SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: ikhlas
Showing posts with label ikhlas. Show all posts
Showing posts with label ikhlas. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Kita Bukan Kala Jengking...




Tersebut sebuah kisah. Seorang tua sedang berjalan dipinggir taman. Dia terpandang seekor kala jengking yang tergapai-gapai didalam kolam. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkisar–kisar cuba memanjat tebing, tetapi setiap kali mencuba ia terjatuh semula kedalam air.

Dibaluti rasa simpati, lelaki tua itu mencapai kala jengking, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan tersebut menyengat jari lelaki tua. Sakitnya bukan kepalang. Anehnya lelaki tua itu tetap mencuba untuk menyelamatkan kala jengking tersebut keluar dari dalam kolam. Walau telah disengat lebih 4 kali.

Sejak dari tadi, seorang anak muda memerhati kan gelagat lelaki tua tersebut lalu bertanya “ kenapa pak cik tetap ingin menyelamatkan jengking ini? Dah berkali-kali jari pak cik disengatnya. Tapi pak cik masih jua terus nak mencuba. Kenapa?”

Lalu kelaki tua itu tersenyum sambil menjawab “ nak, dengarkanlah.. menyengat memang sifat semulajadi seekor jengking. Tapi sifat semulajadi manusia ialah menyayangi. Kenapa harus kita korbankan sifat semula jadi kita kepada sifat semula jadi seekor haiwan?”

Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi untuk mengeluarkan kala jengking dari dalam kolam berkali-kali, hinggalah akhirnya berjaya.. lelaki tua itu tersenyum puas,. Walau pun bias sengatan jengking itu telah mula menular keseluruh tubuhnya…

*****

setiap dari kita tentu saja pernah ‘disengat’ samada oleh orang yang kita kenal dan sayangi atau rakan taulan. Pun begitu adakah kita mendiamkan diri atau kita juga bertindak ‘menyengat’ mereka kembali.

Sebagai manusia kita akan mudah tersentuh dan bertindak untuk tidak memaafkan. Malah mungkin saja kita akan gembira bila mereka yang pernah mengainaya kita pula mengalami hal yang sama.

Namun hakikatnya memaafkan itu adalah satu tindakkan yang sangat tepat. Berdendam adalah tindakkan yang salah. Mereka yang merosakkan perasaan kita masih ‘bergayut dan melekat’ dalam hati. Kita tersiksa bukan kerana mereka yang menyeksa jiwa kita. Tapi kerana kita masih membawa kisah lalu yang tidak lagi bermakna. Maka, maafkanlah mereka dan lepaskan ‘memori’ duka itu dengan seikhlas hati.

Insya’allah kita akan meraih rasa lega dan tenang. Percayalah. Allah sekadar menduga dan melihat sekuat mana kita menghadapi ‘sengatan’ dalam hidup sebagai manusia… mampukah kita sembuhkan ia dengan kekuatan iman dan akal atau kekuatan nafsu dan amarah…

Tepuk dada, tanya iman, tepuk dahi tanya akal,…

mahu jadi sikala jengking atau jadi pohon buah yang dilempar kayu tapi yang di lempar kembali adalah buahnya ?

Hari ini sahabat baikku telah menampar pipiku


“UNTUKMU, SAHABATKU….”

Sudah lama aku tidak bertemu teman ku ini. Lebih 3 tahun. Sedang aku sibuk menanti pesanan ku sampai. Aku ditegur seorang pemuda. Disebalik kaca mata hitamnya aku hampir tidak mengenali dia. Malah aku agak terkejut kerana dulunya dia seorang yang segak dan penuh semangat. Tapi hari ini yang berdiri didepan ku seorang yang agak kurang terurus dan riak wajahnya agak tertekan. Tanpa banyak bicara dia meminta izin duduk dibangku hadapanku. Kebetulan memang aku seorang diri kerana baru selesai urusan aku, nak balik pun jalan jem jadi aku duduk minum sebentar. Sepertinya dia amat memerlukan seorang teman bicara. Tidak lansung dia bertanya akan diriku tapi dia terus saje bercerita akan kisah dirinya. Bagaimana dia kecundang dan kecewa akibat dikianati sahabat karibnya. Terlalu peribadi.

Aku tahu dia benar-benar terluka dan tertekan. Lelaki, gagah manapun dia. Masih punya titik emosi yang tinggi, lalu pabila titik ini terusik, tumpah jua air matanya. Sebagai teman, aku berusaha menjadi pendengar yang baik. Setidak-tidaknya dia merasa lega. Sepanjang dia bercerita aku berusaha menyelami riak emosinya.

Akhirnya saat yang aku tunggu itu tiba jua.. “Ummi.. bagaimana harus aku lalui semua ini. Aku betul-betul sakit hati. Aku tak boleh maafkan dia”. Aku senyum dan menggangguk. Lalu aku bertanya. “F lebih 6 tahun kalian bersahabat baik,. Apakah tiada sedikit pun kebaikan yang membekas dihati kau atau yang boleh dijadikan sebab untuk kau maafkan dia”

F menarik nafas panjang dan tersandar. Jauh renungannya. Aku biarkan saja dia merawang agar ada ruang untuknya berfikir. F mengangguk kepala dan aku rasa saat ini hatinya sudah lembut dan tidak lagi begitu emosi seperti mulanya dia bercerita..

F, aku nak cerita satu kisah, aku rasa kisah ini boleh kau fikirkan, mungkin ada kaitan dengan situasi kau sekarang dan mungkin dapat membantu kau lebih lega sikit....

Satu hari, dua orang sahabat karib mengembara bagi mencari tempat yang lebih baik untuk memulakan penghidupan baru. Setelah berhari-hari berjalan tiba-tiba tercetus salah faham antara dua sahabat ini ketika mereka sampai disebuah persimpangan.

Sahabat pertama, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil salah satu simpang. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

Air matanya bergenang, dia bermenung seketika dan dia mengambil sebatang kayu lalu memandang ketanah. Diatasnya dia menulis “HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU” dia menulis diatas pasir tempat dia berdiri.

Pun begitu, mereka masih tetap bersama. Mereka meredah bukit dan hutan, berhari-hari. Sampailah satu hari mereka tiba disebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Kedua sahabat itu meneguk air sungai dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang ditampar tempuh hari tergelincir dari batu tempat dia berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja dia lemas, tetapi nasibnya sungguh baik pabila sahabat yang menamparnya tempuh hari berjaya menyelamatkannya.

Diatas tebing yang penuh batu-batu besar itu, sahabat yang ditampar tempuh hari mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkannya. Kemudiannya dia menulis pada permukaan batu besar berhampiran dengan perkataan “HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU”

Maka sahabat yang menampar tempuh hari merasa pelik dan bertanya “ kelmarin, selepas aku menampar wajahmu, kau menulisnya diatas pasir, kali ini selepas aku menyelamatkan mu dari lemas, kau menulisnya diatas batu pula, kenapa?”

Lalu sambil tersenyum dan merapati teman yang terpinga-pinga sahabat yang ditampar berkata “ apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia diatas pasir supaya ia terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita.. nukilkan ia diatas batu supaya angin kemarahan tidak bisa memadamkannya”

Sahabat yang menampar tempuh hari bergitu tersentuh dengan keikhlasan hati sahabat baiknya yang sentiasa bersedia menerima kelebihan dan kekurangan sikap dirinya yang ada ketikanya begitu mengecewakan sahabatnya.

Begitulah kita dalam bersahabat, tidak selamanya kita yang berada dipihak yang sempurna, mungkin kebenaran ada pada kita, mungkin saja kesalahan dipihak sahabat kita..tapi jangan kita lupa, ada tikannya demi sebuah persahabatan sahabat sanggup mendahulukan kita, memuliakan diri kita. Sedangkan dia sentiasa beralah. Pernah kita peduli? Pernah kita bertanya? Pernah kita selami? Pun begitu dalam kalahnya..kita sendiri bukalah seorang pemenang yang unggul.

F, tidak semestinya kita sentiasa benar dan sahabat kita itu bersalah, sesekali cubalah kita bertanya dari hati bukan dari kepala…membalas kebaikan denga kebaikan itu biasa. Tetapi setiap kejahatan yang dibalas dengan kebaikan adalah cinta kemanusiaan yang tinggi nilainya…

bagi aku kita akan rasa bahagia..Bahagia kerana dapat membahagiakan orang lain….bukan pula atas derita kita, tapi atas keikhlasan kita merasanya perasaan yang sama..bahagia..

aku lihat riak wajahnya mula lembut dan ada segaris senyuman tawar dibibir.. biarlah sekurang-kurangnya.. dia sudah melepaskan segala yang terbuku didada.. selebihnya moga F mampu mengatasi masalah dengan pertolongan Allah…

Monday, June 7, 2010

Bila MALAIKAT KECIL ku berbicara...

 Ada ketika..kita menganggap anak kecil.. ya sekadar anak kecil.. tahunya bermain .. berseronok, letih berehat. sakit atau bergaduh menangis.. Ada waktu.. kita sering menyangka.. mereka tidak 'pandai' tentang rasa dan perasaan. mereka tidak peka dan tiada ehsan. tapi bila sesekali kita dikejutkan dengan cara mereka.. kita pasti tersentak.. itulah pengajaran dalam kehidupan..


**********
Isteriku berkata kepada aku yang sedang baca surat khabar, "berapa lama lagi kamu akan baca surat khabar tu, bang? Meh sini.Tengok anak perempuan abg yg tersayang ini tak mau mkn."

Aku letak srt khabar dan melihat anak perempuanku satu2nya, namanya Sindu, nampak ketakutan dan air matanya mengalir. Di depannya ada semangkuk nasi berisi nasi susu masam (nasi khas India /curd rice).Sindu anak yang manis dan pintar dan tidak suka makan curd rice ini. Ibu dan isteriku masih kuno, mereka percaya sekali kalau makan curd rice ada "cooling effect". Aku mengambil mangkuk dan berkata, "Sindu sayang, demi ayah, maukah kamu makan beberapa sudu curd rice ini? Kalau tidak ,nanti mak akan marah pada ayah."


Aku dapat mendapat cubitan dibelakang punggungku oleh isteriku. Tangis Sindu reda dan dia menyapu air mata dengan tangannya dan berkata, "boleh ayah, aku akan makan curd rice ini, tidak hanya beberapa sudu, tapi semuanya akan aku habiskan, tapi dengan satu syarat.."

Aku agak ragu2 sejenak... ".aku..akan minta sesuatu pada ayah bila aku habiskan semua nasinya. Apakah ayah mau berjanji memenuhi permintaanku? "

Aku menjawab, "Oh pasti sayang".

Sindu tanya sekali lagi, "betul ayah?"

"Yah pasti.." sambil menggenggam tangan anakku dengan lembut sebagai tanda setuju.

Sindu juga mendesak ibunya untuk berjanji perkara yang sama, isteriku menepuk tangan Sindu yang merengek sambil berkata tanpa emosi, "janji" kata isteriku.

Aku sedikit risau dan berkata: "Sindu jangan minta komputer atau barang2 lain yang mahal ya, kerana ayah tak punya wang sekarang."

Sindu menjawab, "jangan risau, Sindu tidak akan minta barang2 mahal ."

Kemudian Sindu dengan perlahan-lahan dan kelihatannya sangat menderita ketika dia bertekad menghabiskan semua nasi susu masam itu. Dalam hatiku aku marah sama isteri dan ibuku yang memaksa Sindu untuk makan sesuatu yang tidak disukainya. Setelah Sindu dapat menghabiskan segala penderitaannya dia mendekatiku dengan mata penuh harapan agar (aku ,isteriku dan juga ibuku) memandangnya.

Ternyata Sindu mau kepalanya dibotakkan pada hari Minggu.

Isteriku spontan berkata, "permintaan Gila, anak perempuan dibotakan, tidak mungkin!"

Juga ibuku mengerutkan dahinya, "Jangan terjadi dalam keluarga kita, dia terlalu banyak menonton TV. Dan program2 TV itu sudah merosak kebudayaan kita."

Aku cuba membujuk: "Sindu kenapa kamu tidak minta benda yang lain ? Kami semua akan sedih melihatmu botak."

Tapi Sindu tetap dengan pilihannya, "tak mau ayah, Sindu tak mau benda lain," kata Sindu.

Aku cuba memohon kepada Sindu, "tolonglah kenapa kamu tidak mencuba untuk mengerti perasaan kami.?"

Sindu dengan menangis berkata, "Ayah sudah melihat bagaimana menderitanya aku menghabiskan nasi susu masam itu. Dan ayah sudah berjanji untuk memenuhi permintaan aku. Kenapa sekarang ayah mau menarik balik janji ayah sendiri? Bukankah ayah sudah mengajarkan pelajaran moral, bahawa kita harus memenuhi janji kita terhadap seseorang walau apapun yang terjadi seperti Raja Harishchandra (raja India jaman dahulu kala ) untuk memenuhi janjinya, raja rela memberikan tahta, kekuasaannya, bahkan nyawa anaknya sendiri." Sekarang aku hanya mau ayah untuk memenuhi permintaan anakku, "Janji kita harus ditepati."

Dengan rasa sedih yg teramat, aku menganggukan kepala tanda setuju.

Secara serentak isteri dan ibuku berkata, "apakah kau sudah gila?"

"Tidak," jawabku. "Kalau kita tidak menetapi janji, dia tidak akan pernah belajar bagaimana untuk menunaikan janji yg dibuat."

"Sindu permintaanmu akan kami penuhi."

Dengan kepala botak, wajah Sindu nampak lain dan matanya besar. Hari Isnin aku menghantarnya ke sekolah, sekilas aku melihat Sindu botak berjalan ke kelasnya dan melambaikan tangan kepadaku. Sambil tersenyum aku membalas lambaian tangannya.

Tiba2 seorang kanak-kanak lelaki keluar dari kereta sambil berteriak, "Sindu tolong tunggu saya." Yang mengejutkanku ternyata kepala kanak-kanak tu botak juga, aku berfikir mungkin "botak" trend zaman sekarang.

Tanpa memperkenalkan dirinya, seorang wanita keluar dari kereta dan berkata, "anak anda, Sindu benar2 hebat. Anak lelaki yang jalan bersama-sama dia sekarang, Harish adalah anak saya, dia menderita leukemia."

Wanita itu berhenti berkata-kata, sejenak aku melihat air matanya mulai meleleh dipipinya " Bulan lalu Harish tidak masuk sekolah,kerana kimoterapi dan kepalanya menjadi botak, jadi dia tidak mau pergi kesekolah takut diejek oleh teman2 sekelasnya.

Minggu lalu Sindu datang ke rumah dan berjanji kepada anak saya untuk mengatasi ejekan yang mungkin terjadi.

Saya betul2 tidak sangka kalau Sindu mau mengorbankan rambutnya yang indah untuk anakku Harish. Encik dan isteri pasti akan diberkati Tuhan kerana mempunyai anak perempuan yang berhati mulia."

Aku berdiri terpaku dan tidak terasa air mataku meleleh. Malaikat kecilku itu mengajarkanku tentang erti sebuah kasih dan persahabatan.


Moral : ambillah waktu.. kita belajar menyelam dengan mendalam.. isi hati dan perasaan, walau seorang anak kecil. kerana ada tikanya.. bicara anak kecil ibarat 'bicara Tuhan' yang menyedarkan dan mengingatkan kita ada sesuatu, ada perkara, ada kerja.. yang tidak selesai. belum beres. tidak usai.. ada yang harus diberi perhatian,. pengajaran dan peringatan....

~Ummi Nur Jannah~