Assalamu'alaikum Buya..
anakmu ingin bicara
tentang perasaan qalbi
tentang galau melanda hati.
Saat itu aku ingin sekali bertemu kekasih ku
Lalu aku bersimpuh diatas sejadah cinta
Berdiam diam dan berhening
Mencari kata yg sangat santun untuk ku seru Sang Kekasih
Tiap kali aku ingin bersamaNya
Aku resah kerana aku malu
Aku gelisah kerana aku tahu
Mengadapkan wajah kepada Dia
Sesaat pun Dia tidak meniggalkan aku
Tapi aku, sering alpa
Aku tertawa mendapat laba
Tiba tawa ku terhenti
Terasa Dia memanggilku
Bertanya kenapa aku menjauh
Bukankah aku yg pernah berjanji kepadaNya dahulu
Bahawa aku masih tetap seorang Hamba
Walau jiwa ku merdeka
Lalu .. benarlah kata mu
Diatas sejadah cinta itu
Aku tersungkur bersujud
~Ummi Nur jannah~
No comments:
Post a Comment