Sunday, November 21, 2010

Petua Membelai Emosi Isteri




emm.. selain berkongsi tips untuk isteri, bagaimana membelai emosi suami,.. ini ada juga tips untuk para suami.. dari suami kepada suami.. semoga anda dapat melayan kerenah isteri anda sebaik mungkin demi keharmonian rumahtangga yang sebenarnya akan membawa kepada keharmonian lebih besar iaitu masyarakat dan negara.


Assalamualaikum warahmatullah…

Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang tips melayan isteri. Tapi…Saya tak yakin. Sebab takut ada yang fikir lain. Tapi, saya nak cadangkan kepada kengkawan lelaki cubalah apa yang saya amalkan. Yang perempuan, boleh beri komen kalau² mereka setuju atau ada yang tidak disukai.

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium…

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terakhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tapi ini apa yang saya amalkan. Percayalah, disebabkan saya selalu amalkan ini, ia dah menjadi kebiasaan. Kalau atas satu sebab saya bermasam muka dengan isteri saya,insya-Allah takkan lama. Pada malam harinya kami akan sama² rasa kesepian. Dan akhirnya kami akan berbaik semula.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Tapi… curahan kasih sayang sebegini buatkan saya rasa kesempurnaan dalam berumahtangga. macam saya yang kerja offshore, bila tidur di pelantar ni tanpa isteri, memang terasa sunyi sangat. Itulah yang membuahkan perasaan rindu dan teringin sangat nak balik cepat. Nak jumpa isteri secepat mungkin. Bukan sebab nak ‘hangatkan tubuh’ tapi suasana tu yang penting.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang. Tapi… Ini apa yang saya rasalah.

Satu perkara lagi yang saya selalu buat, sebelum tidur saya muhasabah hubungan kami berdua. Kalau di siangnya saya ada memarahinya, saya akan jelaskan kenapa dan minta maaf, jika perlu. Kalau dia ada buat apa² yang menyakitkan hati saya, masa itulah saya akan terangkan apa perasaan saya. Erm… Masa nak tidur… Mana ada tengking², ya tak?

Dan selalu saya tanya dia menyesal tak kahwin dengan saya. Mengharungi kesusahan bersama dan melayan kerenah saya yang macam². Bukan apa… Setiap kali dia kata tidak, memang saya dapat rasakan perasaan kasih saya bertambah kepadanya.

Ini hanya pendapat peribadi saya. Ini apa yang saya amalkan selama ini.Sekadar ingin berkongsi. Mana tahu, kalau² perkara ni berguna… Kalau rasa meluat, harap sudi maafkan saya.

Wassalamualaikum warahmatullah. 




terima kasih untuk seorang lelaki berstatus suami : -Abu Naqibah-

komen saya/moral dari artikel ini :

isteri/ perempuan ~ makhluk emosi* maksudnya disini..ialah mereka ini lebih berkehendak dalam belaian emosi. walau telah tersedia rumah umpama istana, kederaan super hebat, intan berlian lebat. tapi kalau tidak mendengar dari mulut suami akan ungkapan kasih, sayang, cinta, rindu, bla..bla..bla.. mereka akan kontang. kering dan kecut.

mulalah rasa .."aku bagaikan burung dalam sangkar emas'.. adeh..walhal suami bagai nak rak bertungkus lumus untuk kesejahteraan anak isteri..itulah kasih, itulah sayang dan dengan memilih kita sebagai pasangan hidupnya dari puluhan yg 'mengambil bahagian'.. itulah bukti cinta..


Tapi sudah fitahnya,.. wanita itu ingin dibelai emosi.. makanan emosi lebih utama dari bentuk kesenangan fizikal semata.

suami yang telah lengkap menyediakan semua pun, masih dikatakan 'kureng' beri perhatian kepadanya.. semata-mata kerana tidak mendengar unkapan-ungkapan 'romantik'. begitulah hidup...

Jadi.. suami -suami, .nyatakanlah kasih.. ucapkanlah sayang. bisikanlah cinta. Supaya isteri anda tahu bahawa anda tetap setia kepadanya selamanya* 

erk betul ye.. setia... hihiihii...

membelai cinta bukan hanya waktu muda.. kalau dah lama sekalipun kena juga membajai cinta..

tapi beruntunglah kalau kita dan pasangan tidak banyak kerenah dan boleh bertolak ansur serta menjadikan masalah itu hal yg kecil dan mampu diatasi.. usah letak cinta anda bersyarat.. inilah jalan2 menuju kepada kelesuan dan kematian cinta..

apa bila syarat cinta terpenuhi.. cinta masih subur disisi..

bila syarat cinta mula terhakis.. cinta mampu terbang luar jendela..

usahakan agar cinta sentiasa dipupuk dan dibajai..

terima pasangan seadanya dan perbaiki diri.. sebagaimana kita mahu dihargai.. .pasangan juga ada rasa dan keinginan yang sama..

layannnnnnnnn


~Ummi Nur Jannah~

No comments:

Post a Comment