SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: TOLONG NANGIS SAMA JE...

Monday, June 7, 2010

TOLONG NANGIS SAMA JE...




Sedikit, sedikit sahaja yang diperlukan, usaha dan kefahaman. Berusaha untuk belajar mengendahkan diri dan perasaan pada orang lain. Faham akan keadaan dan situasi teman akan mengajar kita erti dan nilai sebenar kehidupan. perlunya teman tidak sekadar waktu senang dan susah, tidak juga perlu berhabis wang ringgit, mungkin sedikit masa dan emosi sangat membantu mereka dan itu menyebabkan kita juga sangat berpuashati kerana dapat membantu...

*******

Suatu hari, kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun bernama Habibi meminta kebenaran dr ibunya utk pergi bmain dgn anak jiran d sebelah rumahnya. Ibunya memberi kebenaran dgn syarat dia berjanji pulang ke rumah sebelum jam 6 ptg.

Pada jam 6 ptg, Habibi masih belum pulang. Ibunya sabar menanti di muka pintu sambil mengomel-ngomel mengenai kelewatan anak manja itu. Selepas 25 minit berlalu, barulah wajah Habibi muncul di pintu hadapan rumahnya. Ibunya yg cuba mengawal perasaan geram lantas bertanya kepada anaknya itu, "Kenapa lewat Bibi?"

"Maafkan saya ibu. Waktu saya nak pulang ke rumah, anak patung Zurin pecah," jawab Habibi dgn sedikit pelat.

"oh, begitu!" balas ibunya. "Jadi Bibi tlg Zurin baiki anak patung dia semula lah ye?" teka si ibu dgn wajah penuh tanda tanya.

"Taklah," balas Habibi. "Bibi cuma tlg dia nangis sama je," tambahnya lagi.

*********

emmm... satu cerita yg menarik walau ringkas..
benarlah, banyak bedanya antara kawan dan teman sejati @ sahabat.. , kawan ketawa mudah dicari.. ramai yang ingin tertawa bersama dengan kita malah YANG MENTERTAWAKAN KITA JUGA RAMAI..

tapi teman menangis...hanya yang benar-benar memahami nilai persahabatan akan bersama dalam senang dan susah...tidak mudah mendapatkannya.. malah ada ketika.. ia sekadar satu sandiwara meraih kepercayaan sebelum dikhianati kemudiannya..

Namun jika kita telah bertemu seorang sahabat yang benar dapat membuktikan kesetiaan nya sebagai sahabat. hargailah ia. kerana manusia yang bergini tidak ramai jumlahnya.

No comments: