SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: hati
Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Kecantikkan sebenar Kaum Hawa...

SEBAIK-BAIK wanita adalah yang menyejukkan mata, mendamaikan hati, menenangkan jiwa. Jangan tertipu dengan tipuan kecantikan paras rupa. Yang dikejar itu hanya sementara, sedang jiwa, peribadi yang dimiliki itulah yang kekal abadi.


Ungkapan wanita sering dikaitkan dengan kejatuhan dan kegagalan seorang lelaki. Ya, kerana wanita, seorang maharaja yang hebat akan sanggup menggadaikan kerajaannya. Kerana wanita juga, seorang pahlawan agung akan menjadi selemah-lemah manusia, hilang segala keperkasaan yang dimiliki selama ini. Mengapa semua ini terjadi?

Wanita sering menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Kerana itulah si kaum Adam ini mudah untuk tewas dengan kuasa mereka. Gagal menahan kekuatan yang selama ini telah sedia digenggam.


Yang cantik di luar itu belum tentu menjanjikan keindahan di dalam. Terkadang, si hitam kedam itu jugalah yang akan memberikan kebahagiaan abadi kepada kita kelak. Si gebu putih, mongel ayu bak si bidadari itu pula bakal menjerumuskan kita ke lembah kesesatan, kehinaan neraka jahannam!

Carilah mereka yang mampu membahagiakan kita dunia dan akhirat.


"Ikut kata orang tua-tua, nasihat orang-orang berilmu, jika si Hawa itu mudah untuk tewas dengan pujukan dan godaan si Adam, mudah juga menyerahkan mahkota wanitanya kepada lelaki hatta kepada teman lelakinya sendiri, bukan itu ciri terbaik yang dimiliki oleh seorang wanita muslimah."

Iman dan pegangan agama perlu dipasak kukuh di dalam hati, dibajai dengan mapan dalam perlakuan seharian seiring dengan ciri-ciri kesopanan di dalam tingkah laku. Maka akan lahirlah seorang muslim dan muslimah yang benar-benar unggul. Cantik pada mata manusia, indah pada pandangan Allah. terima kasih Ace dengan artikel ini

Pendapat aku : syukran akhi kerana membimbing dan menegur ukhti disini... ye benar wanita solehan itu sebaik2 hiasan dunia.. juga wanita itu senjata syaitan...tanpa lelaki siapalah wanita dan tanpa wanita seorang lelaki juga tidak akan lahir kedunia.. kita saling memerlukan..

kami tahu kami adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu kami jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan  tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda dan  membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.


Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.


Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.


Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.


Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..


Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,


Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,


Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.


dan benarlah bahawa wanita itu pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki, jika dia seorang yang tidak beriman......


aku tersentuh...

Saturday, June 12, 2010

Cinta.. hingga Hujung Nyawa..



kisah dari seorang teman, tentang bagaimana hati dan perasaan yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, juga kisah hati dah perasaan yang iklhas menerima dan memberi kasih sayang. 

Begitulah, bilamana cinta dan kasih sayang itu, dibina bukan sekadar kata semata-mata. Tapi ia disemai dan dibajai, ya.. bercinta sampai syurga...


*******
satu slot dimana kitorg kena ikut group yang dipanggil usrah untuk berbincang psl marriage ni ngan 1 speaker for each group so macam biasa.. kita orang pun ikutlah usrah ni dapat sorg speaker lelaki (member semua  pompuan).. kategori hensemler juga hehe but of course dah kawin(waaa).


So dia ni ceritakan pengalaman dia membina rumahtangga bahagia ngan wife  dia. He said.. apa yg buatkan dia saaaaaaaaaaaaaaaaaayang sangat ngan isteri dia ni dan respect her sebab wife dia ni pandai amik hati dirinya dan mentua (mak bapak suami).. sampaikan parents dia lagi mcm sygkan wife dia ni  compared to him.. 

wife dia ni sorg doctor mmg slalu bz.. sampaikan ada night  call.. but isteri dia sentiasa pastikan kebajikan suami dia terjaga..makan minum suami, wife yg sediakan.. manakala pembantu umah sediakan untuk anak-anak keperluan lainnya.. pakaian.. isteri gak yg cuba sediakan (iron  and prepare for example).. pendek kata.. tugas as wife.. dia cuba mainkan  even si isteri ni sibuk manjangggg Pastu kekdg wife kuar awal g keje..


Hubby dia bangun jer, wife dah takde.. tp pastu.. mesti wife dia tinggalkan notes yang melekat tu (lupa pla namanya notes tu hehe).. kekdg hari ni lekat kat  cermin so hubby jumpa masa nak shave.. takpun hari lain.. kat dlm kasut hubby yg wife dia dah sediakan.. atau dlm lipatan baju yg dah disterika..and  notes ni mcm biasa berisi.. perkataan sayang dan semua words cintan2  belaka.. tu yg meruntun hati suami tu.. and bertambah sayangnya tu..


kitorg ahli usrah yg mendengar mmg ternganga jeles rasanya terhadap wife dia yang  amat disayangi tu.. Mmg tinggi menggunung our speaker puji wife dia..bestnyer!

Beberapa hari after that.. course pun mmg dah habis pun baruler kitorg ahli2  usrah tahu.. sebenarnya.. wife kpd our speaker tu dah meninggal dunia 3  tahun lalu sebab accident bersama sorg lagi anak diorg.


Sedihnyaaaaaaaaa!


Tapi nampak our speaker redha dgn pemergiaan siisteri dan susah nak cari pengganti sampaikan masa usrah takde seorg pun boley mengagak org yang dia ceritakan ni dah meninggal. Sbb mukanya berseri2 masa bercerita pasal  wifenya seolah terserlah seluruh kasihnya terhadap isterinya... Hmmmm


bestnye menjadi isteri yg pemergiannya diredhai suami dan sentiasa pula diingat sampai bila2. Pasti syurga menunggu, insyaAllah.. Sesungguhnya perkahwinan itu antara satu jalan menuju ke syurga, jika dikemudi mengikut landasan sebenar. ALLAHUAKBAR!!!


emm begitulah hidup dan kehidupan, satu saat kita saling cinta mencintai, kita masih mampu menzahirkan cinta dengan perbuatan dan kata-kata, ada waktu, masa untuk kita telah dijanjikan terhenti, lalu kita tinggalkan orang yang kita sayangi dan yang menyayangi kita dengan kenangan yang indah. 


Lalu, kenangan itu menjadi kekuatan kasih sayang itu bercambah dan berakar, walaupun kita atau pasangan telah tiada... lalu rasa dan cinta itu.. kita simpan dan bawa sampai kesyurga....






Wednesday, June 9, 2010

Benarkah CINTA itu WUJUD...?

Apakah telapak tanganmu berkeringat, jantungmu berdetak cepat, dan suaramu tercekat saat berada di dekatnya? * Itu bukan Cinta, itu Suka.

Apakah kamu tak bisa melepaskan pandangan atau genggaman dari dirinya?
* Itu bukan Cinta, itu Nafsu.

Apakah kamu menginginkan dia saat dia sedang tidak ada?
* Itu bukan Cinta, itu Kesepian.

Apakah kamu ada di sana karana itulah yang diinginkannya?
* Itu bukan Cinta, itu Kesetiaan.

Apakah kamu menerima pengakuan cintanya karena kamu tak ingin menyakitinya?
* Itu bukan Cinta, itu Kasihan.

Apakah kamu ada di sana karana dia memelukmu atau menggenggam tanganmu?
* Itu bukan Cinta, itu sekadar bergantung.

Apakah kamu ingin memiliknya karena tatapan matanya membuat hatimu berdegup kencang?
* Itu bukan Cinta, itu Tergila-gila.

Apakah kamu memaafkan kesalahannya karena kamu peduli padanya?
* Itu bukan Cinta, itu Persahabatan.

Apakah kamu mengatakan padanya setiap hari bahwa dialah satu-satunya orang yang kamu pikirkan?
* Itu bukan Cinta, itu Dusta.

Apakah kamu ingin memberikan semua benda kesayanganmu untuknya?
* Itu bukan Cinta, itu Sikap dermawan.

Apakah kamu tertarik pada orang lain, tapi tetap setia mendampinginya tanpa pernah menyesal?
* Itu bukan Cinta, itu Pura-pura

Apakah kamu bisa menerima sebagian kesalahan dan kekurangannya karena itulah bagian dari dirinya?
*Itu bukan Cinta itu, kawan.

Apakah kamu menangis saat dia sedih meskipun dia kuat?
* Belum tentu itu Cinta.

Apakah kamu memafkannya, tapi tidak bersedia tetap bersamanya saat dia menyakiti?
* Bukan Cinta, itu sayang.

Apakah kamu masih tetap setia walau apa pun yang terjadi, baik saat gembira maupun sengsara?
* Bukan Cinta, itu sekadar suka-suka.

Apakah kamu tidak bersedia memberikan hatimu, hidupmu, dan matimu untuknya?
* Ya, itu bukanlah Cinta, itu sekadar pandai berkata.
Jadi apa yang dikatakan cinta....
cinta.. mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita.. tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis.. jauh lebih pedih.. karena saat itubaru kamu sedari, bahwa kamu tidak pernah memberi...kerana cinta tidak meminta,.. tapi memberi..


Cinta itu sebuah jalan. Cinta bukan sekedar perasaan, tapi sebuah komitmen... Perasaan boleh saja datang dan pergi ...


Cinta tak harus berakhir bahagia.. kerana ada kala cinta tidak memiliki... juga karena cinta tidak harus berakhir...


Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan... dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran.. melainkan dari HATI.


Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, karena jika kamu demikian, kamu bukan mencintai, melainkan..membuat pelaburan...


Jika kamu mencintai, kamu harus siap untuk menerima penderitaan. Karena jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai.. melainkan memanfaatkan...


Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hatinya..


Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita
Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak mampu menafikan kebenaran


Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?


kerana hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat..


dan Cinta itu ghaib.. seghaib Sang Maha Penciptanya,
namun tetap dirasakan wujudnya!!!
~Ummi Nur Jannah~

Tuesday, April 28, 2009

SERBA TAK KENA


Apa dah jadi ? serba serbi tak kena, sejak aku mula nak menulis semula.. aku rasa canggung sangat, rentak aku tah apa-apa, rasanya lagu aku tak kena dengan tempo, tak sedap lansung. Sejak aku letak 'pensil' aku dah tak pandai nak menulis, dulu pantang aku bercakap dengan diri aku.. "hari ni nak tulis apa yek?" idea akan datang untuk aku mulakan tajuk dan mulalah jari jemari aku mengatuk-ngatuk keyboard ini untuk menjadikan bait-bait ayat, bukanlah ayat puitis, tapi kiranya lancar jualah isi yang ingin diutarakan..

Tapi, sejak aku berdepan krisis hidup...mood menulis aku turun 100%. aku tak mampu lagi menyalakan mentol atas kepala ku.. puas aku cuba, tak juga menjadi.. aku cuba buat blog ini selepas blog aku yang asal 3 tahun dulu tidak aku jenguk-jenguk.. aku pun dah lupa kata laluan dan nickname yang aku gunakan..

Aku sangat bersyukur sebenarnya, dari mula aku menulis, suamilah yang paling beri galakan, dia selalu membebel, suruh aku mengasah bakat dengan betul, menulis, tulislah apa yang aku mahu, selagi aku mampu, mungkin aku boleh berdakwah dalam tulisan, atau melontarkan sedikit nasihat atau berkongsi pengalaman. berpuluh kali dia menggalakkan, aku tetap terbantut, tah apa lagi yang tak kena..

ya betul juga barangkali, ada lagi yang tidak lepas atau jelas dalam diri.. lalu aku masih tersangkut disini. Di daerah kelu dan keliru. Aku katakan pada diri, aku seorang yang positif dan ceria.. tapi aku tahu masih ada sesuatu yang menghijab hati.. ada kalanya aku merasakan satu ketenangan yang tidak bertepi.. apa punlah yang terjadi,ada ribut ke, ada orang marah ke, apa jelah yang tak kena pun, aku masih mampu tersenyum ceria..

Tapi hari ini, perasaan serba tak kena itu datang lagi, menerjah dan mengetuk-ngetuk pintu qalbu, ingin mengganggu dan menghuni sekeping daging tidak bertulang itu, yang nantinya mampu mempengaruhi sekujur jasad ini merasa resah dan gelisah..aku tepis perasaan itu, aku kuak jendela fitah ku sebagai hamba.. mungkin ada yang tidak sempurna, ada yang aku terleka dimana-mana..bukankah Allah sentiasa menjaga hambanya, jadi untuk apa aku melayani keresahan hati?
kala suami pulang dari masjid,salamnya kusambut tidak seceria biasa, "eh, apasal tebal kerut di wajah mi?" "entahlah, tapi hati tak berapa aman" " banyakkan zikrullah, kan Ummi selalu pesan gitu kat kami, Ummi sendiri buat tak ni?"..aku senyum kelat..."ya buat".. "tapi mungkin tak sampai kot mi?" " ya, mungkin juga"... bahuku ditepuk-tepuk suami, tapi aku tetap tidak terhibur sebagaimana selalu.
Benarlah agaknya telahan suami, aku cuma zikir dibibir, hati tidak terasa nikmatnya.. lalu aku akur, seusai menung dijendela, aku bangun ke bilik air..sejuk air paip itu, aku berwuduk, kali ini benar2 ada sentuhan, air mata ku mengalir dipipi.. aku tersentuh, betapa kerdilnya aku ini.
Tapi itulah dia...pabila kita diuji, itulah masa kita merapatkan diri, kita ada cara untuk menghilangkannya,bacalah Quran, bukankah Al Quran itu penawar kepada jiwa, carilah Allah, mengadulah kepadanya.. hanya itu yang aku lakukan, Alhamdulillah, jika aku ingin menangis atau tertawa, inilah tempat yang sebenarnya harus dituju.

Kepada suami dan anak yang sangat aku sayang dan cintai..
terima kasih kerana sentiasa berada disisi..
menyayangi dan mengasihi...
menerima dan memberi..
hanya kerana dia Rabbul'izati..