Tuesday, June 28, 2011

Akibat Tidak Merancang Harta, Hutang Menuntut Sampai Ke Kubur!!



Dibawah saya kongsikan sebuah kejadian sebenar. Ia berlaku bbrp tahun lalu, dikirimkan kepada saya lewat email, saya sunguh tersentuh. Tak pasti nak kata macamana perasaan saya,  sebagai orang luar yang memandang, kedua-dua pihak salah.

1. Orang yang berhutang tidak peka dan tidak meninggalkan pesan kepada waris tentang hutang. Lalu ia menimbulkan banyak masalah. Simati menanggung hutang yang tidak langsai hingga akhir hayat. Waris tidak dapat membantu menyelesaikan hutang dan menimbulkan kekacauan emosi, malu, marah, sakit hati, geram!

2. Orang yang menuntut hutang juga, seharusnya bertindak logik, janganlah disebabkan hutang, aib orang dibuka. Jika tahu dimana kuburnya, tentu juga tahu dimana waris simati boleh dihubungi. Justeru, carilah waris-warisnya, kemukakan bukti simati pernah berhutang, tuntutlah dengan cara yang betul dan mengikut lunas undang-undang.

Maka sebab itulah, mengapa merancang dan  menguruskan harta sebelum kematian kita sangat perlu dilakukan. Tapi menyedihkan, kita sebaliknya hanya mengurus dan merancang bagaimana mendapatkan dan mengumpul harta.

kita sering abaikan dan memandang ringan serta mengambil mudah bahagian kemuncak dari semua pengumpulan harta yang ada iaitu, pembahagiannya
*bagaimana?
*hutang-hutang diselesaikan cara apa?
*Harta yang tinggal harus di bahagikan kepada siapa?
*Berapa bahagian?
*Siapa lagi yang layak?
*Bagaimana Kalau aku ingin bersedekah, wakaf?

Bila diajukan cadangan dan persoalan, kita terus- terusan menangguhkan dan melambat-lambatkan tindakkan.

Lalu, ketika kita masih lagi bertangguh dan kematian mendahului kita, maka inilah salah satu kesan dan akibat dari sikap kita yang ambil mudah segala resiko.

Paling dikesali, kita masih lagi salah faham bahawa, kita tak perlu untuk kita merancang dan merangka wasiat, menulisnya apatah lagi, kerana kita rasa, sistem pembahagian Islam iaitu Faraid telah ada, jadi kalaulah aku mati esok pagi pun, tak ada masalah. 

Walhal sekali lagi ditegaskan bahawa, Perancangan Harta Pusaka iaitu Penulisan Wasiat anda adalah sebagai bertindak sebagai PENTADBIR kepada Harta dan Faraid itu bertindak sebagai Cara PENGAGIHAN. 

Jika disesebuah organisasi, ada pekerja, tapi tiada bahagian yang menguruskannya, adakah mudah pekerja faham, tahu, bertindak mengikut apa yang diamanahkan?

Justeru, ambil sedetik masa dan fikirkan "kalaulah aku mati esok?" ...K A L A U  L  A H!!!

********

Kisah ini saya ambil dari email yang dikirimkan kepada saya..


Selalu kita mendengar hal kepentingan selesaikan hutang dan isu kematian.

Gambar yg disertakan ini adalah literally hutang datang ke kubur utk menuntut hutang.

Ianya saya rakamkan di kubur Lembah Keramat belakang petronas, dimana satu batu  nisan diselubungkan dgn plastik dan di dalamnya ada message hal hutang dan yg menuntut hutang siap letak business card didalam plastik itu.

Mungkin yg tuntut hutang ni letak dgn harapan ahli keluarga akan contact dialah.So hati hati ngan hutang..jgn dia datang atas kubur...datang dlm kubur tu satu hal lagi.

http://wasiatuntuksiapa.blogspot.com/2011/06/akibat-tidak-merancang-harta-hutang.html

Wednesday, June 22, 2011

Cantik ke JELIR LIDAH!?

rasanya aku sangat terpanggil untuk meluahkan rasa. mungkin sekaligus bertanya  pada kalian teman dan sahabat semua.



mungkin aku tak paham kot, atau tak ikut perkembangan semasa, atau jauhhhhhhh tertinggal dalam arus kemodenan sekarang ni..ke kolot sangat ke.. tapi tolong sesiapa yg paham jelaskan sikit KENAPA ORANG SEKARANG SUKA TANGKAP GAMBAR JELIR LIDAH, TERUTAMA PEREMPUAN? rasanya banyak buruk dari baik.
Rata-rata mereka anak remaja, malah ada yang masih dibangku sekolah rendah, juga terikut-ikut gaya ini. Payah rasanya hendak menjawab pada anak-anak yang bertanya, kerana kita mengajar mereka tentang tertib dan moral, tentang adab. Tapi rata-rata, mereka yang bergambar sekarang ini tidak akan terlepas melakukan aksi tersebut.


Tak payahlah aku nak sertakan ayat Al Quran atau Hadis Baginda Muhammad saw. Kali ini tak perlu sarat dengan segala macam dalil, kita cukup dewasa dan berakal, bagaimana fenomena ini tercetus dan semakin dibudayakan. Mungkin dari sekadar main-main sekarang dah tak boleh main-main sebab dah jadi satu cara yang jengkel bila dilihat.

ooppsss.... geli pula lihat lidah sendiri terjulur lalu dipotretkan...

P/S : oh ye.. semua gambar ini sy dapatkan dari internet. Jadi ia sekadar gambar hiasan, tapi kalau ada tuan empunya diri disini..Harap maaf!!!

Tuesday, June 21, 2011

Hukum *SEBAB* dan *AKIBAT* = ** HASIL**


Pernah dengar? "TAK ADA 1 PUN YG BAIK DLM HIDUP AKU"
Moral : Hidup kita adalah satu kitaran ((((tenaga)))), kalau tiada 1 pun yg baik, andalah yg salah. "sesuatu yg anda percayai sentiasa berlaku & kepercayaan anda terhadap sesuatu menyebabkan ia berlaku - Frank Lloyd Wright.

Hidup adalah apa yg kita minta!!!

Mamat memikat wanita dengan wang dan intan berlian, bila teman wanita bosan dan angkat kaki, katanya mereka sekadar menggunakan dia untuk mengikis wangnya. Apahal? dah kalau mamat memancing ikan, guna intan berlian, dia akan dapat ikan yang berselera intan belian, apa nak marah?

Minah suka pakai baju mendedah 3/4 dadanya.. tapi jangan ada lelaki yang memandang, katanya mereka hanya mahukan badannya. Tapi dia lupa bahawa dia membuat promosi dan memberi tayangan secara lansung dengan percuma? kenapa mengamuk?

Begitulah hidup, kalaulah kita jujur dgn diri sendiri, kita pasti boleh senaraikan hampir semua yg berlaku dan terjadi kepada diri kita adalah kerana kita telah membantunya untuk menjadi kenyataan.

Justeru, usah sentiasa menyalahkan keadaan semata-mata. Cubalah berehat dibawah sepohon kelapa dan lihat bagaimana dan mengapa Allah tumbuhkan ia begitu tinggi, ada sebab dan tentu ada akibatnya jika  ia jatuh tepat keatas anda yg duduk dibawahnya, walhal saya cuma 'suruh cuba',  anda yang  ambil resiko itu, anda boleh pilih utk tidak berada dibawahnya...hahaha!

Maka itu,. perhatikan hukum jagat, kesan hukum SEBAB dan AKIBAT = HASIL  dalam hidup anda sendiri, perhubungan, kejayaan, kekecewaan, ,....

sebab aku buat begini.. maka akibatnya ...begitu...

Insya Allah jika anda boleh menerima kenyatan hukum SEBAB & AKIBAT...anda pasti lebih teteram dan terarah untuk bertindak dengan cara yang betul bagi memastikan hasil yang baik..

Misi kita bukan untuk merubah dunia ,Misi kita adalah utk MENGUBAH DIRI SENDIRI, ketahuilah tiada penyelesaian LUARAN, hanya penyelesaian DALAMAN. apa yg anda rasa didlm, itulah anda dapati diluar, kita tdk akan dpt membaiki hidup dgn berusaha dari 'luar'. Baiki emosi, minda dan Elmu, Insya'llah kejayaan akan menghampiri.


Ingatan untuk diri (ku) yang mungkin lupa..
~* UMMI *~

Wednesday, June 15, 2011

memilih cinta mencari jodoh




Saat artikel ini saya hantar, saya dalam perjalanan ke Selatan tanah air. Pontian destinasi, walimatul urus ingin dihadiri. beberapa minggu ini saya tersenyum manis melihat wajah-wajah bahagia teman taulan. Menjadi raja sehari.. eh kenapa sehari yek? yang lelaki dah tentu jadi raja sepanjang bergelar suami.. heheehe.. 

Tiap kali melihat wajah mempelai, saya suka mengimbau perjalanan kisah cinta manusia. ada ketika sekali jatuh cinta. kita rasa telah bertemu pasangan sejati, ada waktu kita putus cinta dan mencari penganti. tapi tidak juga berkenan dihati..


Begitulah perjalanan hidup, ia bukan cerita novel yang indah untuk dibaca,. tapi ia adalah satu pilihan.. ada waktunya pilihan mungkin kelihatan salah, tapi pengajaran darinya adalah membentuk kita menjadi insan yang tahu bahawa .. apa pun keadaan, pergantungan terakhir kita adalah semata-mata kepada Allah swt jua.

*********

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya


Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?


Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.


Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?


Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.


Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…


Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?


Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.


Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.


Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?


Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…


Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….


Moral :Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah anugerah Allah, dengan doa dan redha, itu lah pasangan anda, terima dia seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.


Dan perkahwinan adalah menyatukan 'dua' hati 'dua' sikap, 'dua' manusia... yang banyak bedanya namun merasakan saling melengkapi, walau pada masa lain, mungkin kita terluka atau melukakan.


Buat bakal mempelai, atau yang baru saja mendirikan masjid..


SELAMAT PENGANTIN BARU, SELAMAT MENEMPUH ASAM GARAM RUMAHTANGGA, SELAMAT BERSABAR MENGHADAPI DUGAAN,
MOGA ALLAH SWT SAJA 
TEMPAT KITA BERSANDAR...
~
Ummi Nur Jannah~

2211.22042010

Sunday, June 12, 2011

kisah batu kecil dan kunci syurga


Kalau tanya pada sehelai daun pun, dia akan mengatakan ingin masuk kesyurga Allah swt. Itu daun, bagaimana dengan manusia? terutama umat islam..kita juga, walaupun siangnya bekerja, tak ingat kat mana sejadah dan malamnya berkiblatkan keseronokkan duniawi semata.

Lalu mampukah akhirnya kita mendapatkan syurga yang kita minta?

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. 

Sabda Rasulullah mengatakan :


"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)


Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :


"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."


Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.


Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolak lelaki itu masuk ke pintu neraka tersebut.Akan tetapi lelaki itu tidak dapat masuk melaluinya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.


Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. 

Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :


"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."


Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Begitulah, bahawa kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.


begitulah kasih sayang yang Allah swt buktikan kepada kita hambaNya.

kalimah tauhid yang diucapkan dengan hakkul yakin akan menjadi pembuka kepada pintu-pintu syurga.


Lalu bagaimana agaknya bagi umat Islam hari ini yang lansung tidak mengucapkan kalimah tauhid itu, jika tidak lansung bersujud?


Apakah Islamnya bagaimana Agamanya dan dimanakah kesudahannya?


betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL


Bismillahirahmanirahim ...
Ya Allah, kami tak mampu untuk masuk ke Syurgamu
Namun, kami tak sanggup untuk masuk ke Nerakamu
Sesungguhnya Kami Adalah Insan Yang Amat Hina Lagi Dhaif

amin.. Ya'Allah, sesungguhnya walau kami malu, kami tetap mengharapkan syurgaMu..maka Ya'Allah, Yang Maha Lembut dan Maha Pemurah, Allah yang memiliki Arasy yang agung... kami mohon kepadaMu.. makhbulkanlah permintaan kami..


amin........

Saturday, June 11, 2011

Tunjukkan Aku DIMANA TUHAN?!

Banyak bertanya itu pangkal ilmu, rasa ingin tahu adalah satu cara untuk kita mencapai tingkatan dalam semua usaha, dari tiada kepada ada ilmu, dari tidak tahu kepada tahu, dari tiada amal kepada mahir, namun terlalu sangat bertanya tanpa mahu menjadikan segala pengetahuan itu sebagai jalan kebaikan dan kemajuan diri hanyalah sia-sia…. Satu hari ada seorang pemuda, telah puas dia mengembara untuk mencari jawapan bagi persoalan dihatinya. Bertahun pencarian dan beratus orang telah ditemuinya, tapi masih juga dia tidak puas hati dengan jawapan yang diperolehi atas pertanyaannya. Lantas pada suatu hari dia telah bertemu dengan seorang tua yang, biasa saja pada pandangan matanya...

Justeru pemuda ini dengan tegas dan yakinnya ingin menduga, sekaligus mencari jawapan kepada persoalan nya selama ini. Lalu pemuda tersebut pun memulakan bicaranya .

Pemuda : Anda siapa Dan apakah mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan Anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Kiyai itu tersenyum dengan soalan yang diberi, tanpa bersuara tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



Jangan banyak menyoal tanpa guna fikir, banyakan beramal, soalan sekadar satu jawapan untuk pendengaran dan kepuasan rasa ingin tahu, tapi amalan adalah satu usaha untuk mencapai segala darjah kebaikan dan pahala serta bekalan untuk dibawa pulang keperkampungan abadi....

Cermin jasad cerminan hati, cerminan peribadi…

Jom betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL

Friday, June 10, 2011

Aku sedia memeluk kristian andai...



Lelaki bernama Bisara Sianturi ini bukannya sembarangan lelaki. Dia ialah anak muda yang fanatik dengan agama Prostestan. Apa yang menarik mengenai Bisara ini, ialah percubaannya untuk mempengaruhi sebuah keluarga muslim di Medan, agar menerima ajaran Kristian Prostestan berkesudahan dengan kegagalan. Namun dari ketewasannya berdialog dengan seorang haji, menjadi penyebab dia mendapat hidayah dari Allah SWT.


Bisara Sianturi dilahirkan di Tapanuli Utara pada 26hb Jun 1949... Dia dibesarkan dalam didikan keluarga yang taat penganut Prostestan.


Pada tahun 1968 Bisara telah merantau ke Kota Medan. Nasibnya agak baik kerana berkesempatan berkenalan dengan keluarga Walikota(Datuk Bandar) Medan ketika itu, Ahmad Syah.


Dari kemesraan hubungan itu dia mendapat kesempatan tinggal bersama-sama di rumah keluarga walikota berkenaan. Bisara mengaku, selama tinggal di rumah keluarga walikota tersebut, dia cuba mendakwah anak-anak walikota itu lagu-lagu gereja. Kebetulan anak-anak walikota dekat dengannya dan suka dengan lagu-lagu yang diajarkannya. Sementara walikota sendiri tidak pernah marah kepadanya. Bahkan dia pernah bertanya kepada walikota tentang agama apa yang baik. Walikota itu menjawab, bahawa semua agama itu baik.


Pemikiran terbuka walikota seperti itulah yang membuatnya senang dan berani mengajarkan lagu-lagu gereja kepada anak-anaknya. Menurutnya, kalau orang sudah memeliki pemikiran seperti ini, biasanya akan mudah diajak masuk Kristian.


"Saya berniat mengkristiankan keluarga ini. Pertama-tama melalui anak-anaknya dulu. Makanya saya ajari mereka lagu-lagu gereja. Anehnya, mereka suka sekali dengan lagui-lagu yang saya ajarkan," kenang Bisara Sianturi.


Usaha Bisara untuk mengkristiankan keluarga walikota melalui anak-anaknya ternyata tidak boleh berjalan dengan lancar. Di rumah walikota itu tinggal juga bapa mertuanya, Haji Nurdin. Meskipun walikota tidak merasa keberatan anak-anaknya diajarkan lagu-lagu gereja, tetapi Haji Nurdin tidak suka kalau cucu-cucunya diajarkan lagu-lagu gereja oleh Bisara.


Pada suatu petang, di ruang depan rumah walikota, Haji Nurdin mengajak Bisara untuk bercakap masalah serius. Haji Nurdin yang luas pengetahuan agamanya ini mengajaknya berdialog mengenai agama. Bahkan beliau menawarkan diri untuk masuk Kristian jika Bisara mampu menyakinkan Haji Nurdin melalui hujah-hujahnya.


"Kalau kamu boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dengan benar, saya berserta keluarga saya seluruhnya dengan ikhlas dan sukarela akan mengikuti kepercayaan kamu," kata Haji Nurdin waktu itu.


Tawaran itu tentu saja menggugat hati Bisara. Dia dengan bersemangat menyanggupinya. Dia mengira akan dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan Haji Nurdin dengan mudah. Ternyata kemudiannya semua pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh Haji Nurdin membuat keyakinnannya terhadap Kristian pula goyah.


"Mana lebih dahulu Tuhan dengan air?" tanya Haji Nurdin.


"Pak Haji ini bercanda. Anak kecil juga bisa menjawab," ucap Bisara.


"Saya tidak bercanda. Kalau kamu boleh menjawapnya, saya dan keluarga akan masuk agamamu!" tegas Haji Nurdin.


"Tentu lebih dahulu Tuhan, kerana Tuhanlah yang menciptakan air," jawab Bisara.


"Kalau begitu, bila Tuhan kamu lahir? Bukankan Tuhanmu, Jesus, lahir pada tahun 1 Masehi? Bukankah tarikh Masehi yang kita pakai sekarang ini mengikuti tarikh kelahiran Jesus? Bukankah sebelum Jesus lahir setelah ada air? Kalau begitu air lebih dulu ada sebelum adanya Tuhanmu?" balas Haji Nurdin. Bisara kebingungan sendiri. Tetapi dia dengan mudah menjawabnya kembali.


"Jesus itu' kan anaknya Tuhan."


"Bukankah dalam ajaran agamamu dikenal ajaran "Trinitas " yang menganggap tiga tuhan, iaitu Tuhan Bapak, Jesus dan Roh Kudus sebagai satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan? Satu bererti tiga dan tiga bererti satu. Kalau demikian, tidak mungkin kita memisahkan Tuhan Bapak, Jesus dan Roh Kudus. Kalau Tuhan Jesus jatuh atau diragukan dengan pertanyaan seperti tadi, bererti yang lain juga ikut jatuh ," kata Haji Nurdin.


Bisara tambah bingung. Ianya tidak boleh membantah lagi.


"Yang kedua. Dalam Injil Matius pasal 27 ayat 46, disebutkan bahawa Jesus meminta tolong ketika sedang disalib. Cuba kamu fikir, bagaimana mungkin Tuhan yang Maha Sempurna minta tolong, Kalau Tuhan minta tolong, bererti dia tidak pantas dianggap Tuhan ," kata Haji Nurdin.


Kali ini Bisara tambah terkejut. Dia tidak menyangka Haji Nurdin mengerti banyak tentang Injil. Oleh itu, dia tidak mampu menjawab lagi.


Bisara kesal, meskipun semua meresap ke dalam hatinya, tetapi ia tidak menerima begitu saja. Dia balik bertanya kepada Haji Nurdin tentang kebiasaan orang islam menyunat anak-laki-lakinya.


"Saya hairan dengan orang Islam. Katanya Tuhan maha sempurna, apa yang diciptakan oleh Tuhan sudah sempurna, tetapi umat Islam malah merubah ciptaan Tuhan, Bererti orang Islam lebih hebat daripada Tuhan?


"Buktinya, Allah sudah menciptakan lelaki dengan sempurna, mengapa oleh orang islam lelaki itu harus disunat? Bukankah ini bererti orang Islam lebih hebat dari Tuhan?" tanya Bisara.


Terhadap pertanyaan itu, Haji Nurdin tidak hilang akal. Dia meminta anak muda itu untuk diam dulu di tempatnya, sementara beliau sendiri segera pergi ke pinggir jalan.


"Kamu tunggu di sini dulu sebentar. Saya akan kembali lagi cepatnya ," jawab Haji Nurdin seraya melangkah keluar rumah. Tidak berapa lama kemudian Haji Nurdin sudah kembali dengan membawa sebiji durian.


"Kamu suka durian?" tanya Haji Nurdin.


"Suka !" jawab Bisara.


"Sekarang kamu makan durian ini, tetapi jangan kamu buka kulitnya," tawar Haji Nurdin.


"Bagaimana mungkin saya makan buah ini tanpa membuka kulitnya?" tanya Bisara.


"Bukankah Tuhan sudah menciptakan durian dengan sempurna seperti itu?" balas Haji Nurdin.


Bisara semakin terkejut. Dia tidak menduga orang tua dihadapannya begitu cerdas dan luas pengetahuannya sehingga sebiji durian boleh dijadikan jawapan terhadap pertanyaannya.


Percakapan dengan Haji Nurdin itu membuat seluruh bangunan keyakinan yang selama ini dipegangnya menjadi rapuh. Dia jadi bimbang. Di tengah kebimbangan itulah hidayah dari Allah datang kepadanya. Dia seolah-olah tersedar dengan semua perkataan Haji Nurdin yang benar itu.


Tetapi Haji Nurdin yang bijak itu meminta kepadanya untuk berfikir masak-masak.


"Sekarang fikirkanlah lagi keyakinanmu masak-masak. Apakah selama ini keyakinan itu benar-benar telah membuat kebahagian dalam hatimu? Kalau pun kamu akan masuk Islam, fikirkan juga masak-masak untung ruginya bagi kamu. Fikirkan apakah Islam boleh membahagiakan kamu? Saya beri tempoh satu minggu bagi kamu memikirkannya. Jangan sampai kamu menyesal nanti!" ujar Haji Nurdin.


"Sebelum saya keluar dari percakapan itu, Haji Nurdin sempat menjelaskan kepada saya bagaimana Islam mengatur kebersihan orang muslim dengan cara beristinjak dan berwudhuk. Dari penjelasan Haji Nurdin tentang istinjak dan wudhuk itu saya semaikn percaya kalau Islam itu agama yang sebenarnya," kenang Bisara.


Sebenarnya, sebelum terjadinya dialog dengan Haji Nurdin pun, Bisara sempat dua kali meragukan keyakinan agama lamanya itu.


Pertama, ketika dia masih tinggal di kampungnya, setiap tahun baru di kampungnya diadakan pesta pora. Pada setiap malam tahun baru itu, setiap orang terutama anak-anak muda makan sampai sekenyang-kenyangnya.


Hampir semua orang di kampungnya setiap malam tahun baru jadi mabuk kerana kekenyangan. Bisara yang masih remaja itu sempat berfikir, apakah tidak ada aturan agama yang mengatur ukuran makanan yang boleh dimakan? Saat itulah ia mulai ragu dengan agama yang dianutinya


Kedua, pada satu hari Minggu, dia terlambat datang ke gerejanya... Di tengah jalan di melewati geraja lain. Dia masuk ke gereja itu, tetapi di gereja itu dia tidak boleh melakukan upacara sembahyang, kerana upacara sembahyang di gereja itu berbeza dengan yang biasa dia lakukan di gerejanya.. Keesokan harinya, ia bertanyakan masaalah itu kepada pendetanya.


"Sebenarnya, yang membawa agama ini berapa? Kenapa saya tidak boleh sembahyang di tempat lain?" tanya Bisara kepada pendetanya.


Ternyata pendeta itu tidak dapat menjawabnya. Dia hanya mengatakan bahawa hal seperti itu sudah merupakan peraturan yang tidak boleh dipertanyakan. Bisara kecewa dengan jawapan seperti itu. Tetapi semua peristiwa itu berlalu begitu saja. Dia tidak pernah memperdulikannya lagi. Sampai akhirnya, dia bercakap-cakap dengan Haji Nurdin yang membuat keyakinan mulai runtuh.


Kesempatan yang diberikan oleh Haji Nurdin untuk berfikir itu benar-benar dimanfaatkan oleh Bisara untuk merenungi kembali keyakinan yang selama ini dipeganginya.


Dia ingat betul keterangan yang dijelaskan oleh Haji Nurdin mengenai istinjak dan wudhuk yang merupakan salah satu ketentuan ibadah dalam islam. Dia jadi kagum terhadap ajaran islam yang mengatur umatnya sampai hal-hal yang kecil dan remah tetapi benar-benar bermanfaat bagi kebersihan manusia, baik dari segi fizikal mahu pun segi rohani.


Oleh itu, setelah berlalu masa satu minggu, dia meminta kepada walikota utnuk diislamkan. Walikota segera memanggilkan seorang ulama yang juga teman walikota itu. Bisara sendiri sudah lupa nama Ulama berkenaan.


Akhirnya dengan disaksikan walikota Medan Ahmad Syah, Haji Nurdin dan seorang tokoh Muhammadiyah Ende Pane serta ulama yang mengislamkannya, Bisara pun mengucapkan dua kalimah syahadah.


Setelah selesai mengucapkan syahadah ulama yang mengislamkannya memberikan nama baru kepadanya. Proses pemberian nama itu agak unik. Ulama itu membuka al-Quran yang ada di depannya secara sembarangan. Dari al-Quran itulah diambil nama Mahmud yang ditambahkan pada namanya.


Bahkan ulama itu sampai tiga kali membuka al-Quran dan menemukan nama yang sama iaitu Mahmud. Tetapi Bisara sendiri tidak tahu surah dan ayat berapa yang diambil oleh ulama itu untuk pakai sebagai namanya.


"Ulama itu sampai tiga kali membuka al-Quran secara sembarangan... Tidak ada yang diberi tanda. Tetapi begitu dibuka, selalu yang terbuka muka yang sama. Dari ayat Quran itulah ulama itu memberikan nama Mahmud kepada saya. Saya sendiri tidak tahu surah dan ayat yang mana yang diambil untuk nama saya," Kenang Bisara Mahmud Siantur.


Sejak masuk islam itu, dia belajar dari satu ulama kepada ulama lain. Ternyata memeluk islam bukan perkara mudah yang tidak sebarang cabaran. Sejak dia memeluk Islam berbagai cubaan datang kepadanya.


Setelah tuga bulan memeluk islam, dia ditangkap polis kerana dituduh menghina agama lain dan memecah belah masyarakat.Kejadiannya, pada waktu itu dia diminta untuk berceramah yang isinya menceritakan bagaimana dia sampai memeluk agama Islam.


Ceramah berkenaan diselenggarakan di sebuah lapangan terbuka. Ternyata isi ceramahnya itu membuat penganut agama lain tersinggung. Maka dia pun ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama setahun.


"Saya tidak memfitnah atau memburuk-burukkan agama lain. Saya hanya memaparkan fakta. Saya boleh menunjukkan bukti-buktinya yang boleh dibaca baik dalam al-Quran dan Injil, tidak ada yang bohong. Tapi pihak polis tetap menuduh saya menghina agama lain," kenang Mahmud.


Ketika pertama masuk ke dalam kurungan, dia sempat ditawari pembebasan oleh pemeluk agama lamanya, dengan syarat dia bersedia untuk murtad... Tetapi rupanya keyakinannya untuk memeluk Islam sudah teguh, dia menolak tawaran itu dengan tegas.


"Kalau pun kamu beri seluruh kekayaan kamu kepada saya, saya tidak akan mahu kembali kepada agamamu," jawab Mahmud Sianturi pada waktu itu...


Setelah menjalani kehidupan tahanan selama satu tahun, akhirnya dia dibebaskan setelah mendapat jaminan dari Ende Pane, tokoh Muhammadiyah yang pernah menjadi saksi ketika dia memeluk Islam.


Ende Pane juga menawarkan kepadanya sekolah lagi di mana yang dia mahu, sama ada di Medan, Bukit Tinggi atau di tempat lain.


Tawaran itu diterima olehnya. Dia memilih sekolah di Perguruan Islam Menengah Atas Bukit Tinggi. Setelah tamat. dia meneruskan pelajaranya ke Fakuliti Hukum Universiti Muhammadiyah Bukit Tinggi.


Baru sampai tahun tiga di Unervisiti, tahun 1977 dia berhenti kerana bertemu jodoh dengan seorang gadis bernama Siti Syamsiyah Boru Tobing. Selepas itu baru tiga bulan menikmati indahnya dunia perkahwinan, dia kembali ditangkap polis. Seperti pada penangkapan pertama di Medan, di Bukit Tinggi ini pun dia ditangkap dengan tuduhan menghina agama lain dan memecah belah masyarakat.


Dia ditahan selama dua tahun tanpa proses pengadilan. Setelah dua tahun ditahan, barulah kes dirinya disidangkan dan dia dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.
Di tahanan Bukit Tinggi inilah dia mengaku menghadapi cubaan yang sangat berat. Kalau di Medan dulu dia boleh memanfatkan masa di tahanan untuk menghafal banyak ayat-ayat al-Quran dan mempelajari buku-buku Islam.


Sebaliknya ketika dalam tahanan di Bukit Tinggi dia tidak boleh melakukan apa-apa. Bahkan dia mengaku hampir gila. Mengapa demikian? Ternyata, selama di tahanan Bukit Tinggi, dia disatukan dengan 13 orang gila yang senghaja dikumpulkan dari jalan-jalan di kota Bukit Tinggi. Jangankan untuk menghafal al-Quran, untuk bersolat pun dia sering diganggu oleh orang-orang gila yang menghuni kamar bersamanya.


"Beberapa kali tikar solat saya ditarik ketika saya sedang bersolat. Saya jatuh dan terguling-guling. Saya sendiri hairan, mengapa orang-orang gila itu dimasukan ke dalam sel saya. Terus terang saya hampir jadi gila," kenang ayah dari lima orang anak ini.


Selama memeluk agama Islam, Mahmud Sianturi mengaku disingkirkan oleh ahli keluarganya. Bahkan warisan pun tidak diberikan kepadanya. Meskipun demikian, dia tetap saja menjaga hubungan baik dengan keluarganya. Beberapa tahun setelah masuk Islam, dia sempat pulang ke rumahnya. Semua keluarganya berusaha membujuknya untuk kembali kepada agamanya. Bahkan ibunya sampai menangis di hadapannya, berharap Mahmud Sianturi kembali memeluk agama asal mereka.


Tetapi Mahmud Sianturi tidak mudah goyah. Dia malah mengajak ibu dan bapanya untuk mengikuti agama barunya. Pernah suatu malam dia bangun tengah malam dan berdoa agar Allah SWT menurunkan hidayahnya kepada bapa dan ibunya. Tetapi rupanya ibunya pun bangun pada malam itu dan berdoa kepada Tuhannya agar anaknya mahu kembali semula kepada agamanya yang asal.


Mahmud mangaku sempat sedih ketika ibunya hampir meninggal dunia beliau mengajak ibunya untuk memeluk Islam, tetapi ibunya tetap tidak mahu.


"Waktu itu ibu bilang," biar kamu saja yang memeluk Islam. Ibu biar di sini saja." Terus terang saya sedih waktu itu," kenangnya.


Dari sudut seluruh rangkaian perjalanan hidupnya sebagai muslim yang penuh pelbagai cubaan, Mahmud Sainturi semakin kental keimanannya. Semakin lama, keyakinannya terhadap Islam semakin dalam.


Bahkan dia mengakui Islam telah memberikan kebahagian batin yang tidak ternilai harganya, yang tidak mungkin dia dapatkan pada keyakinan yang lama. Oleh itu, kini dia abadikan dirinya dan seluruh hidupnya untuk dakwah Islam. Dia merasakan bahawa dakwah merupakan suatu kewajipan baginya...


"Islam mampu memberikan kebahagian batin yang sesungguhnya, yang tidak mungkin ternilai harganya, Sejujurnya, agama saya yang lama tidak mungkin mampu memberikan kebahagian itu. "Kalau saya mengejar kekayaan, agama lama saya, saya lebih mudah mengumpulkan harta. Tetapi saya memilih Islam kerana ianya mempu menunjukkan kebenaran dan memberikan kebahagaian sejati bagi saya dan bagi manusia seluruhnya," ujar Mahmud Sianturi.


~ petikan majalah Hidayah Jun 2001



Saturday, June 4, 2011

Sahabat dan Dinding Ajaibnya


Ada waktu, kita berkenalan dan berteman dengan orang, sekadar keperluan, ada waktu kerana urusan tertentu, yang menjadi asbab untuk kita terus berhubungan, ada masa, kita terlupa bahawa kenalan yang seketika mampu merubah kita menilai erti hidup dan kehidupan......

Pian dan Eman ditempatkan di dalam bilik wad yang sama. Kedua-duanya sudah bertahun -tahun menderita penyakit serius yang tak ada harapan untuk sembuh.

Sepanjang waktu mereka hanya terbaring di katil memandang siling. Namun nasib Pian baik sedikit apabila setiap hari dia berpeluang duduk bersandar di katilnya. Setiap hari pada pukul 12.00 tgh, jururawat akan datang membantu Pian duduk. Ketika itu, doktor mudah menyedut air dari paru-parunya. Walaupun sakit tapi Pian menanti saat itu dengan gembira kerana ketika itulah dia dapat duduk dan memandang keluar tingkap.

Nasib Eman tidak sebaik Pian. Dia hanya mampu terbaring di atas tilam. Eman tidak ada peluang langsung untuk duduk. Tubuhnya tak berupaya lagi melakukan semua itu sekalipun dibantu. Sejak terlantar Eman sering bercerita mengenai kisah keluarga, rumah, pekerjaan dan keterlibatannya dalam perkhidmatan tentera. Juga percutian bersama keluarga.

Namun lain dengan Pian. Setiap hari Pian akan duduk dan memandang keluar tingkap sepuasnya, sementara jururawat berusaha mengeluarkan air dari paru-parunya. "kau tahu, hari ini cuaca cerah. tasik besar kat tengah-tangah taman tu airnya biru. banyak itik dan angsa berenang," beritahu Pian.

"Eh! Kasihan budak tu, bot mainannya tenggelam. Untung anak-anak sekarang, kapal mainan pun dan macam kapal betul. Dulu aku hanya buat daripada kertas," cerita Pian sambil ketawa.

Eman tersenyum mendengar cerita Pian.Matanya dipejamkan rapat-rapat dan membayangkan kanak-kanak sedang gelak ketawa berlumba bot. Kawanan itik dan angsa mematuk-matuk ikan di air. "Mmmmmmmmmmm! Indahnya di luar sana," Eman mengeluh kerana tidak berpeluang menikmati pemandangan yang diceritakan oleh Pian. Kenangan manis zaman kanak-kanak menyerbu fikirannya. Sambil tersenyum mendengar keluhan rakan sebilik.

Pian terus merenung tingkap. Kemudian dia meletakkan tanganya di dahi seperti orang menadah silau matahari.

"Ceritakan lagi Pian, apa yang kau nampak,"Eman tidak sabar untuk mendengar selanjutnya.

"Ada merpati dua sejoli sedang berpimpin tangan. Eeeeee, romantiknya. Bunga-bunga ros sedang mekar di tepi jalan. haaaa....di belakang sana aku nampak sebuah menara berlatar belakangkan langit biru," cerita Pian bersungguh-sungguh. Eman tersenyum puas. Dia tak dapat melihat tetapi dapat membayangkan betapa indahnya bunga yang sedang mekar.

Alangkah romantiknya pasangan kekasih berpimpin tangan. Selama satu jam itu Pian tak putus-putus bercerita tentang peristiwa yang berlaku di luar sana. Rawatan selesai Pian dibaringkan semula sehinggalah tengah hari esok. Pada suatu hari yang panas, Pian duduk merenung ke luar jendela sambil menjalani rawatan. Matanya bercahaya memerhati, kemudian dia menjengah ke kiri dan kanan lalu senyum.

"Hari ini ada apa di bawah tue , Pian?" tanya Eman.

"Ada perarakan kereta berhias penuh dengan bunga berwarna-warni. Perbarisan anggota tentera, pakaian beragam, kanak-kanak sekolah dan pancaragam," cerita Pian sambil tangannya dihayunkan untuk menunjukkan cara kanak-kanak sekolah itu memukul gendang.

 "Macam perarakan Hari Kebangsaan ke?" tanya Eman pula. Di ruang matanya terbayang warna-warni perbarisan hari Kebangsaan yang selalu dilihatnya di TV sebelum terlantar.

 "Isy....lebih cantik daripada itu," balas Pian.

Eman pejamkan mata dan cuba mendengar muzik pancaragam. Tapi telinganya tak dapa mendengar sebarang bunyi pun.

"Mungkin terlalu jauh agaknya," Eman berbisik sendirian.

Hari berlalu dan minggu bertukar. Suatu pagi, seperti biasa seorang jururwat datang membawa sebesen air mandian ke bilik Eman dan Pian seperti hari-hari biasa.

"Selamat pagi Pak Cik Pian," jururawat yang biasa datang untuk mengelap badan Pian. Biasanya apabila dengar pintu dibuka Pian sudah tersenyum kemudian dengan ramah dia akan bertanya khabar jururawat itu.

Tapi pagi itu Pian masih tidur. "Pak cik," panggil jururawat sambil menyelak selimut Pian apabila tidak ada jawapan. Kemudian dia perhatikan pesakit tua itu tidak bergerak dan dadanya tidak lagi berombak seperti selalu. Jururawat bertugas memeriksa nadi Pian, tidak ada denyutan. Kaki dan tangan Pian juga sejuk. Dalam keadaan kelam-kabut jururawat berlari memanggil doktor.

 "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun....." Pian disahkan meninggal semasa tidur. Satu per satu wayar yang berselirat pada badan ditanggalkan. Jenazah Pian diusung keluar. Dengan pandangan sayu Eman mengiringi jenazah rakan sebiliknya. Tinggallah dia bersendirian, tidak ada lagi siapa yang akan bercerita padanya tentang keindahan di luar sana. Eman mengesat air matanya yang jatuh ke pipi.

"Misi, boleh tukarkan katil saya ke tepi tingkap?" tanya Eman petang itu.

Jururawat memenuhi permintaan Eman dengan senang hati. Setelah semua wayar disambungkan ke tubuhnya, Eman ditinggalkan sendirian. Perlahan-lahan Eman menggerakkan badannya. Walaupun terlalu sakit tapi dia tidak putus asa untuk menjengah ke luar tingkap. Cukuplah kalau dapat melihat dunia luar dari tingkap itu walau seminit.

Tapiiiii......hanya dinding bangunan sebelah yang dapat dilihat.

 "Misi, kenapa saya tidak nampak taman, tasik dan bunga-bunga yang selalu diceritakan Pian," tanya Eman.

"Taman, tasik, bunga-bunga???" jururawat terkejut.

 "Ya, seperti yang Pian selalu cerita,"beritahu Eman.

Dengan senyum jururawat menjawab," Encik, Pak cik Pian tu hilang penglihatan sejak jatuh sakit empat tahun lalu. Malah dia tak tahu pun tingkap tu menghadap dinding bangunan."

"Habis, yang diceritakannya tu...?" soal Eman.

 "Encik," kata jururawat, "mungkin Pak cik Pian mahu menghiburkan encik yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mahukan encik sembuh dan dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga. Dia pernah beritahu saya, encik adalah sahabat yang paling disayanginya," kata jururawat itu.

Tergamam Eman. Perlahan-lahan air matanya meleleh. Bahunya terhinggut-hinggut menahan sedu. Padahal semasa jenazah Pian diusung dia tidak sesedih itu.

******

Ada ketika, sahabat kita lebih teruk dilanda musibah, tapi dia juga yang lebih banyak dapat memberi semangat kepada kita, sentiasa, dalam berbagai cara. walaupun mungkin dia lebih tersiksa lebih  dari kita sendiri.

Begitulah... kadangkala kita tidak sedar, bahawa kewujudan teman taulan disekeliling kita, mengajar kita sesuatu, memberi kekuatan dan mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur, ya.. bersyukur, kerana tahu bersyukur dan mengucap syukur dari hati itu berbeda..

bahawa, kita sangat bertuah, walaupun dalam musibah,
bahawa, kekuatan itu sebenarnya ada dalam diri sendiri,
bahawa.. bilamana kita tahu menilai nikmat yang Allah beri,
bagaimana pun kesukaran yang kita hadapi..
dihujungnya.. ada jalan keluar yang menanti..