SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: October 2011

Wednesday, October 12, 2011

~* Malaysia Mempunyai EMAS TERBESAR Di Dunia*~

Fakta Menarik untuk direnungkan ..tahukah anda?

Dimanakan terletaknya Emas terbesar didunia? Jawabnya di Malaysia.! ye betul, Malaysia mempunyai emas 'paling besar' didunia, tak percaya? nah ini dia.. Patung Dewa Murugan yang berada di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand. Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu. Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya mencapai 42.7 atau 140 kaki.
Tetapi bagaimanapun ia hanya menggunakan cat emas sahaja



Namun sesuatu yang paling patut anda ketahui ialah ketulan emas termahal didunia sebenarnya berada di Taiwan.
Jongkong emas yang diberi nama “Taiwangoldbrick” ini adalah seberat 220kg dimiliki oleh Kementerian Kewangan Republik of China dan dipinjamkan kepada muzium emas di Taiwan untuk sementara. Harga semasa jongkong emas ini adalah RM29.3 juta.


sumber : hargaemas.com.my

Pendapat sy apa kata..mari kita fikirkan..tahukah anda

Bila pemerintah Amerika bercakap tentang defisit USD 1.7 trilion,   inilah jumlah tunai yang dipinjam oleh pemerintah Amerika untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010. ( pergghh banyak sungguh hutang ye)


Perhatikan, pelet di susun 2 tingkat, setiap palet menampung $100 juta, penuh dengan not $100. Anda perlukan baaaaaaaaanyak lori untuk mengangkut semua duit ini.

eemm.. bayangkan kalau USD tidak lagi bernilai.. macam duit pokok pisang Jepun dulu2.. apa akan jadi kpd 'nilai simpanan wang kertas kita? - Apa jadi pada Bank? Saving, bond, EPF, ASB.. (Fuh..lap peluh kejap). mungkin sama nilai dgn segantang beras, seguni gandum? atau lebih teruk dari itu sebagai kertas pembungkus barang basah sahaja.

Maka itu, dari sekarang, tukar semua nilai kertas RM,  USD,  EURO, yang anda ada kepada bentuk logam EMAS/ PERAK/. Rhodium/ platinum ( ada ke yg beli? kalau mampu lagi bagus) ... beli eset kekal spt RUMAH/ TANAH dll, supaya nanti, bila ada kuasa dunia baru, yg membawa nilai mata wang baru, kita dapat semula 'nilai' kepada seluruh kerja keras kita selama ini berusaha mengumpul harta..


Maka itu, waktu emas tengah turun harga ni.. agak2, kalau ada rasa nak tukar kereta baru, beli pakaian berjenama sampai 10,000 satu sut, beli kasut sampai RM3000 sepasang.. cecuba bertahan kejap. Fikirkan jenis pelaburan yg lebih menguntungkan dari kepuasan diri kepada kekuatan ekonomi..


amacam.. ada berannnn :-D

Thursday, October 6, 2011

~*BIla sikecil tidak akan tertawa lagi...*~

Sayangi anak mu..HENTIKAN PENDERAAN!
Ini kisah sedih, kisah seorang anak kecil yg comel, secara jujur dan bangganya memberitahu ibu tercinta "mama, saya menggunakan lisptik mama untuk tulis sesuatu atas lembaran" 
Namun, kerana amarah melanda hati, si ibu tanpa sedar telah memukul sianak yang dikandungnya tanpa batas. Akhirnya sicomel terkulai tanpa dapat mempertahankan diri. Tubuh kecil itu tidak lagi dapat menampung pukulan dan henyakkan menggila si ibu..
kesal dengan perbuatannya, siibu minta maaf, namun segalanya telah terlambat... jantung kecil itu telah berhenti berdenyut!!!
Tambah kesal pabila dia melihat apa yg tertulis ialah "mama AKU CINTAKAN MU!" ~ 
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa syarat. ( Hamka ).
 

Monday, October 3, 2011

~*Hidup Umpama Secangkir Kopi*~


Kisah ini hanyalah satu kisah biasa, tapi ia digarap agar menjadi satu kisah dan tauladan buat kita menghadapi sepak terajang kehidupan, bila melihat secara biasa tidak lagi mampu mengajar kita... lihatlah dengan cara luar biasa, sis lain setiap peristiwa dalam hidup. Ada tikanya, perkara yang kita lakukan setiap hari itu ada pengajaran didalamnya..

***************
Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada rupa hias kehidupan”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.


Sumber : sahabat Maya