Wednesday, April 27, 2011

Kisah Gabenor Yang Hodoh

Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya. 

Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik.

Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:

Semasa Yazid mentadbir Khurasan,

semua wajah kelihatan ceria.

pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.

Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya

berwajah hodoh dan menakutkan.

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.

Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya.

“Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?” Tanya Qutaibah.

"Dengan wajah yang kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.”

Qutaibah tertawa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan.

Moral :

1. usah mudah memandang rendah dan memalukan orang lain.

2. setiap perbuatan kita harus berani mengambil risiko dan bertanggungjawab

3. melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah

4. memaafkan kesalahan orang itu lebih mulia... kerana ALLAH MAHA PENGAMPUN berbanding kita hamba ciptaan Nya..

jom sahabat.. betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL SAJE...

No comments:

Post a Comment