SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Wujudkah ULAR BERKAKI?

Thursday, June 17, 2010

Wujudkah ULAR BERKAKI?

Dalam hidup kita... kejadian yang berlaku disekeliling, sebenarnya membawa banyak pengajaran bersama... tapi sebagai manusia yang kelasnya 'biasa-biasa' saje. kita seringkali terlepas pandang, tercenggang-cenggang, terhairan-hairan dan sikit tidak termisteri-misteri, walhal, bukakah segalanya itu ada bukti kebesaran Allah mencipta dan mengatur kejadian alam. 

Jika dia mahu, dia boleh cipta kita dari emas,. tapi kuatir nanti semua orang yang dah mati tidak kita tanam tapi bawa pergi lebur, buat rantai, subang, gelang... sudahnya bila bertemu rakan, kita boleh kata.. yg subang ni adik aku, yang rantai ni mak aku, yang gelang ni suami aku.. hihihii.. nampak lucu tapi kenyataannya begitulah. kita akan sentiasa mengambil kesempatan selagi ada. 

Ni ada kisah ular berkaki pula.. tidak pelik dan bukan misteri cuma.. masih banyak 'kekayaan ciptaan Allah yang tidak dapat kita terokai, kalau asyik terhenti kerana terlalu asyik dengan....m   i   s   t   e   r   i.....


GOWA - Penduduk Gowa di Sulawesi Selatan gempar setelah menemui seekor ular berkaki empat yang lengkap dengan lima jari di kakinya, lapor akhbar Bali Post semalam.

Kejadian di Sungguminasa kelmarin itu ditemui oleh seorang anggota calon wakil rakyat, Muh Hatta Hamzah Karaeng Gajang ketika beliau berada di pejabat partinya.

Ketika kejadian, Muh Hatta sedang bermain domino namun beliau hanya menyedari kehadiran ular itu beberapa minit kemudian.

Ular berkenaan berukuran 15 sentimeter panjang itu berjalan dan tidak menyusur seperti biasa.

Muh Hatta yang terkejut melihat reptilia itu kemudian menyimpannya di dalam sebuah balang setelah mendapati haiwan itu jinak dan unik. - Agensi


Ular Berkaki Ditemukan di China.

BEIJING – Seekor ular berkaki ditemukan di rumah Dean Qiongxiu di wilayah Suining, barat daya China. Ular tersebut memiliki sebuah kaki yang juga dilengkapi dengan kuku.

“Saya terbangun dari kamar setelah mendengar suara seperti menggaruk di tembok tapi sangat aneh. Saat saya menyalakan lampu, saya melihat ular tersebut sedang berjalan di dinding menggunakan cakarnya,” kata Qiongxiu seperti dilansir Telegraph, Selasa (15/9/2009).

Qiongxiu menuturkan, ia langsung melumpuhkan ular tersebut dengan melemparkan sepatu dan menyimpan ular tersebut di dalam botol beralkohol.

Ular berkaki itu memiliki panjang sekira 16 inci dan pada kakinya terdapat empat jari kecil. Saat ini ular tersebut tengah diteliti di Life Sciences Department di West Normal University, Nanchang.

“Kami memang terkejut tapi kami belum bisa mengungkapkan penyebab timbulnya kaki tersebut hingga kami menyelesaikan seluruh penyelidikan,” kata Pakar dunia ular, Long Shuai.

No comments: