kenapa saya buat artikel ini? asal mula artikel ini saya buat dan hantar ke Facebook. asbabnya, ramai sangat kat Facebook tu yang dan terover, dah tak sedar agaknyer, atau terpesona dengan kecantikan diri sendiri. mana tidak, ramai saya perhatikan, pergi kerja bertudung, balik kerja buka tudung, pergi kerja, jalan2 tak bertudung, tapi bila balik kampung umah sedara mara.. bertudung pula. aduhai.. tolonglah, kalau rasanya dan bersedia nak bertudung, bertudunglah betul2, kalau rasanya masih giler nak berfesyen.. tak payahlah main2 . dosa pahala satu hal, yelah betul bukan kita /saya yang tentukan, tapi memalukan pun ye juga, bangsa asing yang bukan Islam tenguk pun akan ketawa je..
dah kalau tudung / undang-undang Allah swt. kita leh selamba..makna kata, yang lain pun...bolos!
******
apa hal!?
apa korang ingat aku buat, hak aku naper nak sibuk, apasal nak rasa marah plak? suka ati aku lah.. aku nak pakai, kejap nak buka, ada aku kisah apa korang nak cakap,.. kubur asing2, tak payah nak ajar apa aku nak buat, tu urusan aku dgn Tuhan, korang jaga kubur sendiri..
Assalamu'alaikum... eemm.. ko nak buka tudung yek...
ok jer, tak ada hal, rasa? eh tak ada rasa mendalah, bukan kepala aku kepala kau.. kau yang nak pakai ke tutup ke..hak kau. betul2 aku pun tak ada hak nak larang kau, ha . lagi betul tu urusan kau dengan Tuhan, yelah, jaga kubur sendiri ye tak.
tapi...
aku cuma nak kasi tau je ni. tak ada niat nak menegur tak ada niat nak melarang jauuhhh sekali nak mengajar,. aku pun tak ada sijil layak jadi cikgu, jadi ni tahap2 macam sembang2 je lah kiranya ye...
gini, memang hak kau 100%, tapikan kau pernah dengar tak pasal hak pesan berpesan, alah yg dalam Al Quran tu, tak silap aku gini bunyinya
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran." ~ Al-Ashr 1-3
Jadi, cuma pesanan je ni kat kau. memang kubur tu hak kau seorang, tak ada kongsi-kongsi, kalau ada pun sok esok kau mati satu liang lahad dengan orang lain, pakej kau, dia tak dapat. gitulah adilnya Allah bagi kat kita
kalau nak lawak, aku cakap gini je ye,.. bukan apa, alah. sok-esok kalau kubur kau sebelah kubur aku, takut bisinglah, maklumlah, kita ni kalau menangis, meraung kena balun, bukan sikit-sikit anak tekak kita menjerit, kot nanti malaikat beduk kau, aku tengah tidor ke, bising sikit, aku tak leh nak rehat, sebab tu aku bagitau ni, kubur asing pun, sebagai jiran, aku tak nak lah kau bising, aku pun peningkan....
ha ah satu lagi, bukan apa, bila kau kata orang lain tak akan kena soal, silap sikit, pasal gini, kalau aku tahu kau nak terjun lombong, aku tak tolong selamatkan kau, esok kau datang kat aku, kau leh dakwa aku tak tolong kau, jenuh gak aku nak jawab depan Allah pasal apa aku tak tolong ingatkan kau tudung tu wajib. elok-elok kot aku boleh lepas, kantoi pula.. ye tak
jadi sebab tulah sekarang ni aku bagi tau je, alah bagi tau je, kau tak usah pula terasa hati ke marah ke, ye tak. aku tak kisah kau nak buat apa pun, betul. cuma tulah bagi tahu je. bab lain, apa yg termaktub dalam Quran, apa yang Baginda sabdakan, aku rasa kau lebih tau kot dari aku, sebab kau pun bukan calang-calang orang aper..
Kau lulusan tinggi lagi dari aku, kerjaya bagus, gaji 4 angka tu, rumah cantik, kenderaan baik, solat pun Alhamdulillah tak tinggal aku tenguk,mengaji tentu kau dah khatam, bab sedekah aku perati kau ni memang pemurahlah, syukur. jadi tulah kan, memang senang nak cerita dengan kau, tak payah panjang berjela-jela. kau tahu banyak perkara.
cuma betullah, apa kau cakap dari mula, kau ada hak, kubur pun asing. tapi aku ada tanggungjawab, aku ada tugas, aku wajib bagitau. sekali lagi bagitau. bukan dakwah-dakwah.. eh tak, b a g i t a h u je. kau fikirlah semula ye.
oh ye, masa fikir tu, lebih baik kau buat masa kau lepas solat, pasal masa tu kau masih pakai telekong solat, kau tenguklah wajah kau yang cantik tu depan cermin, bersih je, pastu kau fikirlah sambil-sambil kau bayangkan, kalau lah aku mati ..
bukan apa, bila kau kata, yang orang lain tak ada hak nak tegur larang tu. betul lah, aku setuju tu, tapi kau agak-agak, kalau kau mati suk, orang lain yang tak ada hak nak tegur larang kau jugalah yang akan kena urus jasad jenazah kau, tak ada lagi orang mati, mandi sendiri, jalan gi tanah kubur, korek sendiri dan masuk, kambus sendiri, semua 'orang lain' yang tolong uruskan.
Jadi,.. bilamana ada kesilapan kita, orang tegur, tahulah kita sebenarnya orang lain ada hak keatas kita!.
eh. tak apalah, aku nak balik dulu, kau fikirlah ye apa yang kita sembang-sembang ni...kalau sekarang kita tak mahu bertudung, akhirnya nanti kita akan ditudungkan juga, itulah sehelai dari atas sampai kebawah, sebelum masanya sampai, mulakanlah, kepada yang suka bertudung macam chipmore, fikir2kanlah semula ya.
kat FB pun...ramai suka begitu, gi keje pakai tudung, gi jalan tak bertudung, tangkap gambar muat naik yg tudung dan tak bertudung.. mamcamana tu? aku pun tak berapa paham, maklumlah aku tak ditempat kau, aku tak tahu matlamat kau apa, macamana, untuk apa,kenapa...kau je yang tahu jawapannya
tudung sekarang pun lawa-lawa, macam-macam jenama ada, boleh pilih, tak apalah, sebelum sampai peringkat nak bertudung labuh, mula sikit-sikit, mudah-mudahan kalau nawaitu kita kerana Allah, Insya'Allah lembut hati tu, sok nanti mesti kau leh sarung tudung labuhkan, lah ni mulalah dulu, jaga tudung tu ye.
cuma aku berpesan kerana kasih dan sayang, kalian semua hebat-hebat belaka,jadi bawalah kehebatan itu hingga kesana,.. Insya'Allah,pasti kalian lebih bahagia.
bukankah itu yang selama ini kita cari.B A H A G I A!.. malah ada yg bunuh membunuh, sihir mensihir, berdendam kesumat sebab merebutkan bahagia ni lah,.. tak kan kau tak tahu, jadi matlamat bahagia yg mana kau betul2 nak. kat sini ke kat sana ke.
bukankah itu yang selama ini kita cari.B A H A G I A!.. malah ada yg bunuh membunuh, sihir mensihir, berdendam kesumat sebab merebutkan bahagia ni lah,.. tak kan kau tak tahu, jadi matlamat bahagia yg mana kau betul2 nak. kat sini ke kat sana ke.
.
ha, dah cukuplah ye, aku dah sudah pun, panjang bejela pun tak guna, sikit-sikit cukuplah, kau orang yang hebat, sekali lagi.. hebat!...
balik dululah ye...
Assalamu'alaikum
~UNJ~ 0956.29102010
yelah kan, betullah, kat FB memang sangat2 ramai yg buat perangai gitu, kengkadang tu macam tak ada perasaan malu lansung, letak gambar dia bertudung dgn tak bertudung sebelah menyebelah, berbuih mulut ustaz/ustazah.. mereka selamba gak.
ReplyDeleteentri bgus..nk share yer~
ReplyDeleteSalam Alinac Lover..
ReplyDeleteterima kasih, Alhamdulillah ,..
silakan..