SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: selepas musibah baru hendak berubah

Sunday, March 13, 2011

selepas musibah baru hendak berubah

Assalamu’alaikum semua, emm sekejap saja lagi 2011 dah bulan 3/ march, 2010 segala yang terjadi, terkubur sudah tapi nisan darinya menjadi tanda agar kita menjadikan yang buruk itu sempadan dan yang baik itu tauladan. Justeru mari kita berubah, supaya 2011 akan menjadi tahun terbaik dalam sejarah hidup dan tahun permulaan untuk menjadi insan cemerlang sampai akhir hayat.. Insya Allah.. 

Jom kita guna ‘side mirror’ kejap untuk menoleh kebelakang.. apa yang telah kita tinggalkan sepanjang jalan 2010 ini...supaya kita tidak perlu ulang lagi kesilapan lalu..kalau tidak...sama macam dulu jugalah.


SELEPAS MUSIBAH BARU HENDAK BERUBAH


Mengapa saya pilih tajuk ini? sebab kebanyakkan dari kita, hanya akan ‘belajar’ setelah ‘kepala kena ketuk’ Betul tak? Kerana sebenarnya lebih senang untuk kita, tidak berubah. Kita selesa dengan cara kita yang salah. Walau kita sedar, tapi kita lebih suka terus buat apa saja, sampailah satu hari kita ‘terlanggar pokok’.


Tak percaya. Emm.. contohnya kesihatan kita. Kita makan apa saja yang terlintas sedap diselera. Bersenam, nantilah dulu, tak ada masa, tak sempat atau malas. Tapi bila badan kita dah mula rasa teruk, jantung mula meragam dan asyik sakit tak berhenti, kita risau dan mula jumpa doktor. Bila doktor kata “ kalau anda tidak mahu mengubah tabiat makan dan cara hidup, anda mungkin akan mati 3 tahun lagi” waktu itu barulah kita terhenyak dan terfikir..aku mesti lakukan perubahan (bukankah selepas kepala kena ketuk?)


Dalam pelajaran – bila kita mula bersungguh hendak belajar? Bila dah gagal.


Dalam perniagaan – bila kita mula hendak senyum pada pelanggan atau menegur dengan cara yang lemah lembut? – hanya selepas hampir sehari suntuk orang tak masuk kedai dan bila dah mula banyak bil bertimbun.


Dalam perhubungan – bila agaknya kita sedar kita kurang tumpuan dan menyatakan kasih dan sayang atau bersikap baik dan menghargai pasangan? Bila sidia sudah ada ciri ciri pasang satu lagi diluar atau keluarga porak peranda. Suami atau isteri atau anak bermasalah.


Bilakah kita selalu lebih lama berdoa dan duduk disejadah – pabila hidup kita mula kucar kacir, serba tidak kena, jiwa tertekan dan terdesak “oh Tuhan, Kau Yang Maha Mendengar, dengarlah rayuan ku dan kalau boleh tunaikan ia segera!”


Benarkan begitu. Kita mendapat pengajaran dan mula bertindak untuk berubah bila kita telah mengalami kesusahan. Bila baru kita membuat satu keputusan yang penting? Bila kita sudah jatuh terduduk, kecewa dan kepala telah diketuk.


Sebagai manusia kita telah imun dengan rutin yang terprogram dalam hidup dan ini dipanggil tabiat. Kita akan terus buat apa saja ikut suka, sampailah kita ditimpa petaka dan ‘dipaksa’ baru kita ingin berubah.


Kisah 1:

Mamat telah putus cinta dengan minah. Dia sangat sedih dan patah hati. Berminggu dia berkurung dalam bilik. Sampai hampir biul. Kemudian baru dia tefikir. Ingin berbual dan mencari teman. Dia mula menghubungi kawan kawan lama yang telah ditinggalkan dulu, semata mata kerana tumpuannya hanya kepada minah. Dia pindah rumah dan cari kerja baru. Lepas 8 bulan dia lebih baik dari mamat yang dulu. Lebih ramai kawan, kerjaya lebih kukuh, penampilan lebih menarik.


Satu hari dia duduk makan dikedai mamak dan mengimbas kembali dan dia sedar bahawa ‘bencana’ dia putus cinta dengan minah adalah satu rahmat yang terbaik dalam hidupnya. Dia sangat bersyukur. Ujian putus cinta itu menjadikan dia seorang yang lebih baik. ~ bukankah ia diibaratkan berubah selepas kepala kena ketuk!


kisah 2:

Abu makenik mahir, hari-hari rutinnya hanya tempat kerja dan rumah. Dia sekadar berpuas hati walau pun kadang-kadang pendapatan dirasakan tidak begitu mencukupi. Tiba-tiba satu hari dia dibuang kerja. Kecewa sungguh dia..puas dia mencari kerja. Berbulan bulan sampaikan makan roti canai yang sekeping dibahagi dua, sarapan dan makan tengahari.


Bosan kehulu dan kehilir tanpa hasil. Abu tekad buat bisnes sendiri. Dia beritahu kawan, buat iklan pada pokok, letak di seven eleven. Untuk pertama kalinya dia jadi bos sendiri. Dapat buat apa saja yang dia rasa betul betul nak buat. Masalah, masih ada., tapi dia puas hati. Hasil pendapatan tidak perlu tunggu cukup bulan, tapi hari hari ada.


Hidupnya kini lebih bermakna, dia punya masa sendiri, mengatur dan merancang sendiri. Dia bersyukur kerana musibah yang menimpa rupanya adalah jalan untuk dia menjana pendapatan lebih baik dari makan gaji. Benarlah..dalam susah ada senang (Al’Insyirra)


Moral : Jadi hidup ini sebenarnya tidak perlu kepada musibah untuk berubah, tapi kita sentiasa terperangkap dalam zon selesa. Sebenarnya kita telah diberitahu dengan isyarat halus, seperti ‘daun daun berguguran’ tapi kita buat tidak peduli, lalu bila sebatang dahan jatuh atas kepala baru kita hendak mendongak.

Kita seharusnya telah ‘bangun’ bila saja ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam hidup kita. Tapi kita sering kali bertangguh dan menganggap perkara itu tidak memberi masalah. Lalu apabila musibah telah menimpa. Barulah kita bersungguh sungguh mempelajari dan terkesan serta sedia untuk berubah atau tidak mengulangi kesilapan.

Jadi, betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL

Berjumpa lagi.. jaga diri, jaga hati.. dengan hati hati..
Jaga cinta teruskan cita cita..



No comments: