SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Hanya Kerana Sebiji Tembikai

Sunday, June 20, 2010

Hanya Kerana Sebiji Tembikai



Mulut, sering dikaitkan dengan akal dan hati.. apa yang terzahir dimulut adalah gambaran dari hati.. justeru bersih dan tenangkan hati..banyakkan berfikir dengan zikir, agar yang keluar dari mulut adalah gambaran bagi hati yang sentiasa bergantung kepada Allah swt sebagai puncak segala urusan.

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Moral : ada ketikanya,. tanpa sengaja.,.kita melepaskan amarah., tanpa mahu menahannya walau sesaat. ya.. sesaat cuma yang diperlukan untuk kita merubah 'dunia'. sesaat itulah.. jika kita menarik nafas dalam-dalam berserta istighfar, kemudian melepaskannya juga perlahan-lahan dengan subhanallah.. Insya'allah kita mampu mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini..

dari segi bahasa dan pertuturan, dari segi perbuatan. asbab itu kita sering diingatkan agar menjaga bahasa ketika berbicara.. malah ada peribahasa.. terjalak perahu boleh diundur terlajak kata.. buruk padahnya.

kerana bilamana terlepasnya kata-kata yang tidak sepatutnya, bagi yang berkata, mungkin mendapat satu kepuasan dan bagi yang mendengar ia suatu yang menguris perasaan. Buya Hamka ada berkata.. "kata-kata yang lunak dapat melembutkan hati, manakala kata-kata yang kesat akan mengeraskan hati". Jadi berfikirlah sebelum melagakan gigi atas dan bawah.

begitu juga dengan perbuatan. ada waktunya. tanpa sedar, kerana emosi, kita melakukan banyak kemusnahan, samada harta benda.. dan paling sedih jika melibatkan keganasan fizikal hingga membawa kematian...

Justeru.. sebelum berkata... berfikirlah.. fikir dengan zikir.. Insya'allah akan terpelihara akan lidah..

lidah itu panjangnya cuma 3 inci.. tapi kekuatannya,, mampu menumbangkan manusia yang tingginya 6 kaki..