SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Rupanya kita ini 'MISKIN'....

Saturday, May 22, 2010

Rupanya kita ini 'MISKIN'....



Mungkin kita sering fikir, hidangan dipinggan orang lebih sedap dari dipinggan kita, mungkin kita sering cemburu, pasangan orang lebih baik dari kita, mungkin kita sering tidak puashati, kenderaan orang lebih hebat diri kita, mungkin kita sering bersunggut rumah orang lebih mewah dari kita.. Atau kita sering rasa sudah terlalu cukup, hinggakan sombong dan riak mula menjadi pakaian dan cara kita menilai manusia lain. namun, bila kita mula 'memandang' barulah kita 'melihat' rupanya.. kita tidak lah kaya mana..

Terlepas pandang barangkali...betapa kita penuh dengan rasa tidak bersyukur dengan apa yang kita ada.


Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.


Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"


Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"


"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"


"Ya,"


Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"


Anak tadi, sambil menghela nafas, lalu memberikan jawapan,


"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"


"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"


Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"


moral : mungkin pada kita.. sesuatu itu tidak berharga..lalu menoleh pun tak sudi. mungkin pada kita.. perkara itu dianggap terlalu murah, tapi terlalu mahal pada orang lain..

begitulah kita.. kurang lebih, ada ketika lupa berterima kasih.. kepada Allah swt yang sentiasa mencukupkan keperluan kita, walau ada ketikanya, dalam bentuk yang berbeda, yang mungkin bukan kemahuaan kita, tapi sebenarnya itulah yang kita perlu.. kerana Allah itu Maha Tahu..


~Ummi Nur Jannah~

No comments: