SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: 2010

Monday, November 29, 2010

SAY NO TO POLIGAMY!!!




barangkali inilah kata-kata mereka ...(kata-kata/pandangan orang yang tidak beradab/ biadab dengan TUHAN)

Tuhan,engkau tak kaji dulu ke tentang syariat poligami..kan ianya menyusahkan kaum perempuan..

Tuhan....kami tak mahu poligami!!! kenapa adakan poligami.Engkau tak tahukah perasaan kami.

Tuhan..syariat lain tak apa tapi bab poligami ni kami TOLAK

Tuhan..kenapa adakan poligami?kan banyak rumahtangga kucar kacir kerana poligami ( sedangkan lebih ramai yg monogami kucar kacir kita tak kisah pun)

Apa pandangan anda pula?

Ya’Allah!! Nauzubillah... kenapa harus jadi begini? (menentang poligami)????

pandangan saya yang daif ini...

Isu Poligami ni rasanya bukan di sini saja diperbincangkan dan tidak akan berhenti hingga dunia kiamat. Keadilan tidak akan dapat dibentuk untuk bersetuju 100% atas tiap individu, bergantung kepada kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap hukum dan aturan Allah.

Banyak kali telah saya katakan, poligami tidak boleh dibincang atas landasan emosi. Ia hukum dan peraturan Allah yang telah termaktub. Namun bahaya akal yang ditunggang emosi akan mengakibatkan kita tidak lansung peduli.

Amat sukar bagi manusia untuk mendidik akal, kerana bahayanya akal ini, ia bisa berubah-ubah  mengikut arah yang menunggangnya, jika nafsu, maka menjadi membuak-buak  rasa. Jika emosi, ia tidak keruan, jika iman ia akan tunduk dan lemah lembut.. waima mudah berkata tapi payah untuk melaksana.

jadi  hakikatnya  suami bukan milik kita, dia milik Sang Maha Pencipta..kita juga.. anak, harta... SEGALA-GALANYA.. pun kendati diri tidak semudah ungkapan bibir.

Ramai kita gagal untuk melaksanakan amanah Allah bukan semata dalam bab poligami.  tapi hampir saja semua aspek kehidupan..dan sahabat semua buka mata dan minda anda, buka dada (hati) dengan lapang, jangan terlalu emosi dan menafikan kebenaran bahawa.. ada golongan manusia yang sudah mampu sampai kedaerah penyerahan kepada Allah, sebab itu bagi mereka poligami tidak lagi mendatangkan satu masalah..

Banyak pro dan kontra atas isu ini. Terpulang individu, hempedu bagi seseorang mungkin saja manis bagi yg lain. Kadangkala kita yang tidak berpoligami pula yg terlebih emosi. Orang yang dalam kapal poligami melayar bahtera mereka dengan tenang dan lapang dada.

Sebaliknya kita pula yang rasa lemas, rimas, tak puashati, pelik, bersangka buruk dan berbagai ragam mainan emosi..apa-apa pun kita kena kembali menghayati perintah Allah dan status kita sebagai hamba yg merdeka.. kita diberi pilihan.. maka itu,  ikutlah jalan yang kita pilih.. semoga jalan-jalan itu masih lagi dibawah naungan Arash Allah yang agung..

CINTA Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras . Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini ~ Abu Saif

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan. ~ Fuad Latif

Dalam hukum nikah itu kita kenal ada lima kategori, wajib, sunnah, mubah, makruh dan haram, apakah ini juga berlaku dalam hukum poligami ?

sebenarnya Quran bukan mendorong untuk menikah lebih dari satu menjadi dua, tiga dan empat. Tetapi dari poligami yang disuruh memaksimumkan menjadi empat. Dan empat pun disaratkan berbuat adil, kalau tidak boleh ya cukup satu. malah adil dalam hal ini bukanlah sekadar dari sistem giliran atau harta benda dan kasih sayang. adil dalam islam ialah mengikut keperluan. kalau isteri tua ada anak dan suami telah memberi dia sebiji rumah bungalow 6 bilik kemudian isteri kedua yang baru dikahwininya cuma ada satu anak dan dia disediakan rumah teres 3 bilik itu adil kerana keperluan isteri pertama itu lebih dari isteri kedua. tapi kalau mata kasar kita itu sudah tidak adil dan berat sebelah.

kalau isteri ketiga sakit dan dia disediakan pembantu itu adil kerana dia tidak mampu mengurus diri..

kita sering guna akal dengan emosi. mari kita berlapang dada, guna akal dengan iman dihati.... Setiap hal yang menyakitkan tidak selalu bererti buruk, bila dijubahi dengan iman dan takwa secara positif malah akan membawa kebaikan.

poligami malah mampu jadi ladang amal yang menjanjikan pahala berlimpah, kalau kita pandang dari sisi sunnah agama, ia melatih diri bersabar, melatih diri ikhlas, melatih diri membuang segala penyakit nafsu, dengki, iri hati, benci, dendam, dll.. membentuk diri kehambaan, mendekatkan diri pada Tuhan. Pun sebaliknya akan berlaku kalau kita melihat dengan mata nafsu, segala hanyir, pekong, tokak ada dalam poligami!

menyedihkan sekali....Kita sudah kehilangan prasangka baik terhadap Allah. Allah tidak akan membuat aturan yang tidak ada manfaatnya. Aturan yang tidak kita pahami saat ini, mungkin memang tidak pada masa ini.,tapi untuk masa jauh di depan kita.

tiada ada apa yang harus direbutkan. hakikat hidup ini nikmatnya hanya sekelip mata.

segalanya bukan milik kita... suami anak harta kemewahan, kedudukan segala2nya hak DIA, kita diberi pinjam sahaja. yang sering buat kita sakit hati dan jiwa bila kita merasa semua itu 'hak' kita. atas usaha kita, atas daya kita, tapi kita terlupa kalau tidak dengan izin dari NYA.

'lepaskan' semua kembali kepada Allah, Insya'allah jika kita diuji jika kita dicuba.. kita akan lebih sabar kerana kita tahu, kita tidak boleh mengatasi peraturan yang DIA tetapkan untuk kita..namun jika kita sabar dan redha, Allah juga telah berjanji bahawa ganjaran untuk mereka yang sabar dan redha itu sangat hebat disisiNya.

namun.. Allah juga sangat sayang akan hamba2Nya.. kepada sesiapa yang rasanya tidak mampu dan tidak dapat bertahan dalam kehidupan berpoligami.. juga ada jalan keluar. penceraian.. walau ia dibenci Allah, ia adalah halal, dari wanita atau isteri itu menangung dosa lebih baik dia minta dilepaskan. bolehlah dia membena hidup baru dan dekatkan diri dengan Allah. itu lebih baik...

jadi.. kesimpulan yang tidak mudah untuk dibuat.. terpulang kepada diri individu itu sendiri.. cara dia untuk berhadapan dengan masalah ini atau mengatasi masalah ini bergantung kepada kekuatan dan kefahamannya, kejahilan atau ilmunya dalam menggunakan agama dan imannya.. antara dia dengan suami/ isteri dan paling utama antara dia dengan Sang Maha Pencintanya ~ ALLAH...

wallahu'alam

p/s : yang demikian ini adalah pendapat peribadi ummi semata2, tidak mewakili mana2 wanita atau individu, anda semua berhak keatas diri dan kehidupan anda dan bebas memberi pendapat dan pandangan. Namun sesekali usah memberi pandangan dan pendapat anda dengan emosi kerana poligami bukan 'hak cipta terpelihara' manusia..


~UNJ~

Tuesday, November 23, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki



PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Ustaz Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya..

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit"

Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.



Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota.

Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. 

Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicaainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.

Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. 

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?

Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri.

walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Hidup bukan sekadar memberi atau menerima, tapi ia lebih dari itu ialah ikatan kasih sayang yang akan menjadi pembuka jalan diakhirat sana.

Sunday, November 21, 2010

Petua Membelai Emosi Isteri




emm.. selain berkongsi tips untuk isteri, bagaimana membelai emosi suami,.. ini ada juga tips untuk para suami.. dari suami kepada suami.. semoga anda dapat melayan kerenah isteri anda sebaik mungkin demi keharmonian rumahtangga yang sebenarnya akan membawa kepada keharmonian lebih besar iaitu masyarakat dan negara.


Assalamualaikum warahmatullah…

Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang tips melayan isteri. Tapi…Saya tak yakin. Sebab takut ada yang fikir lain. Tapi, saya nak cadangkan kepada kengkawan lelaki cubalah apa yang saya amalkan. Yang perempuan, boleh beri komen kalau² mereka setuju atau ada yang tidak disukai.

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium…

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terakhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tapi ini apa yang saya amalkan. Percayalah, disebabkan saya selalu amalkan ini, ia dah menjadi kebiasaan. Kalau atas satu sebab saya bermasam muka dengan isteri saya,insya-Allah takkan lama. Pada malam harinya kami akan sama² rasa kesepian. Dan akhirnya kami akan berbaik semula.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Tapi… curahan kasih sayang sebegini buatkan saya rasa kesempurnaan dalam berumahtangga. macam saya yang kerja offshore, bila tidur di pelantar ni tanpa isteri, memang terasa sunyi sangat. Itulah yang membuahkan perasaan rindu dan teringin sangat nak balik cepat. Nak jumpa isteri secepat mungkin. Bukan sebab nak ‘hangatkan tubuh’ tapi suasana tu yang penting.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang. Tapi… Ini apa yang saya rasalah.

Satu perkara lagi yang saya selalu buat, sebelum tidur saya muhasabah hubungan kami berdua. Kalau di siangnya saya ada memarahinya, saya akan jelaskan kenapa dan minta maaf, jika perlu. Kalau dia ada buat apa² yang menyakitkan hati saya, masa itulah saya akan terangkan apa perasaan saya. Erm… Masa nak tidur… Mana ada tengking², ya tak?

Dan selalu saya tanya dia menyesal tak kahwin dengan saya. Mengharungi kesusahan bersama dan melayan kerenah saya yang macam². Bukan apa… Setiap kali dia kata tidak, memang saya dapat rasakan perasaan kasih saya bertambah kepadanya.

Ini hanya pendapat peribadi saya. Ini apa yang saya amalkan selama ini.Sekadar ingin berkongsi. Mana tahu, kalau² perkara ni berguna… Kalau rasa meluat, harap sudi maafkan saya.

Wassalamualaikum warahmatullah. 




terima kasih untuk seorang lelaki berstatus suami : -Abu Naqibah-

komen saya/moral dari artikel ini :

isteri/ perempuan ~ makhluk emosi* maksudnya disini..ialah mereka ini lebih berkehendak dalam belaian emosi. walau telah tersedia rumah umpama istana, kederaan super hebat, intan berlian lebat. tapi kalau tidak mendengar dari mulut suami akan ungkapan kasih, sayang, cinta, rindu, bla..bla..bla.. mereka akan kontang. kering dan kecut.

mulalah rasa .."aku bagaikan burung dalam sangkar emas'.. adeh..walhal suami bagai nak rak bertungkus lumus untuk kesejahteraan anak isteri..itulah kasih, itulah sayang dan dengan memilih kita sebagai pasangan hidupnya dari puluhan yg 'mengambil bahagian'.. itulah bukti cinta..


Tapi sudah fitahnya,.. wanita itu ingin dibelai emosi.. makanan emosi lebih utama dari bentuk kesenangan fizikal semata.

suami yang telah lengkap menyediakan semua pun, masih dikatakan 'kureng' beri perhatian kepadanya.. semata-mata kerana tidak mendengar unkapan-ungkapan 'romantik'. begitulah hidup...

Jadi.. suami -suami, .nyatakanlah kasih.. ucapkanlah sayang. bisikanlah cinta. Supaya isteri anda tahu bahawa anda tetap setia kepadanya selamanya* 

erk betul ye.. setia... hihiihii...

membelai cinta bukan hanya waktu muda.. kalau dah lama sekalipun kena juga membajai cinta..

tapi beruntunglah kalau kita dan pasangan tidak banyak kerenah dan boleh bertolak ansur serta menjadikan masalah itu hal yg kecil dan mampu diatasi.. usah letak cinta anda bersyarat.. inilah jalan2 menuju kepada kelesuan dan kematian cinta..

apa bila syarat cinta terpenuhi.. cinta masih subur disisi..

bila syarat cinta mula terhakis.. cinta mampu terbang luar jendela..

usahakan agar cinta sentiasa dipupuk dan dibajai..

terima pasangan seadanya dan perbaiki diri.. sebagaimana kita mahu dihargai.. .pasangan juga ada rasa dan keinginan yang sama..

layannnnnnnnn


~Ummi Nur Jannah~

Thursday, November 18, 2010

25 cara membelai emosi suami



 
 
emm.. alkisah, masalah, pahit manis, kelat payau rumahtangga tidak pernah kan selesai. malah sampai bilapun ia tetap akan ada. walau beribu tips dan cara telah dikongsikan. Ada waktu dan ketikanya, masalah kita sebenarnya tidaklah besar sangat, cuma sisi dari mana kita melihat dan meletakkan duduk perkara yang menjadi punca dan jalan penyelesaian yang bagaimana kita ambil, itulah yang akan menentukan masalah kita akan semakin selesai atau semakin mencerucup tumbuh. 

Sering kali masalah terjadi berpunca dari sikap kita sendiri.. emm.. tips ini saya dapat dari seorang teman. mari kita lihat.. adakah kita sebahagian dari pelaku nya..dia kongsi sebab  dan saya ulas dalam bentuk  moral darinya oklah...heheheh... layannnnnnn........

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla..

moral : jangan buat suami macam 'pencacai' kita. Pujilah suami dihadapan org lain walau pun dia sebenarnya tidak seperti itu cth : suami saya rajin membantu kerja rumah, nanti suami malu sendiri, tapi berterima kasih kepada kita kerana 'menaikkan' maruahnya .. pasti dia akan berubah.

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos tomato jer..ok tak”

moral : lelaki ~ paling rimas kena ganggu seperti ini,. Dia pasti malu pada rakan-rakannya yang pasti ingat dia kena 'queen qontrol'. kalau tiada masalah yg berat, usah diganggu dia. cuma smskan kata2 cinta, agar dia tersenyum walau stress bekerja.


3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

moral :ada suami pantang barangnya diusik tanpa minta izin dahulu, maklumlah kadangkala tiap susunan barangnya itu ada sebab, jadi sebelum gatal tangan nak buat baik, tanyalah supaya tidak timbul 'beng' pada suami.


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

moral : ada lelaki yg dia akan baca surat khabar dari belakang (ruangan sukan dahulu).. dah tu minat di.. tolonglah paham kak. sama gak kalau ruangan fesyen akak dia buat balut buah cempedak.. ahaks tentu angin ye tak


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

moral : suami tak tinggal dengan tikus. sebagai manusia kita sendiri tentu geram kalau belum lagi sempat baca, dah belubang sana sini. mungkin ada info penting utk dia buat rujukan. jadi tak usah cari pasal.


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/ supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

moral : minta apa saja, selepas selesaikan keperluan suami dirumah. (dah makan, dah rehat, dah tenang) bukan masa dia masih atas jalan, dengan benggan kerja kat opis tak habis, sambung pulak part II atas jalan yg jem, ada kemalangan , polis tahan, lori tebalik, bla..bla.. dan tiba2 isteri tel tambahkan lagi sengal otak dia..

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

moral : orang lelaki, jenis sempoi, dia hanya beli apa yg disuruh, dia tak ada masa nak fikir hal kucil yang menyesakkan otak. jadi tak bleh nak salahkan dia. dah fitrah dia gitu. sebelum suruh beri penerangan jelas tapi ringkas. jangan bebelit.

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

moral : minta izin suami, dia mungkin dah ada plan lain. atau kalau pun dia tidak kemana-mana, sering dia ingin dirumah menghabiskan masa yang ada dengan anak isteri, so kena faham., buat apa dia balik rumah tapi isteri tak ada.. baik lepak kedai mamak 'mengeteh' dengan member.

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

Moral : lelaki sempoi, sering dia selesa dengan dunia dia cipta.. so minta izin.. dia tak suka perkara semak dan menyemak kan jiwa. suami sendiri.. fahamlah kan.


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

moral : perempuan berkata-kata 20,000 perkataan dalam sehari berbanding lelaki cuma 7000. tapi agak-agaklah.. suami dah letih dan dah dengar banyak cerita dan hal dipejabat, balik rumah dia nak tenang-tenang dan mungkin saja nak bersimbang dengan anda sebagai isteri. so.. beri masa.. beri tumpuan. nanti dia cari teman sembang/chat.. kita kata dia curang pula.. adeh..

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”

moral : rumah, walau pun suami beli atas nama kita.. bukan rumah kita seorang. tetap suami sebagai ketua. minta izin. ada waktu suami nak 'bersantai'/ belenggeng.. nak 'lepak' dalam rumah sendiri. bila ada tetamu.. dia terpaksa 'kontrol sengal'. dah jadi macam dalam penjara pula.. tambah tension dia. Jadi.. minta izin. minta izin.


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

moral : duduk rumah apa salah lawa-lawa, wangi-wangi. kan ke dia suami kita. apasal jumpa orang je baru nak lawa. tu pasal bila suami tertarik dengan perempuan lain diluar, jangan terus kata suami yg gatal. sebab dia tak pernah sekali pun terjumpa mana-mana perempuan yang 'lusuh' sepanjang jalan kepejabat. dipejabat, atau sewaktu sedang membuat urusan. semua cantik. jadi bila balik tenguk isteri 'lusuh'.. dah tentu 'imej' anda terdelete dalam memori dan diganti dengan imej 'miss X'.. canme nak marah gak ke?

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

Moral ; tetapkan seminggu sebelum majlis baju, tema, warna yang anda nak pakai, lelaki sempoi.. sarung atas bawah.. siap.. perempuan banyak songgel.


14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

moral : jangan buat suami benggang, dia dah atur dan beritahu kehendaknya. buat lah segera. jadi maslah tak akan timbul bila kita cekap ikut permintaannya.


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

moral : sikap ini tidak baik sama sekali. maruah suami sebagai bapa akan dipandang remeh oleh anak dan sikap hormat akan hilang. suami akan jadi marah kerana diperlekeh. berbincang baik-baik dan hormati keputusan suami.


16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

moral : jangan jadi'lauk basi' pada suami.. bila dia cari 'yang segar dan sedap' bukan salah dia.

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

moral : solat jemaah dapat banyak pahala selain menambah hormat dan erat kasih sayang. kan lepas solat leh cium tangan suami dan suami leh cium ubun-ubun kita.. romantis nyer....


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

moral : tensionnnnnnnnn .. sukan adalah satu bentuk kepuasan hiburan yang tidak terungkap untuk dia.. bagilah dia 'layan'...


19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

moral : cuba sesekali kita beri peluang suami dulu bercerita.. apasal kita je tau nak bercakap. berilah dia peluang buka mulut.. kalau asyik kita yg pot pet.. dia senyap..nanti dia gian gak nak bercakap. bila dia bercakap dgn 'perempuan lain' sebab nak lepas gian dia.. kita sering salahkan dia..

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you” 


moral : jangan jadi 'tape rosak' sok kalau dia buang kita .. kita marah.. rimas tau kalau asyik ulang tayang ni..

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

moral : lelaki pantang bab ni.. tak buat jangan suka tuduh-tuduh dan marah tak tentu hala. cuba fikir. tak buat pun kena marah kena tuduh. baik betul-betul buat. dah tentu kalau kena marah pun benda betul. amacam... sanggup?. siasatlah dulu, ada waktunya. dia banyak urusan dan jumpa ramaiiiii orang.. baik lelaki atau perempuan. jangan serkap tak tentu hala.. esok sendiri merana.

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

moral : paling lelaki marah. maruah suami adalah ditangan isterinya. wanita yang baik adalah yg menjaga dan memelihara rahsia suami. hatta ada waktunya kalau kita bertengkar suami isteri pun, lebih baik tidak usah menjaja cerita walau kepada kedua ibubapa, kerana kuatir, timbul salah faham dan pandangan / hormat mereka pada suami akan berkurangan. kecualilah hal yang melibatkan maksiat dan landasan agama. selebih darinya masih boleh kita atasi sendiri sebenarnya. jadi tolonglah jaga mulut. Jangan memalukan suami anda dikhalayak. dia bukan badut untuk di tertawa, atau bukan 'bahan' untuk rancangan Raja Lawak!!

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

moral : sebagai siteri, selain kecantikan luaran dan dalaman, rahsia pikat dan tawan suami adalah antara pusat dan kedua lututnya.. perut dan kemaluannya. jagalah ia.. Insya'Allah, maka akan tertambatlah suami dengan anda


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

moral : isteri berkewajiban menjaga dan memelihara harta suami sepanjang peninggalannya mencari rezeki. jangan sesekali membelakangkan dia dalam membuat sebarang keputusan.

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”

moral : keluarga diutamakan suami didahulukan... adeh... ada faham ke tak????? kang.. pasang cawangan kang.. angin juga kita...


moral : sebagai isteri. tinggi mana pun jawatan, besar mana pun pangkat, banyak mana pun pendapatan.. suami tetap pemimpin kita, kalau ada yang dia tersilap... boleh menegur, tapi tentu saja sebagai isteri kita kenal kerenah suami. bila masa sesuai atau tidak.

Juga sebagai isteri, jangan kita penting kan diri sahaja. ada waktunya kita seakan mengalah, tapi bukan bererti kita kalah. kita sama-sama rendahkan ego, Insya'Allah, sekalipun ada masalah, jalan keluar pasti datang. dengan izin Allah jua..


~Ummi Nur Jannah~

haruskah lari dari cinta?

Sekembali dari walimah, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat., kami minum di PWTC selepas dia menghantar anaknya kepada bekas suami. Banyak cerita yang kami bualkan.. hinggalah dia meminta pandangan akan perihal cintanya, dia rasa serba salah dengan cinta barunya, hanya kerana dia seorang yang biasa saja.. sedangkan pasangan (bakal suami) seorang yang berkedudukan dan berpengaruh.

Saya tidak lansung membuatkan keputusan untuknya tapi saya berikan beberapa panduan. Saya minta dia bertenang dan berfikir sambil berkata dan berbual-bual dengan hatinya.. soal dan jawablah dengan diri sendiri., selain melihat faktor pendorong dan penyebab dia merasakan harus lari atau mengelak cinta yang datang…

Haruskan lari dari cinta? Kenapa? apakah kerana anda rasa tidak layak untuk dicintai atau rasa tidak mampu untuk memupuk cinta.? Atau kerana anda rasa cinta itu satu yang dimomokkan sebagai kotor dan sekadar mengundang masalah atau bencana?

Tidak .. 'kuasa cinta' sebenarnya sangat kuat. Dengan cinta kita terdorong menjadi manusia yang bersemangat dan bermotivasi, dengan cinta, hari yang suram akan terasa indah dan penuh warna warni. Dengan cinta seorang yang keras menjadi selembut manusia. Itu kalau cinta dibalas atau disemai dengan cara yang betul.

Pun ada ketika dengan cinta manusia bertukar watak sebaliknya, pembengis, panas baran, tidak terurus, yang ada kesuraman dan penuh kelabu. Tidak bermotivasi, tidak ceria dan penuh duka.. kenapa?

Kerana kita tidak meletakkan dan mengurus cinta dengan betul. Kita sering kesasar dalam mematlamatkan cinta. Untuk apa, bagaimana, kemana dan sampai bila cinta itu harus wujud. Kepada siapa diletakkan cinta? Kepada manusia? kepada Allah?

Ada waktu saya seakan menyampah bilamana bertemu orang yang terlalu melayan rasa dan perasaan kecewa. Konon tiada cinta yang suci, tiada cinta yang ikhlas, tiada cinta yang kekal. Itu bukan salah cinta.. itu salah manusia yang tidak tahu mengurus cinta. Malah ada yang kecewa dengan wanita atau lelaki lantas terus membuang cinta dan sering bila ada bicara cinta yang didengar., mulalah keluar ayat dan kata-kata ‘putus asa dan kecewa’.. hasil gambaran hatinya yang menderita kerana rasa diluka.

Cinta tidak memerlukan logik akal untuk terjadi., tidak perlu bertanya kenapa dan mengapa, bukan kita yang harus mencari jawapan kalau melihat cinta itu seakan pelik. asbab itu ada orang yang sempurna fizikal jatuh cinta kepada yang cacat, tua kepada yang muda. muda kepada yang tua.. juga melangkaui batas kemanusiaan yang normal.asbab itu cinta tumbuh tanpa syarat, sebab itu wujudnya cinta sonsang. tapi sebagai ummat Baginda saw. kita haruslah meletakkan agama sebagai panduan melayari cinta.


Walhal cinta adalah satu semangat yang baik untuk makhluk terus hidup malah permulaan kita (adam) dicipta juga kerana cinta Allah swt . teringat kisah dizaman Baginda dan sahabat...bilamana mereka tidak mahu menjalankan kehidupan sebagaimana biasa dan menolak kehidupan normal, semata-mata kononnya kerana ingin beribadah, membuktikan cintanya mereka kepada Allah swt.

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

walhal hidup bukan semata pengabadian untuk solat sahaja, puasa sahaja, pergi bertapa atau duduk dibiara tidak berkahwin, malahan sebenarya hidup itulah sudah dikira ibadah bilamana setiap pekerjaan dan nawaitu kita semata-mata kerana Allah. Sayangnya Allah kepada kita, bila bekerja itu pun ibadah, tidur juga satu ibadah, pandang wajah orang tua besar pahala, suami isteri yang berbalas senyuman pun dapat pahala.. waima aktiviti bilik suami isteri juga ibadah..


Moral : ingatlah,. Tidak perlu lari dari cinta, kerana cinta itu adalah anugerah Allah swt buat hambaNYA, kerana kita juga wujud dari sifat Allah yang Maha Pencinta. Rasa kasih dan sayang itu banyak dan berbilang-bilang. Kita boleh menyayangi teman dan kawan, kita boleh rasa kasih kepada handai dan taulan, kita rasa sayang dan simpati pada semua makhluk.. tapi rasa cinta itu satu.. dan berikan serta letakkan ia pada tempat yang betul dengan mendahulukan mencintai Allah swt dan Baginda Rasulullah saw ibubapa dan pasangan serta zuriat keturunan.

Justeru, pupuk dan bajai cinta kalian dengan betul dan berarah, dengan tenang dan doa. Dengan usaha dan tawakkal.. semoga rasa dan emosi itu dapat di tangani dengan betul dan berhemah,. Kerana cinta adalah kekuatan manusia. Sunnatullah, rasa dan keingian untuk disayangi dan menyayai itu wujud., Cuma ada kala dan ketika, kita belum bertemu dan diketemukan dengan orang yang betul,. Maka itu, bila sudah ditemukan Allah, bajai dan jagalah ia.. semoga bercintalah kalian sampai kesyurga...amin..

~Ummi Nur Jannah~



Tuesday, November 16, 2010

Jodoh - rahmat atau ujian allah?


Syukur, lepas satu lagi majlis walimah yang aku hadiri.. semoga bahagia dari dunia sampai akhirat.. amin..
Pertemuan * Perkenalan * Jodoh…

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan  lagi..." ~ Dalam hadis riwayat al-Baihaqi ra,

Perkahwinan dan agama…

JODOH… emm.. ia sangat unik dan sangat complicated untuk difikirkan ‘luar dari kotak akal waras’…ada waktu ia tidak mampu difikir terlalu jauh, kerana sebagai manusia yang serba kekurangan, tapi serba berkeinginan. Kita tidak mampu mengagak bagaiama jodoh yang ‘disediakan’ Allah swt buat kita. Yang kita tahu.. kita ingin jodoh itu SESEDAP RASA SECUKUP SELERA kita. Berkajang list ciri- ciri wanita, lelaki pilihan hati.

Dasyatnya semua dalam list tu yang baikkkkkkkkkkk* ( maksudnya banyaklah ni) saje, yang buruk lansung kita tak selitkan. Nak yang sempurnaaaaaaaaa je..yang terkehel atau sengal tak terfikir pun. Nak yang bestttttttttt je. Yang buruk tak terlintas lansung. Semua dalam list adalah ‘MENGIKUT KEHENDAK KITA’. Tak percaya, cuba tanya pengatin waktu dia baru lepas akad., waktu berjalan nak menuju meja makan beradap,. Waktu di pelamin, waktu bersalam dengan tetamu ( ni kes tenguk contoh kat TV lah ni).

Bila ditanya apakah ciri –ciri atau sebab tertariknya sifulan kepada fulana dan sebaliknya, semua yang keluar dari mulut : sebab dia penyayang, sebab dia pandai ambil hati, sebab dia wanita dambaan, sebab dia jejaka idaman, pandai pujuk bila saya merajuk. Semua asbab yang baik dan indah sahaja. Tidak ada seorang pun kata,. Sebab dia kuat makan, sebab dia suka menguap tak tutup mulut, sebab dia kedekut....tak pernah lagi dengar begitu.

Akan tetapi..aturan dan anugerah serta pemberian Allah swt kepada kita tidak lah seperti apa yang kita mahu.. apa yang diberikan atau dianugerahkan Allah itu adalah kerana DIA mahu kita tahu, bahawa dengan perkahwinan itulah kita akan menyempurnakan agama. Bagaimana?

Kerana, dalam perkahwinan atau dalam jodoh kita., Allah akan sediakan keadaan yang berpasang-pasangan , susah dan senang, suka dan duka, bahagia dan derita, berkorban atau mengorbankan. Rela atau terpaksa. Begitulah seterusnya hingga kita sebenarnya akan belajar banyak perkara yang tidak terfikir akal waras, bagaimana sekalipun kita berusaha, jalan akhirnya kita bertawakkal kepada Allah swt jua.

Lalu, bila terjadi sesuatu, atau kalau pun tidak ada apa yang terjadi, dalam perkahwinan, agama adalah keutamaan kita dan pasangan. Mendidik dan terdidiknya diri dan keluarga, dengan agama, memulakan dan menyudahkan sesuatu perkara atau pekerjaan dengan melandaskan agama. Apa pun yang kita usahakan, bagaimana pun yang kita mahu ia terjadi, namun perancangan itu hanya akan diputuskan dan ditentukan Allah swt kesudahannya.

Uniknya jodoh, sering yang kita angan, lain yang kita dapat. Ia terjadi dimana saja, pada siapa saja. Banyak waktu nya kita tidak setuju dan berpuas hati , Itu kita kata, tapi sebenarnya Allah jodohkan kita sungguh cantik, sesuai dan sekufu dengan kita. Cuma kita yang terlepas pandang kerana kita sering tidak meletakkan jodoh pada landasan Agama, sering kita gunakan keingian, perasaan dan emosi sebagai kayu ukur.

Walhal didalam Mushaf, Allah swt telah banyak berfirman mengenai perihal jodoh dan salah satu firman-Nya...


"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya, dan jadikan-Nya diantara kamu perasaan kasih dan sayang..."~ surah Al-Rum : 21

Jadi usah risaukan mengenai jodoh, kerana cepat atau lambat, Insya Allah ia pasti datang, Allah swt itu Pengasih dan Penyayang.  Dia tak akan beratkan hamba-Nya dengan himpitan rasa kecewa, bersalah dan sebagainya. Pada Allah, ada kasih dan sayang. Pada manusia, Allah campakkan rasa yang sama. Kasih dan sayang.. pasti akan ada perkara yang sama demi menyempurnakan kehendak naluri insani itu sendiri.

Tapi jangan putus asa, jika masih belum bertemu jodoh atau dirasakan jodoh itu terlalu lewat hadirnya tidak bermakna Allah itu tak sayangkan kita. Husnuz-Zhonn (bersangka baik) lah kerana Allah swt mungkin sengaja mahu menguji hamba-Nya yang belum ditemukan jodoh dalam hidup ini untuk mendekati-Nya, taat pada-Nya, ikut kehendak-Nya dan bercinta dengan-Nya sebagaimana cintanya Rabiatul Adawiyah.

Justeru jodoh, bukanlah satu bebanan, bukan juga ujian, tapi satu anugerah untuk kita meraih syurga dunia, untuk dunia juga untuk akhirat dari dunia.

adik cuma nak tanya adik salah ke bu?



Tah tak tahulah bila masanya. Adik hairan macam mana adik berada disini, tempat ini ganjil sekali,tapi seronok. Semuanya lembut macam tidur dalam buaian, adik berenang2 terbuai2 kesana sini. Adik seorang2 saja disini. Tadi adik nampak 3 orang budak. Mereka selalu berada didepan adik, tapi tak pernah pergi dekat adik. Kenapa? Adik panggil kuat2,adik tendang buaian tapi mereka masih tak dengar pun. Abang, kakak, adik nak main. Datanglah kesini! Dengar tak! Oh…tapi yang seronoknya, adik disini tak perlu buka mulut bila nak makan. Perut adik kadang2 kenyang, kadang2 lapar. Ada masanya tekak adik rasa pahit, rasa manis, rasa masin dan macam2 rasa. Cuma ada masanya kadang2 mata adik pedih sangat. Hidung adik sesak. Adik tak tahanlah. Oh, baru adik tahu, budak 3 orang itu ialah bang long, bang ngah dan kak lang. mereka main bersama, makan bersama, belajar bersama.

Adik nampak ada seorang lelaki dewasa melayan mereka. Adik tak tahu siapa dia. Tapi adik dengar mereka paggil dia ayah, oh dialah ayah ya. Adik nampak sepasang tangan yang besar membelai dan menggosok mereka bertiga. Tapi kenapa adik tidak dibelai seperti mereka bertiga.. hari2 adik tunggu bila tangan itu akan membelai adik. Tapi tak pernah pun ada dapat rasa.

Hairannya bila ada adik rasa tangan membelai adik, tiba2 saja adik terbau semacam minyak angin menerjah kehidung dan mata adik. Adik gosok2 mata sebab tak tahan pedih! Suatu hari adik terdengar suara itu bercakap kepada ayah, dia tak sihat, perut berangin dan muntah2. dah sebulan badan tak sihat. ayah itu cakap, jumpalah doktor. Tapi suara itu kata tak payah lah. Walaupun lelaki itu berkali2 menyuruh pergi jumpa doktor, suara itu tetap enggan.

Satu hari tu, adik rasa badan adik teruk sekali, bagaikan dipicit2 dan dipulas2. badan adik yang halus berpusing, sekejap tertonggeng keatas, sekejap tertonggeng kebawah. Adik menjerit tapi tiada siapa yang dengar. Tiba2 adik ternampak seorang wanita bercakap sesuatu. “Kau ni mengandung agaknya. Tengoklah perut kau tu besar sikit daripada biasa.”Tapi suara itu kata mana ada mengandung. Haidnya masih datang macam biasa. Wanita itu cakap lagi, “pergilah jumpa doktar, ada juga wanita yang mengandung datang haid”.saranan wanita itu dibalas ketawa oleh suara itu.

Oh,Kini baru adik tahu, selama ini adik berada didalam rahim ibu. Ibu mengandungkan adik rupanya. Tapi kenapa ibu tak pedulikan adik. Kenapa ibu tak nak jumpa doktor. Ibu...ibu tak dengar ke denyutan jantung adik ni setiap detik. Adik bu, adik yang ada dalam perut ibu, dalam rahim ibu.

Hari2 adik berdoa agar ibu sihat. Tapi ibu menafikan bersungguh2 adik tak wujud dalam rahim ibu. Sampai hati ibu! Ibu... ibu takut ke ibu jadi miskin bila adik keluar nanti. Ibu kan kerja bagus, gaji besar. Dah tentu ibu mampu menjaga adik. Ayah pun ada dan baik sangat. Ibu, adik janji bila adik keluar nanti, adik tak kan susah kan ibu. Adik tak akan berjaga malam minta susu. Adik tak akan nakal, adik tahu ibu penat. Tolonglah bu. Adik janji...

Adik pastikan ibu cukup rehat dan tidur, bila kerja nanti ibu sentiasa cergas. Ibu kan orang penting dalam syarikat. Jatuh bangun syarikat bergantung pada ibu! Cuma satu adik minta, ibu terimalah kehadiran adik. Adik makin besar. Tak lama lagi adik nak keluar. Tapi ibu tetap kerja kuat, ibu tak pedulikan kesihatan ibu. Tak pedulikan adik ke? Kerana kesibukan kerja, waktu makan minum ibu abaikan. Bu,. Adik lapar bu..laparnya bu…adik perlukan makanan berkhasiat dari ibu!

Ibu, adik tunggu ni, bila agaknya ibu nak cakap dengan kawan2 ibu, ibu mengandungkan adik. Kalau ibu cakap adik ada dalam rahim ibu, adiklah baby paling gembira sekali. Hari itu adik amat terperanjat. Ibu buat keputusan nak pergi berubat cara kampung. Ibu sanggup bersusah payah menempuh perjalanan sukar, semata2 kerana menafikan kehadiran adik. Ibu makan berbagai ubat konon penawar penyakit.

Adik tak tahan bu. Apa yang ibu makan adik telan sekali. Pahit bu…adik rasa sendi2 adik sakit bu, adik rasa pans, adik tenguk ibu tak sihat juga. Ibu kerap cuti sakit. Ibu masih loya2 dan muntah. Tapi ibu kata pada kawan, ibu dah sihat. Perut ibu makin besar, ramai kawan ibu kata, ibu mengandung. Perut ibu besar macam orang mengadung, tapi ibu tetap cakap ibu tak mengandung. Adik sedih sangat bu. Tak apa bu, adik tetap berdoa agar satu hari nanti ibu akan tahu, adik ada dalam rahim ibu.

Tapi ibu pula makin tertekan bila tenguk perut ibu makin besar. Ibu suka cantik! Ibu tak mahu gemuk dan buncit! Kata ibu, wanita bekerjaya mesti cantik dan bergaya. Suatu hari, ibu bertungku pula! Kata ibu bertungku boleh mengecutkan perut. Perut boleh kempis, boleh buang lemak dan angin. Sejak itu, setiap malam ibu panaskan batu. Kemudian batu panas itu ditonyoh2 pada perut ibu, sambil terlentang dan telangkup. Kali ni adik benar2 tak tahan bu. Panas bu, panassssssss!!! Adik rela mati bu! Ibu, apa dosa adik bu, Kenapa ibu buat adik begini. Ampun bu!!

Adik tak minta pun kehadiran adik. Ini takdir bu kenapa ibu tidak mahu terima takdir? Cukuplah bu, jangan siksa adik lagi. Tolonglah bu, adik tak tahan disiksa begini. Aduh bu... Pagi itu ibu pergi office, ibu rasa tak selesa pada perut, tapi ibu teruskan tugas juga. Tiba2 perut ibu, memulas sakit luar biasa. Seperti nak buang air besar. Ibu ketandas. Terkejut ibu, keluar darah yang banyak sekali, ibu cemas dan minta pertolongan dari kawan minta hantar ke klinik. Dari klinik ibu dihantar kehospital berdekatan , akhirnya keluarlah adik.

Setelah terlalu lama penantian adik bu.. adik dapat melihat dunia ibu. Cantik bu macam2 warna ada, adik tenguk ramai org disini. Tapi kehadiran adik penuh dengan tanda tanya. Semua hairan bila ibu mengandung? Ayah pun tak tahu ibu mengandung. Semua orang dalam rumah tak tahu ibu mengandung. Kehadiran adik mengemparkan semua orang. Doktor kata, adik tak cukup bulan. Adik dimasukkan kedalam incubator, tangan adik dicucuk dengan jarum besar. Sakitnya bu..hanya tuhan saja yang tahu. Macam2 wayar ada dibadan adik bu. Kenapa begini bu?

Doctor kata paru2 adik banyak air. Doctor betungkus lumus nak selamat kan adik. Adik tenguk ramai kawan2 adik dalam incubator juga. Mereka semua comel, cantik..budak perempuan mesti cantik ye bu. Tapi kenapa adik tak cantik bu? Orang kata leher adik besar, atas kepala adik lebam birat, rupa adik berbeza dengan kawan2 adik bu. Adik dengar orang kata rupa adik peliklah.. doctor kata harapan adik tipis untuk hidup, adik sedih bu..

Impian adik nak main dengan abg long, abg ngah dan kak lang mungkin tak tercapai. Tapi yang paling adik dambarkan ialah belaian dan kucupan dari ibu. Bila agaknya ibu nak cium pipi adik bu. Sejak adik lahir, ibu lansung tak mahu jumpa adik, jangankan nak peluk dan cium adik. Datanglah bu, adik nak rasa hangatnya pelukan ibu, adik nak dengar suara ibu berkata adik anak ibu, adik nak dengar ibu kata, ibu sayang sangat adik. Izinkan adik pandang wajah ibu, adik tak pernah dapat tatap wajah ibu yang menumpangkan adik dirahimnya hingga adik lahir. Tak sudi ke ibu lihat adik?

Akhirnya doctor sahkan jantung adik berhenti berdenyut. Selamat tinggal dunia, adik hanya dapat mengirup udaramu 5 jam sahaja. Kalau adik hidup pun mungkin tak sempurna. Dah tentu adik banyak menyusahkan ibu. Maafkan adik bu. Adik sedih, tapi tak apalah. Ibu, adik sangka ibu bersedih bila adik tak ada didunia.

Tapi ibu gembira, ibu bercerita tentang kehadiran adik yang tidak diudang. Kini, baru adik tahu, kenapa ibu nafikan kehadiran adik. Sebab ibu mahu menjaga kerjaya ibu. Ibu telah berjaya membawa keuntungan besar kepada syarikat. Sebagai penghargaan ibu diberi bercuti keluar negara dan segala perbelanjaan ditanggung oleh majikan.

Kalau ada adik, ibu tak dapat tumpukan pada kerja., kehadiran adik sekaligus mengganggu percutian ibu yang dijangka bertolak seminggu selepas kehadiran adik. Perancangan ibu berubah, akhirnya ibu bercuti selama 60 hari dirumah saja.ibu..adik tahu ibu menyesal, tapi ibu tidak lafazkan kekesalan ibu pada sesiapa..

Adik tahu sebab ibu menangis, ibu menjerit2 dalam hati, ibu kata baru ibu tahu yang adik lebih bernilai dari segalanya, tapi dah terlambat bu.. Ibu, biarpun kita berada dialam berbeza, adik tidak putus doakan kesejahteraan ibu...”Ya Allah, ampunkan dosa2 ibu ku”.. ibu, adik tetap setia menunggu sentuhan dan kucupan ibu disyurga nanti..

Jangan lupakan adik ya bu.. doakan adik bila tiap kali ibu sembahyang
Adik sayang ibu, walau apa pun, ibu tetap ibu adik
Adik yang di alam barzah..

Aku  adaptasikan kisah ini untuk semua bayi yang tidak sempat menjamah kasih... yang terdampar didalam longkang, tong sampah, dalam sungai atau semak, yang dipam dalam tandas dan sebagainya..

kerana aku adalah seorang ibu dan seorang manusia yang penuh dengan kasih dan sayang.. maka aku sangat menyayangi mereka..semoga mereka damai disyurga..


Tuesday, November 9, 2010

dimana DIA dihatiku

Emm.. ada waktu, kita sedar sendiri, bilamana kita dapat menghayati erti, kenapa kita diberikan kehidupan, ada ketikanya kita harus disedarkan oleh kejadian dan peristiwa, apapun yang penting qalbu tidak pernah lupa akan PenciptaNya. Asbab itulah hati akan resah dan gelisah, walaupun segala yang diingini dapat digenggam, yang sering terleka adalah jasad ini, bilamana terbuai nikmat dunia yang tidak pernah berhenti menggoda...
**********
…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…


Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.


Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”


Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.


Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.


“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.


“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”


“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.


“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.


Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!


Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”


Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?


Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?


Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”


Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…


Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.


Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”


Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.


Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…




MENGEMIS KASIH MU
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
(Sajak yang ditulis sejak lama. Kini telah pun diangkat menjadi sebuah nasyid).


~ petikan buku : Dimana DIA dihatiku - Ustaz Pahrol Mohd Juoi








*********
sejenak aku terkesima. aku megukur diri. tidak aku sedari manik-manik jernih yang tadinya gugur satu..satu, kini tali temali. aku menoleh sejarah silam dan terkini, betapa sayangNya DIA kepada ku, betapa kasihNya DIA terhadap ku. Begitu hebat ujian yang dilalui, betapa selepas itu jalan keluarnya cantik sekali. Betapa berat beban ku galas, ringan jadinya bila aku diizinkan berbisik resah kepadaNya..


Ya Allah...sayu dan perlahan aku menyebut nama Agung itu.. rasa malu untuk mengangkat wajah. inilah jasad yang telah diizinkan menghirup nikmat dunia.. inilah manusia yang sering alpa..


Ya Allah.. sekali lagi aku menyeru.. sambil tangan kurapatkan...ku cuba menghayati doa Baginda, malu, usah dikatakan lagi.. layakkah aku.. "Ya Allah kurniakan kepadaku kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu dan kecintaan apa sahaja yang mendekatkan diriku pada kecintaan-Mu. Jadikanlah Zat-Mu lebih aku cintai dari air yang dingin."


Ya Allah.. dan aku tertunduk malu..sambil terus mencari Dimanakah DIA dihati ku..



sahabat...

pandanglah dengan mata.. lihatlah dengan hati

nanti dirimu akan mendengar bicara tanpa kata

bisikan tanpa suara

itulah rintihan qalbumu yang mencari erti..

tiada upaya kita.. selain dengan Izin Yang Maha Pencipta...

panduan bersahabat - nasihat imam Shafie



Ada orang kata.. kenalan, ada yang panggil teman, tak kurang juga kawan.. handai... taulan dan dalam semua itu sahabat adalah kedudukan yag paling tinggi. mereka ini setia , dalam susah dan senang, mereka tidak akan sesekali membiarkan sahabat mereka dalam keadaan sedih dan merana. mereka sedia berkorban demi melihat sahabat nya bahagia.. 1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Sumber: SUARA MASJID AL-AZIM





Moral : sabahat yang benar-benar seorang sahabat adalah tidak akan sentiasa berkata 'ya' ada waktu dan ketikanya.. anda dan dia seperti bergaduh kerana menegakkan kebenaran masing-masing.

sahabat yang baik akan menegur ketika kita berbuat silap dan menyokong ketika kita benar, menghukum ketika kita bersalah dan membela ketika kita terainaya.

sahabat yang sebenar akan menutup aib mu dan mewar-warkan kebaikan mu.

sahabat tidak akan membiarkan kita tersesat walau dalam cahaya dan memimpin kita kala dalam kegelapan.

Dan aku bersyukur kepada Mu Allah kerana aku mempunyai ramai sahabt.. bukan sekadar teman atau kawan..

~Ummi Nur Jannah~
0042.05052010