SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT

Monday, July 12, 2010

Jasad + Roh = Solat + Roh = Sempurna?


Salam... Kali ni aku cuba bawakan satu bentuk kefahaman tentang persamaan tentang manusia dan solat..

InsyaAllah segala yg akan aku tulis ini adalah sekadar kemampuan ilmuku dan bukanlah semestinya betul atau tepat..cume menurut pengajian dan pembelajaran serta pemahamanku..

Harap dapat membantu sedikit sebanyak..

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, cuba kita fahami dahulu tentang 2 perkara yg aku ingin sampaikan..Manusia dan Solat..

Manusia menurut tafsiranku ialah suatu jasad yg mempunyai bentuk fizikal dan mempunyai roh serta dibekalkan aqal untuk berfikir...

Solat menurut tafsiranku ialah suatu tuntutan yg disyariatkan oleh Alah swt kepada manusia yg beragama Islam

Secara ringkasnya begitulah tafsiranku..

Apakah punya persamaan antara manusia dan solat..??

Ada, jawab aku...

Mari kita saksikan adakah benar dakwaanku..

1) Manusia mempunyai jasad dalam bentuk fizikal...Solat juga ada bentuk fizikal..

2) Manusia punya roh didalam jasad...Solat juga ada roh...

Inilah kemuncak posting aku kali ini..Dimana solat juga punya roh tersendiri..

Manusia yg berjasad tetapi tidak mempunyai roh, adakah dia boleh hidup seperti mana manusia biasa yg lain..

Mestilah tidak...Ini kerana jasad manusia memerlukan roh untuk menjadikannya sempurna sebagai seorang manusia....yang menjalankan aktiviti kita semua adalah roh kita, menggunakan perantaraan jasad manusia..

Kita katakan yang bercakap itu roh, bukan lidah/mulut..Dengan menggunakan perantaraan lidah/mulut..secara hakikatnya..

Jadi....Sempurnalah penciptaan manusia...

Begitu juga dengan solat.....Disini aku nyatakan kenapa solat kita perlu mempunyai roh...Ini kerana persamaan yg ada pada solat dan manusia adalah pada rohnya..

Jika manusia xder roh = tidak sempurna/tidak ada gunanya..
Jika solat xder roh = tidak sempurna/tidak ada gunanya..

Jadi samalah kedua-duanya..

Roh yg dimaksudkan yg perlu ada pada solat ialah KHUSYUK..

Khusyuk adalah roh bagi solat dan elemen terpenting bagi solat..

Tanpa roh, solat tidak akan berfungsi sebagaimana yg di syariatkan/ditentukan oleh Allah S.W.T..

Firman Allah yang bermaksud...

" Solat itu tiang agama "

" Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar "

Bagaimana solat boleh menjadi tiang agama/boleh mencegah dari perbuatan keji atau mungkar jika tidak dimasukkan roh kedalamnya..

Disini aku bawakan suatu Hadis berkisarkan masalah solat dan khusyuk...

" Pada suatu ketika di zaman Rasulullah S.A.W, datang seorang pemuda mengadu pada baginda tentang permasalahan sahabatnya yg berbuat maksiat..Sedangkan sahabatnya itu bersolat..lalu tanya Rasulullah adakah sahabatnya itu khusyuk dalam solatnya..Jawab pemuda itu, sahabatnya solat dengan kusyuk..Rasulullah bersabda, biarkan dia....Sesudah sebulan datang kembali pemuda itu dan berkata, sesungguhnya kata2mu benar ya Rasulullah..Sahabatku itu sudah meninggalkan kemaksiatan yg dilakukannya dahulu.."(Auqomaqol)

Ini bermaksud solat yg khusyuk dan sempurna dapat mencegah manusia dari melakukan kemasiatan dan perkara2 yg dilarang oleh Agama..Serta mereka akan berjaya di dunia dan di Akhirat..

Kesimpulannya disini bahawa...tanpa roh, manusia/solat tidak akan jadi sempurna seperti yg dikehendaki oleh Nya...

Jadi sama2 lah kita mencari dan berusaha untuk menggapai khusyuk dalam solat..Hanya kerna orang2 yg khusyuk dalam solatnya sahaja yg akan selamat didunia dan di akhirat..

Wallahualam...

Penulis: toyyoi86

~****~
~ dari aku~

darjat-darjat dalam solat.., semua betul.., Cuma nak periksa kita semua berada pada darjat yang mana satu..

* Orang yang bersolat kerana itu adalah perintah Allah, maka mereka telah menjadi orang yang berilmu…

* Orang yang bersolat kerana yakin dengan janji Allah, maka mereka telah mencapai makam Ihtisab,

* Orang yang bersolat kerana takut azab Allah, maka mereka telah menjadi orang yang bertakwa…

* Orang yang bersolat seolah-olah melihat Allah, maka mereka telah mencapai tahap Ehsan…

* Orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi iaitu ikhlas…

Kenapa kita kata orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi?

Dalilnya adalah, apabila Aisyah r.aha menangis melihat kaki Nabi s.a.w bengkak-bengkak kerana lamanya solat, lantas beliau bertanya :“kenapa tuan solat sampai bengkak kaki, bukankah tuan takde dosa?, Maka Nabi menjawab lebih kurang maksud:

“Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur…”

Ya...Allah.... bagaimana agaknya kualiti dan nilai solat kami...

~***~

reply dari bob :
bersolatlah kamu tanpa paksaan bersolat bukan kerna itu adalah perintah dari Allah..
bersolat bukan kerna ada ada janji dari Allah..
bersolat bukan kerna takut pada azab Allah..
bersolat bukan kerna mahu seolah2 melihat Allah..
bersolat bukan kerna mahu mengucapkan nikmat syukur pada Allah

kita sudah dewasa dan tahu bagaimana untuk bersolat tetapi adakah kita terlintas solat yang kita lakukan itu walau sebesar zarah adalah untuk diri kita sendiri dan yakin apa yang kita lakukan semata2 kerana ikhlas pada diri kita ...sesudah itu adakah waktu solat yg telah ditetapkan 5 waktu itu akan menjadi bebanan?
tahap mana kita sekali pun..itu bkn urusan kita tetapi keikhlasan itulah pengukurnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa kerana setiap manusia yang dilahirkan kedunia ini mempunyai kekuatan sendiri dan kelebihan masing2 cuma kita sering berasa rendah diri.

~****~
reply dari aku :

begitulah....kepada orang yang ibadatnya atas dosa dan pahala, dia bersolat kerana ia wajib, kerana dia hidup atas ganjaran dan penalti..... .(tidak salah.. betullah kerana kita takut akan murka Allah takut akan nerakanya dan kita ingin akan syurga Allah)

Akan tetapi kepada orang yang hidup dan matinya kerana Allah, dia bersolat bukan kerana hukum solat itu wajib.

Tetapi kerana dia ingin mendekatkan diri kepada PenciptaNya. Kepada dia, tujuannya hanya satu, kerana Allah - (hidup ku dan matiku hanyalah semata-mata kerana Allah).

Wajib atau tidak wajib, dia tetap akan melakukannya walaupun tidak diberi ganjaran.

tamsilan diatas hanyalah satu penggalak kepada 'rasa rasa'... agar kita boleh muhasabah diri. mengukur kualiti ibadah (sendiri). meningkatkan tahap (dari kurang baik kepada baik)
memperbaiki kualiti (dari biasa- biasa kepada luar biasa)...

wallahu'alam


Thursday, July 8, 2010

Aku Melihat Tuhan dalam Ikan dan Air


Tuhan, izinkan aku bertanya kepadamu
apakah aku dan kamu semisal ikan dalam samudera air
ke arah mana saja ikan berenang
ia temukan air

apakah itu analog dari firmanmu:
ke mana saja engkau menghadap,
engkau akan menatap wajah tuhan

kamu bilang dekat.. dekat sekali
bahkan lebih dekat dari urat
memang aku melihat ikan dan air sangat dekat
bahkan melekat

berjarak tanpa antara
itukah makna petunjukmu:
tuhan bersama kamu
di mana pun kamu berada

tapi tuhan
mengapa aku tak melihatmu
benarkah ikan juga tak melihat air
itukah maksud bahwa Kamu adalah
khazanah tersembunyi????


~******~
puisi ini adalah tamsilan.. atau dalam ertikata lain berkias
mengajak kita berfikir dalam fikir
merenung dalam yang terlihat
mencari bukan yang tersembunyi
membaca tersirat selain tersurat..
wallahu'alam

mengenalinya pada fikir dan pada zikir..
pada akal dan pada iman...
ayat ayat Allah pada alam..
ayat ayat Allah pada quran pada wahyu...

wallahu'alam

syukur alhamdulillah..

kenalilah Aku dalam apapun caranya
tidak semestinya pada yang nyata atau yang ghaib
berdetik dihatimu itulah jawapannya
aku, kau dan alam adalah satu

dalam ayat ada jasad dan dalam jasad ada jiwa
dalam jiwa ada roh dan dalam roh ada ilmunya

lihatlah alam...lihatlah alam...lihatlah alam

Wednesday, July 7, 2010

Aksi Mencuit Hati.. ubat waktu duka

kalau tension, kena cari ubatnya.. kata orang, lihatlah alam.. kita belajar sabar darinya,.. kalau sedih, lihatlah gelagat haiwan2 ini.. pasti terukir segaris senyuman..Insya'Allah...masalah? ye dia tetap ada dan tetap wujud, tak akan selesai selagi belum waktunya, tapi diatara menunggu kedatangan waktu itu.. teruskan menikmati hidup dan bersyukur dengan apa yang kita punya..

Suami Kontang VS Isteri Gersang



Assalamu’alaikum wbt, sekali lagi....artikel yang lepas, kita membicarakan tentang isteri yang gersang.  justeru artikel itu ditujukan kepada wanita yang telah bergelar isteri. Agar dapat membaiki penampilan dan sikap supaya dapat menambat hati suami.


Hari ini saya masih lagi ingin berbicara tentang masalah seks dan rumahtangga. Seperti biasa… Ini bukan soal lucah atau erotisme, tetapi jika kita sebagai lelaki dan wanita melupakan hakikat kejadian manusia, bagaimana kita dapat mengulangi sejarah kehebatan Islam dan bangsa melayu? Kita perlu kembali kepada dunia tasawwuf. Soal katil juga soal tasawwuf kerana ia berkaitan dengan kejadian insan yang disebut Allah sebagai khalifahNya. Jadi kembalilah kejalan kesufian untuk menyelesaikan masalah umat sekarang yang ratanya adalah masalah akhlak.


Kisah isteri makan luar kebelakangan ini semakin kerap dan ia seperti musim.. bila satu kisah diselongkar, maka akan ada deretan kisah lainnya menyusul. Kenapa agaknya? Yang pasti, masalah tidak akan timbul tanpa masalah sebelumnya. Ia berkaitan dan berangkaian.. ada waktu memang salah wanita itu sendiri, tapi ada tikanya…suami sendiri yang memupuk
sikap sehingga ia jadi masalah besar yang akhirnya tidak lagi dapat diselamatkan.


Kebanyakkan suami sering merungut tentang isteri yang tidak memahami, isteri cerewet, isteri tidak menjaga penampilan diri, isteri tidak cantik, tidak romantik, tidak berdandan… pendekkan kata semua yang sengal adalah datang dari isteri. Tapi sedarkah anda bahawa sebagai suami, anda juga sebenarnya sebahagian dari penyumbang masalah atau ada ketikanya sipemberi masalah!


Jadi suami, anda juga, janganlah jadi suami kontang.. kontang disini membawa maksud, kering idea, dan perasaan. Kering hati dan rasa…..jadilah peka dan sensetif keatas pasangan anda. Bukankah dia yang anda datangi malam-malam yang sepi untuk menghiburkan hati? Justeru, jika ada diantara masalah dibawah ini,berkaitan anda. Rendahkan hati, akui ia. Tak perlu buat ikrar depan orang. Tapi perbaikilah agar hidup anda berdua bagai disyurga dunia….


Kebanyakkan* bukan semua lelaki, anda  seorang yang tidak begitu peka atau pun kurang ingin ambil serius atas hal-hal remeh, yang bagi wanita ia sangat diperlukan. Tinjauan dibuat mengatakan lelaki melayu kurang romantik dalam menangani kerenah isteri atau pasangan.


Bagi sebilangan besar suami, bila telah berkahwin itu, tandanya anda sudah menyayangi dia sebagai isteri. Kalau tidak masakan anda memilih sidia dalam puluhan calon yang anda simpan… namun bagi wanita.. cintanya perlu diendah. Dari sinilah akan membentuk mood dan keinginan yang membuak kepada isteri untuk memberi ‘khidmat’ buat suami tercinta.


Ertinya, wanita bukan sekadar mahu suami, tapi mahu kekasih sepanjang hidupnya! Kenapa kekasih? Kerana wanita itu makhluk emosi. Sewaktu berkasih dahulu kenapa anda, boleh mencari ruang dan masa menyatakan kasih, sayang, cinta, rindu, bila telah bernikah sahaja. 4 perkataan keramat itu mahal benar hendak keluar dari mulut.?


Sedangkan bagi isteri, itulah menjadi kekuatan jiwanya. Dia tahu suami mencintainya, tapi kadangkala, waktu yang berlalu menyebabkan dia menjadi tertanya-tanya, masih sayangkah suami kepada aku. Walhal jika dilihat akan pengorbanan suami bertungkus lumus, itu sudah sebagai tanda anda mencintainya dan anak-anak namun, ucapan dari mulut anda itu yang lebih diutamankan oleh seorang isteri.


* Walau telah lama berumahtangga. Ucapkanlah sepatah perkataan yang membawa makna begitu besar kepada isteri.. sebelum anda keluar bekerja..dgn sms, pangilan telefon, atau email dll. Sedikit cukup sebagai vitamin isteri sepanjang hari. ‘I love u’ ‘I miss u’ ‘I need u’ ‘abg teringat syg’ apa sajalah..


Wanita itu terlebih emosinya. Jika tidak dibelai dan di jaga, kuatir jika emosi menjadi liar dan boleh menyebabkan segala jenis buruk sangka menguasai, hasilnya adalah cemburu, marah, sakit hati, membentak, protes dll. Maka berilah belaian keatas jiwa selain belaian keatas jasadnya.


*bersikap manis dan mesralah kepada isteri anda. Kalau anda boleh berbincang dengan baik kepada rakan sekerja yang kadangkala dan diajar 10x pun masih sengal, kenapa tidak dengan isteri yang anda datangi setiap malam? Jadi maniskan wajah dan bicara anda.. samada sewaktu hendak keluar bekerja dan pulang kerumah.


* Berbicara dan Memanggil yang Menyenangkan, Dalam bertutur, seorang suami seharusnya memilih kata-kata yang baik dan ungkapan menarik. Seperti sabda rasulullah, "Kata-kata yang baik itu sedekah" (muttafaq alaih). Tidak terpuji bila suami berbicara dengan isterinya atau dengan orang lain menunjukkan sikap tak peduli,  sombong, seperti seorang pegurus yang mengarah-arah orang bawahannya.


Demikian pula ketika memanggil. Sebagai suami panggillah isteri  dengan penggilan kesukaan, karena hal itu merupakan kasih sayang dan penguat jalinan cinta. Dalam Alquran, Allah swt mencegah orang beriman memanggil sesamanya dengan nama-nama buruk dan gelaran yang melukai perasaan.


Bahkan kalau perlu dengan ungkapan manja, sebab dapat membangkitkan kebahagiaan dan melapangkan dada. Sikap seperti ini adalah bahagian dari hiburan yang menyenangkan hati dan dibenarkan Islam sebagaimana perilaku Rasulullah yang selalu memanggil Aisyah dengan suara lembut untuk memanjakannya, malah menggelarkan Aisyah ‘ya umairah’ iaitu sipipi merah.


*Membantu Pekerjaan,  satu sikap mulia jika suami mampu menciptakan perasaan senang hati isterinya dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya. Betapa indahnya, jika suami mahu membantu mengerjakan tugas-tugas seharian isteri dengan penuh tulus ikhlas. Sebaliknya, betapa menyedihkan bilamana suami yang tidak peduli dan tidak bersimpati kepada isterinya yang siang malam  tidak berhenti melakukan pekerjaan rumah yang begitu berat. Tapi tahunya bila malam berlabuh, isteri diminta bersedia untuk bertarung sedangkan tenaga isteri telah tercurah diwaktu siangnya dengan bebanan kerja.


*Berdandanlah untuk isteri anda, selalu bersih dan wangi. Kenapa harus tampil depan isteri dengan pakaian ala kadar? Kain pelekat dengan singlet pagoda saja? Sama halnya dengan suami yang menginginkan isterinya kelihatan manis untuknya, setiap isteri juga menginginkan suaminya berdandan untuknya. Sebagai contoh, ingat, bahwa Rasulullah saw selalu menggosok giginya terlebih dulu sebelum menemui isterinya setelah bepergian. Beliau juga selalu menyukai senyum yang paling manis.


Selalulah  dalam keadaan rapi, bersih, indah, serta berbau harum. Itu semua termasuk tradisi fitrah dan petunjuk Rasul. Dari Ayyub berkata, Rasulullah bersabda, "Rasa malu, berminyak wangi, siwak dan nikah adalah tradisi para Rasul" (HR. Tirmidzi). 

Keengganan suami untuk berdandan, akan  menyebabkan isteri menjauhinya dan enggan untuk berada di sampingnya. Jadi bagaimana malam anda dapat berjalan lancar dan indah kalau anda sendiri mengabaikan kebersihan. Mahu yang baik? beri yang terbaik!


Malah Khalifah Umar Al Khatab mengatakan, ”Demi Allah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar menyukai kalian berhias diri untuk mereka, sebagaimana kalian menyukai mereka berhias diri untuk kalian”.


* Memaafkan dan Menegur. Sifat ini harus dimilik suami. Suburkan sikap  suka memaafkan. Dengan demikian ia dapat menjalankan roda kehidupan rumah tangga secara baik. Sebaliknya, rumah tangga yang dipimpin oleh suami yang tak memiliki jiwa pemaaf akan menimbulkan banyak masalah. Jiwa pemaaf dan lapang dada sangat diperlukan, kerana suami boleh saja membenci atau tidak puashati dengan kerenah isteri.


Watak pemaaf adalah salah satu perangai dari Rasulullah yang telah diwujudkan dalam kehidupan rumahtangganya beserta para isterinya. Banyak riwayat yang menceritakan bagaimana beliau menghadapi sikap Aisyah karena dikuasai emosi dan rasa cemburu, merupakan bukti konkrit suri tauladannya.


*beri senyuman  untuk isteri anda bila saja bertembung mata dengannya malah, ada baik  memeluknya sesering mungkin.


Senyuman adalah sedekah dan isteri anda termasuk orang yang layak mendapat senyuman anda. Baynyakkanlah  senyum yang selalu terpamir buat isteri tercinta. Ingatlah, sunnah juga menerangkan bahwa Rasulullah saw selalu mencium isterinya sebelum pergi bersolat ke masjid, bahkan saat beliau sedang berpuasa. Tidak melibatkan nafsu, tapi mempamirkan sayang.


* Jangan mengecilkan keinginannya. Hiburlan dia. Kadang-kadang seorang suami perlu mengkabulkan permintaan isterinya. Rasulullah saw memberikan contoh buat kita dalam sebuah kejadian ketika Safiyyah r.a menangis, karena dia (Safiyyah) berkata bahwa beliau (Rasulullah) memberikan seekor  unta yang lemah. Rasulullah pun menyapu air matanya, menghiburnya, dan membawakannya seekor unta yang lain.


Jadi, kalau setakat, sepeket coklat dan bunga untuk menceriakan hari dan hati isteri anda sebelum kekamar beradu adakan itu membebankan?


*Berterima-kasihlah bagi semua yang dia lakukan untuk anda. Sekecil apapun yang isteri anda lakukan buat anda, jangan sekali-kali menganggapnya sebagai hal remeh dan tidak begitu bererti. Berterima kasihlah, karena ucapan terima kasih anda sungguh bermakna bagi isteri anda dan akan terukir indah dihatinya. Sekadar ucapkan terima kasih untuk ketika usai makan malam yang dia sediakan. Juga untuk kebersihan rumah dan apa saja yang lainnya.


*Jangan memperlakukan seorang isteri seperti lalat. Kita tidak pernah menghiraukan seekor lalat di dalam kehidupan kita sehari-hari, tahu-tahu dia menjadi penyakit buat kita. Sama halnya seorang isteri yang berbuat baik sepanjang hari, jika tidak pernah mendapat perhatian dari suaminya, maka dia juga akan memperlakukan suaminya bagai sebuah penyakit. Jangan sekali-kali perlakukan dia seperti ini; kenali semua kebaikan yang dia
lakukan dan pusatkan perhatian padanya.


*Penuh humor dan bermain-mainlah dengan isteri anda. Lihatlah betapa Rasulullah saw pernah lawan berlari dengan isterinya Aisyah r.a di sebuah padang, dan membiarkan Aisyah menang. Walhal baginda senang-senang boleh memenganinya. Tapi demi untuk menghibukan hati isteri..baginda pura-pura kalah...bila terakhir kita melakukan hal seperti itu?


Eh.. jadi apa kena mengenanya hubungan intim dengan hal-hal diatas. Ada.. iaitu, pabila layanan awal dan sehari-harian anda kepada isteri penuh kemesraan dan membuat dia bahagia, maka dengan senang hati dia akan memberikan khidmat yang anda perlukan dimalam hari.. jadi dari siang bawa kemalam...


.Ingatlah selalu sabda Rasulullah SAW: "Yang terbaik di antara kalian adalah yang memperlakukan keluarganya dengan baik. Dan aku adalah yang terbaik memperlakukan keluargaku.


Maka "Cubalah jadi yang terbaik”.


boleh kan abang....

Sebahagian Syurga Dunia - Burj Khalifa

Ini lah salah satu SYURGA DUNIA...

ye.. semakin dekat akhir umur dunia. semakin terserlah syurganya disana sini dan ini salah satu dari nya..

Bilamana manusia berusaha bersungguh-sungguh membangunkan kenikmatan duniawi, syurga  sebenar yang patut diusahakan juga semakin menjauh....kerana kita sudah terlupa 'kontak hidup' dgn Yang Maha Pencipta, iaitu Tuan Empunya Dunia...