SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Jemputan - SATU PENERBANGAN

Wednesday, July 7, 2010

Jemputan - SATU PENERBANGAN

Telah lama aku menerima naskah jemputan untuk melihat-lihat pakej penerbangan ini, ya.. hampir 5 tahun yang lalu, setiap kali merenung pakej yang disediakan, setiap kali itu juga aku bertanya diri… soalan yang sepatutnya ditanya juga kepada diri anda.. Lalu, mengingatkan bahawa destinasi ini akan sampai juga akhirnya pada setiap dari kita, aku ingin berkongsi dengan kalian pakej penerbangan ini, buatlah pilihan mengikut kesesuaianmu..

SATU PENERBANGAN...




Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


-Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

-Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.

-Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih yang sama jenisnya walau tahap pencapaian kita berbeda, dari yang bayi, tidak bersekolah sampai PHD

-Di mana pewanginya bukan Channel atau Gucci, tetapi air mawar dan cendana.

-Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau Amerika, tetapi Al-Islam.

-Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

-Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail ,

-Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

-Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

-Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

-Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

-Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

-Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

-Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam dengan api yang bernyala-nyala

-Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

-Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

-Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

-Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

-Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.


Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Peringatan dan Moral :

kepada yang membaca,.. ilusi/ imaginasi diatas sekadar satu luahan rasa dengan cara penulisan penulis (asal ), ia tidak boleh dijadikan rujukan serius tapi boleh difikirkan dengan serius akan tamsilan dan pengajaran darinya,.

tentang kemana umur kita didunia ini kita habiskan, tentang harta, kemana kita belanjakan , tentang amalan dan bekalan kita untuk akhirat kelak, bagaimana kita usahakan.

Logiknya kita tidak pernah pun ingin memikirkan sejauh ini. kita tahu tapi fahamnya kurang, kita faham tapi penghayatannya tiada.. justeru, ini sekadar..wake up call semoga kita terjaga, sebelum penerbangan kita bermula....

~ Ummi Nur Jannah~

No comments: