SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Kecantikkan sebenar Kaum Hawa...

Tuesday, June 22, 2010

Kecantikkan sebenar Kaum Hawa...

SEBAIK-BAIK wanita adalah yang menyejukkan mata, mendamaikan hati, menenangkan jiwa. Jangan tertipu dengan tipuan kecantikan paras rupa. Yang dikejar itu hanya sementara, sedang jiwa, peribadi yang dimiliki itulah yang kekal abadi.


Ungkapan wanita sering dikaitkan dengan kejatuhan dan kegagalan seorang lelaki. Ya, kerana wanita, seorang maharaja yang hebat akan sanggup menggadaikan kerajaannya. Kerana wanita juga, seorang pahlawan agung akan menjadi selemah-lemah manusia, hilang segala keperkasaan yang dimiliki selama ini. Mengapa semua ini terjadi?

Wanita sering menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Kerana itulah si kaum Adam ini mudah untuk tewas dengan kuasa mereka. Gagal menahan kekuatan yang selama ini telah sedia digenggam.


Yang cantik di luar itu belum tentu menjanjikan keindahan di dalam. Terkadang, si hitam kedam itu jugalah yang akan memberikan kebahagiaan abadi kepada kita kelak. Si gebu putih, mongel ayu bak si bidadari itu pula bakal menjerumuskan kita ke lembah kesesatan, kehinaan neraka jahannam!

Carilah mereka yang mampu membahagiakan kita dunia dan akhirat.


"Ikut kata orang tua-tua, nasihat orang-orang berilmu, jika si Hawa itu mudah untuk tewas dengan pujukan dan godaan si Adam, mudah juga menyerahkan mahkota wanitanya kepada lelaki hatta kepada teman lelakinya sendiri, bukan itu ciri terbaik yang dimiliki oleh seorang wanita muslimah."

Iman dan pegangan agama perlu dipasak kukuh di dalam hati, dibajai dengan mapan dalam perlakuan seharian seiring dengan ciri-ciri kesopanan di dalam tingkah laku. Maka akan lahirlah seorang muslim dan muslimah yang benar-benar unggul. Cantik pada mata manusia, indah pada pandangan Allah. terima kasih Ace dengan artikel ini

Pendapat aku : syukran akhi kerana membimbing dan menegur ukhti disini... ye benar wanita solehan itu sebaik2 hiasan dunia.. juga wanita itu senjata syaitan...tanpa lelaki siapalah wanita dan tanpa wanita seorang lelaki juga tidak akan lahir kedunia.. kita saling memerlukan..

kami tahu kami adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu kami jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan  tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda dan  membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.


Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.


Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.


Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.


Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..


Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,


Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,


Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.


dan benarlah bahawa wanita itu pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki, jika dia seorang yang tidak beriman......


aku tersentuh...

No comments: