SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: March 2009

Tuesday, March 31, 2009

ADER KE HIDUP YANG ADIL???


seorang kenalan maya melempar pertanyaan "ader ke idup yg adil??, semacam tidak berpuashati bila saya meletakkan 'tagline: jangan bersedih kerana hidup ini adil... "... hehehehe...

saya tanya kembali :

kenapa?

memang hidup ini sangat adil, Allah telah meletakkan dan menjadikan setiap satu tu sungguh kena pada tempatnya, lalu terpulang , cara mana kita membaca/melihat tiap kejadian itu.

mana tidaknya, andai kita tahu dan menginsafi, kita yang bergelar khalifah ini telah Allah pinjamkan 5 sifat yang berbeza. justeru tepuk hati tanyalah iman, belajarlah agar kita melihat dari sifat malaikat yang sentiasa patuh, dan sifat Allah, pengasih, penyayang, penyabar, pemaaf... kita akan bersyukur kerana tiap2 satu itu telah dijadikan berurutan dengan yang sebelum atau selepas nya.

namun saja jika kita memilih untuk menilai satu2 kejadian itu dari sifatnya manusia yang tidak pernah puas, sifat syaitan yang nafsu nafsi, atau sifat kehaiwanan yang tiada malu, maka akan sentiasalah kita berkeluh kesah dan gundah kerana sering yang diminta tidak terkabul bagai yang dihajat.

kerana Allah Maha Mengetahui, lebih dari apa yang ada dalam hati kita, kerana DIA lebih tahu apa yang kita PERLU dari apa yang kita MAHU.

maka ketikanya kita meminta mawar merah yang cantik berkembang, Allah memberikan pohonnya yang penuh berduri,

waktu ulat beluncas cemburu melihat cantiknya rerama yang berterbangan, Allah kurung ia dalam kepompong, sebelum menunaikan hajat nya...

begitu juga kita manusia.. tiap kesukaran itu rupanya permulaan kebahagiaan, asal saja kita sabar dan terus berdoa dan mengharap kepada ALLAH supaya memberi kesudahan yang lebih baik dari sebelumnya..

bukankah ujian itu menambah lazatnya iman

Wednesday, March 25, 2009

MAHU MURTAD KERANA MISKIN?


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090324092832/Article/index_html


terkedu.. itulah reaksi pertama yang mampu aku lahirkan, kenapa sebegini lemah iman didada kita sekarang? apa yang sebenarnya kita paksikan hidup didunia ini? kalau mewah bolehlah terus dalam islam, itu pun yang islamnya hanya pada kad pengenalan... kalau diuji, Islam (ALLAH) itu kejam? Tidak adil kepada hambaNYA? di hadapkan dengan berbagai masalah dan kesusahan apakah dengan menukar agama itu akan meyelesaikan segala kekusutan dan masalah..


tidak terfikirkah oleh kita akan natijah perbuatan itu selepas 10 tahun, apa jadi kepada keturunan kita?

saya tidak rasa hanya kerana penghinaan dan tekanan keluarga ini harus bertukar agama, andai penghayatan mekera kepada Islam itu benar dan ikhlas, ujian ini sangat kecil kepada manusia. mungkin ada yang berkata.. kau tak duduk ditempat mereka, apa yang ko tahu!


benarlah saya (kita) tidak duduk ditempat mereka.. tapi apa kah kita tidak pernah dihadapkan dengan sebarang bentuk ujian? malah saya sendiri menempuh berbagai onak dan duri sebagai makhluk bernama manusia. Ujian adalah kenikmatan dan kesempatatan kita untuk bermesra mesra dengan Sang Pencipta.

setahu sayalah rakyat Malaysia ini masih dalam ketegori ada perikemanusiaan, kalau jiran tetangga susah, paling tidak sepinggan lauk, sekampit gula, masih boleh terlanting lagi..

dalam benak saya tentu ada yang tidak kena kepada keluarga ini hingga dipulau masyarakat, jarang hanya kerana miskin orang memulau kita. akhirnya persoalan itu dijawab ...

entahlah, saya tidak mahu mengulas terlalu panjang,seharusnya kesusahan yang kita hadapi sebenarnya adalah saat-saat Allah memberi kita peluang dan ruang untuk sentiasa 'bertemu dan mengadu' kepadanya. sesuailah seperti yang saya katakan bahawa ujian itu nikmat.. kerana sering kali bila kita mendapat kesenangan, darjah kekusyukan kita menurun dek kerana sibuk mengambil berat hal kesenangan yang dikuartirkan hilang..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Friday, March 20, 2009

KETIKA KITA MENCARI BAHAGIA....


ketika semua manusia sibuk mencari "bahagia'....

mereka/kita terlupa... bahawa bahagia sebenarnya ialah apabila kita hidup dalam keadaan beriman kepada ALLAH.. bahawa kita menikmati dengan hati lapang setiap anugerahNYA, kita redha dengan Qada dan QadharNYA, kita patuh kepada ajaranNYA dan kita jahui segala laranganNYA, kita bermunajat bila mengingini sesuatu, kita bertaubat bila melakukan dosa, kita bersyukur ketika senang dan kita sabar ketika menghadapi ujian serta kita bertenang jika ada yang mencela dan kita berterima kasih jika ada yang memuji...

bahawa kita tidak pernah sebatangkara, walau tiada sesiapa lagi yang menyayangi kita didunia ini, kerana ALLAH itu lebih dekat kepada kamu dari urat leher kamu sendiri.. bahawa pabila kita berkeluh kesah, sesungguhnya ALLAH menanti kita merayu dan memohon kerana terpesona dengan ungkapan-ungkapan indah kita kepada NYA, bahawa jika kamu menderita... ALLAH akan memelukmu dengan RahmatNYA, pabila kamu kecewa...ALLAH sentiasa ada disisimu dengan KasihNYA, malah apabila dosa dosa mu sebesar gunung uhud.. ALLAH tetap memberi keampunanNYA kerana dialah MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGAMPUN...

TUHANKU... kami tidak layak untuk Syurgamu...
Namun kami tidak mampu menghadapi azab di neraka MU...
aku bermohon kepada MU... ampunilah dosa-dosa kami..
sesungguhnya ENGKAUlah ALLAH yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENERIMA TAUBAT HAMBA-HAMBANYA.... AMIN