SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: July 2009

Friday, July 24, 2009

TERGENDALA...



Ya Allah, lamanya saya tak update blog... lebih sebulan, sebenarnya banyak 'kisah' yang terjadi sepanjang sebulan ini, tapi tak mampu saya nak nulikkan kedalam blog ini. kisah- kisah hidup kita manusia.. seperti yang menjadi tagline saya selama ini.. bahawa ujian itu nikmat.. itupun jika kita melihatnya dari satu sudut pandangan yang menjadikan ALLAH SWT sebagai tunjuang dan teras kehidupan..

Namun, kebanyakan dari kita sukar atau sering tidak mampu untuk melihat setiap ujian, cobaan atau masalah yang kita hadapi sebagai satu nikmat. kerana kita menggunakan mata nafsu dan logik akal semata. bagi kebanyakkan kita, masalah mesti selesai selepas kita dah berusaha untuk menyelesaikan, padahal, buka namanya hidup jika langkah kita tidak digayuti masalah. waima mati lebih banyak masalah menunggu untuk kita selesaikan didalam kubur.

Sejak akhir akhir ini pula, saya dapati masalah rumahtangga semakin meruncing, maklumlah zaman kegawatan, bukan ekonomi dunia saja yang merudum, emosi manusia juga semakin meruncing. selain masalah kewangan, sikap dan penerapan aspek agama dalam hidup adalah tunjang bagi seseorang itu masih mampu bertahan dalam keadaan 'separuh mati'.
emmm... begitulah yang dinamakan hidup..kalau segala galanya berjalan lancar je... bila masa pula kita nak diuji nak diduga..nak nilai iman kita ditahap mana???

Justeru ada masanya, perancangan kita tidak akan selancar penyusunan diatas kertas,ada tikanya kita akan teresak-esak jika apa yang dirancang tergendalalah pula...
Namun percayalah, antara perancangan kita manusia dan rancangan yang diaturkan ALLAH SWT untuk kita hambaNYA.. maka yang paling sempurna sudah semestinya dari ALLAH, kerana DIA lebih tahu keperluan kita dari keinginan kita..
wallahu'alam