Thursday, June 10, 2010

APA CINTA TANPA SYARAT?

Seorang pengemis duduk menghulurkan tangannya di sudut jalan. Tolstoy, penulis besarRussia yang kebetulan melalui di depannya, langsung berhenti dan cuba mencari wang

disakunya. Ternyata tidak ada.


Dengan amat sedih ia berkata, " Janganlah marah kepadaku, wahai Saudaraku. Aku tidak membawa wang. "


Mendengar kata-kata itu, wajah pengemis bercahaya, dan dia menjawab, " Tidak mengapa
Tuan. Saya gembira sekali, kerana anda menyebut saya saudara. Ini pemberian yang

sungguh besar bagi saya. "



Setiap manusia, apapun latar belakangnya, memiliki kesamaan yang asas iaitu ingin dipuji,diakui, didengarkan dan dihormati. Keperluan ini sering dilupakan begitu sahaja. Banyak manager yang masih beranggapan bahawa orang hanya akan termotivasi dengan wang. Mereka lupa, nilai wang hanya bertahan hingga wang itu habis dibelanjakan. Ini sesuai dengan teori Herzberg yang mengatakan bahawa wang tidak akan pernah mendatangkan kepuasan dalam bekerja.


Manusia, bukan sekadar makhluk fizikal, tetapi juga makhluk spiritual yang memerlukan
sesuatu yang jauh lebih bernilai. Mereka perlu penghargaan dan pengakuan atas sumbangan mereka. Bukan bererti manusia semua ingin pujian hingga menjadi seorang yang bangga diri dan bongkak, kemungkian kearah itu tetap ada, cumanya dalam kehidupan seharian, fitrah manusia itu, mahu diendahkan.Tidak perlu sesuatu yang sukar atau mahal, ini boleh sesederhana pujian yang tulus, yang bukan dibuat-buat, yang bukan pura-pura atau kerana ada udang sebalik batu.



Namun, memberikan pujian ternyata bukan mudah. Jauh lebih mudah mengkritik orang lain. Seorang kawan pernah mengatakan, " Bukannya saya tidak mahu memuji orang bawahan, tetapi saya benar-benar tidak tahu apa yang perlu saya puji. Hasil kerjanya sungguh tidak memuaskan. "



" Tahukah anda kenapa hasil kerjanya tidak memuaskan? " saya bertanya kembali.
 " Kerana anda sama sekali tidak pernah memujinya! "


Persoalannya, mengapa kita begitu sukar memberi pujian pada orang lain?


Pandangan saya, ada tiga perkara penyebabnya, dan kesemuanya berakar pada cara kita
memandang dan meletakkan nilai keatas orang lain.


Pertama : Kita tidak tulus mencintai mereka. Cinta kita bukanlah unconditional love, tetapi cinta bersyarat. Kita mencintai pasangan kita kerana ia mengikuti kemahuan kita, kita mencintai anak-anak kita kerana mereka berprestasi di sekolah, kita mengasihi orang bawahan kita kerana mereka memenuhi target pekerjaan yang telah ditetapkan.


Perhatikanlah kata-kata di atas : Cinta bersyarat. Ertinya, kalau syarat-syarat tidak dipenuhi,  cinta kita pun pudar. Padahal, cinta yang tulus seperti pepatah Perancis;
L`amour n`est pas parce que mais malgre.


Cinta adalah bukan "cinta kerana", tetapi "cinta walaupun". Inilah cinta yang tulus, yang
tanpa keadaan dan persyaratan apapun. Tidak kira walau apapun.. mampukah kita sehingga tahap itu?


mudah kata.. mungkin ya kot.. atau sama sekali tidak.. mana mungkin kita akan bersikap seperti itu, kerna, kalau mereka melukakan hati kita bagaimana?, kalau mereka bertindak curang atau tidak setia, perlu apa lagi disayangi dan dicintai? sedarkah kita apa yang kita katakan itu semuanya bersyarat? bersebab dan perlu ada kepuasan pada hati sendiri...


Cuba lihat ini..maksud cinta tanpa syarat...

Cinta tanpa syarat adalah penjelmaan sikap Tuhan yang memberikan rahmatNya tanpa pilih kasih. Cinta Tuhan adalah "cinta walaupun". Walaupun anda mengingkari nikmatNya, Dia tetap memberikan kepada anda. Lihatlah bagaimana Dia menumbuhkan bunga-bunga yang indah untuk dapat dinikmati sesiapa sahaja tidak peduli si baik atau si jahat.


Nah, itulah yang dinamakan cinta tanpa syarat.. melihat segalanya dari satu sisi,  adalah satu cara tidak  betul. segalanya ada pasangan, baik buruk, salah betul,jadi... Dengan paradigma ini,iaitu cinta tanpa syarat,  anda akan menjadi manusia yang tulus, yang senantiasa melihat sisi positif orang lain. Ini dapat memudahkan anda menghargai dan memberi pujian.




Kesalahan kedua, kita lupa bahawa setiap manusia itu unik. Sangat berbeda sifat dan sikapnya.. mari baca kisah ini..


Ada cerita mengenai seorang pelancung yang masuk kedai barang unik dan antik. Dia berkata, " Tunjukkan pada saya barang paling unik dari semua yang ada di sini! "



Pemilik kedai memeriksa ratusan barang; binatang kering berisi kekabu, tengkorak, burung

yang diawetkan, kepala rusa, lalu berpaling kepada pelancung itu dan berkata; " Barang

yang paling unik di kedai ini tidak dapat disangkal adalah saya sendiri! "



Setiap manusia adalah unik, tidak ada dua orang yang persis sama. Kita sering

menyamaratakan  orang, sehingga membuat kita tidak tertarik pada orang lain. Padahal,

dengan menyedari bahawa setiap orang berbeza, kita akan berusaha mencari daya tarik dan inner beauty setiap orang. Dengan demikian, kita akan mudah sekali memberi pujian.



Kesalahan ketiga disebut paradigm paralysis. Kita sering gagal melihat orang lain secara apa adanya, kerana kita terperangkap dalam kotak fikiran yang kita buat sendiri mengenai orang itu. Tanpa disedari kita sering mengkotak-katikkan orang.


Kita menempatkan mereka dalam label-label; orang ini membosankan, orang itu mengecewakan, orang ini egois, orang itu mahu menang sendiri. Inilah persoalannya; kita gagal melihat setiap orang sebagai manusia yang "segar dan baru". Padahal, pasangan, anak, kawan, dan orang bawahan kita yang sekarang bukanlah mereka yang kita lihat kelmarin. Mereka berubah dan senantiasa baru dan segar setiap saat.


Penyakit yang kita alami, apalagi menghadapi orang yang sudah bertahun-tahun
berinteraksi dengan kita adalah asyik-asyik dia..asyik-asyik dia. Kita sudah merasa tahu, faham dan hafal mengenai orang itu. Kita menganggap tidak ada lagi sesuatu yang baru dari mereka. Maka, di hadapan kita mereka telah kehilangan daya tariknya.




Pujian yang tulus merupakan penjelmaan Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Maka, ia mengandungi energy positif yang amat dahsyat. Saya telah mencuba menerapkan pujian dan ucapan terima kasih kepada orang-orang yang berada disekeliling saya, suami, anak,  tukang sapu sampah dijalanraya, setiap orang yg ditemui dijabatan-jabatan, klinik, posmen, penjaga carpark, pengawal keselamatan, peniaga mahupun petugas di jalan tol.



Kesannya ternyata luarbiasa. Kadangkala bahkan mereka menjawab pula ucapan terima

kasih saya dengan doa, " Hati-hati di perjalanan! " Orang-orang yang saya temui juga senantiasa memberi senyuman yang membahagiakan. Sepertinya mereka bebas dari rutin pekerjaan yang menjemukan.



Pujian memang mengandungi energy yang dapat mencerahkan, memotivasi, membuat orang bahagia dan bersyukur. Yang lebih penting, membuat orang merasa dimanusiakan.



Ya Allah berikanlah hidayah dan petunjukMu selalu kepada kami.


Bukakan pintu-pintu dan jalan-jalan agar  hati ini menuju syurgaMu.


Fahamkanlah kami dengan IlmuMu yang benar dan ampunilah dosa kami.

Amiiin



******************************
CINTA TANPA SYARAT...justeru saya berharap artikel ini dapat memberikan kesedaran kepada kita agar merubah gaya fikir dan tindakan kita ( hatta saya sandiri rasa sangat terpukul dan malu kepada ALLAH Swt atas sikap saya sendiri.. saya tujukan ini khas utk manusia yang menyandang gelaran suami, isteri, ibu, bapa .. selebihnya kepada sesiapa pun dia yg sebenarnya boleh saja mempraktikkan CINTA TANPA SYARAT ini...


kenapa suami isteri?

kerana kekuatan kasih dan sayang suami isteri abad ini sangat rapuh dan nipis. pantang tersilap sedikit, suami isteri kini tidak pandai lansung untuk bersabar dan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik dan berhemah, dengan bimbingan akal dan agama.

Dengan berbagai godaan dan tarikan, dengan sikap sendiri yang tidak tahu bersabar dalam berusaha, suami isteri kini mengambil jalan paling senang, bercerai..ya itu tidak apa lagi, kalau sudah tidak nampak lagi cara menyemai cinta dihati, bercerai juga salah satu jalan menyelamatkan keadaan sebenarnya.

Akan tetapi yang sangat menjadi kesedihan  ialah, kita tidak lagi menghargai manusia yang pernah kita cintai hingga menghasilkan keturunan dengan mencederakan fizikal dan mental, malah lebih sadih, kita tampa rasa bersalah dan malu dengan Allah, kita mencabut nyawa mereka!

begitulah rendanya nilai dan harga seorang manusia sekarang ini.kenapa ibubapa?



kerana kita sering buat kesilapan ini berulang-ulang dan hanya akan menyayangi dan puas hati jika anak-anak kita SEPERTI APA YG KITA INGINKAN.. sedangkan anak-anak kita terbentuk hasil dari banyak pencanaian... dirinya sendiri, rakan taulah... ibubapa.. malah, mungkinkah  kehendak TUHAN yg mahukan anak-anak kita begitu, kerana menguji dan memberi pengajaran kepada kita?



benarkah? tapi kenapa?



kerana telah ALLAH firmankan " anak-anak kamu, harta benda, kesihatan semua itu adalah ujian keatas kamu...

jadi.. kita dipinjamkan, diberikan zuriat keturunan ini sebagai satu ujian sejauh mana kita mampu bertahan dan kembali memohon kepada ALLAH Swt atas tiap-tiap ujian dan gelombang hidup yang DIA sediakan untuk kita.



Justeru, jika kita mengalami masalah dgn pasangan atau anak-anak... marilah kita sama2 KEMBALI KEJALAN TUHAN MU DAN MOHONLAH KERANA INI BULAN KEBERKATAN DAN MUNAJATMU PASTI DIDENGARI ALLAH SWT DAN INSYA ALLAH SATU SAAT YG TEPAT AKAN DIKABULKANNYA...



namun selepas itu jangan pula kita lupa utk menyatakan KESYUKURAN keatas setiap nikmat pemberiannya...



dan paling penting... lakukanlah ia dengan ikhlas lagi yakin, bahawa, jalan keluar pasti ada, kerana .... ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLU.. LEBIH DARI APA YANG KITA MAHU..

~Ummi Nur Jannah~













No comments:

Post a Comment