SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Apa Kena Mengena Dengan Solat.?

Thursday, May 20, 2010

Apa Kena Mengena Dengan Solat.?

Bismillahirahmanirrahim,

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi maha Penyayang.. selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad Saw, kepada kaum keluarga baginda, para sohabat, para ambia dan seluruh umat Islam…

Assalamu’alaikum wbt Tuan Mod, Dengan rasa rendah hati, Ummi minta laluan untuk artikel ini. Tidak bertujuan untuk menarik perhatian. Ummi mohon artikel ini dibaca dgn lafaz bismillah dan dgn hati yang terbuka serta fikiran yg lapang..tiada tujuan mengajar atau menunjuk,, sekadar berkongsi apa yg ummi tahu.. ummi bukan isteri sang ustaz.. Cuma baru nak ‘start’ (jadi baik).. jauh sekali ketegori Ulama..mungkin saje dianggap menyemak, pun tidak untuk menjadi ustazah.. Tapi, sebelum ummi dijemput sebagai jenazah…dan nanti ditanya pula apakah sumbangan kita sebagai khalifah seperti yg kita sumpahkan kepada Allah azzawajallah..maka ummi ambil kesempatan menggunakan wadah ini untuk menyampaikan apa saja yg dirasakan baik bagi maslahat semua.

Jika apa yg ummi sampaikan ini dan tulisan2 ummi itu akan membuat ada yg tersinggung atau terasa, seawal ini ummi mohon maaf.. ummi lansung tidak akan tersinggung atau terasa hati jika ada yg tidak setuju dgn tulisan ummi tapi..tapi jangan sesekali menafikan atau mempersoalkan Kalamullah dan wasiat junjungan mulia Rasulullah Saw. Itu saja.. Izinkan saya… Artikel ini agak panjang, ia adalah rentetan dari kisah video budak2 sekolah st.Augustine yg mengajuk cara umat Islam bersolat. Jadi ada beberapa pendapat yang saya rasakan harus bagi saya untuk menerangkannya agar tidak timbul kekeliruan, kepada teman2 yg berkenaan, harap tidak tersalah anggap…secara terbuka disini saya minta maaf andai tajuk provokasi itu mengundang amarah.. tapi tujuan sebenar ummi ialah untuk mengajak kita berfikir untuk mencari jalan dan berusaha mengubah amarah kepada tindakkan zahir.

Pendapat : pe yg kte patut buat ialah, kte pertingkatkan lagi ibadat & amalan kite...
dekatkan diri kite lebih lagi ngn Allah... Kuatkan lagi semangat cintekan agame... supaye musuh2 Islam ni pon x berani nk men2kan agame kite... kte kene tentang musuh2 Islam ni... Ummi : betul tu sayang, ummi setuju 100% dgn quote ini.. tu yg sepatutnya kita buat, kita semua.. seluruh umat Islam. Jadi mulai hari ini kita buat kempen nak..jom solat jemaah kat masjid/ surau dikediaman kita.. Pendapat : klu kte setakat smbahyang, ngadap Tuhan je, tp bile kne pijak2 ngn agame len kite diam je,

Ummi : sayang...ummi tak tulis pun suruh kita semata2 mengadap je Allah, tapi kan ummi kata perkukuhkan jemaah dan perkemas kan solat.. itu bukti cinta agama.. bukan marah atas perasaan semata.. tapi sertai dgn tindakkan

Pendapat : x perlu marah.. pe makne beriman kepade Allah klu cm2...??


Ummi : tak perlu marah bukan sama erti dgn duduk diam menikus, tapi ubah amarah dgn perkataan kita kepada tindakkan dan perbuatan, tidak,... kita tidak dipijak oleh agama lain sayang, tapi kitalah yg dengan rela, telah lebih dahulu tanpa paksaaan, meruntuhkan agama.. dengan tidak benar2 mengikut syariat yg Allah telah maktubkan.. iaitu menegakkan ma’aruf dan menjauhi mungkar..
Solatlah, awal mula yg akan membantu kita menjadi kuat, menambah kekuatan kita dan menyebabkan org2 kafir jadi gerun kepada kita org Islam dan menghormati Agama Islam itu sendiri.

Apasal ummi asyik tekankan solat? Asbab itu perintah Allah dan telah Rasulullah saw wasiatkan agar kita jaga solat…(ummi mengambil kira rata2 umat Islam sekarang )

1] ... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)

Hadis Rasulullah s.a.w :

1] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
Jadi binaan yg telah runtuh, sudah barang tentu tidak akan dihargai malah secara logikalnya binaan yg diruntuh hanya akan dipijak injak…

Erti beriman kepada Allah? Rasulullah Saw. ketika menjawab pertanyaan dari Jibril tentang iman bersabda: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat dan beriman kepada takdir baik dan buruknya. (HR. Muslim)

Bahawa erti beriman kepada Allah ialah dgn menunaikan hak Allah.. justeru apabila hakNya telah kita tunaikan maka Allah akan penuhi hak dan bahagian kita hambanNya..

Ingatlah Aku, niscaya Aku akan mengingati kamu, dan syukurilah Aku dan jangan kufur (Al’Baqarah:152)


“hai org2 yg beriman mintalah tolong dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Alalh berserta org2 yg sabar (Al’Baqarah :153)


Ini ujian buat kita agar kita besatu, satu teguran jadi usahakanlah bgaimana supaya kita kembali dekat kepada Allah, tiap bala yg datang berserta dgn jalan keluar.. dalam susah ada senang..

‘”demi sesungguhnya kami akan uji kamu dgn satu cobaan, yaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangnga harta, manusia dan buah2an dan berilah kabar gembira kepasa orang2 yg sabar (atas cobaan itu) (Al’Baqarah :155)

Jadi sayang, bila kita kembali bersatu kuatkan jemaah kita ( mulakan dgn solat). Kenapa solat ? sebab Allah juga yg memberi janjiNya :


Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). (A’’Araaf :29)


Pendapat : …korg pny lg truk..smbah patung pe jadah lg la..tp ktorg xpnh pn nk ajuk2..mmpus korg la nk sembah ape...mmg kerajaan xpntau pn sume2 ni..sbb 2 jd cm2.....elok bakar je gereja2 ni..bru dorg tau..


Ummi .: emm betul tu sayang, meke sembahyang sembah pokok/patung tah apa2 tah .. tulah sebab, mereka tak dapat hidayah, dan bersyukurkan kita dilahirkan sebagai seorg islam.. ameen.. jangan sayang nak bakar gereja mereka.. nanti kita sama je macam mereka..kita dakwah.. mereka ada hak untuk didakwah dahulu sebelum diperangi, kalau degil juga baru boleh ambil tindakan :
“serulah (manusia) kejalan (agama) Tuhammu dengan penuh kebijaksanaan dan dan pengajaran yg baik, dan berbantahlah (berdebat) dgn mereka dgn jalan yg terbaik…(An’Nahl : 125)

Pendapat : mmg solat 2 tiang agama,.rasanye bnda ni jd bkn sbb org islam xsmbhyg ke ape..tp dorg bt 2 sbb nk mghina cara org islam smbhyg..kte nk ajuk dorg pn btpe,bt tmbh dosa adalh

Ummi :betul sayang, solat itu tiang agama .. dan benda ni semua (bukan kes ajuk ni saje semua2 benda mungkar ) terjadi asbab kita tidak menjaga solat dgn betul. Tadi kita kata solat itu tiang agama..

apa itu tiang?
Kalau itu maksud Tiang ialah apabila kita ingin membena , mendirikan, menegakkan mengukuhkan struktur binaan / bangunan (dlm hal ini mengukuhkan kekuatan akidah islam) harus bermula dgn tiang.. cerucuk, barulah benar bangunan atau stuktur yg dibena itu tegak kukuh berdiri walaupun gegaran kuat melanda..

Jadi ertinya solat.. solat ..solat dgn erti sebenarnya solat.. bila solat dah betul maka Allah akan campakkan kekuatan dlm ummah, barulah kita boleh tundukkan musuh Islam.. kerana solat itu adalah doa.. dlm solat kan kita baca Fatihah.

“hanya Engkaulah (Ya Allah) yg kami sembah dan kepada Engkau lah kami mohon pertolongan” (ayt 5)..

Jadi bayangkan kalau setiap hari kita mampu berjemaah dan berdoa agar kita jadi kuat.. segala segi.. begitulah powernya solat..

sehinggakan Rasulullah Saw warning kita..sabda baginda :
“jika turun api dari langit, tiada seorg pun yang akan terselamat daripadannya selain orang yang mendatangi masjid! – R : Thabarani)

Jadi jika kita mahu kalahkan musuh2 Islam.. permulaan yang pertama adalah penuhkan masjid.. rapatkan barisan dan luruskan saf sebab Baginda berkata lagi : “ sedekat2 seorg hamba kepada Tuhannya ialah ketika dia sedang bersujud’ – R : Thabarani)

Pendapat : apa kena mengena dgn org yg semby n tidak.....klu kte lngsung x ada perasan marah x dosa ke..........sama gak klu kte ajuk agama dia org 2...dia org pun marah gak..........

ummi: banyak kenanya sayang dgn org yg tidak solat.. banyak sekali.. , sekali lagi bukan kata tak marah, marah, emm kalau maafkan boleh dapat pahal pula.. tapi susuli marah dgn tindakkan / perbuatan, jadi nak mulakannya, mulakan dgn solat.., kita tak payah nak mengajuk2 cara mereka pertama buang masa, kedua jatuh dosa..sebab kalau kita menyerupai mereka, kita dan sama macam mereka.. tapi jaga solat kita .. sebab tak jaga solat dan solat dgn cuai dan sambil lewalah kita semua masih ditindas..
emm.. rasanya sayang tahukan..

Kalau tanya ustaz.. apa itu solat : secara bahasanya dijawab :
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Tapi hakikat maksud solat ialah : mencegah kemungkaran !

Bagaimana?
Bilamana kita membawa hati dan jiwa dlm solat, maka dgn cara yg sama membawa ketaatan diluar solat.. itulah asbabnya solat itu mampu mencegah kemungkaran.. ….

sesungguhnya solat itu melarang dari perbuatan keji dan mungkar.sesungguhnya mengingati Allah itu terlebih besar faedahnya. Allah Maha Mengetahui apa2 yg kamu usahakan : (Al’Ankabuut :45)

Jadi bayangkan kalau semua org Islam yg menyegerakan solat, menjaga solat secara berjemaah, bersungguh2 dlm solat.. maka bukankah kekuatan kita akan tumbuh subur?Bila 5/10 min dlm solat kita taat, kita jaga lidah, kita jaga mata, kita jaga hati, kita hanya dgn Allah, kalau lepas solat dan kita bawa cara solat itu dlm kehidupan kita.selama 24jam sehari selama 365 hari….maka akan perkasalah umat Islam..

Dlm solat kita taat pada Allah, yg perempuan tutup aurat semua, tapi lepas solat kita tak taat dah, sebab kita dah buka telekung, maka terbukalah aurat.. dlm solat kita berdoa.. lepas solat kita banyak bincang hal2 dunia… jadi bagaimana Allah hendak menolong kita kerana kita tidak melunaskan hak Allah.. Jadi bila kita mampu menjalankan rutin hidup macam dlm solat.. dan kemungkaran dapat dicegah, ertinya dosa berkurangan, bila dosa dah kurang.. doa kita akan mudah makhbul… itulah sebabnya kita kena jaga solat..

Pendapat : sbb 2 i kta klu pun kte sembhyg atau ikut jln betul...x semstnya kte blh halang benda2 ni dr terus terjadi...sbb kte ada undang2 gak....

Ummi: benarlah tu.. kalau kita ikut jalan yg betul, kita tak semestinya dapat menghalang puak2 kafir ini untuk berhenti dari melakukan kerja mereka sebab mereka telah/akan /terus melakukan kerja2 merosakkan fikiran, menjahanamkan akidah umat Islam.. sebab itu janji mereka dan Allah sendiri dah bagi warning kat kita :

“org yahudi dan nasrani tidak suka kepada engkau, kecuali kalau engkau menurut agama mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk Alalh adalah sebenarnya petunjuk. Demi jika engkau turut kemahuan mereka, setelah engkau mendapat pengetahuan, tidak adalah bagi engkau wali dan penolong dari (siksa) Allah’ .(Al’Baqarah:120)

Jadi memang mereka akan tetap terus buat ‘kerja2 mereka’ sebagaimana yg kita lihat sekarang ni/selama ini. Tapi kalau kita kembali dalam usaha menguatkan jemaah/umat Islam. Kita buat pula kerja kita.. tunai haq Allah..Allah pasti tolong kita..itu janji Dia :


“Wahai orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad, 7)

maka Allah akan membantu kita untuk memerangi puak2 kafir ini.. sayang sudah pasti ingat kisah perang Badar, para shahid kita hanya ada 313 org.. Allah bantu dgn 1000 malaikat untuk berperang dgn puak kuffah. Itupun setelah Rasulullah tunaikan hak berdakwah kepada mereka selama 13thn..mereka ada hak untuk didakwahkan, baru kita nak bakar mereke ke, nak siat2 kulit mereka ke..

Hari ini kenapa Allah tidak membantu kita sebagaimana dlm perang badar? Kerana kita tidak tunaikan hak Allah dgn cara yg sebenar2nya.. itu bahagian Allah pula.Dia pasti akan Bantu kita, kalau kita benar2 ikhlas dlm ibadah kita kepadaNya, pula tu dgn berjemaah.. iaitu semua kita. Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (ali Imran :147)

Pendapat: ..tapi kalo dah macam ni kalo tak marah tu jatuh dayus tau ... sekurang2nyer tunjuk yg kiter tak suka apa yg mereka buat


Ummi :Tak saudara, tak jatuh dayus, silap sikit kat situ..bab dayus nanti kita bincang lain ye.. sama2 kita tukar2 ilmu.. kalau baca betul2 apa yg ummi tulis tentu saudara faham maksud saya, bukan tak marah, tapi ubah marah kepada bentuk tindakkan.. mulakan dgn jaga solat.. solat berjemaah..


Pendapat : kalo ikut apa yg cik atau puan ummi cakap tu saya pasti lama kelamaam org islam kat malaysia ni kena pijak kepala jer walaupun kiter lebih berjuta juta org lebih ramai dari mereka..

Ummi : saya rasa saudara pun tahu, dan sedar, bahawa kita telah lama dipijak kepala tanpa paksaan, bila saja umat islam melanggar syariat Allah dgn mengikut telunjuk puak2 kafir ini dalam banyak hal kehidupan.. syariat tidak ditegakkan, makanan tidak lagi pasti halal haramnya.. tapi kita kata kita terpaksa dan redah juga.. hiburan, sekarang ni macam2 jenis hiburan,. Sampaikan tarian boleh dikategorikan ‘sambil beramal’ riba tidak mampu kita lepaskan, fesyen buka tunjuk berleluasa, hubungan lelaki~lelaki,wanita~ wanita, wanita ~lelaki.. biasa, banyakkk lagi. Tapi kenapa yg ini kita macam terlepas pandang?

Sebab kita dah imun, so kita terima dgn rela tak kisah.. tulah sebenarnya pijak dan henyak dari puak kafir ini kepada kita islam.. setakat dia mengajuk cara solat kita.. itu terang2an dan kita teremosi, dan kita marah,... yg selama ini sudah sebati dgn kita bagaimana?
Jawabnya mudah.. mulakan dgn solat dan jaga solat dan solat berjemaah...

Pendapat : kte org islam lg ramai dr dr kafir2 ni..tp kenapa still benda ni jd... nak bg muka lg...nak diam lg ke...or nak tunggu org pijak kepala kte........

Ummi: ye sayang, betul tu.. kita lebih ramai dari kafir, bagai buih2 dilautan.. ramai sangat2.. tapi ramai2 kita majoriti bukan kualiti.. jadi kembalilah kita .. yg pertama.. jaga solat.. jaga solat.. akan gerunlah puak2 kafir ini..


Pendapat: saudari kata lantaklah..lantak yang mcm mana..? disini sy suka petik Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan (kekuasaan), kalau ia tidak sanggup…. (panjang saje ummi ringkaskan)


Ummi: terima kasih atas teguran dan nasihat.. ummi sokong dan sangat bersetuju dgn anda.. betul tu saudara.. tapi dalam kita melihat kuman diseberang laut.. gajah usah kita lupakan.. puak2 kafir ni kena dakwah.. tapi, kemungkaran anak bangsa melayu islam, yg ini kita wajib nahi mungkar..berapa ramai yg mampu? Ummi pun hanya mampu, dgn ahli keluarga dan karib kerabat sahaja dulu.. malah lemahnya ummi tak berani nak tegur perempuan yang pakai seluar nampak seluar dalam, agar tutup aurat, suruh org islam ramai2 yg duk kat staduim supaya solat dulu.. saudara camne?
Jadi perbuatan org kafir, bukan kita tak boleh cegah. Tapi kita kena perkasakan umat Islam dulu, jadi bila kita perkasa, tak perlu tegur dah..baru kita lalu je mereka dah gerun.. sebab tu ummi tekankan solat.. jom solat jemaah jom..

Pendapat : Kalau kita diamkan perkara ini, dunia akan menganggap seolah2 ISLAM tidak mengambil ihtimam terhadap agamanya. Jadi kita sebagai seorang Islam, perlulah menunjukkan rasa marah dan benci terhadap perbuatan menghina sedemikian.

Ummi : emmm.. betul tu.. kita kena tunjuk rasa marah dan benci.. tapi kenapa pada mereka yg ejek kita..sedangkan kita (umat islam) yg sendiri pijak agama, kita tak benci pula.. Allah jemput kita berjemaah 5 x sehari.. (laungan azan) kita masih releks2 kat pusat hiburan, kat shopping mall,. Kat taman2, kat pusat nombor ekor, kat restoran2 kat hotel2..kita tidak tutup aurat, arak, zina perkara biasa, jemaah kita lebih teruk lagi nazak dan harus diselamatkan.. lebih malu kita pada diri sendiri dan Allah, dari kita nampak salah puak kafir tu.. dah tentu2 kafir.. kalau bahasa kesat bodoh!.. tapi bagi ummi mereka tidak / belum dapat hidayah..

Pendapat : Cuba saudari anggap apa yang diejekkan itu adalah ibu, ayah, atau keluarga saudari. Adakah saudari tidak 'marah'? Seperti anjing menyalak di bukit, bukit tidak akan runtuh.Memang betol.

Ummi : Rasanya anjing yg menyalak tu pun dah balik dah.. eemm.. saudara tak baca habis tamsilan ummi, kan ummi dah suruh ambil cangkul…ertinya bertindak., zahirkan dari marah2 kepada satu perbuatan..mulakan dgn perbaiki solat, jaga solat kuatkan jemaah... ummi tak marah sebab ummi lebih malu pada diri sendiri kerana tidak mampu berdakwah dan mengajak mereka kenal dan cinta Islam kerana umat ummi sendiri masih caca marba..

mereka ‘energy sucker’ buang masa dan tenaga, mempengaruhi emosi, menaikkan darah dan membuat kita bertindak luar dari pertimbangan akal waras.. Rasulullah sendiri dalam banyak hal tidak marah tak tentu sebab..


Pendapat :Tapi setidak-tidaknya ia merupakan 1 pahala. Renung-renungkanlah.

Ummi: ye betul tu 1 pahala.. tapi ummi ajak kita semua buat 27pahala.. lebih banyak dari satu.. 1 x buat = 27 x 5 = 135 sehari x 365 = 49,275 pahala berbanding 1 x 1 x 5 x 365 = 1825 pahala.. simple je, matematik hidup berpahala.. * just cth,.

Tak yah kita pertikai pula.. alah mana nak buat sepanjang masa bla..bla..memanglah ikut logik memang tak boleh tapi separuh dari tu rasanya ok. Suku pun mash mampu kalau kita bersungguh mahu!!!

Pendapat : betul 2............klu dgn cara ckp jer kte blh kalah kan musuh x per gak..... betul negara kte negara islam...tp tgk ler apa yg tgh jadi...maksud saya....klu kte brtindak....kte blh halang benda2 ni dr terus terjadi.........

Ummi : sokong awak, sayang awak..betullah tu..so kita ambil tindakan segera ya.. kita perbaiki solat dan perkuatkan jemaah..status negara Islam tu panjang gak nak cerita.. tu bab lain, hari ni bab solat.. lagi pun Islam bukan pada negara, Islam itu akidah makhluk, kalau US pun tak ‘negara Islam’ tapi Islam semakin mendapat tempat kepada masyarakat mereka..


Pendapat : apa yg kte blh buat ummi.knp harus kte diam..n apa kena mengena tuding jari kat org...ok klu kte berubah n ikut ajaran yg betul...apa kah org2 kafir ni x kan buat lg....


Ummi: tak sayang, ummi tak kata kita harus diam.. dari awal pun ummi sebenarnya ‘pukul anak sindir menantu’. Saja buat tajuk provokasi.. Dlm artikel tu ummi tak salah kan org, ummi lebih tekankan yg kita harus balik kepada diri kita sendiri dulu, ummi kan mengaku terang2 malu, ummi malu..baru kita tunding jari kepada pihak lain.. sebab agama itu bermula dari diri individu.. iman tidak diwarisi, walau kita mengaku kita Islam, hakikat Islam kita tidak terzahir selayaknya..

Pendapat : klu psal nak kuat kan jemaah islam..bkn senang ummi..jari kte sendiri x sama besar ni kan nak jemmah kan org lain..

Ummi : ye tu betul sayang, bukan senang, (tapi tu jari, ni agama.. org tak ada jari pun kalau dia Islam, kena tunaikan hak agama..hihihi).. sayang, tak perlu jemaah kan org terus, kan ummi kata kita berjemaah, ertinya kita yg ramaikan masjid.. malah awalludin (awal agama) kita jemaah diri kita dulu dalam solat..kita sendiri selalu solat tak bawa hati dan jasad,. Sering yg kata solat tu pada jasad je..tu bukan solat, tu ritual.. asal cukup tonggang tonggek... bagi salam sudah.

Jemaah qalbi kita tak ada..melayang entah kemana..malah jemaahkan org adalah tugas kita, sebab kita khalifah.. jadi itu hak yg harus kita lunaskan. Juga tidak bererti kita harus tunggu jadi da’ie baru boleh menjemaah atau berdakwah.. sekecil2 sumbangan kita ialah mengajak org berbuat baik..
 

Jemaah maksudnya kumpulan..tak susah kalau kita mahu buat.,..emm mari kita main lagi maths simple ye.. kalau kita kat scripters ni dlm 3000 org, 30 org yg baca kempen jom solat jemaah.. dan balik rumah.. ajak pasangan kita je dulu pergi jemaah.. sudah jadi 60 org.. hebat tak… dan org2 ini lah yg bersungguh2 ajak lagi kaum kerabat. Kawan jiran.. emm.. 60x60 x365 = 43800 org islam dah penuhkan masjid.. hebat tak?.. 

Bayangkan tiap2 hari 44,000 org islam ini memenuhi masjid dan surau dan bila gerombolan jemaah ini bergerak pergi dan pulang beramai2, tidakkah org2 kafir ini akan terkejut dan rasa hairan.. mereka akan takut dan lebih berhati2 kerana telah melihat betapa org islam telah bersatu dan kembali membentuk jemaah dan kuat pula syariat nya.. 

bayangkan.bayangkan . jangan tak bayangkan..  

Ok just cth..tak semestinya jadi sebijik2 gitu.. tapi kita dah mula, dari hanya marah2 tapi kita mulakan dgn membentuk kekuatan ummah.. ingat kisah nabi ibrahim yg dibakar…ada satu kes burung kecil, dia pergi balik, pergi balik pergi balik, berkali2 membawa air dgn paruhnya..lalu burung2 lain yg lebih besar berkata : apakah kau mengira dgn titik2 air sebanyak itu mampu memadamkan api yg marak tersebut.. sebab burung2 besar ni takut terbakar..kata burung kecik : sekurang2nya aku telah berusaha dan aku tidak mahu dipersoalkan dihadapan Allah kelak.. itu burung kecil… kita bagaimana?  

Pendapat : knp politik berpecah......n plzzzzzzzz jgn kait kan politik dgn agama atau benda2 mcm ni..klu politik... dap ...mca.... pun pecah jugak.  

Ummi : kenapa politik kita berpecah..simple.. sebab nafsu kuasa.. tak kaitkan politik dlm agama sayang, tapi agama dah ada guideline tentang berpolitik dgn landasan Islam hakiki, bukan Islam buatan.. dan kita harus ingat, bila politik dipandu atas landasan agama yg benar, Islam akan jadi kuat seperti zaman2 kegemilangan empayar Islam dahulu… dan kita akan digeruni..  

Pendapat : klu setkt kte jer berubah x kan ada apa2 beza...coz kafir ni dr zaman nabi lg mcm ni…zaman ni terpaksa bunuh gunakan peralatan canggih...bkn zaman beribu thn dulu...

 Ummi :betul tu betul sangat2.. kafir memang dari zaman kenabian dan kerasulan dahulu, tak akan pernah berubah, sebab mereka kafir, lain mereka dapat hidayah..tu ummi sokong dan betullah tu..jangan tak payah membunuh, nanti kita dikata pula terrorist, mencemarkan lagi kedaulatan Islam…dakwahkan dulu.. 

Pendapat : klu semua org kat malaysia ni blh ubah pun ler...benda ni ttp kan terjadi 

Ummi : tidak sayang, kurang tepat pendapat tu.. kalau kita dah berubah.. dengan sebenar2 perubahan, Insya’Allah.. bantuan Allah pasti datang.. ni sebab kita tak berubah, maka Allah nak tolong kita camne? Maksiat dan kemungkaran berleluasa, syariat tidak dijaga, agama diruntuhkan (tak solat, tak jaga solat).. jadi doa tak makhbul.. bantuan tak tiba..allah tambah murka..esok2.. dari sikit terus jadi bala… kafir telah berjanji akan teruskan agenda mereka, sesuai bagai yg dikatakan bahawa, mereka tidak akan berhenti..sama sekali tidak akan berhenti..  

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". [Riwayat Muslim]

Pendapat: sbb undang2 kte teruk....klu kte bunuh org mcm ni...kte di gantung..abis x kan x marah pun....marah 2 tanda kte sayang pada bangsa melayu n khasnya agama islam ummi..

Ummi : emm.. undang2.. bukankah undang2 itu terbentuk dari politik? Jadi akhirnya mahu atau tidak politik tetap ada akan berkaitan dgn agama.. Ummi sokong anda,. Bahawa undang2 ciptaan manusia memang teruk dan kita tidak boleh bergantung sangat kepada undang2 ciptaan yg lemah ni.. kita ada raja segala raja.. jadi, kita tunaikan hak Allah, maka Dia akan menjatuhkan hukuman yg setimpal, tapi asbab kita semua cuai.. inilah ‘teguran’2 ( islam dipermainkan sebab kita membiarkannya) untuk kita agar kita kembali.. membentuk jemaah, meluruskan saf dan mendirikan solat dgn hak yang sempurna..Insya'allah bantuan Allah pasti tiba jua.  

Begitulah, ummi tidak pandai dan bukan memandai2..seorg makhluk bersifat lemah, jadi akan ada salah dan silap.. apa saja yg ditulis adalah untuk kebaikan bersama.. namun andai ada yg tidak bersetuju,, tidak mengapa.. anda juga ada hak beri pendapat,.Cuma apa yg Allah perintahkan dan Baginda wasiatkan jangan sesekali di remehkan.. 


Aku lakukan ini demi kasih sayang ku kepada saudara2 ku.. dan aku redha kepada Allah dan aku akan kembali kepada Nya jua.. Wallahu’alam..

No comments: