Minggu lepas, dalam demam, kami menerima berita sedih, kembalinya 'paklong' kami yang tersayang kepangkuan Penciptanya. Al'fatihah... semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Arwah paklong meninggal dirumah anak perempuan sulung nya di Ipoh, arwah punya sepasang anak, Alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan sangat tenang, masih dalam berwuduk, hajat hatinya ingin menunaikan solat Isyak' sebelumnya tidak kesampaian, menurut maklong, arwah cuma mengadu letih, sering menyebut nama anak keduanya, ya mungkit hajat hati seorang ayah untuk menatap wajah anak kesayangan sebelum berangkat pergi, tapi tidak kesampaian.
Beliau sangat istimewa pada kami semua, orangnya tenang, bila berbicara pun lembut, malah dialah sebagai ketua majlis mewakili ayah dan mak mertua waktu rombongan suami datang meminang saya dahulu. tak sempat arwah melihat majlis cucunya yang bakal berlansung Jun ini. semua telah Allah aturkan, yang baik kita harapkan, yang terbaik Allah tentukan.
Saya tidak mahu bercerita panjang tentang arwah.
yang saya ingin sentuh disini tentang sikap kita apabila menghadiri atau berziarah kerumah orang meniggal. saya tak pastilah samada kita sedar atau sengaja, sebab bagi kita ianya tak berapa penting, banyak dari adap berziarah yang telah kita tinggalkan.
Apa yang saya perhati, buka perkara baru berlaku, dimana-mana pun hampi sama sahaja, kita datang, salam lebih kurang dengan tuan rumah, ucap sikit takziah, kemudian kita duduk berlonggok, yang membaca yasin dan surah qurah, alhamdulillah, tapi yang paling menyedihkan, bila kita boleh berbual- bual hal yang jauh menyempang dari sepatutnya.
Sudahlah yang kita bualkan itu berkaitan dunia, tak mengapalah, apa lagi yang boleh kita bual kalau dah lama2, sedekahkan yasin sudah, tapi kawallah sedikit suara kita, rendahkan tawa kita, kita hormatkan tuan rumah dan ahli keluarga simati. Ini tidak, kala berbual suara sudahlah kuat, yang terlebih, siap bergurau senda pun ada, boleh sampai ketawa, gelibetul hati kita ya, lupa pula kita, bukan ke kita kat rumah yang ada kematian, bukan kenduri kawin ni.
paling mendukacitakan bila kita masih sempat mengumpat!!
macam hari saya balik rumah mak(mertua) hari tu,saya demam, memang bergoyang dunia ni masa berjalan, jadi saya tak mampu nak tolong apa pun, saya cuma duduk, saya bersandar didinding, di tepi, anak saya yang sama-sama demam, kami dua beranak duduk dikelilingi jiran taulan yang berziarah sama.
masa tulah terdengar sok sek pok pek mereka berbual.. dari hal diri sendiri, hal kawan lawan berbual, kemudian melarat pula kepada hal orang lain, saya dah kurang selesa, nak kutegur karang, jadi tak sedap. bukan budak- budah hingusan, orang tua yang rata-rata tunggu turn 'next' selepas yang terbujur kaku didepan tu.
Tapi topik yang tadi nya biasa-biasa dah bawak masuk topik mengata pula. kisah orang tu, cerita orang ini. saya yang kononnya dari tadi bersandar dengan mata yang terpejap. Rasa kurang selesa, lalu bangun kedapur, kononnya niat dihati nak minum air dan tak nak lah dengar hal-hal tida berkaitan.
Emm.. kat dapur ada lagi satu group makcik-makcik, sedang berlonggok mengadap meja makan, yang sedang makan nasi lemak ada, kunyak apam pun ada, eh, mengadap mangkuk karipap pun ada gak,sambil mulut penuh makanan, sambil tu juga mulut yang sama bercerita, rancak juga,. saya lalu disebelah, untuk mencapai sepotong kuih, yang ini rupanya sama rancak bercerita hal orang, malah ada sesi mengata pula.. orang kalau dari negeri %^$*( tak baik, jahat, brok bek sok sek...
lah, apa da jadi ni??
Kenapa kita jadi begini, apa tidakkah kita lihat yang terbujur kaku diluar itu seorang dari kita juga dahulunya, kita selalu ingat, kita ni lambat lagi. tak pun bukan kita yang meninggal. betullah, tapi tidak kah kita mengambil iktibar bahawa, pada satu saat dan ketika nanti kita juga bakal kembali. senang kata, kan mati juga.
Bukan susah sangat nak lahirkan keinsafan ni, pergi tenguk jenazah tu, bayangkan muka yang meninggal tu muka kita. bayangkan yang datang ramai-ramai ni, ibarat menziarah diri kita yang dah kaku tu, bayangkan waktu dimandi dan dikafankan tu kita. lepas tu disembahyangkan buat kali terakhir tu kita, bayangkan yang diletak atas pengusung dan dibawa keluar itu kita, itulah kali terakhir kita dibawa keluar dan tak akan kembali lagi.. bayangkan.
Apa yang kita bawa? apa yang kita tinggalkan? apa yang mengikut kita? apa yang menjaga kita di'rumah' baru nanti? bayangkanlah. boleh tak bayangkan yang itulah hari terakhir kita didunia ni..
Rasanya kalau kita betul- betul membayangkan dengan bersungguh, tentu kita akan berlembut hati. kita faham kita di rumah orang meninggal, kita akan hormat dengan tuan rumah, dengan keluarga arwah, sebab tentu kita tidak mahu kalau waktu jenazah kita yang terbujur tu, orang datang dah buat perkara sebagaimana kita lalukan, mengumpat mengata, mencerca, walau bukan kepada simati, sepatutnya kita banyakan berselawat dan beristiqfar.
Semoga kita sam-sama menyedari bahawa kematian itu tidak datang dengan 'temujanji' yang ditetapkan kita, tapi dengan temujanji yang telah ditetapkan Allah sejak azali. waima kita sedar atau tidak detik itu semakin menghampiri. jadi sentiasalah kita bersedia untuk satu perjalanan pulang yang pasti.
1 comment:
wpun ni posting lama...tp sj nak komen jugak hehehe..
pada zaman ini, zaman fasya' & mungkar...
disebabkan keadaan kenduri kendara tak kira kawin, marhaban, cukur jambul atau apa2 majlis sewaktu dgnnya wpun ziarah kematian, suami saya akan menentukan samada bagi keizinan atau tidak utk saya ikut serta....lazimnya dia tak izin kan lah..dan saya tak pernah merungut pun...majlis2 yg sepatutnya merapatkan silaratulrahim atau membuat pahala sbb atas dasar tuntutan agama, mungkin akan terpesong bila niat asal dah tertukar disebabkan suasana ..sbb bila dah ramai...mcm2 cerita bole keluar antara sedar atau tidak, senjaga atau tidak sengaja,jelas atau kurang jelas..tp ni suatu tauladan yg bukan kita patut pandang remeh.
Terima kasih kerana posting2 sebegini...
Post a Comment