SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: ~**BERAPA KALI UNTUK SESAAT?**~

Thursday, April 5, 2012

~**BERAPA KALI UNTUK SESAAT?**~

Lama tak menulis, malas, itulah jawapan jujur ku.. bila dah sibuk, waktu ada, tapi tak mampu nak duduk dan menari-narikan jemari nak menulis panjang-panjang. 

MALAS..

hehehe.. pantas sangat masa, pejam celik, keluar jumpa client, meeting dengan lawyer, explain dengan owner, bantu pula buyer, bila balik je dah malas, layan Mr.Darling dan anak bertuah, dah sampai waktu patut2 tidooo..
sok pagi bangun.. Alhamdulillah, masih lagi hidup..!

Hidup, 
kenapa dihidupkan? 
ada sebab.. 
ye sudah tentu bersebab,..
Allah itu Maha Mengetahui..
kenapa dari berjuta-juta sperma yang berenang-renang dan telur yang berjuta-juta didalam rahim.. 'kita' yang dijadikan.. ?

ya,, tidak lain semata-mata kerana Allah Maha Menjadikan dan Maha Mengetahui untuk apa hadirnya kita disini..

tapi itulah, kita selalu merendahkan potensi diri, kita kurang berkeyakinan bahawa kita punya begitu besar kemampuan dan keajaiban yang di'isi'padat oleh Allah dalam diri kita sebagai pelengkap kelahiran kita, agar kita dapat menjadi hambaNya yang tulin.

mensia-siakan peluang yang ada, bersunggut dan memberi alasan atas ketidak upayaan kita melakukan sesuatu adalah lumrah. hinggalah rupanya kita telah membazirkan hampir seluruh kekuatan mental dan fizikal pada sesuatu yang sia-sia..

begitulah kita, patutnya kita berani mengambil resiko, tapi yelah, bukan mudah, hatta.. yang tengah menulis ni pun sama juga. Dia sendiri pun ada waktu dan ketikanya. mengalah dalam beberapa perkara, yang kononnya dalam jangkaannya dia tidak boleh melakukan. Namun, bila saja, waktu berlalu, dia semakin sedar bahawa dia seorang yang hebat sebenarnya dalam beberapa hal, tapi lemahnya 'jiwa pejuangan' kala itu, telah menyebabkan peluang pergi begitu saja,.

kini...dia tidak lagi mahu menoleh kembali kebelakang, dia ingin meneruskan perjalanan dan mengutip kembali peluang yang tersisa agar dapat menjadi hambaNya yang tahu bersyukur iaitu dengan menggunakan kekuatan dan kebolehan yang Allah kurniakan semaksimum mungkin.. 



alah.. macam alkisah ni....

 Kisah seorang pembuat jam tangan, satu hari dia  berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang kecil panjang seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada jam.

“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap saat?”

“Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh keyakinan.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap saat. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Pengajaran :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas atau pekerjaan yang kita rasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil  untuk dilakukan sekalipun.

Jangan berkata “tidak” sebelum Anda mencubanya.


No comments: