Wednesday, April 27, 2011

kisah anak kecil dan api neraka


Dalam hidup, kita sering terlepas pandang bahawa ada tikanya kita harus memperhalusi pandangan kita kepada sekecil-kecil perkara, yang menjadi pengajaran yang besar kepada keseluruhan hidup kita... 

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun menegur, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata si anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca  al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"




*******
Bagaimana kita melihat perjalanan kita didunia ini sebagai satu perjalanan yang biasa?

sedangkan bagi mereka yang dihatinya yang bercahaya, menilai kehidupan ini dari 'sekecil-kecil perkara'.. yang pada akhirnya akan menjadi penyebab untuk satu keputusan yang besar...

ah! malunya aku....




mari kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL

No comments:

Post a Comment