Wednesday, October 12, 2011

~* Malaysia Mempunyai EMAS TERBESAR Di Dunia*~

Fakta Menarik untuk direnungkan ..tahukah anda?

Dimanakan terletaknya Emas terbesar didunia? Jawabnya di Malaysia.! ye betul, Malaysia mempunyai emas 'paling besar' didunia, tak percaya? nah ini dia.. Patung Dewa Murugan yang berada di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand. Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu. Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya mencapai 42.7 atau 140 kaki.
Tetapi bagaimanapun ia hanya menggunakan cat emas sahaja



Namun sesuatu yang paling patut anda ketahui ialah ketulan emas termahal didunia sebenarnya berada di Taiwan.
Jongkong emas yang diberi nama “Taiwangoldbrick” ini adalah seberat 220kg dimiliki oleh Kementerian Kewangan Republik of China dan dipinjamkan kepada muzium emas di Taiwan untuk sementara. Harga semasa jongkong emas ini adalah RM29.3 juta.


sumber : hargaemas.com.my

Pendapat sy apa kata..mari kita fikirkan..tahukah anda

Bila pemerintah Amerika bercakap tentang defisit USD 1.7 trilion,   inilah jumlah tunai yang dipinjam oleh pemerintah Amerika untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010. ( pergghh banyak sungguh hutang ye)


Perhatikan, pelet di susun 2 tingkat, setiap palet menampung $100 juta, penuh dengan not $100. Anda perlukan baaaaaaaaanyak lori untuk mengangkut semua duit ini.

eemm.. bayangkan kalau USD tidak lagi bernilai.. macam duit pokok pisang Jepun dulu2.. apa akan jadi kpd 'nilai simpanan wang kertas kita? - Apa jadi pada Bank? Saving, bond, EPF, ASB.. (Fuh..lap peluh kejap). mungkin sama nilai dgn segantang beras, seguni gandum? atau lebih teruk dari itu sebagai kertas pembungkus barang basah sahaja.

Maka itu, dari sekarang, tukar semua nilai kertas RM,  USD,  EURO, yang anda ada kepada bentuk logam EMAS/ PERAK/. Rhodium/ platinum ( ada ke yg beli? kalau mampu lagi bagus) ... beli eset kekal spt RUMAH/ TANAH dll, supaya nanti, bila ada kuasa dunia baru, yg membawa nilai mata wang baru, kita dapat semula 'nilai' kepada seluruh kerja keras kita selama ini berusaha mengumpul harta..


Maka itu, waktu emas tengah turun harga ni.. agak2, kalau ada rasa nak tukar kereta baru, beli pakaian berjenama sampai 10,000 satu sut, beli kasut sampai RM3000 sepasang.. cecuba bertahan kejap. Fikirkan jenis pelaburan yg lebih menguntungkan dari kepuasan diri kepada kekuatan ekonomi..


amacam.. ada berannnn :-D

1 comment:

  1. Coretan Emas
    9 Peti Emas kunci dua dileher Baginda. Inginkan Puteri Gunong Ledang terlepas. Emas disimpan berkoyan-koyan. Gelang dan kalong emas tanda kebesaran. Yang pasti tidak dibuat patong anak lembu dari emas untuk sembahan. Menyimpan emas permata perak tanpa nafkah kepada berhak, kelak lambung dan punggung ditokak emas menggelegak. Al Sultan akur itulah kehendak. Semenanjung Emas nama memuncak. Pelabuhan gemilang bersesak-sesak. Entah dari kitab mana bangsa luar selak,dan nampak, membawa petaka kepada Kesultanan Melaka pulak. Tun Perak, Patih Gajah Mada, Hayam Muruk bertiga Memanda masyhur Nusantara. Melayu berhutang budi pada Raja bila Istana Islam diterima. Kota ini tidak akan binasa selama-lamanya. Bila nafsu menguasai segala. Tak akan Melayu hilang di dunia. Apakah Tuah juga silap bicara? Pasti semua binasa, kecuali Dia. Kehancuran Melaka peringatan Allah jua. Ada hikmah. Kesultanan Melayu Melaka tinggal nama. Kejayaan dan kehancuran itu Dia pergilirkan agar kita mendapat pelajaran. 500 tahun cerita suka duka nestapa penuh rahasia. Al Fonso de Al Buquerque Portugis celaka. Al Mujaadillah 58:21. Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Binasalah Al Fonso de Al Buquerque dan sesungguhnya dia akan binasa. Allah Maha Mengetahui rencana jahat mereka. Bila kebenaran datang batil menghilang. Janganlah binasa karena sedih cerita nestapa. Tanah Melayu ini luas, Rajapun bingkas hijrah mencari rezeki beranak-pinak bergenuak. 9 Peti Purba bergejolak bila mahu ‘dibukak’. Moga Al Sultan duduk empuk di atas dipan bertatah emas permata di syurga kelak.
    Md Radzi Ismail (Rabu 09.03.2011 Rabiulakhir 4 1432H)

    Alif Lam Mimm. Allah lindungilah Maula Ka (Melaka-Malaysia). Yang telah dikalahkan Portugis celaka! Sesudah dikalah pasti datang menang. Itu janji Allah kepada Rumawi setelah dikalahkan Persia Majusi. Seperti juga Melaka sebelum dan sesudah urusan Dia belaka. Di hari kemenangan itu bergembiralah orang-orang beriman. Karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (Coretan diatas disesuaikan dari terjemahan Qalamullah Ar-R uum 30:1-5) Ambil iktibar dari Surah ini. Qalamullah itu petunjuk sepanjang zaman.
    MdRadzi Ismail (Rabu 09.03.2011 Rabiulakhir 4 1432H)

    ReplyDelete