Monday, June 21, 2010

ORANG ISLAM SEKARANG = teori KATAK REBUS


katak telus mata...hihiiii

Emm.. hujung minggu, banyak aktiviti kembara silaturrahim, jumpa kawan, saudara, jemputan kawin, kenduri, naik haji, bla..bla..seronoknya bila berkumpul. Macam2 fi’il dan telatah terhidang depan mata, baik yang tua yg muda. Gelak tawa bergema2, emm… azan berkumandang, oh dah masuk waktu rupanya..kejap sungguh masa berlalu.

Aku perhatikan satu2 ‘remaja tua’ mengangkat punggung, yang lelaki bersama kesurau yang perempuan mula masuk bilik untuk bersolat.. tapi.. aku perasan, yg muda2 ni, lepak je, bila tanya, tak solat ker, jomlah .. tak per kak, .. solat lah dulu.. emm…(oh lemahnya aku.. )

Berjalan ke KLCC, peh! aku bangga lihat hasil kerja pendatang asing membangunkan mercu tanda M’sia.. tiba2 terdengar hilaian suara bila ku toleh, sekumpulan anak bangsa ku tersayang sedang berlalu berpasang2an..yg lelaki bertindik telinga dan bibir, yg perempuan bertindik lidah dan pusat, …potongan rambut, sekali pandang dah macam kedai cat bergerak pun ye.. kaler tak cukup satu warna, pakaian oh..erk...emmm nak ku tanya kenapa, tapi.. (oh lemahnya aku…)

emm.. Naili's Place di Sentul...

Malam aku ke Naili’s Place makan bersama teman, aku meneguk kiwi jus, sambil tangan menyudu ikan kerapu masak 3 rasa kedalam pinggan, bila teman aku membebel2 tentang keadaan semasa yang dia risaukan sekarang ini. Aku mendengar sambil tersenyum2.. sampai member bengkek.

Sal : Mi! apasal kau tersenyum je. Tak ada menda boleh cakap ke, macam tak kisah je apa aku cakap?
Aku :Ada, kita sekarang ni.. org islam lah ni = katak rebus!
Sal :Ha! Apa katak rebus?

Aku : Yelah, cuba kau buat satu experiment. Tentang katak..kalau kau beranilah, kalau tak percaya cuba ya.. tapi kalau kau tak sanggup biar aku cerita jelah.. Katak… kalau kau ambil dia. Kau campak dia dalam seperiuk air panas yg tengah mendidih, dia akan segera melompat, tapi kalau kau letak dia dalam periuk berair, pastu letak atas dapur, kau pasang api, kau tenguk dia diam je. dia seronok, bila air mula nak suam..dia tau ‘panaslah’..dia berenang2.. tapi bila sampai tahap air mendidih, dia dah terlentang jadi katak rebus....
Sal : Ummi!... kau cite apa ni? Apa kes katak rebus kau ni, potong stim jelah.

Kawan dan mula tunjuk geram. Aku sudu tomyam kemulut sambil menggeleng.

Aku : Hiiiii.. janganlah marah sayang..,ni, aku nak bagi taulah, ada pengajaranya..hidup kita ni, ia bermula dan berlansung dgn beransur2…kalau kita tidak peka, kita terpedaya akhirnya dah terlambat, macam sikatak, patutnya kita berawas dan berhati2.

Dalam samar cahaya tak cukup kat Naili’s ni..aku terpandang couple sebelah (peh konon romantiklah, aku tenguk minah tu tergaru2… nyamuk berjoget2 kat kaki dia, hihiii, aku pun, cis!) Aku tenung semula muka sal, dia masih kelabu tapi aku pasti dia dah mula ‘berfikir’..aku biarkan saja dulu.,sebab kalau semua nak aku terangkan, lemaklah.. makin malas nanti otak dia berfikir..sambil tu aku teruskan merasa black papper stik…

Sal : emm.. maksud kau, kita org islam ni, dah macam katak rebus tulah..
Aku : ha, betullah tu, jalan gak otak kau ya..
Sal : kau ni!.. tapi macamana boleh jadi katak rebus. Apa sebab?
Ummi : Subhanallah! Aku ingat ko faham., yg kau tau katak rebus je ke..aku order buat lauk kang.. hiiii..
Sal : aik.. ko marah? Aku jual kang.,.
Aku : tak marah... sayang kau, kalau marah pun, marah tanda sayang..camnilah, maksud aku katak rebus tu, kita dah imun, kita dah tak rasa apa2. kau bayangkan, kalau hari ini, lepas kita habis makan ni, kita balik dan tidur, sok pagi bangun tidur, kita tiba2 je jadi gemuk 30kg.. agak2 kau, apa jadi kat kau?
Sal : eh,apa lagi! pengsan aku terkejut.
Aku : ha. Betullah tu,. Kita terus melompat macam katak tulah.. terkejut, terus pergi hospital masuk wad kecemasan.


Dia terangguk2 sambil mengopek udang..

Aku : tapi kalau sebulan kau naik 1kg. Kau pun tak perasan dan lepas 30 bulan tau2 kau dah bulat, agak2 kau ada tak ko terlompat,.emm..
Sal : ohh..so maksud kau, kita semua dah terbiasa, jadi tak kisahlah.
Aku : yup, macam, mak ayah pergi solat, anak2 dah remaja, pun dah tak ditegur suruh solat, bila kita ajak, dia kata tak apalah, bebudak, nanti esok taulah dia solat. So dah kira terbiasa, tarbiah pun : tak apalah... dah jadi tak kisah, walau pun benda tu tak betul. Bila kita tenguk org pakai tak semenggah, memula dulu ada gak yg terkejut, bising apalah fesyen ni.. lah ni cuba kau tenguk,sana sini pakaian pelik2 tapi ada kita buat apa2. mata kita pulak tak mau lepas pandang kan..Akhirnya walau pun benda2 tu semua tak betul, tak elok, berdosa, ape2 jelah, tapi kita macam dah tak kisah, kita boleh lagi selamba je. Kawan kita ke hatta ahli keluarga kita sendiri.. betul tak?

Eh aku membebel sorang, kawan sedap je makan butter prawn. Tak boleh jadi…

Sal : ha ah, yelah kan Ummi, betullah teori tu, kita sekarang dah sama cam katak rebus tu, dah terbiasa akhirnya kong sesia je.
Aku : tulah pasal, macam titis2 air atas batu, setitik setiap saat,akhirnya terhakis jua, sepejal2 batu, sekali terus dihentak, memercik api, mungkin tangan kita juga terluka.. tapi selembut dan sedingin air.. berlekuk juga batu tu.. jadi, kau pilih nak jadi yg mana?
Sal : aku…erk.. tah lah, kau, kalau kau pulak pilih mana?
Ummi : aku… emm..aku tulah, ada 3 jemaah ni, aku pun tak pasti yg mana satu aku nak follow..
Sal : eh iya ke? Jemaah apa ni mi..
Aku : tulah, aku pun pening nak fikir ni, yg satu tu alien, satu tu predator, terbaru avatar mana satu aku nak masuk tak taulah lagi.. tenguk keadaan dululah..
Sal : kau ni kan. Tak sudah2 buat lawak keras..
(sambil tangan dia menjalar cubit lengan aku..aduhs…)
Tawa kami berderai,
settle kat Naili’s kami sambung makan durian fuh! Maka nikmat Tuhan mu yang manakah hendak engkau dustakan…

Dan teori katak rebus terus beriringan dalam otak sementara mata tunak memerhatikan pasangan2 kekasih yg berlalu didepan ku.. mengecap nikmat malam minggu.dari gaya, mereka sedang meransang kandungan ‘hormon oxytonic sebelum hormon testoterone meningkat dan akhir sekali kalau tidak di kawal maka hormon endorphin mengambil alih’..

ah!! sungguh lemahnya aku…

hormon oxytonic - menaikkan ikatan emosional
hormon testoterone - memicu gairah menggebu
hormon endorphin - merasakan nikmat ^&%$*(%

No comments:

Post a Comment