti lebih teteram dan terarah untuk bertindak dengan cara yang betul bagi memastikan hasil yang baik..
Misi kita bukan untuk merubah dunia ,Misi kita adalah utk MENGUBAH DIRI SENDIRI, ketahuilah tiada penyelesaian LUARAN, hanya penyelesaian DALAMAN. apa yg anda rasa didlm, itulah anda dapati diluar, kita tdk akan dpt membaiki hidup dgn berusaha dari 'luar'. Baiki emosi, minda dan Elmu, Insya'llah kejayaan akan menghampiri.
Ingatan untuk diri (ku) yang mungkin lupa..
~* UMMI *~
1 comment:
nice entry :)
Post a Comment