SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Wah.. Pandai Betul Kau Berdoa....

Sunday, June 20, 2010

Wah.. Pandai Betul Kau Berdoa....


Ada tikanya, kita terlalu mengkagumi ‘kulit’ sesuatu produk. Asal saja datangnya dari luar negara, itu sudah pasti berkualiti, baik dan bagus. Pernah atau tidak kita terfikir, walau dari luar negara, belum tentu produk yang kulitnya cantik itu isinya juga molek. Ada masa, eloklah seperti durian, walau berduri, bagi yang tidak suka, bau pun tidak enak dihidu, tapi bila dikopek, isinya yang lemak, manis dan gebu meluncur laju memuas selera. Kalau pun ada yang dah masam, boleh lagi dibuat tempoyak dan dimakan dgn ulam, pasti bertambah nasi dipinggan....Jadi.. selalulah makan durian..ahaks...

Dalam sebuah majlis kenduri yang dihadiri dua kawan baik.

“Doa apa yang kau baca, panjang sangat?” tanya seorang lelaki kepada sahabatnya yang pulang dari Timur Tengah. Sahabatnya itu baru sahaja selesai berdoa dalam satu majlis di kondo mewah mereka.

“Adalah..” jawab sahabatnya pendek.

“Tak sangka kau jadi alim sekarang.”

“Mengapa kau kata begitu?”

“Yalah, siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama. Bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?”

“Hisy, cakap tu perlahan-lahan sikit..nanti pecah rahsai,” kata sahabatnya separuh berbisik.

Lelaki itu kehairanan. “Apa rahsianya?”

“Di sana aku tidak mendalami pun pengajian agama. Aku fokus study sahaja,” katanya.

“Habis tu, doa kau betul-betul panjang tadi. Hebat. Macam ulamak.”

“Tu sebenarnya bukan doa..”

“Habis apa?”

“Cerita Arnab dengan Kura-kura dalam Bahasa Arab!”

moral : begitulah, bila agama bukan lagi jubah yang sentiasa terpelihara oleh pemakainya. Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan hujah yang kuat amat mudah diselewengkan. Tanpa rasa bersalah mereka mempersendakan agama. Bagi golongan ini, asal dipandang tinggi tidak kisah samada perbuatan itu benar atau salah. mereka akan merasa bangga dan puas.

Justeru berhati-hatilah teman apabila bersahabat. Pilihlah ‘barangan’ bukan sekadar pada kulitnya, tapi belek dan terokalah isinya hingga anda pasti, itulah produk yang harus anda miliki...

Maka itu mari kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL