SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Tragedi BUKIT KEPONG - Tak sedar diri sungguh!

Monday, September 12, 2011

Tragedi BUKIT KEPONG - Tak sedar diri sungguh!

AAhh.. lama tak menulis, sibuk alasan tu jelah yang boleh aku kata. Sepanjang puasa, macam-macam hal walaupun bukan betul2 terjadi kepada diri aku sendiri, ianya tetap tempias, begitulah bila kita hidup bermasyarakat. Paling menyedihkan .. bila dua pupu aku kehilangan bakal suaminya dalam kemalangan jalan raya pada hari raya ke 4 sedangkan selang sehari sahaja lagi untuk akad nikah dan kenduri.. kalau dah bukan jodoh.. semoga Ida tabah menghadapi ujian ini.. dan semoga arwah tunangnya dicucuri Rahmat..

Aku sebenarnya nak ulas satu isu je, walau pun dlm kepala aku beribu benda nak aku luahkan. Yang paling aku sakit hati isu BUKIT KEPONG!!! APALAH PUNYA AKAL PENDEK!


Semalam aku menonton filem ini utk kesekian kalinya, walau pun dah berkali kali...sambil tu aku menghayati 'suasana'dan 'rasa serta perasaan' tragedi BUKIT KEPONG, tapi aku tak mampu, air mata aku berlenangan.. bayangkan, cuba rasakan.. bagaimana cemas, takut, risau, sedih anak-anak dan isteri mereka dan bagaimana beraninya polis- polis (gambar) ini berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir.
 

Al'Fatihah untuk mereka dan untuk ahli keluarga mereka yg terselamat, sudah pasti kenangan pahit itu tidak akan terhapus hingga akhir hayat.

meleleh dah air mata, nak2 masa budak tu jerit mak, bapak.. mak dah mati! sayunya hati aku, sekarang, kita semua terlalu senang dan mudah, sampaikan yg mati bukan kerana berjuang, kerana merempit, kerana dadah, merompak, mati berebut perempuan, lelaki, mati sebab harta.. kita sekarang huru hara walaupun negara macam aman ,mati kita tak berkualiti lansung, negara aman, jiwa kacau.. betul punya hampeh!

Tetiba ada pula satu org ni, dek kerana pahaman anggung2.. terus ulas macam ni :
kisah bukit kepong tu berlaku pada tahun 1950, masa tu Malaya dlm jajahan British... adakah polis itu berjuang utk negara atau berjuang utk mengekalkan British agar terus menjajah tanah melayu .... fikir - fikirkan lah ....


 
Sikit punya geram aku. Apa puak - puak ni tak boleh fikir ke? dah 61 tahun berlaku, barulah hari tu 'mamat sabut' tu, timbulkan isu ini, semua bangau dan belatuk dia mengangguk2 tak tentu arah, kejap kanan kejap kiri, kejap depan kejap belakang.. pusing2.. ikut je apa si mamat sabut tu kata!


Selama 61 thn tu juga, orang lain dalam 'rombongan' dia dan yg JV dgn mereka tak pula mendakwa itu ini, tetiba bila kes mamat sabut ni bertambah serabut, dia menggelabah sebab dah nak terbakar sabutnya akibat salah sendiri, boleh bakar hati dan perasaan orang lain...

Ni aku nak bagi tahu kat 'mamat sabut & the gang'

Ayah aku 78thn, dia dah hidup dlm berbagai zaman, dari zaman British / komenis /Jepun/ 13 Mei..walau pun aku tak hidup zaman tu, dari keperitan, tangisan dan air mata serta darah yg tumpah..aku insaf dan sayang tanah air aku.


Aku nak tanya kpd korang semua, yg tidak kesiankan kepada mereka.. agak2nyalah.. kalau waktu tu sekalipun atuk nenek korang, mak ayah korang, tidak seorg pun polis / ahli keluarga mereka di bukit kepong, apa mereka tidak merasa seksa ke? Apa mereka buat eekk.. meka berjaga kampung halaman meke, meke buat rondaan kampung semua utk sape yek.. bukan sama2 utk kerajaan British ke masa tu.. oklah atuk nenek korang, mak pak korang, lansung tak keluar rumah...Mereka dapat tidor malam2 .. dpt menoreh, bekebun, kerana 'polis British' yg ada waktu lah kan?? tak tau malu ke apa!!!

Lah ni, kita mudah dan senang sekarang sebab siapa? Jangan mudah sangat nak kata kerana kerja dgn Britishlah, jadi hamba British tawan melaya, kalau nak di mikro kan lagi.. sekarang yg kita bekerja makan gaji dgn bukan islam, kaya kan mereka sampai mereka boleh bena kuil besar2 kat Batu Caves, bena tokong kat penang,ok ke? tu belum keja dgn sykt tak halal, arak, judi, bla..bla..citer mende??? ha keje sykt British, Amerika dan yg setuku dgn nyer.. apa menda! alah anak2 kaum kerabat korang pun ada yang pergi negara BRITISH, Amerika dan sekutu utk BELAJAR.. yg tu hukum dia menda pula..senget betullah akal korang ni!
 

Ni satu lagi, ikut logik org senang sekaranglah.. kalau ada perompak penyamun masuk rumah kita,.. kita 'welcome' mereka ke, kita tentang mereka? hatta mereka sendiri org islam.. setahu sayalah mempertahankan keluarga dan harta itu wajib. Tapi beriya masa berhimpun bersih hari tu pertahankan diri.. kononnya terainaya..hek aleh..

Jangan semata-mata kerana kepentingan peribadi, nawaitu utk senangkan diri sendiri, menidakkan pengorbanan dan usaha orang yg terdahulu dari kamu. Rasanya lebih mulia 'nawaitu' mereka mempertahankan balai, anak2 dan isteri dari kamu yang tak sedar diuntung negara dah aman, bercakap sesuka hati.

"Barangsiapa yg mati mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yg mati mempertahankan nyawa ahli keluarganya." hadith hasan, HR Termidzi

Kita tak rasa susah mereka, tak hidup zaman tu, tak alami emosi mereka ketika itu, dah senang macam ni.. jgn lupa berterima kasih. tak juga.. tak usah buat org lain (terutama keluarga polis Bukit Kepong) sakit hati cukuplah!

 

2 comments:

Anonymous said...

begitulah manusia, kerana cita2 yg menjanjikan kedudukkan dan pengaruh luar biasa, maka apa saja isu yg boleh dimanipulasi, digunakan sepenuhnya. betul juga. dah 61 thn. selama ini kenapa tidak dibahaskan. macamanapun, memang tak patut, kalau tidak kerana pengorbanan mereka. sepanjang memperjuangkan kemerdekaan, tentu kita tak sebegini mewah, mudah, membanggun, bebas, terbabas...dlm hidup

Suhana said...

As salam Puan,

betul macam yg puan cakap, ayah saya dulu pun pernah berkhidmat masa zaman British, duk dlm hutan tentang komenis. tenguk macamana perut kawannya terburai, bila zaman jepun pula, tangan dia kena ketuk dgn askar Jepun, kekal sampai sekarang bengkok.. Yang mamat sabut macam puan cakap tu memang tak sedar diri. tak hidup zaman tu.. tak tau pula nak bertanya sedap mulut je bercakap. kalau ada depan saya.. sy simbah dia dengan air taik!!!

kalau tak tahu nak berterima kasih, jgn bagi org benci kat awak!